Halaman

Jumaat, 3 Jun 2016

Susun Kelapa Lapis-Lapis


  Bulan ini Kebun Bahagia Bersama mula bekalkan jenis bunga susun kelapa yang kelopaknya berlapis-lapis pula. Bunga susun kelapa ini asalnya dari negara India yang juga dikenali dengan panggilan East India Rosebay. Antara sebab ramai bangsa India suka menanam pokok ini di laman mereka. Tetapi bukan sebab itu sahaja, dalam perubatan tradisional India telah lama pokok ini ditanam kerana mempunyai beberapa alternative perubatan tradisional.
  Perahan atau ekstrak jus dari bunganya dikatakan dapat membantu mempercepatkan masalah kulit atau kesan luka sembuh. Begitu juga hasil getah bila daun dan dahannya dipatahkan juga dapat membantu luka cepat sembuh. Perahan jus dari bunganya juga dapat membantu masalah penyakit mata.

~ 1 bekas pokok bunga susun kelapa berlapis-lapis RM9.00 ~
  Yang jenis berlapis-lapis bunganya ada haruman sedikit tetapi yang jenis selapis kelopaknya seperti gambar di bawah tiada bau. Tetapi yang jenis kelopak selapis lebih rajin dan meriah sangat bunganya berbanding dengan yang jenis berlapis-lapis. Kalau yang kelopak selapis ini macam tak putus-putus berbunga bahagia sepanjang tahun.
   Pokok bunga susun kelapa ini sesuai untuk mereka yang baru jinak dengan alam berkebun. Pokoknya mudah hidup dan tidak perlu belaian yang banyak. Jarang sekali ada serangga yang mengganggunya. Tambahan pula pokok bunga susun kelapa ini tak tamak baja dan haus air. Jadi tak begitu risau untuk meninggalkannya beberapa hari. Pokok bunga susun kelapa amat sukakan kawasan yang panas dan penerimaan cahaya matahari yang sangat banyak. Di tempat yang kurang cahaya ianya berbunga juga tapi tak semeriah dan bahagia bunganya keluar macam di kawasan yang terang.

Info pokok bunga susun kelapa boleh juga rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 bekas pokok susun kelapa bunga selapis RM7.00~
   Tambahan pula pokok bunga susun kelapa amat sesuai juga ditanam dalam pasu juga ianya boleh meriah berbunga. Daunnya pun jarang gugur jadi tak sepahkan laman. Memandangkan ianya sesuai ditanam dalam pasu dan tidak memerlukan air yang banyak untuk keperluannya amat sesuai juga untuk balcony gardener yang sibuk.
  Sempena untuk persiapan Aidilfitri hendak menghiasi laman rumah dengan pokok bunga asli yang murah hati selalu tidak berputus-putus berbunga, ada limited stok pokok bunga susun kelapa yang instant ever ready untuk self-collect bulan Jun 2016 ini selagi stok masih ada. Sebagai contoh gambar di bawah, pokok susun kelapa yang tumbuh dalam bekas dan telah matang berbunga dengan ketinggian ada juga dah lebih 1 meter. Kalau yang ini tak perlu risau tinggalkan beberapa hari untuk balik kampung pun dia dah tak berapa kisah. Siram tanah sampai basah sebelum balik kampong. InsyaAllah bila balik dari kampong beraya, pokok bunga susun kelapa saiz instant ever ready ini akan menyambut tuannya macam dia juga beraya sakan. Ada beberapa limited saiz matang pokok bunga susun kelapa sudah berbunga seperti di bawah boleh self-collect. Yang saiz boleh dipos pun ada untuk yang berminat. Jangan risau pokok bunga susun kelapa ini jenis pokok yang cepat membesar. Kalau yang dah berbunga saiz self-collect elakkan dari berikan baja tahi ayam ya, nanti akan mengakibatkan kurang berbunga dan mabuk daun. Berikan pilihan baja yang jenis lebih kepada zat untuk berbunga.

10 ulasan:

  1. Bunga susun kelapa yang selapis tu rasanya biasa sangat tengok... dilaman rumah orang India mesti ada pokok ni, rasanyanya diorang buat sembahyang... yang susun berlapis tu pernah tengok tapi jarang ada yang tanam..

    BalasPadam
  2. Iyalah..orang India banyak tanam bunga ni kat rumah mereka. Wajib ada ni..

    BalasPadam
  3. K Mar nak sepokok yg berlapis..

    BalasPadam
  4. baru dana tau nama pokok bunga nih....
    dulu2 arwah nenek ada tanam dua2 jns bunga nih... tnm depan umah tepi jln msk umah... dahla wangi... kalu lalu mlm2 seram je hehehhe...

    teringat masa kecik suka boh bunga susun kelapa lapis2 nih kt rambut... wangi seharian

    BalasPadam
  5. assalam.

    saya nak tanya pasal buah asam jawa muda. ada stok tak. saya mengidam sangat.

    BalasPadam
  6. Lama saya tak jengah ke blog Diana...

    Selamat Berpuasa...

    Bunga susun kelapa byk lapis ada di rumah...yang selapis tak ada...

    BalasPadam
  7. oo namanya bunga susun kelapa

    BalasPadam
  8. Salam Bunda_Nora,

    Yang selapis ini lebih mudah jaga, lebih lebat berbunga dan lasak untuk dibela dari yang berlapis-lapis agaknya lebih digemari kut.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Mungkin banyak boleh dipelajari dari bangsa India kegunaan bunga ini untuk dapatkan manafaat.

    Salam Bahagia Kak Mar.

    Orait ada kami simpankan.

    Salam Bahagia Dana,

    hehehe....macam zaman anak-anak pergi belajar ngaji waktu malam mesti suspen je lalu depan rumah ada bunga ini.

    Salam Bahagia Siti Fairus,

    Buahnya masih kecik-kecik sangat lagi belum gemok.

    Salam Bahagia Kak Fida,

    Tukang Kebun pun sekarang jarang dah dapat blog walking bulan ini sibuk sangat.

    Selamat menjalankan ibadah puasa ya Kak Fida sekeluarga.

    Salam Bahagia Kak Suzie.

    Kalau nak rasa macam orang putih, kita panggillah East India Rosebay.

    BalasPadam
  9. Mana boleh saya beli bunga susun kelapa dan bunga kaca piring

    BalasPadam
  10. Salam Bahagia.

    Kami ada bekalkan bunga susun kelapa dan bunga kaca piring.
    Boleh contact buat pesanan ke (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam