Halaman

Isnin, 29 Ogos 2016

PowderPuff Combretum

  Dari jauh jika dipandang boleh tersilap pandang ingatkan buah rambutan dari bunga pokok hiasan powderpuff combretum ini. Tapi saiz bunga ini sebenarnya lebih ketara besar dari buah rambutan. Misai-misai yang panjangnya tu menarik ramai peminat juga dari golongan serangga penghisap madu. Syukur Alhamdulillah walaupun tak lebat musim rambutan kali ini sebenarnya kami merasa juga buah rambutan dari kebun sendiri baik di Sungai Buloh dan baik juga di Kiulu. Double happiness dapat makan buah rambutan (real punya) dan menikmati keindahan bunga-bunga macam buah rambutan ini.
  Pokok bunga PowderPuff Combretum yang berasal dari kawasan tropika benua Afrika amat bahagia dengan cuaca di Malaysia ini. Asalnya Tukang Kebun beli pokok ini dari Tamu Besar Kota Belud, cepat ianya berbunga dan sehingga sekarang tak putus-putus berbunga. Lihatlah gugusan tangkai bunga dan kudupnya di gambar No.2 menjadikan laman sentiasa berwarna-warni.
  Pokok bunga PowderPuff combretum dan akar dani adalah dari keluarga yang sama sebenarnya. Oleh itu sifatnya juga pandai memanjat. Tapi Tukang Kebun tak sediakan pancang pun untuk pokok powderpuff combretum tapi masih dia pandai tegak sendiri melampai. Perbezaan PowderPuff combretum dengan pokok akar dani ialah bunganya besar tapi tak wangi macam bunga akar dani yang kecil itu. Walaupun tak wangi, serangga penghisap madu sebenarnya lebih tertarik kepada warna terang menyala Powderpuff combretum dari akar dani. Tambahan pula Powerpuff combretum lebih rajin berbunga hampir sepanjang tahun berbanding dengan akar dani. Ianya sangat suka kepada kawasan yang mempunyai penerimaan cahaya matahari yang banyak. Lihatlah bentuk biji benih powderpuff combretum juga besar macam bentuk biji buah rambutan juga seperti gambar di bawah. 

Info lanjut mengenai pokok PowderPuff combretum juga boleh baca posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pokok PowderPuff combretum RM12.00 ~
  Walaupun pokok bunga PowderPuff combretum tiada haruman yang semerbak kerana kedudukannya dekat dengan pokok kemboja balinese masih berbau wangi lagi kawasan ianya hidup bersama. 
  Si Abby rajin kutip bunga-bunga kemboja balinese yang kuning wangi yang telah gugur ini untuk menghiburkan hati Tukang Kebun susun di bekas yang mengandungi tanah bakar Kebun Bahagia Bersama sendiri. Pandai berkata-kata, Mama happy kan Abby susun bunga-bunga ini untuk Mama. Pokok kemboja balinese yang kuning ini bahagian kelopak bunganya boleh dimakan. Masa Abby kecil-kecil pernah Tukang Kebun kasi rasa Abby makan bunga kemboja ni untuk explore.
 Tanah bakar antara medium yang sesuai untuk semaian keratan kemboja kerana ianya poros. Pokok kemboja tak suka tanah yang kerap air bertakung. Pada hari merdeka untuk yang berminat boleh juga self-collect tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 beg Tanah Bakar RM5.00 ~

 Sekarang kami ada juga kembali stok keratan kemboja kuning Balinese bunga bau harum yang lebih 70cm ketinggian sudah berakar tinggal nak pindah tanam dalam pasu juga ada banyak ready stok bagi yang berminat dan dapat self-collect.

~ 1 keratan lebih 70cm berakar RM25 ~

Self-Collect Schedule:

~ 31st August /3rd September/4th September 2016 morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras exit Guthrie Corridor Highway). Please confirm before self-collect.

Jumaat, 26 Ogos 2016

Berbunga-Bunga Pisang Bunga

  Celaru pula kepala Tukang Kebun dari petang semalam memandangkan tanggungjawab diriku sebagai ibu kepada Ilhan kurang prihatin membuatkan aku terlepas pandang kali ini. Apatah lagi bila anak-anak ditampar kuat oleh ustaz mengajar bahasa Arabnya tidak wajar dilakukan kepada anak-anak yang masih lurus dan tidak upaya lagi berakal sendiri dibuat sekian rupa hingga meninggalkan bekas. Ilhan pula ketakutan nak mengadu kepada ibunya sendiri perihal tersebut. Sementara diriku nak kawal perasaan yang macam-macam emosi ini, biarlah ketenangan dicari dalam kebun yang kecil ini.
  Kadangkala Tukang Kebun suka mengekori perkembangan dari mula jantung pisang muncul di celah pelepah hinggalah buahnya membesar. Satu persatu kulit jantung pisang akan gugur apabila munculnya sesisir buah pisang yang masih kecil dan ada bunga di hujungnya.
 Seperti tumbuhan lain, pokok pisang pun berbunga dan bunga sebenar terletak di hujung buah pisang yang masih kecil. Jika nak lihat bunganya yang lebih jelas boleh lihat di posting sebelum ini (klik sini) untuk jenis pokok pisang bunga ini dengan nama botani musa ornata. Pokok pisang ini jenis jantungnya tumbuh menegak dan berwarna merah jambu. Dalam gambar ini, jantungnya berwarna pucat sedikit dari biasa kerana kurang cahaya matahari. Buahnya walaupun kecil seakan tak berisi dimakan juga oleh makhluk Allah yang lain seperti burung. Gardeners yang berminat untuk dapatkan sulur pisang bunga (musa ornata) ada stok.

~ 1 sulur pisang bunga (musa ornata) RM10.00 (boleh dipos) ~
  Syukur Alhamdulillah genap sudah usia Rayyan Haniel 7 tahun semalam. Setelah ambil anak-anak dari sekolah, Tukang Kebun belum masak lagi jadi tanyalah nak balik kita goreng telur kicap je ke atau nak makan Pizza. Ilhan kata takpe Mama masak je telur kicap, Birthday Boy kata nak makan pizza. Jadi kami singgahlah makan Pizza Hut. Sambil menyuap makanan ke mulut Abby yang kurang selera makan, Ilhan mula bercerita dekat Tukang Kebun dia kata dia gementar tiba-tiba kena panggil ke bilik guru disiplin hari ini. Memandangkan Ilhan mula asyik bercerita pengalaman kena panggil cikgu disiplin beberapa orang, cikgu ni garangnya terkenal begitu begini, nada Tukang Kebun normal sahaja tanya sepatah gitu melayan. Dalam hati apalah kena warning nakal sangat agaknya.
  Tiba-tiba hairan pula rasa Ilhan kata cuma panggil kena Interview sahaja dengan cikgu disiplin sebab ada ibubapa buat aduan. Dalam hati eh anak aku ini ada buat anak orang ke. Barulah supaya Ilhan tak takut, Tukang Kebun tanya dengan nada normal, kenapa ibubapa buat aduan? sambil suap pizza dalam mulut Abby. Lalu Ilhan kata sebab kawan-kawan Ilhan kena tampar kuat dengan ustaz Bahasa Arab sampai ibubapa bawa pergi hospital dan klinik. Kawan Ilhan ada seorang tu leher bengkak kena tampar kat leher kena bawa pergi klinik bayar RM50 ambil ubat. Seorang lagi kena tampar kuat dekat pipi, bapa bawa pergi Hospital. Kami lima orang kena tampar dengan ustaz Bahasa Arab sebab gelak-gelak. Abang Ilhan kena tampar dekat pipi dekat dengan gigi. Terkejut Tukang Kebun baru tangkap yang Ilhan pun antara yang kena tampar. Our Ilhan ini kan a bit special mild autism ada language disorder jadi memang susah nak faham kena korek-korek pusing soalan bagi dia faham dan mudah jawab.
  
  Masih lagi Tukang Kebun control nada normal lagi. Kenapa Ilhan gelak-gelak buat ustaz tampar? Kami satu kelas tengok cerita Bahasa Inggeris lucu dalam makmal komputer. Tukang Kebun pula mula pelik kenapa pula murid-murid ini waktu pelajaran Bahasa Arab duduk dalam makmal komputer tengok cerita Bahasa Inggeris di skrin projector. Ilhan kata sebab ustaz "KASIHAN" kami kalau duduk dalam kelas dibiarkan bisang sangat jadi dibawa pergi makmal komputer. Ilhan kata ustaz sibuk nak selesaikan kertas peperiksaan akhir tahun dalam makmal komputer jadi kami tengoklah cerita Bahasa Inggeris dekat projekter. Tapi cerita tu lucu Mama, kami satu kelas gelak-gelaklah. Tiba-tiba Ustaz marah, dia kata siapa gelak-gelak tu? Ustaz kata kalau tak mengaku siapa gelak, nanti ustaz tampar. Jadi kami berlima sekawan mengakulah kami ada gelak-gelak. Lepas tu kami berlima Ustaz tampar. Abang Ilhan kena tampar giliran No. 3. Yang giliran kawan-kawan kena tampar No. 1 dan No.2 itulah ibubapa dia buat aduan. 

  Bergegar jantung Tukang Kebun bila realized what did happened on last Wednesday at school? Sebenarnya lepas ambil Ilhan dan Rayyan dari sekolah pada hari tersebut, lepas sampai rumah sementara tunggu anak-anak nak bermandi. Ada Ilhan datang dekat bertanya dekat Tukang Kebun, Mama ada tak kesan merah kat muka Ilhan ini? Tukang Kebun pun hairan juga kenapa ditanya begitu, belek-belek juga pipinya. Rasa macam ada satu line tapi warna coklat pastu Ilhan keadaannya kotor berdaki berpeluh-peluh, jadi Tukang kebun suruh dia mandi bersihkan diri. Sebab anak-anak ini memang lasak, jadi Tukang Kebun pun tak tanyalah pula sebab Ilhan pun tak cakap apa-apa. Tukang Kebun hanya anggapan mungkin dia ada tergesel atau terjatuh sambil main lagipun hari tersebut ada pendidikan jasmani. Ilhan pun balik dalam keadaan kusut comot semacam.Selalunya duduk bermanja dulu nak kena ingatkan cepat tido esok sekolah baru nak pergi tido, bila diingatkan kembali memang hairan sebab dia kata Abang Ilhan nak tidur awallah dulu Mama (pukul lapan malam). Rupanya masih kepedihan dan menyorok-nyorok dari Tukang Kebun.

  Jadi tak sangkalah kenapa mukanya begitu comot kerana katanya mereka berlima tak berani nak menangis semua menahan kepedihan bila balik sekolah beresak-esak di luar perkarangan sekolah. Kebetulan pula hari itu, Tukang Kebun terlambat ambil hero berdua ini dari sekolah jadi nyanyuk lepas ambil Abby di daycare biasanya terus ambil mereka. Ini tidak, terbalik ke rumah dulu pula sebelum ambil mereka berdua di sekolah. Kepala penat agaknya, itu sebab Ilhan pun tengok Tukang kebun tak sampai hati nak kasi peningkan kepala maknya. Bila duduk santai di Pizza Hut baru membuka cerita. Bila dah cool kepala sikit, bolehlah Tukang Kebun bayangkan yang kawan Ilhan giliran No.1 dan No. 2 agaknya lebih teruk kena awal-awal, walhal Ilhan pun yang ketiga kena tamparan kuat orang dewasa pun berbekas. Ilhan pun mengadu tak pernah abang kena tampar sesakit ini Mama pedih sangat.

  Ilhan kata anak ustaz ini sesama kelas dekat sekolah agama Mama. Tetapi anak ustaz ini seminggu 2 kali je datang sekolah dan keputusan Bahasa Arab ujian hari itu dapat kosong. Tak elok Tukang Kebun syak wasangka tapi dari ini macam ustaz ini ada masalah peribadi ini terbawa-bawa ke tempat kerja. Tak wajar anak-anak murid ini berumur 9tahun ditampar begitu sekali sebab gelak-gelak tengok cerita lucu walhal ustaz tak amanah buat kerja lain yang sepatutnya adalah masa dia mengajar murid-muridnya ketika itu. Macam meroyan ustaz ni. Antara yang Tukang Kebun terkilan bila Ilhan cakap Ilhan jujur Mama, Ilhan dan kawan mengaku kami gelak sebab ustaz kata kalau tak mengaku ustaz tampar, jadi Ilhan mengakulah. Kawan-kawan lain ada 25 orang tu pun gelak juga tapi tak mengaku tak kena tampar pula. Ilhan jujur Mama tapi kena tampar kuat dengan ustaz. This is not good. This shows that adults lie lain kali anak-anak tak percaya. Dahlah Ilhan ini memang jenis lurus bendol. Yang terkilan juga Ilhan kata ada juga cikgu-cikgu lain dalam bilik makmal computer tu Mama. Why is there other adults in the same place, tapi tak ditegah dan lindungi anak-anak yang masih tak berdosa ni?

  Tengok cerita lucu memanglah anak-anak akan gelak sepontan. Kita dewasa pun tak mudah nak control gelak.

  Berdosa besar Tukang Kebun rasa, mohon maaf dekat Ilhan sebab Mama tak perasan. Lepas balik dari dinner, suruh anak-anak mandi terus Tukang kebun hubungi dearest husband yang jarang dapat bersama dengan anak-anak tahun ini memberitahu kisah Ilhan kena tampar dengan ustaz dengan sebab tak munasabah. Pagi ini dearest husband menelefon sekolah nak bercakap dengan Guru Besar. Nasib baik kerani terus sambung sebab husband kata panggilan dari Kuala Lumpur mungkin dia ingat dari Jabatan Pendidikan related kut. Papa Ilhan kata Guru Besar pun tak tahu yang ada kes aduan dari ibubapa mengenai kes murid berlima ini kena tampar dengan ustaz belum lagi sampai ke telinganya. Lalu Papa Ilhan pun kata ini aduan sepatutnya dah diterima dari ibubapa 2 murid ini ada buat lawatan Pesakit Luar lepas kena tampar ini ke sekolah dan parents pun ada buat aduan datang semalam. Mula-mula Guru Besar seakan macam tak nak melayan, suruh datang face to face tapi suami kata dia outstation, jadi boleh juga nak hantar wakil bapa mertua saya (jual nama bapa mertua sebab satu ketika dulu namanya terkenal aktif dalam NGO hak asasi manusia). Terus dilayan aduan suami di telephone.

 Suami pun ada bagi hint kami pun tak nak lah nama sekolah tercemar sebab satu incident ini jadi nak diselesaikan secara elok-elok kalau leak ke suratkhabar. Papa Ilhan pun ada cakap memang anak saya nakal tapi rasanya tindakan kali ini tak wajar dibuat sampai kena tampar sebab gelak-gelak melihat adegan lucu. Kalau mencubit, pukul di tapak tangan ke biasalah tu memang kami maklum anak-anak kami ni nakal selalu kena. Tapi ini perkara tindakan hukuman luar biasa pada murid yang tak bersalah. Malahan setiap kali jumpa cikgu anak-anak pun, Tukang Kebun yang minta maaf dan ucap terima kasih layan perangai anak-anak yang aktif sangat nakal ini. Cuma kali ini kami tak dapatlah terima sebab menampar anak sehingga tinggalkan kesan dan dia tidak melakukan kesalahan.

  Yang Tukang Kebun sayu sangat bila tanya Ilhan kenapa Ilhan tak beritahu Mama cepat-cepat, Ilhan kena tampar dengan cikgu. Ilhan yang salah Mama, sebab tu Ilhan tak beritahu Mama. Ilhan takut tak mau papa mama marah Ilhan sebab Ilhan buat salah kat sekolah. Anak pun jadi keliru mereka salah walhal mereka innocent. Kalaulah Tukang Kebun tahu awal-awal memang terus dibawa ke hospital dan buat laporan polis memang berbekas ada satu line masa dibelek-belek mukanya.

Rabu, 24 Ogos 2016

Pisang Kadau Kuning

   Syukur Alhamdulillah tahun ini banyak juga rezeki buah pisang jenis kadau baka pisang dari Sabah yang Big Boss seludup beberapa tahun lalu dah berbuah banyak kali. Berbuah banyak kali bermaksudnya dari pokok berbezalah. Nanti tak betul pula pepatah "Takkan Pisang Berbuah Dua Kali". Disebabkan nada sayu Big Boss risau bagi hint hint habis baka-baka pisangnya pupus jika tidak diambil initiatif pindah-pindahkan. Maka tahun lepas kami mula berusaha pindah-pindahkan sulur-sulur pisang kadau yang dah tinggi ke tempat lain. Pisang juga adalah jenis tanaman yang elok praktik amalan 'Crop Rotation'. Tidak elok jika kita tak bertukar-tukar tanaman yang ditanam pada satu kawasan untuk mengelakkan dari virus atau bakteria terkumpul yang dapat memberi kesan terhadap tumbuhan dan tanah tersebut.
 Pada gambar No. 1, No. 2, No. 3, No. 4 dan No. 5 kita boleh lihat perkembangan setandan buah pokok pisang dari mula keluarkan bunganya. Bunga pisang sebenarnya terletak di hujung buah pisang kecil tersebut. Setiap satu buah pisang ada bunganya tersendiri seperti dalam gambar.Yang putih dihujung buah hijau tersebut adalah kelopak bunga pisang.
  Pokok pisang kadau yang tumbuh dalam kawasan redup biasanya dalam 3 sisir kurang berbanding dengan yang di tempat cerah. Kalau di tempat terang boleh juga dalam 5 ke 7 sisir. Jenis pokok kadau setandan sisirnya tak banyak tapi antara satu sisir itu ada jarak jadi mudah sebenarnya nak dipotong pisahkan dari satu sisir ke satu sisir.
   Pokok baka pisang kadau ini biasanya mudah untuk Tukang Kebun bezakan dari pokok-pokok baka jenis lain dalam kebun. Kekadang dah tak ingat pun bahagian mana tanam jenis pisang apa selagi buahnya tak membesar dan meranum. Biasanya pokok pisang kadau seperti yang dikatakan tadi jarak antara sisir buahnya tu ada nampak gap yang nyata. Tambahan pula mesti ada beberapa sisir yang tak menjadi melekat bunganya untuk membesar menjadi buah berdekatan dengan jantung sepeti gambar di bawah. Bukan masalah pollination bila dah perhatikan beberapa kali sebab kalau pisang nangka yang berdekatan dengannya boleh penuh satu tandan. Pisang kadau tidak pula penuh. Ataupun pisang kadau ini ada certain jenis punya perkahwinan debunga baru nak ngam kut macam antara species nya yang tersendiri (pandai-pandai je Tukang Kebun buat theory sendiri). Lain kali Tukang Kebun buat literature research bila ada masa. Hari ini pun curi-curi masa nak hilangkan rindu menulis di blog.
 Ataupun sebab buahnya besar bulat-bulat gebu mungkin sebab itulah sisir yang dihasilkan untuk baka jenis ini tak banyak. Macam baka pisang tandukkan, buah pisang tanduk besar dan panjang tapi sisirnya kurang.
  Buah pisang kadau ini sebenarnya sama species adik beradik dengan buah pisang raja udang yang bila masak warna merah tu. Cuma buah pisang kadau ini bila masak betul bertukar dari warna hijau ke warna kuning keemasan. Rasa lemak manisnya mirip dengan buah pisang raja udang. Tukang Kebun kurang pastilah pisang kadau ini kalau dekat Semenanjung Malaysia panggil apa sebab orang kampung Big Boss panggil pisang kadau. Jika ada kawan-kawan yang tahu, mohon tunjuk ajar.

  Yang berminat untuk merasa buah pisang kadau untuk self-collect hujung bulan Ogos ini boleh juga dapatkan bekalan segar dari Kebun Bahagia Bersama. InsyaAllah buah pisang raja udang pun ada juga. Boleh juga dipos. Bermula dari bulan Ogos ini, Kebun Bahagia Bersama mula juga bekalkan sulur pisang kadau.

~ 1 Sulur pisang kadau RM10.00 (boleh pos) ~
~1 Sulur pisang udang merah /pisang tembaga RM20.00 (boleh pos) ~

~ 1 sisir buah pisang kadau RM5.00 (boleh pos) ~
~ 1 sisir buah pisang raja merah RM5.00 (boleh pos) ~


Self-Collect Day Schedule for August 2016:

~ 27th/28th/31st August 2016 Saturday/Sunday/Merdeka Day morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Sungai Buloh, Guthrie Corridor Highway).

Fresh goodies available:


~ 1 biji buah nangka masak RM20.00 .
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 .
~ 1 kilogram buah limau mixed RM6.00 .
~ 1 ikat sayur batang ubi keladi RM1.00 .
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 .
~ 1 ikat daun salam RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk asam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk ubi RM1.00 .
~ 10 helai daun nyirik RM1.00 .
~ 1 biji kelapa kukur RM2.00 .

~ 1 beg tanah bakar RM5.00 .


Ahad, 14 Ogos 2016

Coral Fountain

 Pokok Coral Fountain rajin berbunga sepanjang tahun dan penjagaannya mudah sesuai untuk mereka yang baru mula berjinak di kebun. Tumbuhan ini cukup bahagia sekiranya diberikan habitat yang banyak penerimaan banyak cahaya matahari sepanjang hari. Boleh juga dibela dalam pasu gantung atau pasu yang berkedudukan tinggi, nampaklah ibarat air terjun atau fountain dengan loceng-loceng merah. Ianya tak berapa remeh dari segi jenis-jenis tanah untuk dirinya, kalau jenis tanah berpasir pun ia dapat sesuaikan diri. 
  Pokok coral fountain ini dah lama sungguh menghuni di Kebun Bahagia Bersama sejak Tukang Kebun zaman remaja lagi. Dia berkawan dengan pokok manggis bongsai sejak awalnya sampai sekarang. Mentang-mentanglah dah veteran di situ, selalunya terbiar sahaja dengan Tukang Kebun. Bila giliran tempat ini dikemaskan, biasanya Tukang Kebun berikan hard pruning sahaja terus. Syukur Alhamdulillah biasanya cepat sahaja ianya merinbum dan kembali berbunga semula. Anak-anak Tukang Kebun pun suka meneman tolong pruning pokok coral fountain ini sebab batangnya lembut tak berkayu. Tukang Kebun pun tak berapa stress sangat nak perhatikan, suka hatilah potong dan bahagian mana sebab pokok ini biasanya tak cepat merajuk. Pokok ini sangat lasak bila ia dah mula sesuaikan kehidupan di kawasan tersebut.
More info mengenai Coral Fountain boleh juga dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 bekas Coral Fountain/Firecraceker Fern (Russelia equisetiformis) RM7.00 ~
Antara pokok-pokok yang Tukang Kebun lupa nak update semula ada ready stock ialah pokok pagoda merah. Pokok ini memang boleh tumbuh tinggi sampai 2 meter. Yang menariknya ialah daunnya tak banyak dan cuma ada di bahagian atas pokoknya sahaja jadi tak nampak serabut. Bunganya pula bergugusan merah seperti pokok coral fountain, penghisap madu juga amat gemarkan bunganya.

More info on pagoda merah klik sini.

~ 1 pokok pagoda merah RM10.00 ~

Rabu, 10 Ogos 2016

Buka Puasa dengan Mulberry

 Siapa ada pengalaman bangun-bangun je breakfast pergi ke kebun cari buah berry? Abby angkat tangan dah banyak kali begitu terutamanya bila bangun lambat, kedua ibubapanya dah turun ke kebun. Bila bangun tengok tiada siapa di rumah, pandai keluar intai di pagar masuk kebun panggil mencari. Jika ada rezeki tak kalut nak masuk dapur dahulu boleh isi perut dengan buah-buah mulberry yang dah meranum.
  Papa Abby walaupun tangan kotor berbudi dengan tanah khusyuk mencari buah mulberry untuk puterinya. Ada juga rezeki buah mulberry yang terkongsi dengan makhluk Allah yang lain dah digigit-gigit.
 Pokok buah mulberry jenis buah hitam bila masak ini memang amat mudah tumbuh dan sesuai dengan cuaca di Malaysia sepanjang tahun. Tapi ianya amat sukakan pendedahan cahaya matahari yang banyak untuk pertumbuhan yang pesat. Biasanya Tukang Kebun tak pernah pakai pun penggalak akar semasa menyemai keratan-keratan mulberry. Biasalah cara-cara penjagaan dan menyemai masing-masing berbeza. Kalau Tukang Kebun biasanya cucuk keratannya dalam 10cm ke dalam tanah, siram tiap-tiap harilah kalau tak hujan. Sebab kengkangan masa biasanya Tukang Kebun tak rendam dahulu keratannya. Jika tak rajin bertukar air rendaman selalu nanti lagi mudah parutnya belum sembuh lagi berjangkit dengan pelbagai bacteria. Cuma Tukang Kebun perhatikan yang pertumbuhan tunas lebih memberangsangkan jika diletakkan di tempat yang penerimaan cahaya matahari yang banyak dari terlindung. Untuk keratan mulberry biasanya lepas cucuk, Tukang Kebun dedahkan sahaja dengan matahari asalkan disiram dan tanah tak kering sangat.
  Setelah muncul tunasya ada satu lagi perkara perlu dijaga, kekadang ianya terus menghasilkan bunga mulberry yang berambut putih kecik buah tu. Yang ketika inilah kena rajin buang semua bunga-bunganya jangan dibiarkan ianya belum lagi ada beberapa akar dah buang tenaga nak berbuah.  Gambar di atas adalah semaian keratan mulberry Big Boss di KingFisher. Kita harus ingat seperti manusia, banyak tenaga yang perlu dipakai oleh tumbuhan untuk menghasilkan offspring atau anak-anak ni. Jika tak cukup tumbuhan itu nak membina tenaga nak fokus pertumbuhan akar dahulu atau matang, atas memang nampak cantik pada awalnya tapi benda kita tak nampak akarnya akan terbantut pertumbuhan. Pertumbuhan akar yang banyak pada permulaan adalah penting sebab bila pokok dah habis tenaga, akar memainkan peranan nak serap makanan dan minuman. Kalau akar pun tak berapa ada, keratannya dah gatal berbunga nak berbuah nampak cantik pada awalnya ada kemungkinan akan habis riwayatnya yang cepat.
 Gambar di atas kepelbagaian warna buah mulberry dari muda sehingga dah ranum penuh. Yang berminat untuk menanam mulberry ada stok baru anak pokoknya dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Yang nak cuba sendiri dari keratan mulberry juga available.

~ 1 bekas pokok mulberry double happiness RM7.00 .
~ 10 keratan mulberry RM7.00 .
  Documentary Begin Japanology yang bertemakan "silk" kali ini ada bahagian menarik di mana kita boleh perhatikan bagaimana daun mulberry adalah sumber makanan yang penting untuk ulat sutera membesar dan menghasilkan kepongpong yang manusia gunakan untuk dapatkan benang sutera buat kain. Tukang Kebun pun baru sedar yang alat muzik tradisional Jepun shamisan talinya adalah sebenarnya juga hasil kepongpong ulat sutera ini. Begitu kuat hasil kepongpong ulat bulu ini walaupun badannya sangat kecil. Ternganga juga bila bayangkan satu hasil kepongpong dibuat oleh satu ulat bulu benangnya panjang betul untuk badan begitu kecil ini. Tapi gambar pokok mulberry dalam documentary ini rasanya jenis mulberry putih (Morus alba). Pada pandangan peribadi Tukang kebun pucuk daun morus alba sebenarnya lebih sedap buat masakan dari yang mulberry hitam. Ianya juga ada pelbagai khasiat. Orang Jepun pun kalau buat teh mulberry diorang pakai species Morus alba. Berangan-angan pula jadinya ada dalam phase kehidupan ini teringan juga hasilkan kain sutera sendiri dari bela ulat sutera sampai benang, kalau nasib baik dapat juga hasil kain.

~ 4 keratan Mulberry putih (Morus alba) RM10.

Tukang Kebun tengok kalau Morus alba lagi nak banyak cahaya, lagi sensitive. Kalau rasa dirinya terlindung memang sukar nak tumbuh tunas keratannya. Dalam documentary itu kalau diperhatikan pokok mulberrynya memang terdedah dengan matahari sepanjang siang di lereng bukit.
 Syukur Alhamdulillah puteri hati kami semalam dah genap 4 tahun. Atuk Abby pun Sabtu lepas masuk umur 67 tahun. Simple sahaja kek pilihan sebab dah lewat petang dan tak banyak pilihan di kedai kek yang persendirian. Walaupun simple rasanya sedap sebab inti keladi tu buat sendiri ada ketul-ketul lagi antara sponge cake, yang ini diluar sapu cheese so Yam cheesecake.

Sabtu, 6 Ogos 2016

White Sakura Water Plant

   Ini adalah tumbuhan air yang berasal dari Jepun tetapi telah mengejutkan betapa mudah dan rajin ianya berbunga di tanahair kita yang beriklim tropika ini. Malah ada kalanya bila dilanda kesibukan, pada musim kemarau Tukang Kebun lupa langsung nak isi air semula dalam bekas sehingga dah tiada air nampak tanah sahaja. Disangkakan tidak sengaja Tukang Kebun telah menamatkan riwayatnya tetapi bila basah semula tanahnya ditakungkan air semula muncul kembali dirinya. Walaupun pokoknya kecil mirip sungguh dengan daun kesum tetapi akarnya yang seperti fungsi rizom rajin menjalar setebal dengan batang pokoknya itu duduk selesa dalam tanah. Rupanya akarnya yang berfungsi seperti rizom versi kecil macam rizom Serai Acheh tu rajin menjalar berlingkar-lingkar dalam bekasnya pandai pergi ke arah aras dalam lagi supaya tidak kering langsung akarnya menyimpan tenaga jika ianya terabai lagi sekali. Supaya ada bahagian akarnya yang masih moist di kala kemarau terletak di bahagian yang kurang air dapat disejat. Panjang akarnya boleh tumbuh sama dengan ketinggian pokoknya.
  Orang Jepun juga menggelarkan pokok ini dengan nama bunga sakura putih. Saiz bentuk bunganya adalah berbentuk butang putih tapi bergugusan apabila musim bunganya yang meriah nampak comel. Dapat pahala juga tanam pokok bunga ini kerana bila bunganya kembang Tukang Kebun perhatikan pelbagai serangga suka menghisap madu bunga ini walaupun comel loteh. Untuk mereka yang sibuk dan kekurangan ruang seperti balcony bercahaya sesuai bela pokok ini kerana ianya adalah pokok renek dan boleh sahaja ditanam dalam bekas kitar semula yang tidak perlu ditebuk lubang. Cuba memadai timbus akarnya dengan tanah kemudian isi air. Tak perlu bekas yang besar sangat atau paras air yang tinggi sebab ini pokok renek. Kedalaman air sekadar 10cm dah memadai. Kalau takde masa nak tanam terus pun boleh rendam dalam baldi sekejap.

  Tukang Kebun perhatikan ngam pula kombinasi pokok sakura putih ini dengan pokok yang daunnya variegated atau bertompok-tompok seperti gambar No. 2. Jika anda ada kolam air pancut hiasan kecil seperti gambar No. 3 juga boleh rendam bekas berisi pokok sakura putih dalam airnya sebagai hiasan.
  Untuk jimat air boleh sahaja air basuhan beras digunakan untuk menambah air dalam bekas tumbuhan air ini. Hampas dari buat jus buah-buahan juga boleh dibuat baja. Jagalah air kita dan elakkan pembaziran air.
 Sebelum dipos, pokoknya akan diberikan hard-pruning dahulu. Cepat sahaja nanti merimbun semula, InsyaAllah. Untuk Sabah dan Sarawak, kami pos secara bare-rooted.

~ White Sakura Water Plant (ShiroHana SakuraTade) ~
1 bekas RM7.00 .

Selasa, 2 Ogos 2016

Sally White Brood

  Untuk bulan Ogos ini, InsyaAllah lepas pertengahan bulan baru kami bekalkan semula ayam kampung kelahiran Kebun Bahagia Bersama. Ayam kampung ada cuma dearest husband pesan yang batch El-Nino gambar di atas nak dibela untuk dijadikan bakal pembekal anak-anak ayam InsyaAllah tahun depan. Shiro the 1st kasihan sakit agaknya sebelum bulan puasa lalu dah habis riwayat. Maka Shiro the 2nd dari batch El-Nino akan disimpan kerana mirip dengan ayahandanya, cuma Shiro 1st kaki hitam yang Shiro 2nd kaki kuning. Lagipun apabila melihat pertumbuhan bentuk badan yang macam jantina betina batch ini nampak macam penelur baik.
  Ini sebenarnya balik semula ke kisah awal bulan June lepas di mana Tukang Kebun asyik tak masuk kebun sahaja. Jadi tak perasan ada ayam kacuk selasih putih kami panggil Sally Putih dah mula bertelur dan dah siap mengeram di bawah pokok misai kucing putih. Yang menakjubkan saiz telur Sally Putih walaupun first time mother gred super AAA bila Tukang Kebun dapat intai sementara ianya buka puasa di kebun belakang. Yang tempat Sally Putih ini bertelur dekat bahagian kebun depan sebenarnya nak bersebelahan tandas luar yang sekarang tidak digunakan.
  Pada pandangan dan perhatian Tukang Kebun baka ayam selasih kacuk walaupun badan mereka taklah besar sangat biasa-biasa sahaja tetapi kebiasaannya telur mereka memang gred bagus. Apatah lagi mereka ini jenis baka ayam yang pandai mengeram walaupun untuk pertama kalinya. Lagipun mereka mudah jinak, mesra dan tak liar sangat. Mula-mula bila pasang hajat nak kemaskan tempat inilah terpandang kelibat apa yang putih sebalik semak ni. Ingatkan nak kemas terus terbantut sebab akan mengacau ibu ayam yang mengeram ini lalu terdedah kepada predator yang lain. Risau juga Tukang Kebun setiap malam sebab ianya bermalam mengeram di luar bukan bertelur dalam kandang, takut kena baham dengan musang. Dahlah warna bulu putih terang sungguh di waktu malam. Kalau dipindahkan nanti dah pandai merajuk kena tawakal jelah. Nasib baik riwayatnya panjang.
  Sungguh gigih ibu muda Sally Putih ini mengeram telurnya di bawah teduhan pokok misai kucing putih ini walaupun kerap hampir setiap hari berhujan lebat. Tukang Kebun sendiri tak yakin bahawa telurnya itu menjadi dan menetas kerana tempias air larian hujan mesti ada kena banyak tu. Suatu pagi pada awal berpuasa nak sidai baju, ternampak pula kelibat seekor anak ayam di tepi maknya. Satu persatu telurnya menetas pada hari itu, cuma 2~3 biji sahaja tidak. Jadi Tukang Kebun pun ingat petang lewat sikit barulah pindahkan anak beranak dalam sangkar supaya lebih selamat. 

(Selit iklan sekejap: Pokok misai kucing putih ada stok, sebelum dihantar akan diberikan hard pruning untuk pemindahan pokok yang mudah dan ianya akan naik cantik merimbun, 1 pot RM7.00)
 Bila dikira-kira semula anaknya, rasanya macam 1~2 ekor dah hilang ghaib yang keluar awal-awal dah tak sabar nak berjalan-jalan jauh. Tukang Kebun suspect ini  mesti kucing yang pergi makan anaknya itu. Lalu lekas-lekas Tukang Kebun masukkan anaknya dalam perangkap tikus sekejap dan grab kaki maknya usung ke dalam kandang sebelum ada yang kena somebody else fresh supper. Sebelum Tukang Kebun keluarkan anaknya dari sangkar lekas-lekas kemas kandang. Itu yang Sally Putih tu standby je sebelah anaknya dalam sangkar sementara tunggu Tukang Kebun get out. Kalau bukan tangan ini yang bela mau mak ayam tu garang kan.
  Syukur Alhamdulillah anak-anak White Sally pun dah membesar dengan baik seperti gambar di bawah. Siap ada seekor dear husband dah target simpan untuk koleksi sendiri sebab muka kaki bulu semua hitam, tapi bulu bercampur dengan warna coklat keemasan dah pun diberikan nama KIKU. Yang anak-anak Sally Putih ini tak taulah bapa dia siapa tapi sebab kacukan selasih jadi kadangkala ada badan dan isi dia tak jadi semua hitam atau putih ke arah corak bentuk kuda belang. Susah nak agak selagi bulunya tak dicabut semua, kekadang semua bahagian isi putih dan ada yang semua macam kelabu cair. Tapi ada juga kekadang berbelang campur ada part isi putih dan ada part isi hitam, dah kacukan kan. 

  Tanggapan orang biasanya ayam berdaging hitam ini tak boleh makan tapi bila Tukang Kebun rasa dagingnya baru faham kenapa selalu dibuat sup ja. Bukan tak boleh makan, boleh makan rasa macam ayam kampung biasa sahaja. Cuma tekstur dagingnya jika dibandingkan dengan ayam kampung baka lain cepat liat. Yang Tukang Kebun testing umur 2 bulan lebih boleh rasa dagingnya tak selembut yang baka ayam kampung lain tapi taklah liat sangat lagi masih muda. Baru Tukang Kebun faham jika ayam kacukan selasih ini kalau nak tender masakan cepat kena sembelihlah awal around 2~3 bulan kut. Rasanya kalau masakan lauk jenis ayam lama macam sup untuk berubat atau rendang sesuai sangat dengan daging ayam kacukan selasih mungkin tak mudah terlerai. Agaknya itulah orang dulu-dulu kata daging ayam selasih ni banyak khasiat dan elok untuk kuatkan tenaga yang sakit.

   InsyaAllah untuk yang berminat nak rasa baka ayam kampung ini yang ada baka genetik ayam selasih boleh reserved untuk self-collect pada hujung bulan Ogos 2016 ini. Ikut nasiblah ya random dagingnya warna apa, malulah dia kalau kami nak selak-selak bulunya bukan senang. Maknya si Sally White, bapanya Tukang Kebun tak pasti which rooster. Usia 2 bulan lebih RM18.00 seekor siap proses hujung bulan Ogos . Minggu ini ayam kampung kami tak bekalkan.
  Siapa yang berminat nak rasa buah nangka organik yang berulas-ulas puas makan hujung minggu ini boleh juga self-collect. Unggas di Kebun Bahagia Bersama memang kepuasan makan buah nangka masak termasuklah Sally White anak beranak.

Antara fresh goodies yang available di Kebun Bahagia Bersama hujung minggu ini:

~ 1 kilogram buah mempelam telur /pauh ringan muda RM5.00 .
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 1 biji buah nangka masak RM20.00 .
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 .
~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 .
~ 1 ikat sayur batang ubi keladi RM1.00 .
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 .
~ 1 ikat daun salam RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk asam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk ubi RM1.00 .
~ 10 helai daun nyirik RM1.00 .
~ 1 biji kelapa kukur RM2.00 .

Self-Collect Schedule This Week:

~ Saturday/Sunday Morning 6th/7th August 2016 between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).

~ 1 beg tanah RM5.00 .

 Sahaja nak upload simpan gambar raya permata hati tahun ini di laman ini. Tahun ini yang paling banyak sangat modal nak peningkan kepala Tukang Kebun yang nak masuk tujuh tahun si Rayyan. Memang stage perubahan ini ligatnya semacam, abangnya si Ilhan masa usia ini pun sama juga dulu. Mama Rayyan ini kekadang sampai rasa dah nak mengalir air mata dibuatnya. Komen cikgu ambil kad kemajuan di sekolah agama dan kebangsaan keputusan peperiksaan pertengahan tahun, ustazah dan cikgu sependapat puji Rayyan pandai cepat tangkap tu. Iya tapi dekat rumah degilnya semacam mana pernah mendengar dibuat tak tahunya, nak belajar pun liat Tukang Kebun komen balik. Mastermind dalam 3 adik beradik ini si Rayyan. Biasanya abang dan Abby follower, idea dari si Rayyan kalau orang tak kenal boleh yang lain kena pesalahkan tu. Anak-anak ini perangai lain-lain nak tackle. Sama juga dengan sayur-sayuran masalahnya nak tackle masing-masing lain.