Halaman

Isnin, 31 Oktober 2016

Salacca zalacca


  Bila teringat buah salak, teringat betapa banyaknya si Abby dan si Rayyan makan buah salak semasa sepanjang perjalanan dari Sandakan balik ke Kota Kinabalu. Kebetulan semasa di pinggir bandar Sandakan, Tukang Kebun singgah ke tapak tamu untuk beli buah tangan kepada jiran yang bantu jaga ternakan di kebun sepanjang kami bercuti. Kelihatan ada satu gerai seorang pakcik menjual buah salak. Lalu Tukang Kebun teringin nak rasa belilah satu kilogram. Pak cik tu pun beriya-iya kata buahnya ambil dah ranum sebab selalu pelanggan tetap berbangsa Cina datang beli buah dekat pakcik untuk cuci darah ke cuci air kencing dalam badan begitulah dah lupa (masalah peringatan Tukang Kebun bila dah lama simpan gambar-gambar dalam archives).

  Lepas membeli beberapa item jalan seorang, Tukang Kebun kembalilah ke kereta bagilah rasa buah-buah salak yang menunggu dalam kereta. Kelihatan asyik si Abby dan si Rayyan cepat gelojoh makan buah salak. Lalu lekas-lekas Tukang Kebun keluar dari kereta beli lagi sekilogram buah salak dari pak cik tersebut sebelum kami bergerak balik. Rupa-rupanya bukan Tukang Kebun sahaja yang suka makan buah salak dengan suami, anak-anak pun suka sangat. Biasanya buah salak dapat dirasa bila balik kampung suami di Terengganu di kebun mertua. Rasa buah salak Sandakan dan di kebun mertua ada perbezaan jenis baka lain rasanya.


 Bila nampak anak-anak punya suka makan buah salak terutamanya Abby dan Rayyan. Syukur Alhamdulillah ada beberapa pokok sudah Tukang Kebun tanam di kebun belakang semasa Abby bayi. Tunggu masa ianya membesar matang dan bebuah sahaja sekarang. Pokok-pokoknya pun nampak membesar dengan baik walaupun terbiar begitu. Jika dah mula berbuah, mudah untuk Tukang Kebun kira usianya sebab pokok tersebut muda beberapa bulan dan tahun dengan Abby.

  Gambar-gambar salak hari ini diambil dari kebun mertua di Terengganu. Berlainan dengan sifat pokok lain, pokok salak suka duduk di kawasan yang penerimaan cahaya separa dari banyak. Jadi jika anda dah banyak pokok-pokok tinggi tapi nak kasi produktif kawasan boleh tanam pokok-pokok salak antara celahan pokok-pokok yang besar. Ataupun sebab terlindung cahaya direct dari bangunan tinggi, bolehlah tanam pokok salak. Sepanjang tahun ianya rajin berbuah. Tahukah anda buah salak mengambil masa antara 5 ke 7 bulan untuk masak ikut baka.  Kudup bunga betina seperti gambar di bawah. Batang kayunya boleh juga nak dibuat tempat letak pelita raya di sepanjang rumah masa musim perayaan (refer posting sebelum ini klik sini).


Buah salak yang exotic ini sekarang mendapat permintaan tinggi dan pasaran yang luas terutamanya di negara-negara moden kerana mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan manusia. Jika dah bosan minum jus lobak merah untuk kesihatan mata, makan buah salak kerana ianya juga mempunya nilai beta-carotene yang sangat tinggi. Lebih tinggi dari tembikai, mangga dan jambu. Buah salak juga mempunyai tanin salah satu element yang berfungsi sebagai anti-diarrhea. Sesiapa cirit birit bolehlah makan buah salak. Kerana kandungan nutrisi buah salak tinggi, ianya juga adalah 'memory booster' dengan potassium dan pectin yang tinggi terkandung dalam buahnya.

 Mereka yang mempunyai masalah kencing manis atau diabetes boleh amalkan teh kulit buah salak. Kulit buah salak boleh membantu menurunkan kadar gula dalam badan. Kandungan pterostilbene dalam kulit salak adalah satu agen yang menurun glucose dalam darah membantu mengawal kencing manis. Dua minggu lepas Tukang Kebun check gula dalam darah bila baru lepas sarapan, kadar gula dalam darah Tukang Kebun jururawat check '4'.


  Buah salak juga adalah makanan yang sesuai untuk program menguruskan badan. Salain dari kandungan tinggi anti-oksidaan dalam buahnya, ianya juga mempunyai kandungan calcium dan karbohidrat untuk memberikan badan bertenaga dan stamina semasa kita sedang berdiet.

   Bulan ini masa buat stok inventory masih ada stok anak-anak pokok salak yang boleh dibekalkan untuk yang berminat. Saiz yang boleh dipos juga ada.

~ 1 anak pokok salak RM15 ~


  Dengan cuaca yang kurang panas sekarang, yang berminat untuk mencuba tanam pokok dahlia yang jenis renek dan petite bunganya ada stok biji benih dalam original packaging.
~ 1 pek Harlequin mixed Dahlia (Dahlia variabalis) for RM15.00 ~


Jumaat, 28 Oktober 2016

Bunga Mangga Telor

  Syukur Alhamdulillah pokok mempelam yang lebih lama menghuni di dalam kawasan kebun kami dari kami yang berhijrah ke sini untuk tahun ini dah berkali-kali musim buahnya. Sudah berpuluhan tahun usianya tapi masih banyak hasil diberikan. Sesuai sungguh agaknya cuaca tahun ini dengan penghasilan buah mempelam telor. Raya Aidilfitri lepas lebat musim buahnya dan ada juga kami buat catatan (related posting klik sini). Kali ini bukan sahaja dari satu pokok asal yang berbuah tapi buat pertama kalinya ada satu anak pokoknya yang tumbuh sendiri sudah matang mula menghasilkan buah juga bermula musimnya bulan lepas.
  Kerana pokoknya masih rendah memberikan peluang kepada Tukang Kebun untuk mengamati bunga kembang mekar jenis mempelam telur dengan lebih dekat seperti gambar No.1 di atas pada paras mata berdiri normal. Pada asalnya Tukang Kebun ingat beberapa bulan lalu nak potong pokok mempelam telur ini untuk kasi renek di gambar bawah ini, tiba-tiba tengok dah berbunga pula pokok mempelam telur ini di gambar bawah ini. Kena tunggulah musim buahnya habis baru nak pruning had ketinggian yang mudah untuk dipetik kemudian. Kayu batang pokok mempelam telur ini pun paling besar belum melebihi saiz tapak tangan Tukang Kebun.
 Sebenarnya pokok mempelam telur ini tumbuh sendiri di celah basikal lama yang diletak bersebelahan kandang 1. Dalam tahun lepas rasa tiba-tiba macam melonjak cepat pertumbuhannya dua kali ganda sampai kelibat batang pokok pinang pun dah sukar nampak di celah rimbunan daunnya. Kalau tak silap Tukang Kebun memang pokok ini usianya lebih tua dari Abby yang dah berumur empat tahun. Tapi mungkin sedikit muda dari Rayyan yang berumur tujuh tahun. Anggaran untuk pokok mempelam telur yang tumbuh sendiri tak diberikan makanan baja dan juga minuman air ketika hujan ialah dalam 5~6 tahun untuk menghasilkan buah yang pertama dari semaian biji benih. Kalau dijaga dengan kasih sayang yang banyak, InsyaAllah lebih cepat pertumbuhannya. Pokok dari penanaman biji benih riwayatnya lama berpuluh-puluh tahun berbeza dengan pokok dari tut yang lebih mudah diancam dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang. InsyaAllah buah mempelam telur dari semaian biji benih akan juga berkhidmat sampai ke generasi cucu cicit tangan yang menanam. Seperti pokok asalnya siapa sangka begitu panjang usianya dari zaman Tukang Kebun kecil puas makan buah mudanya sehingga anak-anak Tukang Kebun pula juga puas makan buahnya. Terutamanya si Abby kuat betul makan jeruk mangga assam boi. 
 Tukang Kebun perhatikan antara jenis-jenis pokok adik beradik mangga dalam kebun, pokok mangga yang penghuninya ada sarang kerengga yang paling sihat pokoknya menghasilkan buah mempelam yang tak terhabis tuannya nak makan. Bila ambil gambar baru perasan di gambar atas tu ada sangkar kerengga punyalah besar nak saiz bola sepak takraw tu.Tapi lihatlah hasil buah-buah mangga di keliling. Biarlah dia di sana ada juga peranannya. Salah satu peranan utama kerengga merah ini ialah ia juga adalah predator makan serangga-serangga perosak yang lain.

  Bekalan stok anak pokok mangga ada semula untuk yang berminat boleh dipos dan juga self-collect. Yang rajin self-collect tu dapatlah yang pokoknya saiz paling tinggi dalam stok tersedia.

~ 1 anak pokok mempelam telur RM10.00 ~

  Kadang kala jika penghuni kebun sibuk sampai tak terkait nak makan mempelam habis jatuh-jatuh buah masak dekat sekeliling bawah pokok. Kalau ada masa lekas-lekas dikutip bagi anak ayam yang sedang membesar dalam kurungan lagi.

  Self-collect InsyaAllah awal bulan November ini ada tentatively:

~ 5th/6th November 2015 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Jika masih bermusim buah mempelam telur juga boleh query untuk self-collect buah mempelam telur muda sekilogram for RM5.00 .

 Minggu ini masuk stok sunflower bagi yang berminat dalam original packaging 1 pek berharga RM12.

Sunflower Sonia.
 Jenis pokok bunga matahari yang renek sesuai untuk ditanam dalam pasu dan balcony garden. Warna bunganya oren pekat. Besar diameter bunganya anggaran 10cm. Jika yang kreatif sesuai digandingkan di belakang pokok zinnia menampakkan level ketinggian dan besar bunga berperingkat. Begitu juga tanam di hadapan pokok bunga matahari jenis yang tinggi lampai. Kerana saiznya renek ianya juga sesuai ditanam berdekatan seperti pokok terung dan tomato untuk menarik lebih banyak serangga pendebungan seperti lebah.

Sunflower Taiyou
Jenis bunga matahari kegemaran di jepun di mana 'Taiyou' juga bermaksud matahari. Ketinggian purata pokoknya 160cm.

Sunflower Sunrich Lemon
Jenis bunga matahari yang mekar cepat dalam purata 45hari. Ketinggian purata 100cm. Warna bunganya seperti buah lemon masak.

Sunflower Kokuryu
Jenis bunga matahari yang sesuai untuk ditanam dalam pasu walaupun ketinggian puratanya boleh mencapai 160cm.

Isnin, 24 Oktober 2016

Seri Pagi Jepun

 Gambar ini dah lama terperap dalam folder, dah lama nak bercerita pasal topik ini tapi asyik terperap sahaja dek kekangan masa tahun ini banyak travelling. Lagi satu sebab takut sebenarnya nak tunjuk gambar seri pagi yang kembang di taman nanti buat ramai terliur jika stoknya tiada. Untuk seri pagi memang simpan je gambarnya dalam folder. Hujung Disember tahun lepas, masa Tukang Kebun sorting benih-benih simpanan tiba-tiba terjumpa pek pelbagai benih seri pagi jenis Jepun (Ipomoea nil) yang dah lama dibeli hampir 3 tahun tapi lupa nak semai. Belek-belek original packaging yang belum dibuka ini tertulis biji benih seri pagi ini kononnya dah 2 tahun lebih expired. 

  Lalu saja-saja Tukang Kebun bawa balik biji benihnya ke Sabah memandangkan pada hujung tahun kebiasaannya musim hujan jadi bolehlah ditanam terus dan dibiarkan begitu sahaja sebagai trial. Kebiasaannya Tukang Kebun praktik direct sowing sahaja untuk seri pagi memang tak pindahkan anak pokoknya. Di situlah ia bercambah, di situlah ia tumbuh sampai habis riwayat.  Walaupun tanah di rumah Big Boss di Kingfisher keras dan berbatu, syukur alhamdulillah dengan siraman rezeki air hujan begitu mudah biji-biji benih tersebut bercambah dengan kadar peratusan yang baik hampir 100%. Gambar teratas boleh dilihat anak pokok yang baru sahaja bercambah dari biji benih dengan kulit biji benih yang terjatuh dibulatkan dengan warna merah.
 Kemudian gambar no. 2 ini dapat membayangkan peratus percambahan biji-biji benih tersebut yang elok berderet tumbh di tepi pagar bersebelahan portulaca. Jenis seri pagi Jepun kadang kala daunnya ada tompok-tompok putih dalam Bahasa Inggeris dibezakan dengan panggilan variegated leaf. Terbiar sahaja pertumbuhannya masa ketiadaan Tukang Kebun di Kota Kinabalu. Syukur Alhamdulillah beberapa minggu kemudian dijenguk kelihatan ada juga yang sudah mula berbunga. Disebabkan cuaca akhir Januari sudah jarang hujan di Kota Kinabalu tahun ini, pokoknya jadi teruja nak berbunga awal. Kalau bunga awal sebelum ia matang penuh akan mengakibatkan musim berbunga menjadi lebih singkat. Jadi Tukang Kebun rasa syorkan untuk menanam seri pagi di Kota Kinabalu, cuba bulan November.
 Seri Pagi Jepun mudah ditanam di Malaysia ini, lebih-lebih lagi kalau masa semaian nya kena sesuai dengan optimum keperluan pertumbuhannya. Faktor persekitaran, suhu, cahaya dan air memainkan peranan penting. Setakat ini dah beberapa jenis tanah Tukang kebun pernah cuba menanam seri pagi dari jenis berpasir hinggalah tanah liat keras berbatu di rumah Kingfisher Big Boss. Dari segi jenis tanah, Seri Pagi tak berapa cerewet. Syukur Alhamdulillah ikut faktor cuaca dan persekitaran dapat jugalah tengok sampai kitaran pokoknya menghasilkan biji benih semula. Benih Seri Pagi jika disimpan dengan baik bertahan lama. Yang Tukang Kebun cuba-cuba ini pun benih dah lebih 4 tahun. Apa yang penting ialah faktor persekitaran yang optimum untuk biji benih tersebut dapat bercambah dengan baik. Terlampau banyak air pun tidak berapa baik untuk biji benih seri pagi bercambah dan membesar dengan baik. Kalau musim hujan tak perlulah rendam biji benih seri pagi dalam air semalaman.

 Yang Seri Pagi akan cerewet ialah dari segi pencahayaan ya. To make Morning Glory become glorious kena banyak pancaran cahaya especially in the Morning lah ya. 

 Tips menanam Seri Pagi boleh juga buat rujukan di page Ipomoea (Seri Pagi & Family).

 Ada beberapa limited stok Seri Pagi Jepun seperti di bawah dibekalkan dalam Original Packaging.
Morning Glory Jepun ~ Heian no Yosoui (variegated leaf)

Morning Glory ~Akatsuki (mirip kepada Aoi Tsuki)

'
Morning Glory Jepun ~ Heian no Haru (variegated leaf)


 Calendula atau juga dikenali sebagai Pot Marigold juga ada stok baru dalam original packaging ada pelbagai jenis. 1 pek berharga RM15 dengan isi kandungan anggaran 4ml.

Info Calendula juga boleh refer kepada posting sebelum ini (klik sini).

(a) Pom Pom

(b) Black Eye

(c) Kiku

(d) Calendula Mixed

Ahad, 23 Oktober 2016

Pink Lotus

  Saban tahun minat Tukang Kebun terhadap tumbuhan air makin mendalam kerana ianya sejenis tumbuhan yang tak perlu disiram tiap-tiap hari masa musim kemarau. Nak menjaga pun tak berapa susah. Tambahan pula ianya cukup cepat membiak. Bunga pink lotus adalah antara bunga yang tak jemu ditatap tatkala ianya senyum lebar kepada kita.
  Kesinambungan dari posting tumbuhan air semalam (related posting klik sini), antara tumbuhan yang dikemas juga ialah pokok-pokok pink lotus. Memandangkan sejak ditanam tak pernah dikurangkan dan makin padat duduk dalam pasu di atas. Tidak perlu pasu besar pun nak bela pokok lotus, yang ini cuma tinggal dalam pasu yang biasa dijual di nursery seperti gambar di atas. Malahan di balcony juga boleh. Maka diluangkan masa yang ada dalam panas terik bersama suami tersayang yang beri bantuan keluarkan dari pasu tersebut, perlahan-lahan Tukang Kebun bahagikan kepada bekas-bekas baru. Asal pokok pink lotus yang ditanam dalam pasu tersebut dahulu adalah dari semaian biji benih dari induk pokok pink lotus dalam halaman sendiri atas minat nak mencuba-cuba. Kisahnya ada Tukang Kebun ceritakan di posting sebelum ini, tak sampai 6 bulan biji benih disemai pokoknya sudah menghasilkan bunga (related posting klik sini) mirip kepada ibunya. Sudah nak genap 3 tahun usianya hidup di situ. Dari pembahagian rizom pokok-pokoknya , InsyaAllah lebih pantas berbunga kalau cukup makan dan minumnya.
 Pokok bunga pink lotus ini pun bila keluar tangkai kudup bunganya yang membesar itu juga menarik nampaknya macam obor api. Ada juga yang suka makan kelopak bunga lotus ini digigit-gigitnya seperti gambar di atas. Yang berminat mulai hari ini kami officially bekalkan juga pokok pink lotus. Lebih elok kalau self-collectlah sebab tanahnya berat. Next self-collect tentatively awal bulan depan pagi 5/6 November 2016. Minggu depan tiada self-collect, holiday.

~ 1 bekas RM30.00 (selagi stok masih ada) ~ 
  Tempat baru yang dipindahkan pokok-pokok lotus adalah bersebelahan dengan jenis teratai hardy lemon ini berdekatan pagar ke kebun belakang. Asalnya pasu tersebut pickerelweed yang menghuni tapi habis diratah oleh si angsa setiap kali dibiarkan makan rumput kebun depan. Jadi biarkanlah pink lotus pula menghiasi kawasan tersebut. Teratai kami belum mula bekalkan, jika ada rezeki InsyaAllah. Tak mau usik lagi takut merajuk pula nanti.

Hari ini nak menyelit ada limited stok benih bulb bunga baru yang berminat nak cuba-cuba.

Rujukan tips menanam boleh refer ke posting dahulu label archives 'gladiolus' (klik sini).

Gladiolus Charm 1 bulb RM15.00.

Out of Stock.

Watsonia 1 bulb RM25

Chile Iris/Herbert's Iris/Herbertia pulchella 1 bulb RM12

Sabtu, 22 Oktober 2016

Giant Pickerel

  Di antara jenis tumbuhan air adik beradik pickerel , yang species jenis Pontederia lanceolata  adalah yang saiz paling besar. Pokok ini juga ada beberapa panggilan umum dengan dikenali juga sebagai "Giant Pickerel", "Pickerel Rush" ataupun "Lance Leaved Pickerel". Berbanding dengan pickerelweed (Pontederia cordata), pickerel rush daunnya lebih besar tetapi bukan tumbuhan air yang boleh dimakan seperti pickerelweed. Jika dibandingkan warna bunganya juga berlainan boleh dibezakan di mana Pickerel Rush warnanya ungunya lebih cair ke arah lavendar atau mauve kebiruan dan pickerelweed warna bunganya ungu lebih gelap. Kedua-dua jenis bunga tumbuhan air ini juga menarik serangga untuk datang hisap madunya. Mata kuning dekat kelopak matanya itu menjadi tarikan penggemar madu. Misai bunganya yang panjang itu pun menarik.

  Untuk info lebih lanjut mengenai pickerelweed (Pontederia cordata) boleh refer ke posting lama (klik sini).
 Gambar di atas dan di bawah perenggan ini kelihatan perkembangan kudup bunganya membesar dan menggemuk. Daun giant pickerel rush berjalur-jalur dan lebih bentuk bulat lebar, berbeza dengan daun pickerelweed. Biasanya daun pickerelweed lebih digemari oleh serangga perosak berbanding dengan giant pickerelweed. Tambahan pula angsa-angsa tak pernah ganggu pokok giant pickerel kalau diberikan berjalan-jalan ke halaman depan. Kalau pickerelweed sekelip mata sahaja angsa-angsa tersebut meratah. Dari pemerhatian situ kita bolehlah buat assumption yang daun pickerelweed tu lebih edible dari giant pickerel.
  Sebut pasal Angsa, Syukur Alhamdulillah awal bulan Oktober ini, gabungan si Lady (Ibu) dan si Kuning (Bapa) berjaya dengan pengeraman semula jadi dari lima telur yang tinggal tak hilang darinya dua biji berjaya menetas. Telur angsa menetas dalam 28hari bermula dari pengeraman oleh si Ibu. Kali ini nampaknya si Lady dah lebih pandai, tak perlu Tukang Kebun guna pelbagai helah nak kena suruh dia mengeram telurnya sendiri. Nampaknya tempat si Lady suka mengeram telur menggunakan kandang 6.
 Suatu petang si Lady terus volunteer duduk mengeram telurnya sendiri tak perlu Tukang Kebun campur tangan. Tapi sekarang sudah merajuk tak berapa nak manja dengan anaknya sebab beberapa jam lepas menetas terus diambil anaknya. Walaupun sekali kala dipertemukan juga dengan anak-anaknya bermain di halaman depan. Terpaksa sebab takut kejadian berulang kena makan dengan mahkluk predator lain ataupun dipijak-pijak oleh angsa-angsa jantan yang lain. Moga dalam dua ekor anaknya semua berjaya membesar dengan baik dan ada betina. Memandangkan si Lady seekor je betina yang lagi 3 ekor tu Jantan. Beranak pinak banyak dulu Lady, InsyaAllah suatu hari nanti boleh membesarkan anak-anak sendiri. 
  Anak-anak angsa ini diberikan nama si Chuck dan si Wolf oleh adopted mother diorang iaitu adik  perempuan Tukang Kebun. Anak-anak angsa ini lebih manja dengan adik Tukang Kebun yang sedang tahun akhir pengajian farmasi di UiTM ulang-alik dari rumah sebab adik yang jaga dan sambut masa baru menetas. Memandangkan kami balik kampung di Sabah semasa telurnya menetas. Siap masuk dalam Google Calendar tu bila telurnya menetas as reminder mohon adik tolong tengokkan dah menetas ke belum. Kebetulan anak-anak angsa ini pun lahir sama hari dengan adik, the adopted mother. Manja dengan adik sebab dah imprinted dekat otak 2 ekor ini.
  Hujung minggu lepas, sambil-sambil mengemas pruning pokok-pokok sekitar pergola yang dah mula semak dan gelap ditemani oleh anak-anak angsa dan Rayyan. Syukur Alhamdulillah Isnin lepas setelah setahun bawa Rayyan check up keadaan kesihatan jantungnya tiada apa-apa masalah luar biasa. Jadi next appointment pun Oktober tahun depan, lepas setahun.
 Berbalik kepada kisah Giant Pickerel, sempatlah hujung minggu lepas Tukang kebun dengan suami kesayangan kemas beberapa tumbuhan-tumbuhan air yang dah padat sangat dalam pasu. Antara tumbuhan yang dikemas ialah si Giant Pickerel. Gambar di atas adalah Giant Pickerel yang bunganya satu persatu baru sahaja nak berkembang belum mula tunjukkan mata kuningnya itu.
 Gambar yang mengapit perenggan ini, baru kelihatan lebih terang warna dan bentuk bunganya berserta daunnya yang berjalur-jalur itu. Giant pickerel sukakan keadaan tempat yang banyak dapat cahaya matahari. Separa matahari juga boleh tapi bunganya tak semeriah dari yang mendapat cahaya yang banyak. Pokok tumbuhan air seperti Giant Pickerel ini tak perlu bekas air yang dalam. Asalkan jenis tanah yang bertakung air ataupun ditanam dalam bekas ada takungan air dan paras ketinggian air dari '0' hingga '30'cm sudah memadai dengan tanah yang ditanam pokoknya.
 Giant Pickerel boleh juga ditanam dengan pokok-pokok tumbuhan air cetek yang lain seperti pokok bunga air sagittaria. Ambil kesempatan nak maklumkan yang pokok bunga air sagittaria berbunga putih seperti di gambar bawah juga sudah ada stok kembali.

~ 1 bekas pokok bunga sagittaria RM7.00 ~

Info lanjut mengenai pokok bunga air sagittaria boleh rujuk ke posting sebelum ini (klik sini).
  Seperti pokok pickerelweed, pokok Giant pickerel juga berizom atau berubi besar. Yang hitam-hitam di atas tanah seperti gambar di bawah sebenarnya rizom giant pickerel. Jadi pokok pickerel giant ini sebenarnya pokok yang mudah untuk dijaga untuk gardener yang baru berjinak berkebun. Anak-anak pokok akan muncul keluar dari mata-mata tunas yang terletak di rizom. Pokok ini juga cepat membiak. Pernah masa musim kemarau terlupa nak tambah air sampai tanah belas atas pun dah kering kontang. Syukur Alhamdulillah bila diberikan air tumbuh semula kerana rizomnya bangun bertenaga semula mengeluarkan pucuk tunas semula.

~ 1 pot/rhizome Giant pickerel/ Pickerel Rush (Pontederia lanceolata)  RM10.00 ~

Yang berminat nak tengok koleksi lain keluarga Pontederia boleh juga intai page 'Pontederiaceae' Tumbuhan Air (klik sini).

Ahad, 9 Oktober 2016

At Abai Kinabatangan River

 Syukur Alhamdulillah salah satu impian dari zaman remaja setelah berpuluh tahun telah tercapai. Pada mulanya kami merancang untuk cuti sekolah September lepas ialah untuk bercuti ke Sarawak tetapi memandangkan tempahan bilik tidak dapat dengan menggunakan Sunway Vacation Club point kerana quota telah penuh untuk ahli maka terpaksa kami ubah rancangan. InsyaAllah lain kalilah kami ke Sarawak sebab dearest husband yang teringin nak lawat Sarawak belum pernah lagi. Tukang Kebun pula pernah ke Sarawak masa zaman kanak-kanak dahulu. 

  Lalu dengan adanya MATTA Fair awal September lepas di PWTC, kami pergilah tengok apa offer menarik yang ada di sana boleh dilawati untuk cuti sekolah bulan September. Setelah pusing-pusing, Tukang Kebun tertarik dengan tawaran pakej untuk Kinabatangan. Sejak kecil baca buka dan tengok dokumentari teringin sungguh untuk melihat dengan mata sendiri tempat yang mempunyai diversity species yang banyak mungkin mempengaruhi Tukang Kebun untuk ke arah biologist. Apatah lagi antara jaringan sungai terbesar di Malaysia. Walaupun banyak booth yang menawarkan pakej Kinabatangan, Tukang Kebun tertarik kepada booth yang khusus operator untuk Kinabatangan Wetlands Resort bila dibandingkan itenerary dengan operator lain. Syukur Alhamdulillah adalah satu pilihan yang tepat bagi kami.
 Memandangkan minggu cuti sekolah tersebut adalah juga Hari Raya Haji jadi sambil sambut Raya di Sabah, kemudian kami memandu kereta ke Sandakan. Ini juga adalah pertama kali kami ke Sandakan. Lebih kurang 7 pagi kami bertolak dari Kota Kinabalu dan sampai ke bandar Sandakan lebih kurang pukul 1 tengahari. Tour guide juga telah menunggu di Sandakan Yatch Club dekat jeti dengan bot resort sendiri. Setelah selesai pembayaran parking kereta di Sandakan Yatch Club untuk dua malam (RM42? GST included), kami pun menaiki bot dan menyusur ke mana resort terletak di kawasan Abai, Kinabatangan. Dari jeti sambil bergerak kelihatan Pulau Berhala seperti gambar No.1 yang juga landmark dan tempat yang mempunyai sejarahnya sendiri di Sandakan.
 Terima kasih banyak kepada kakitangan Kinabatangan Wetlands Resort yang tak jemu-jemu melayan permata-permata hati kami, membuatkan perjalanan lebih seronok untuk mereka dan of course parents pun boleh ada masa sendiri untuk rilex sambil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan di Kinabatangan. Kebiasaannya tangan ni sepanjang masa sibuk tak terlepas pegang dengan anak-anak ini, with this trip ada jugalah hands free dan kita dapat juga bersantai. Lagipun atas bot ni tak dapat nak berkeliaran sangat dan ramai mata-mata dapat bantu awasi kanak-kanak. Semasa our first cruise di Kinabatangan ini, kami sekeluarga sahaja pelancong di atas bot.
 Yang menambahkan keseronokkan walaupun kami sambil baru on the way nak ke resort check in, tour guide banyak memberi peluang kepada kami untuk menjamu mata melihat gelagat hidupan liar di sepanjang sungai Kinabatangan. Baru sejam lebih sampai Sandakan sudah kami dapat lihat Orang Utan liar di pinggir sungai. Memang perlukan mata seperti tour guide yang sudah biasa dapat spot orang utan sebab memang boleh tak perasan. Duduk dekat pokok tinggi kekadang macam blend in warna bulu orang utan ini dengan batang pokok.
 Dekat corner nak masuk jaringan sungai yang terletaknya Kinabatangan Wetlands Resort pula, buaya penghuni Sungai Kinabatangan pula welcoming us. Buaya ini mungkin masih saiz remaja lagi duduk diam macam patung dengan mulut ternganga. Yang kelakarnya boleh Ilhan kata, itu buaya patung ke Mama tak bergerak langsung pun. Tiba-tiba buaya berlari masuk dalam sungai, dah nampak makanan kut dapat menyakinkan si Ilhan yang tu buaya hidup.
 Adalah dalam sejam lebih kami naik bot nak sampai ke Kinabatangan Wetlands Resort menyusuri sungai yang lebarnya lebih kecil pula berbanding dengan jaringan sungai utama diapit dengan pelbagai jenis pokok-pokok nipah.
 Memang seronok bila sampai nak berjalan ke resort pun ikut boardwalk di kelilingi dengan keadaan hutan paya. Line Celcom di sini tak de, jadi rasa memang rehat enjoy betul living without internet atau 3G feeling isolated in the wilderness for 3 days.
 Sebelum sampai di Jeti dekat bandar Sandakan ada juga tour operator contact jangan risau yang mereka memang dah sediakan lunch bila sampai resort nanti. Sebab kami dinasihatkan kalau boleh bertolak sampai elakkan dari lewat petang sangat. Syukur Alhamdulillah semasa kami bertolak dalam pukul 2 dengan bot keadaan cuaca baik dan ombak pun tak bergelora, perjalanan yang elok. Kami sampai ke Kinabatangan Wetlands Resort dalam pukul 3:30 petang. Dining hall dan lounge di tempat ini cukup selesa untuk bersantai.
 Yang menariknya mereka juga ada kitchen garden bersebelahan. Dalam perjalanan ada persinggahan di area kampung Abai, tour guide mencari bekalan udang galah liar segar sungai untuk dinner kami. Murah betul beli terus dari nelayan, sekilogram tak sampai RM20, dalam belasan Ringgit Malaysia sahaja. Pertama kali merasa udang galah Kinabatangan ini manisnya sangat, melt in your mouth. 
 Selesai isi perut, kami dibawa ke bilik yang melalui boardwalk tinggi. Tak nampak chalet dari dining hall. Memang rasa macam masuk hutan sepanjang ke arah kawasan chalet. Nature best.
 Walaupun tiada swimming pool macam 5star hotel, ada tempat boleh shower dekat luar untuk sesiapa teringin nak rasa shower with nature. Swimming pool memang tak bolehlah buat takut ada makhluk lain pula yang join sekali kan.
 Bilik chalet sangat luas.  Sebenarnya ada juga balcony. Tingkap yang menghadap belakang memang luas untuk nampak wild nature di belakang while maintain your privacy. Sebab belakang sana dah takde apa-apa bangunan atau tempat jalan pun. Hutan sahajalah. Jika bernasib baik bolehlah observe hidupan liar. Bird watchers memang sukakan resort ini. 
 Syukur Alhamdulillah dapat jugalah jadikan trip ini untuk our postpone 10 years wedding anniversary with the kids tahun ini. Asalnya ingat nak ke Jepun. Tapi masing-masing tidak ada masa dan tidak dapat buat planning betul-betul. Last minute kami rancang mana yang mudah dalam Borneo sahajalah. Terima kasih banyak-banyak kepada Ms. Sheng tour operator bagi kami diskaun yang banyak untuk promosi MATTA fair lalu. Kami cuma perlu membuat bayaran untuk 2 orang dewasa sahaja. Yang untuk kanak-kanak diberikan percuma walaupun sebenarnya ada. Dapatlah kami sebilik berkongsi sekeluarga. Sebab bila bincang memandangkan anak-anak kami masih usia muda semua tak berani diorang akan nak tidur bilik berasingan terutamatanya jarak chalet antara lain ada gap banyak dan bukan bilik sebelah-sebelah macam hotel. Terutamatanya ini duduk dalam hutan lagi. Asalnya pakej ini lebih mahal berbanding dengan tour operator lain untuk harga seorang, tetapi sebab rezeki tak termasuk kanak-kanak maka bila kira-kira sama sahaja dengan operator lain apabila masuk pembayaran harga untuk tiga kanak-kanak.

 Staff resort pun memang cakap their resort might be a bit expensive compared with others because of their location and facilities ada lebih sikitlah compare to other lodgings around the area. Which is true juga sebenarnya and why their itinerary perk my interest than others. Kami pun amat berpuas hati. Food pun okay sedap. We don't have to pay anything extras and memang money worth. Kadangkala kena hati-hati juga bila baca itinerary mungkin lebih murah tapi activity takde sangat kan. Masa boat cruise, selain dari bot driver, we are always accompanied by a tour guide, some trip kekadang 2 tour guides. Masa kami pergi tak peak season, kami lima orang dan yang first day cuma ada 3 pelancong asal Australia.
 Tour operator pun sebenarnya amat seronok dapat menerima kami sebagai tetamu sebab begitu jarang sekali mereka menerima pelancong dari negara sendiri lebih-lebih lagi dengan anak-anak kecil (special promotion price for the locals maybe hehehe, thank you so much Ms. Sheng & friends). Kebiasaannya tempat resort ini hanya banyak menerima dari pelancong luar terutamanya negara barat. We can see that pelancong negara barat lebih berani take the risk rather than Malaysian because diorang sanggup fly in Sandakan nak ambil pengalaman di Kinabatangan. Layanan memang sangat baik sepanjang kami menginap di sini, sangat dijaga. Lagipun dengan isu penculikan dan keselamatan industri pelancongan di Sandakan kena negative impact yang besar. Which remind us masa kami honeymoon di Bali dahulu pun baru lepas bombing yang banyak pelancong luar meninggal dunia, menyebabkan di Bali ketika itu pun industri pelancongan mereka menurun. Disebabkan itu, kami pelancong di Bali dijaga dengan betul dan layanan amat baik full 5stars. Sama juga situasi di Kinabatangan Wetlands Resort, service full 5 stars. Jadi a good review for industri pelancongan yang kena tempias ini is important for them. Syukur Alhamdulillah kami selamat sepanjang lawatan di sini dan Resort ini pun sebenarnya antara base police marine. Biasanya pagi mereka akan keluar meronda nanti malam balik semula ke resort. Untuk keselamatan tetamu mereka, antara sebab resort ini juga mohon police posting dengan menyediakan kediaman untuk mereka juga.
 Selepas letak barang-barang di bilik, pukul 4:30 petang kami berkumpul di jeti untuk dibawa jalan-jalan mencari hidupan liar di sepanjang sungai Kinabatangan. 
 Tukang Kebun perhatikan monyet suka makan kudup bunga dari jenis pokok nipah ini. Kalau monyet jenis ini yang biasa untuk orang tempatan, mereka kekadang gelar monyet RM10 sebab tak rare sambil kami berjenaka di atas bot. Kalau pelancong asing seronoklah tengok monyet ini. Jaga-jaga atas daun pokok nipah ini kadangkala ular paya (Boiga drendophila boie.) suka juga tidur atas daunnya. Jangan jatuh atas kepala sudahlah.
 Amat seronok cruise petang ini kami dapat melihat pelbagai jenis primate atau monyet mencari makanan di pokok pinggiran sungai. Antaranya jenis Silverleaf monkey ataupun dipanggil Silvery Lutung. Proboscis monkey atau monyet belanda pun beberapa kumpulan kelihatan.
  Yang menariknya Tukang Kebun perhatikan hidupan liar jenis monyet ini boleh sahaja duduk harmoni berdekatan dengan kawasan perkampungan air. Yang masalah bagi mereka sebenarnya ialah the inhospitable estates. Apatah lagi nyawa mereka juga terkecam dengan pekerja-pekerja asing yang tak animal friendly. Menurut penduduk tempatan, anak beranak mereka tak pernah diganggu atau mati dikerjakan buaya yang hidup bersama di Sungai Kinabatangan. Sebab kisah lisan yang diturunkan dahulu pernah penduduk-penduduk kampung membantu sang buaya jadi buaya memang tidak kacau mereka. Cuma yang kalau ada kes kena baham dengan buaya sampai mati ialah hanya orang asing sahaja seperti pekerja asing.
 Nampaknya bukan kami sahaja menikmati pemandangan matahari terbenam. Orang Utan juga seakan bersantai memerhatikan warna langit yang berubah apabila matahari mula terbenam.
 Melihat pemandangan matahari terbenam di kawasan berdekatan perkampungan Abai sebelum bergerak balik ke resort.
 Abby minta ambilkan gambar selfie with sunset. Hari pertama kami menginap di resort cuma ada 3 pelancong berasal dari Australia.
 Pemandangan di gerbang Kinabatangan Wetlands Resort setelah matahari terbenam. 
 Malam pertama kami menginap cuacanya baik, tour guide bawa night walk di sekitar resort untuk memerhatikan binatang yang aktif waktu malam. Seronok sangat tak disangka chalet yang menghadap chalet kami di sebelahnya ada pokok jenis nipah kelihatan dua pasang mata berkilau apabila disuluh dengan lampu suluh. Rupa-rupanya ada sekurang-kurangnya 2 ekor sang kancil di celah daun nipah tersebut. Tak perlu jalan jauh pun depan chalet sendiri dah ada sang kancil datang melawat. 
  Tak nak mereka lari, takdelah nak snap gambar. Sepanjang boardwalk tu banyak jenis juga tumbuhan periuk kera yang dapat dilihat . Nak ambil gambar pun tak terang seperti gambar di bawah. Keesokkan petang kami jalan-jalan sendiri dalam hutan siap cari pokok orkid hutan untuk kenangan.