Setelah selesai trip kami di Abai Kinabatangan Wetland Resort sampai ke jeti, kami mula bergerak ke arah Gua Gamantong pula. Dari zaman remaja lagi Tukang Kebun teringin nak melawat Gua Gamantong. Syukur Alhamdulillah sampai juga hajat Tukang Kebun nak melihat suasana keadaan Gua Gamantong dengan mata sendiri. Memang sepanjang perjalanan kalau dalam daerah Sandakan ini dipenuhi dengan ladang-ladang kelapa sawit.
Bila dah jumpa signboard masuk simpang jalan ke arah Gua Gamantong sedang berborak-borak dengan dear husband yang memandu. Sekali tak disangkakan sekali atas pokok nampak dari atas jalan raya ada dua orang utan remaja sedang lepak-lepak. Lekas Tukang Kebun spontan suara tinggi bang berhenti kereta bang ada orang utan atas pokok tu. Nasib baik memang jalan sunyi sahaja ketika itu jadi memang atas jalan raya terus kami berhentikan kereta sambil tengok aksi-aksi orang utan tersebut. Memandangkan jauh agak sukar nak ambil gambar dalam kereta dengan camera compact yang dah lama ketinggalan zaman ini.
Hati berbelah bahagi nak keluar dari kereta untuk bergerak mendekati mereka. Memang dah agak kalau keluar dari kereta memang mulalah orang-orang utan ini yang pemalu mula nak menyorok dari santaian mereka atas pokok tersebut. Bila Tukang Kebun nak dekati ke pokok tersebut memang mulalah orang-orang utan bergerak masuk ke kawasan hutan yang lebih tebal sukar untuk mengekor mereka.
Nasib kami juga agak baik dapat memerhatikan jenis burung helang yang unik di Borneo ini di kawasan nak masuk ke arah Gua Gamantong iaitu jenis Crested Serpent Eagle. Gua Gamantong yang terletak di tanah rendah kawasan Kinabatangan juga seperti di Abai mempunyai tumbuhan memanjat yang menarik . Yang ini cantik daunnya seperti di atas bercorak variegated berbanding dengan yang sempat kami nampak di Abai Kinabatangan (related posting klik sini).
Dari pintu masuk gerbang Gua Gamantong tempat membeli tiket nak ke Gua Simud Hitam memang ambil masa jugalah berjalan kaki dalam anggaran 20 minit ikut kepantasan kaki masing-masing. Jika hujan agak licin ya jadi berhati-hatilah.
Jadikanlah perjalanan nak sampai ke pintu masuk gua Simud Hitam lebih menarik dengan mencari macro dan microorganism di sepanjang walkway tersebut. Tempat pegang walkway pun ada juga hidupan yang menarik untuk diperhatikan.
Dekat kawasan gambar ini ada disediakan tandas awam untuk yang memerlukannya dan tidak ketinggalan tempat mandi, jadi bawalah sabun dan shampoo siap-siap. Kawasan perumahan sementara bagi mereka yang berkerja mengutip sarang-sarang burung. Ada musim-musim tertentu sahaja yang ada lesen boleh mengutip sarang-sarang burung di kawasan Gua Gamantong ini. Salah satu peak harvest season adalah bulan Ogos. Antara buah-buahan yang ditanam di sini adalah pokok nangka.
Seronok ralit juga tengok keluarga anjing muda ini yang menjaga peralatan tuannya. Kuat sungguh tenaga fizikal orang yang bekerja mengutip sarang burung ini. Kedengaran ada seorang kawannya yang memanggil dari kawasan curam perumahan atas area gua gamantong itu kepada kawan yang sedang dalam rumah ini. Tangkas laju sahaja kawannya berlari naik ke atas sekelip mata ke rumah yang terletak tempat tinggi Gua Gamantong tu macam superheroes di celah-celah rimbunan semak tersebut.
Bila sampai dekat dengan signboard hijau di atas ini dah depan mulut gua Simud Hitam cuba perhatikan banyak sumber tanaman makanan di sini teramatlah subur sebelah aliran sungai. Banyak baja organik yang didapati dari gua ni.
Lebatnya buah limau kasturi di tepi papan tanda hijau tersebut. Kemudian kelihatan kesan pucuk-pucuk ubi kayu yang baru sahaja dipetik dari pokok-pokok ubi kayu di gambar bawah pastinya telah ditanam oleh penduduk di sini sebagai sumber makanan mereka. Daun pucuk ubi kayu memang telah dikaji banyak manfaat untuk kasi tulang kuat seperti minum susu bagus untuk elakkan osteoporosis (related posting klik sini). Pekerjaan nak kutip sarang-sarang burung di tempat tinggi ini tak mudah, memang tulang nak kena kuat. Amalan pemakanan penduduk di sini turun temurun menjamin kesihatan fizikal mereka. Gabungan vitamin C dari buah limau kasturi dan vitamin K dari pucuk ubi kayu membantu melengkapkan keperluan nutrisi penduduk kawasan ini yang jauh dari pekan.
~ 1 pot limau kasturi RM5.00 (klik sini)~
~ 7 keratan batang ubi kayu baka Sabah RM5.00 (klik sini) ~
~ 7 keratan batang ubi kayu daun tirus jejari RM5.00 (klik sini)~
Di bawah titian nak masuk ke mulut Gua Simud Hitam ini berdekatan sungai kecil pula ada ditanam keladi dan keberangkalian sayur meranti liar juga ada.
Berpuluh tahun dinantikan masuklah kami ke mulut Gua Gamantong Simud Hitam. Terima kasih kepada perkongsian pengalaman Abang Din yang dah bertahun-tahun membawa pelancong ke Gua Gamantong , guide di Kinabatangan Wetland Resort tahulah kami apa persediaan mental nak buat sebelum masuk ke gua. Memang semasa bercerita mengenai Gua Gamantong ada Abang Din kata kalau nasib baik memang di Gua Gamantong boleh terserampak hidupan liar seperti orang utan dan lain-lain. Tips Abang Din kata biasanya bird-watcher suka pergi sebelah nak dekat senja sebab cantik gambar bila haiwan-haiwan malam keluar dari pintu gua di sebelah atas.
Inilah pemandangan dalam Gua Gamantong yang dipanggil Simud Hitam luas ruangnya.
Tinggi sungguh dinding atas gua ini. Betapa mencabarnya kerja mengutip sarang-sarang burung dalam gua ini dengan hanya peralatan tradisi dan asas.
Banyak betul sumber baja organik di sini. Yang tak tahan masuk Gua Gamantong ini ialah banyak betul berkeliaran lipas-lipas. Itulah pesanan Abang Din yang tak tahan dulu nak jadi guide bawa pelancong di Gua Gamantong ini ialah serangga lipas inilah. Kalau musim hujan lebih teruk bilangannya lebih banyak merayap di kaki. Memang kami langsung takde nak pegang rail pemegang tangan tu penuh taik burung dan lipas je. Jalan pun takde berhenti, kalau berhenti takut kena bomb dari atas. Tambahan pula nanti terasa ada benda melintas merayap atas kaki. Dahlah kami semua pakai selipar dan sandal sahaja. Pengeli lipas si Abby dan Papa Abby memang berpelukanlah mereka berdua. Abby memang dalam dukungan papa Abby sahaja sepanjang kami berada dalam badan Gua Gamantong. Tukang Kebun memang erat genggam tangan si Rayyan takut tergelincir sebab licin kayu-kayu jalan yang dah dipenuhi dengan baja segar dari burung di atas yang bersarang.
Yang merancang nak teroka dalam Gua Gamantong Simud Hitam ini baik sedia topi atau helmet dan proper shoes. Elok juga kalau pakai baju hujan, manalah tau nasib tak baik ada benda jatuh dari atas.
Geram tengok koleksi baja yang sangat subur ini, mesti subur pokok dapat baja high quality ini. Cantik juga pemandangan dalam gua Simud Hitam ini sambil dongak tengok entrance keluar masuk burung-burung duduk dalam gua ini. Cuma yang penggeli memang kena ada mental preparationlah. Pertama kali seumur hidup tengok lipas punya banyak begitu. Sampai sekarang dah jadi tabiat kalau masuk tempat ada bau lipas, si Ilhan akan cakap: Apa bau macam dalam Gua Gamantong ni? Itulah antara kenangan budak-budak ni ingat dapat dari Gua Gamantong hehehe....
Selain dari Orang Utan, antara species monyet liar yang dapat juga dilihat di kawasan Gua Gamantong ialah seperti monyet di atas. Yang jenis species ini tak pemalu sangat, rilek-rilek je tengok kita balik within its comfortable space. Lower Kinabatangan ini dianugerahkan dengan pelbagai jenis species monyet. Jika ada kawan-kawan yang ingat nama jenis monyet ini, please leave a comment. Tak terkeluar namanya dalam kepala masa menulis posting ini.
Tukang Kebun geram betul tengok species limau bali ini buahnya sarat dan banyak dah buah yang masak jatuh-jatuh dari pokok tak termakan. Memandangkan kawasan ini dalam kawasan hutan perlindungan pastinya kalau menanam binatang liar pun akan duduk menumpang rasakan. Jadi strategi pemilihan pokok-pokok yang menghasilkan makanan untuk penduduk juga agak selective bila diperhatikan. Biasanya pokok jenis limau memang tak dikacau oleh haiwan-haiwan. Sebab tu jenis buah limau bali , monyet pun tak makan sama dengan buah limau kasturi. Antara sebab kenapa Tukang Kebun pun sekarang lebih memilih tanam jenis-jenis pokok limau di kebun belakang sebab takde siapa yang usik. Angsa pun tak kacau meratah pokoknya mahupun buahnya.
Kami on holiday long weekend ini. Kebarangkalian email tu tak terjawablah sampai sekolah mula.
Happy Holiday!
Assalamu'alaikum
BalasPadamWahhh bestnya perjalanan ni.. melihat keindahan alam dan hutan ...
Rasanya kalau tak salah daun yang bersusun cantik di batang pokok tu adik beradik Rhaphidophora... yang kita ada cuma warna hijau je daun tapi tak beraa menjadi sebab daun dia kecil kecil...kalau elok daun dia boleh jadi besar tapak tangan....
Haslina
Waalaikumsalam Kak Ina,
BalasPadamSelama ini tumpuan hanya pada pokok boleh makan sahaja hehehe...jadi sebelum ini walaupun pernah nampak mata tak tertarik pula.
Bila nampak real di nature baru jatuh minat kihkihkih....
Ada juga keluarga tanaman ini dalam kebun cuma buat tak tau je.
Thanks Kak Ina.