Selepas balik dari menyusuri Sungai Kinabatangan pada awal pagi hari kedua kami menginap di Kinabatangan Wetland Resorts (related posting klik sini), makanan ada disediakan di restoran. Kemudian kami balik mandi dan berehat di chalet. Si Abby terlelap dan Ilhan pula meneman adiknya di chalet sambil tengok TV sementara Tukang Kebun, dear husband dan Rayyan berjalan di canopy walk resort menghala ke dalam hutan paya lagi selepas makan tengahari.
Malam sebelumnya dah dibawa ke kawasan tersebut masa nightwalk (related posting klik sini) oleh dua guide, Abang Din dan RJ. Sempat kami nampak sang kancil-kancil. Ada juga flash torchlight nampak beberapa jenis pokok periuk kera. Jadi sementara nak menunggu next bot trip sebelah petang berjalanlah kami ikut canopy walk tersebut untuk lihat periuk-periuk kera dengan lebih jelas. Yang gambar di atas adalah tumbuhan periuk kera jenis memanjat manakala gambar di bawah jenis periuk kera atas tanah.
Jenis tumbuhan yang paling menarik minat Tukang Kebun kali ini adalah menariknya nampak bagaimana tumbuhan memanjat dahan pokok-pokok tinggi di kawasan paya air tawar ini di sekitar tanah rendah Kinabatangan. Belum lagi masuk dalam pengetahuan Tukang Kebun untuk jenis pokok-pokok creepers atau memanjat ini. Jika ada kawan gardeners yang ada pengetahuan bagaimana jenis tumbuhan climbing vine ini digolongkan mohon tunjuk ajar.
Mula-mula ingatkan daun hijau memanjat ini ada sejenis dua sahaja. Tetapi bila diamati dengan betul, rupa-rupanya di kawasan tanah rendah Kinabatangan ini mempunyai pelbagai variasi climbing vines ini. Antara contoh nak bezakan seperti yang di bawah ini jenis daun memanjang, sebelah kanan daunnya lebih besar dan pucuknya merah. Manakala yang gambar pokok di tengah pula daunnya panjang dan tirus tetapi pucuknya berwarna hijau. Unik sungguh flora tanah rendah Kinabatangan ini sehingga pada satu pokok tinggi ada dua ke tiga jenis pokok daun memanjat yang berbeza menghuni atasnya. Nampak natural decor ini menarik sungguh. Menarik minat Tukang Kebun bayangkan alangkah cantik agaknya kalau digunakan tanaman memanjat seperti ini sebagai hiasan di dinding bangunan berkayu atau simen.
Untuk jenis pokok orkid pula ada dua jenis yang Tukang Kebun nampak seperti gambar di bawah. Salah satunya sifat nampak macam mirip adik beradik dalam kumpulan bulbophyllum. Lagi satu macam myrmecophilla pun ada sebab banyak betul semut duduk dalamnya hehehe. Ada peratusan besar Tukang Kebun silap kategori ini sebab bab orkid tak berapa ada ilmu. Jika silap mohon tunjuk ajar.
Special Sales untuk orchid berikut for January 2017 only.
~ 1 bare-rooted Vagina bulbophyllum for RM7.00 (info klik sini)
~ 1 bare-rooted Myrmecophilla tibicinus for RM7.00 (info klik sini)
Sebelah petang kami menyusuri Sungai Kinabatangan lagi tengok rezeki jika dapat serempak dengan hidupan liar. Cuaca petang tersebut berubah-ubah dari setempat ke setempat semasa menyusuri Sungai Kinabatangan.
Ada tempat yang sedang hujan, ada mendung dan ada kawasan yang cerah. Jumpa pelbagai pelangi sambil menyusuri Sungai Kinabatangan.
Syukur Alhamdulillah setiap kali kami naik bot menyusuri Sungai Kinabatangan ini memang berpeluang memerhatikan monyet belanda liar atau probiscus monkey.
Cuma challenging juga nak ambil gambar monyet ini tanpa kamera yang lebih bersesuaian. Monyet liar yang Abby panggil Monyet London ini pemalu. Biasanya kalau nampak pelancong datang dekat bot, ketuanya akan berikan isyarat bunyi kepada anak-anak buahnya untuk segera turun dari pokok menyorok dalam semak. Nanti ketuanya akan tunggu sahaja di atas pokok seekor sambil tunggu masa pelancong berlalu.
Akar-akar dari pokok yang hidup di kawasan paya bernafas keluar tersembul-sembul dari tanah. Berdebar-debar juga jantung ini semasa dalam perjalanan balik sebab dah gelap senja tersebut. Biasanya perjalanan naik bot dalam dua jam setiap trip ikut cuaca. Pembawa bot pula lupa bawa torchlight tak sangka tak sempat sampai resort sebelum hari gelap. Nasib baik masing-masing ada smartphone adalah apps torchlight kan. Cuma malam bila dah gelap nak kena hati-hati takut terlanggar kayu nanti enjin tersangkut atau terlanggar kayu besar macam balak pula.
Rayyan pula tak tidur siang sebab temankan kami berjalan-jalan di canopy walk, dari awal perjalanan bot sedap kena angin agaknya sampai resort tidur tak bergerak-gerak begitu. Ada kawasan yang dilalui hujan dan senja tu agak sejuk balutlah si Rayyan begitu dengan raincoat. Lena sungguh Rayyan tidur. Syukur Alhamdulillah sampai jugalah ke resort dalam gelap.
Nasib kami baik, dah sampai resort tengah mandi sebelum makan malam di restoran resort baru hujan turun dengan lebat. Sepatutnya pada malam tersebut kami ada night bot trip pula tengok binatang-binatang yang keluar malam mencari makan di tebing Sungai Kinabatangan dan tengok kelip-kelip. Tetapi terpaksa dibatalkan. Nak keluar dari chalet ke resort pun nasib baik memang setiap chalet ada sediakan dua payung dalam almari. Elok kami keluar dari chalet dalam hujan lebat, RJ ada tunggu di depan chalet berkaki ayam bawakan payung-payung extra in case tidak cukup. Kerana night boat trip batal, RJ menghiburkan tetamu dengan nyanyian.
Esok paginya bersiaplah kami untuk naik bot ke bandar Sandakan. Dua malam di Abai, Kinabatangan ini rasa tak puas banyak pengalaman menarik yang diperolehi. InsyaAllah kalau ada rezeki, rasa nak datang lagi.
Beginilah antara pemandangan balik ke jeti di bandar Sandakan dekat dengan Yatch Club.
Semakin kami dekati Bandar Sandakan, semakin banyak nampak perkampungan di atas air.
Masjid Daerah Sandakan kelihatan apabila menghampiri Yatch Club di mana kami akan turun dan tempat kami letak kereta.
Special Sales for January 2017 only:
2 moist bare-rooted rhizome Crepe Ginger/Setawar Putih for RM10.00 .
Info for Crepe Ginger (Click Here).
Saya masih belum berkesempatan ke Kinabatangan...teringin juga...
BalasPadamPokok menjalar daun bulat tu ada dijual online. Rasanya ditempat kak biasa lihat pokok jenis ini. Dikawasan air terjun.
BalasPadamSalam Bahagia Kak Fida,
BalasPadamTahun 2017 ini jom rancang Cuti-Cuti Malaysia di Kinabatangan pula.
Salam Bahagia Kak Mala,
Memang pokok menjalar ini sukakan kawasan yang kelembapan tinggi atau sumber air yang banyak dapat mist mist.