Halaman

Isnin, 24 Julai 2017

Lahar Lumpur Lipad

 Pada minggu Syawal pertama kami berkesempatan melawat Lahar Lumpur Lipad yang lokasinya di kawasan daerah Lahad Datu. Perjalanan dari bandar Lahad Datu ke Lahar Lumpur Lipad dalam satu jam setengah. Setelah berehat seketika, kami mula perjalanan ke Lahar Lumpur Lipad dalam pukul 3:30 petang dari resort menaiki truck yang telah diubahsuai.
 Ketika lawatan yang kami pergi walaupun bukan hujan setiap hari tetapi ada juga hujan singgah pada minggu tersebut, jadi jalan agak berlumpur untuk berjalan kaki ke Lahar Lumpur Lipad. Dinasihatkan ikut kata guide, sila pakai kasut boot tinggi ya yang ada disediakan oleh resort terutamanya untuk trip ke Lahar Lumpur Lipad. Untuk kanak-kanak juga ada disediakan boot. Beberapa kali jugalah tenggelam tersekat si Abby, Rayyan dan Ilhan dalam lumpur yang lembut terpijak.
 Kali ini dengan beberapa pujukan dan encouragement, Abby berjaya berjalan sendiri tanpa kena dukung dengan Papa Abby sampai ke Lahar Lumpur Lipad. Sekarang ini bila anak paling bongsu dah nak masuk 5 tahun dah mudah untuk kami berjalan-jalan lasak sudah. Abang-abang Abby si Ilhan (10tahun) dan Rayyan (hampir 8 tahun) pun jalannya lagi laju dari kami, dah lasak berjalan tanpa nak dipimpin tangan. Cuma Abby sahaja, anak perempuan seorang kalau ada Papa manjanya tu asyik nak dukung. Kali ini dah boleh berjalan dengan sendiri cuba nak kejar pace abang-abang.
  Bila pergi ke tempat tujuan tak banyak berkata, bila dah nak bergerak balik mula banyak mengomel-ngomel. Diminta juga dukung tapi dipujuk-pujuk, mengomel-ngomellah kat Papa sambil berjalan dengan muka sedih dan keletihan. Sebab banyaknya bersuara, mama, papa dan Abby jalan belakang sikit nanti habis binatang semua lari. Pandai dah Abby stabil berjalan ikut akar-akar kayu yang besar untuk elak terbenam dalam lumpur.
 Kawasan Lahar Lumpur Lipad ini juga adalah salah satu tempat laluan gajah Borneo pygmy, jadi banyak juga kesan tapak-tapak kaki gajah yang dijumpai. Berapa kali ganda besar saiz tapak kaki orang dewasa juga tu, tapak gajah Borneo pygmy. 
  Jika jumpa kumpulan gajah tak pe lagi. Yang wajib lari dan sembunyikan diri apabila terserempak gajah jantan jalan seorang diri yang ini amat merbahaya kerana akan mengganas. Gajah jantan seekor akan attack, salah satu caranya nak menyembunyikan diri adalah di celah-celah akar pohon kayu besar seperti gambar di atas dan jangan bersuara. Pernah ada kes seorang pelancong perempuan dari Australia degil tak dengar kata guide, dah disuruh larikan diri bila terserempak gajah seekor jantan di sini tetapi pergi patah balik dan ambil gambar depan gajah tersebut. Siap ada flash bila ambil gambar terus kena serang gajah dan ditusuknya pelancong tersebut serta dipijak-pijak banyak kali sampai dah tak nampak rupa manusia lagi. Oleh itu, sekarang ini memang pelancong-pelancong kalau nak melawat kawasan sini mesti bersama guide.
 Syukur Alhamdulillah ada rezeki semasa dalam perjalanan ke Lahar Lumpur Lipad kami terserempak dengan sepasang pelandok. Fauna yang lain dapat tengok sempat ambil gambar seperti di atas sejenis crab spider dan monitor lizard. Tinggi juga si biawak ni panjat pokok ada nak 10 meter juga tenggek atas pokok tu. Sempat juga si lintah ini nak tumpang hisap darah Tukang Kebun kat tangan. Cepat-cepat dikutip buang sebelum mula sedut darah.
 Nampak macam construction site je bila sampai tapi inilah Lahar Lumpur Lipad. Binatang-binatang banyak kumpul di sini untuk ambil nutrient yang banyak dari lumpur sini. Jadi ada juga platform tinggi bersebelahan lahar ini untuk night watching yang nak tunggu binatang-binatang keluar malam ambil khasiat dari lahar ini. Gajah juga antara pengguna utama lahar lumpur lipad ini.
 Sila berhati-hati semasa jalan atas kawasan Lahar Lumpur Lipad ini ada tempat yang lembut boleh terbenam masuk dalam. Bawalah siap sedia botol atau bekas yang kosong boleh bawa balik lumpur yang banyak mineral khasiat ini ke rumah. Mahal juga kat kedai pengusaha jual mud soap kan. Licin rasa juga muka bila pakai natural mask dari Lahar Lumpur Lipad ini.
 Mula-mula semua teragak-agak nak sapu lumpur ini kat muka. Yang sukarela offer muka ialah si Rayyan yang memang dah seronok amat dapat main lumpur. Kemudian muka Ilhan pula kena sapu lumpur oleh makcik-makcik Ilhan. Barulah lepas tu semua sapu lumpur semulajadi ini di muka kecuali Abby yang tak mau.
 Kalau ke Lahar Lumpur Lipad ini pakai baju dah lusuh je. Elok lengan panjanglah kalau tak nak derma darah banyak. Kalau anak-anak mungkin elok pakai je jenis kain baju berenang tu beli yang dari bundle je senang nak cuci sikit hilangkan lumpur bilas air.  Attire Rayyan paling senang nak kasi cuci dahlah memang dia paling comot. 
 Ilhan dan Aunty Tati macam adik beradik je kan sebab jarak usia pun 12 tahun je. Hari lahir pun beza 5 hari je dalam bulan Mei. Pemandangan Lahar Lumpur Lipad dari atas platform tinggi.
 Dari resort memang naik truck ke simpang Lahar Lumpur Lipad. Kemudian jalan kaki masuk dalam 700meter sebab jalannya berlecak-lecak dan ikut pace Abby ada dalam setengah jam kut. Lagipun sambil berhenti menikmati flora dan fauna. Ada juga rezeki tengok sepasang pelandok dalam siang hari tu. Dekat Lahar Lumpur Lipad kami cuma perhatikan ada monyet je atas pokok ketika itu.
 Dalam perjalanan balik ke resort, terserempak sekumpulan geng monyet ni kat tepi jalan. Tak takut pun rilex je depa ni tengok pelancong perhatikan mereka.
 Sampai ke resort, semua cuci-cuci boot nanti nak pakai lagi untuk nightdrive pula. Semua dah tak sabar nak balik bilik masing-masing buat spot check kena hisap darah ke tidak. Masing-masing derma darah kat seekor lintah. Abby kat perut. Lainnya banyak kat peha. Nyamuk langsung takde kali ini. Tapi lintah tu sukar nak lari.
Hujung minggu ini self-collect adalah available (kebunkmg@gmail.com):

~ 29th/30th July 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras exit of Guthrie Corridor Highway).
 Buah-Buahan organik segar yang available minggu ini adalah seperti berikut:

~ 1 kilogram buah mempelam telur/pauh ringan muda RM5.00 (more info click here) (boleh pos).
Puas kami buat dah jeruk mangga asam boi. Kalau di tamu Sabah, ini memang kegemaran dan harga pasaran boleh 1 kilogram RM8~RM10.

~ 1 sisir buah pisang kadau jenis kuning RM5.00 (more info click here).
Adik-beradik pisang raja udang.

~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .

~ 1 biji nangka ranum RM15.00 .

~1 biji buah nangka muda RM5.00 .

~ 8 biji kelapa tua RM10.00 .

Rabu, 19 Julai 2017

Bohey Dulang

  Selepas melawat perkampungan air Pulau Tatagan kami menuju ke arah Pulau Bohey Dulang (related posting klik sini). Jarak Pulau Tatagan ke Pulau Bohey Dulang tak jauh pun boleh nampak dalam 10minit gitu sahaja. Kalau dari pekan Semporna sebenarnya lalu dulu Pulau Bohey Dulang baru Pulau Tatagan. Keindahan panorama Pulau Bohey Dulang juga memukau. Airnya yang teramat jernih boleh nampak anak-anak ikan halus berkumpulan berenang. Apa yang menarik perhatian Tukang Kebun ialah di sini banyak betul landak laut hitam. Dalam gambar nampak fuzzy ball hitam tu, landak lautlah tu.
 Tukang Kebun kalau nampak landak laut hitam ini mesti teringat masa zaman student dulu di Jepun. Kami ada ikut fieldtrip di Pulau Sado yang adalah salah satu pulau terbesar di Jepun. Ingat masa balik kepenatan beberapa jam kena ronda cari sejenis spesies katak pokok dengan sarangnya yang Jepun panggil katak ini "amagaeru".Lepas berehat dalam makmal tiba-tiba ada beberapa kawan seronok dapat makan isi kuning fresh landak laut hitam masa tu yang dibawa oleh penyelidik marin. Tanya kawan apa bendanya tu, katanya "uni". Uni ini kerap juga di kedai sushi Jepun. Tapi sampai sekarang hati tak pernah terbuka nak rasa mentah. Tapi terkejutlah tengok subur betul membiak landak laut hitam di perairan Semporna ini macam boleh jadi barang dagangan supply kat Jepun.
 Jika anda buat island trip ke Bohey Dulang, jangan lupa bawa kasut untuk trekking. Kalau tak bawa nanti kena paksa sewa di tempat masuk nak trekking ke puncak pulau Bohey Dulang ya. Dari pemerhatian Tukang Kebun lebih selesa jika bawa kasut sendiri. Atas nasihat adik perempuan Tukang Kebun yang lawatannya kali kedua di Bohey Dulang ini memang kami dah siap sedia bawa standby tukar sebelum keluar dari bot pelancong. Hari Raya Aidilfitri ketiga ini memang ramai sibuk beraya di Buhey Dulang ni. Traffic jem jugalah nak trekking ke atas. Sebab kawasan ini adalah antara tarikan pelancong utama, memang ramai pegawai keselamatan menjaga pulau ini dengan senjata.
 Ketinggian puncak Bohey Dulang adalah dalam 300meter sahaja. Tetapi sebab kita bukan naik straight begitu, jalan ada liku-liku sikit jadi dalam jarak 600 meterlah juga berjalan mendaki. Ambil masa dalam 30 minit untuk orang biasa-biasa. Anak-anak lelaki kami memang tak nampak bayang langsung meluru naik mengekor pelancong-pelancong lain. Abby dan Tukang Kebun ketinggalan di belakang dengan papa Abby terpaksa ikut pace kami meneman. Kali ini Abby berjaya juga dipujuk mendaki sendiri tanpa kena dukung dari papa. Abby yang tunggu Mama ada. Dah lama tak mendaki, mula-mula rasa macam pantas sangat overheating badan ni, panasnya semacam badan terkejut gaknya. Badan warming up nya, terlampau panas sangat macam engine kereta berasap. Nampak sangat a lot of excess fat cepat membakar.
 Sampai jugalah akhirnya di atas. Syukur Alhamdulillah cuaca pada hari tersebut sangat baik. Puas mata memandang keindahan sekitar Pulau Bohey Dulang dari puncaknya. Boleh terlupa sekejap kepenatan tenaga yang dipakai seketika. Nampak betullah trip kali ini I'm not fit, kena banyak gerakkan badan bersenam ni. Asyik gerakkan kereta sahaja adalah sekarang ini uruskan 3 permata hati punya persekolahan masa musim sekolah. Duduk dalam kereta, kereta bergerak kita tak bergerak pun lama-lama sakit belakang je. Nampak sangat sampai tak kuasa nak fikir ambil gambar sampai mendaki hehehe....ambil gambar atas puncak dengan bawah puncak je.
 Kasihan Ilhan, Rayyan dan Sumandak yang dah lama tiba di puncak ambil masa menunggu kudapan untuk kasi tenaga semula. Dah dapat makanan masing-masing duduk berkelah macam beraya. Patut bawa kuih raya sekali. Botol-botol dan plastik kosong sila angkut kumpul bawa balik turun ya.
 Pemandangan sungguh indah sekali panoramanya dari puncak Pulau Bohey Dulang (photos did not do any justice). Bila diperhatikan begini bentuk muka bentuk di sini ada mirip dengan kepulauan di Komodo dan Papua New Guinea. Bila pula ada rezeki nak ke sana. Bila dah makin berusia ini terasa pula, larat lagi ke lepas 10 tahun ini nak jalan-jalan tengok alam semulajadi ini di tempat yang lebih mencabar nanti.
 Badan dah rasa penat-penat ini, bestnya kalau dapat berendam dalam air spa serai acheh untuk kasi segar semula. Pokok Serai Acheh juga menghasilkan bunga yang sangat comel seperti gambar di bawah ini. Tadi bercerita pasal binatang iaitu jenis katak tinggal bersarang atas pokok, ini pula tunjuk gambar tumbuhan nama pokok katak puru. Gambar sebelah bahagian depan adalan anak pokok katak puru, manakala bersebelahannya dan memanjang tu adalah pokok serai acheh. Gambar sebelah kiri pula bahagian atas adalah akar serai acheh dan bawah bunga serai acheh.

 Kedua-dua pokok ini daunnya banyak nilai perubatan tradisional.

Info lanjut pokok katak puru dan serai acheh juga boleh rujuk pada posting kami yang lepas (klik sini).

~ 1 anak pokok katak puru RM10.00 ~

~ 1 bekas pokok serai acheh RM7.00 ~

Selasa, 18 Julai 2017

Kanak Kanak Pulau Tatagan Semporna

 Syukur Alhamdulillah satu impian telah dimakbulkan juga tahun ini. Pada 3 Syawal kami sekeluarga berkesempatan untuk melawat perkampungan air Pulau Tatagan di Semporna. Di sini kita boleh perhatikan cara hidup etnik Bajau Laut yang cukup selesa hidup di atas air.
 Semasa tibanya nampak kelibat bot-bot pelancong, begitu laju dan mahirnya kanak-kanak etnik Bajau Laut kemudi sampan-sampan kecil mereka ke bot pelancong. Kalah speed bot gitu. Terpukau melihat begitu mahir kanak-kanak kecil ini kemudi sampan di atas air macam orang kayuh basikal lumba secara professional punya level.
 Tidak kira lelaki atau perempuan mereka amat mahir kemudi sampan di atas permukaan air laut ini. Cuba kalau kita.
 Cepat kanak-kanak kecil ini kerumun bot-bot pelancong menanti yang pemurah untuk berikan mereka makanan ringan. Kadang-kadang pemandu pelancong juga akan bagi tips kepada kanak-kanak ini untuk beraksi.
 Seperti anak-anak kita, mereka juga amat gembira jika ada pelancong-pelancong yang ada bawa gula-gula atau makanan ringan untuk mereka. Memang dalam internary ada juga memo pesanan jika nak boleh bawakan sweets untuk kanak-kanak Bajau Laut yang duduk di Pulau Tatagan ini. Kelihatan Ilhan pun agak terkejut tengok kanak-kanak seusianya kerumun macam semut ke bot dan meminta makanan-makanan dari pelancong. Dunia yang amat berbeza dengan kehidupan hariannya. Kalau ada pengajaran yang dapat di situ kepada Ilhan, Syukur Alhamdulillah.
  Kini kanak-kanak Bajau Laut di Pulau Tatagan ini adalah sebahagian produk pelancongan bagi agen pelancongan di Semporna ini. My hope that their innocent will be kept untouched away from greed. But it is not uncommon in Semporna you see young kids sleeping outside shops and asking for money. 
 The view at Tatagan Island simply take your breath away. Amazingly gorgeous. The trip was worth it. It took us 10 hours drive from Kota Kinabalu to Semporna. Belum lagi campur flight hours dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Nak singkat perjalanan boleh transit naik flight lagi dari Kota Kinabalu ke Tawau. Tawau dan Semporna tak berapa jauh dah lebih kurang sejam drive. Sebab kami travel 7 orang termasuk 2 adik perempuan Tukang Kebun untuk budget kami drive la ikut land. Jimat juga naik four wheel drive guna diesal, ulang alik belanja minyak tak sampai RM200. Kalau kami naik kapal terbang dah beribu. But to find a pure place like this nowadays you certainly have to travel far. Bot dalam sejam dari Semporna ke Tatagan Island. Gambar tidak dapat menunjukkan keindahan sebenar pemandangan kepulauan di sini.
 Bila tengok documentary di bawah ini membawa Tukang Kebun teruja nak pergi Semporna dan buat perancangan tahun ini kami island hopping di Semporna. Ada satu tempat impian Tukang Kebun nak pergi iaitu Tawi Tawi Island di negara jiran kita. Tapi untuk keselamatan sekarang nak ke sana tak berapa masa yang bagus lagi. Kali pertama Tukang Kebun dengar mengenai Tawi Tawi Island adalah dari pembentang di sebuah symposium tahun lepas bila dengar pasal berapa banyak species ikan kerapu (grouper) yang mereka ada menambah minat lebih-lebih lagi bila pembentangnya promote sejarah dan keindahan tempat penyelidikan beliau.
  Tukang Kebun rasa kalau di rumah atas air cuaca tropika ini juga sesuai untuk menanam pokok herba lasak si Ginseng Jawa di dalam bekas ini. Pokok ginseng jawa ini bukan sahaja nampak macam pokok hiasan tapi ianya juga boleh dibuat sebagai sayur.
 Pokok ginseng jawa keperluan airnya tak banyak jika sudah ada akar gemuk di bawah. Akar ini memang power root ya seperti akar ginseng sebab tu ianya juga dikenali sebagai ginseng jawa. Kekadang bila kemarau lama tak disiram, walaupun pokoknya nampak mati tapi bila hujan datang kembali naik pucuk-pucuk baru keluar dari atas akar ini. Yang menarik mengenai pokok ginseng jawa ini adalah kebanyakkan semua bahagian pokoknya adalah ada nilai yang berguna. Tak cemerlang lagi tanam lobak merah, lebih baik untuk novice gardeners kalau tanam ginseng jawa ini dulu cepat dapat tahap cemerlang untuk menambah pengalaman dalam alam kebun.

Info pokok ginseng jawa (klik sini).

~ 1 pot pokok ginseng jawa RM4.00 ~


Isnin, 17 Julai 2017

Minyak Kelapa Dara Kimihang

 Syukur Alhamdulillah pada 10hb Mac 2017, Tukang Kebun bersama Ilhan Mikhail dan rakan-rakan lain berkesempatan melawat Kampung Kimihang, Kudat. Kampung Kimihang ini tidak jauh dari Simpang Mengayau dan ianya bersebelahan paya bakau. Disebabkan itu terdapat banyak kebun pokok-pokok kelapa yang diusahakan oleh penduduk tempatan.
 Penduduk Kampung Kimihang ini majority dari etnik Rungus. Di kampung ini ada projek pembangunan  komuniti menghasilkan minyak kelapa dara. Jika nampak brand BONCO atau minyak kelapa dara hasil dari Kudat seperti Kampung Kimihang berilah sokongan. Sokonglah barang buatan Malaysia sendiri. Jika dari luar negara tidak semestinya ianya lebih elok kekadang dealer repackaging je kasi nampak cantik. Packaging sahaja kasi harga makin melambung.
  Jauh pandangan ladang kelapa-kelapa ni berterusan sampai jalan tar sudah bertukar ke tanah biasa. Selain dari pokok-pokok kelapa di kebun belakang rumah, penduduk Rungus di Kampung Kimihang ini ada tanam juga pelbagai jenis tanaman lain.
 Sekeliling kawasan rumah dipergunakan sepenuhnya menanam pokok.  Yang paling menarik yang tidak dapat kita nampak di Semenanjung Malaysia sudah ialah, pokok padi huma ditanam di depan kawasan rumah. Itu bukan belukar ya. Pokok padi yang sedang membesar menghasilkan beras tu. Pelbagai jenis pokok herba juga ditanam. Pokok betik juga adalah salah satu tanaman yang penting. Penduduk Rungus di sini secara turun temurun diturunkan petua untuk banyak kan susu badan bagi ibu yang bersalin ialah dengan rebus buah betik muda bersama dengan seafood lokan. Lokan memang banyak juga mudah didapati di sini kerana ianya berhubung dengan paya bakau.

 Sihatkan pemakanan penduduk Kampung Kimihang ini kan. Kampung mereka memang self-sufficient. Minyak kelapa dara ada pengusahaan sendiri. Padi pun tanam depan rumah untuk tuaian makan organik sendiri. Sumber makanan laut juga boleh ambil sendiri, jarak jalan kaki sahaja. Kalau sedari ada banyak juga pokok mangga ditanam sedang berputik bunga lebat semasa lawatan kami di sini.

 Yang berminat untuk dapatkan benih padi huma ada tinggal sikit je lagi dalam stok Kebun Bahagia Bersama. Ada lima jenis padi huma ( 1 pek RM3.00 anggaran 100 biji benih).

Padi Huma Pandasan
Padi Huma Taragang
Padi Huma Gonsulak
Padi Huma Bakilong 
Padi Huma Tomou


 Tukang Kebun perhatikan kalau di Sabah ini, orang suka tanam pokok kelapa gading. Macam gambar di atas walaupun ada banyak pokok kelapa tinggi-tinggi di belakang rumah. Di depan rumah mesti ada sepokok kelapa gading pun jadilah. Pokok kelapa gading bukan jenis pokok kelapa yang tinggi ya. Kalau dalam adik beradik species kelapa, pokok kelapa gading ini tergolong dalam pokok kelapa yang rendah lah. Kalau di kawasan perumahan di Kota Kinabalu pun tak janggal nampak orang tanam pokok kelapa gading di luar rumah.
 Syukur Alhamdulillah masa bulan Ramadhan lalu puas jugalah buka puasa dengan air kelapa gading dari kebun sendiri. Jika ada yang berminat untuk tanam pokok kelapa gading ada new stock boleh juga dipos.

~ 1 biji bibit kelapa gading RM7.00 ~
 Yang adventure nak buat minyak kelapa dara sendiri boleh self-collect kelapa tua yang berguguran sendiri dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 8 biji buah kelapa tua RM10.00 ~

 Biasanya hasil jualan kelapa tua kami masuk dalam Tabung Makanan Binatang Perliharaan Avian. Jadi sekali kala dapatlah mereka makan proses selain dari dibelah-belahnya buah isi kelapa.

Ahad, 16 Julai 2017

Passionfruit and Jackfruit

 Syukur Alhamdulillah sebelum bulan Ramadhan lalu musim buah markisa di Kebun Bahagia Bersama, lebat juga buahnya. Pokoknya pun yang bukan sendiri tanam. Tumbuh sendiri dari benih-benih bertaburan yang buahnya terkongsi dengan makhluk-makhluk Allah lain selalu singgah di kebun ini. Dibiarkan tumbuh sendiri, ikut suka dia habis melilit naik pokok pinang jenis hiasan yang tinggi. Di kebun belakang pun ada yang naik sendiri melilit dekat pokok nangka.
 Kebun Bahagia Bersama ingin inform anak pokok markisa jenis buah masak ungu sudah kembali dalam senarai katalog kami.

~ 1 anak pokok markisa RM8 ~

 Info lanjut mengenai pokok markisa boleh rujuk juga dekat posting lama kami (klik sini).
 Syukur Alhamdulillah bulan ini juga rancak buah nangka sedang meranum di kebun belakang. Buah-buah nangka ini tidak diberikan baja buatan ya dah bertahun. Semuanya baja asli dari kitaran semula daun-daun guguran dan sebab pokoknya terletak di tepi kolam tempat bakar bahan-bahan organik besar dari kebun mungkin ada debu-debu nutrient juga berterbangan menjadikan sumber makanan ia. Macam 'wood ash' yang juga sumber potash yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok yang baik. 

 Syukur Alhamdulillah salah satu pokok nangka yang selalu mengada-ngada buahnya hasil kat tempat bahagian tinggi yang kami pangkas hampir 2 tahun lalu (related posting klik sini), dah mula berjinak nak berbuah lebat dekat bahagian bawah batang besar je seperti gambar di bawah. Nampak dah banyak pokoknya sedang keluarkan putik bunga. Daun-daun kering tu masa tak cukup tangan, biarkanlah kitar semula jadi baja untuknya. Pokok ini pun letak sebelah tempat bakar organik waste.
 Yang berminat untuk dapatkan buah nangka muda untuk sayur dan buah nangka masak juga boleh dapatkan di Kebun Bahagia Bersama bulan ini. Kalau buah nangka masak sebiji memang puas makan, berapa keluarga boleh makan tu. Buah nangka muda pun puas bergulai boleh buat potluck masa musim perayaan ini.

~ 1 biji buah nangka muda RM5 ~
~ 1 biji buah nangka masak RM15 ~
~ 1 beg tanah bakar RM5 ~

Sabtu, 15 Julai 2017

Bibit Kelapa bujur rugby

 Salam Aidilfitri. 

Masih ramai yang masih mendapat undangan rumah terbuka menyambut Aidilfitri lagi ni kan. Lama tidak dapat bersiaran sibuk dengan pelbagai perkara. Kerja di kebun juga agak terbengkalai lama tak sentuh sejak bulan Ramadhan berlalu. Bulan Ramadhan lalu Syukur Alhamdulillah berkesempatan jugalah mengemas kawasan di bawah pokok-pokok kelapa keliling kebun. Kerja yang ringan-ringan je la masa puasa yang tak gunakan banyak kudarat. Syukur Alhamdulillah sambil kemas buah-buah kelapa dapat jugalah stok baru bibit-bibit pokok kelapa yang buahnya bentuk bujur macam bola rugby.

Info lanjut mengenai pokok kelapa buah rugby yang kami panggil ini boleh juga baca di posting lama kami (klik sini).
 Contoh pokoknya seperti gambar di atas dan buah kelapa tua yang sudah gugur sendiri dari pokok seperti di bawah. Buah kelapa tua jenis pokok kelapa ini mudah sedikit nak dikukur isinya berbanding dengan pokok kelapa jenis lain. Jika masak rendang daging ayam 1 kilogram, gunakan 3 biji buah pokok kelapa jenis ini, resepi turun-menurun.

Buah kelapa tua special untuk bulan Julai ini 8 biji RM10.
Kelapa parut pula 3 biji RM5.

  Yang ingin cari daun pokok kelapa muda untuk buat sarung ketupat untuk bulan ini juga masih ada.

~10 helai daun kelapa sarung ketupat RM1.00.

Self-Collect untuk bulan Julai 2017 ini:

~ 16/29/30 Julai 2017 Sabtu/Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Berdekatan pokok kelapa rugby di atas di bawahnya pula ada pokok gajus. Pucuk-pucuk organik ulam segar dan daun herba segar juga dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Semuanya 1 ikat RM1.00.

~ Pucuk daun gajus
~ Pucuk daun assam gelugor
~ Pucuk Mata Pelandok
~ Pucuk daun assam jawa
~ Pucuk daun Katak Puru
~ Pucuk Daun Mulberry
~ Pucuk daun Ubi Kayu
~ Sayur Batang Keladi
~ Daun Pecah Beling
~ Daun Kadok
~ Daun Nyirik (kelupis)
~ Daun Salam
~ Daun Pandan Wangi
~ Daun Pandan Serani/Suji
~ Daun Puding Belacan
~ Daun Serai Acheh
~ Daun Pisang

 
 Selepas sorting semua pokok kelapa tua, ada juga pokok buah kelapa rugby yang dibelah kongsi isinya ada tombong bersama haiwan perlihara tersayang di kebun belakang. Dekat angsa si MOMO tu ada pokok kelapa buah rugby yag dibelah sebahagian isi dah habis dimakan.
 Ini contoh gubahan hiasan pertunangan Tukang Kebun 11 tahun yang lalu yang bonda gubahkan sendiri. Ada gunakan buah kelapa rugby yang muda betul (bukan mainan) sebagai sebahagian perhiasan gubahan untuk penghantaran kain sampin songket. Kain songket digulung seperti kuntuman bunga mawar yang diletakkan dalam bakul wakit versi kecil hiasan. Kemudian finishing touch setangkai orkid hidup segar yang golden shower diletakkan di atasnya. Mohon maaf gambar tak berapa clear sebab terserempak gambar ini dalam album lama diletakkan di kampung Kiulu, Sabah masa papa Abby layan anak-anak tengok album lama.
  Jenis pokok-pokok bunga orkid tersebut juga sudah banyak beranak pinak di Kebun Sungai Buloh dan rajin mewarnakan Kebun Bahagia Bersama selalu. Pokok bunga orkid 'Golden Shower' gelarannya.

~ 2 moist bare-rooted orkid golden shower/dancing lady RM5.00 ~

Info Lanjut mengenai pokok bunga orkid 'Golden Shower' boleh rujuk pada posting lama kami (klik sini).