Halaman

Rabu, 19 Julai 2017

Bohey Dulang

  Selepas melawat perkampungan air Pulau Tatagan kami menuju ke arah Pulau Bohey Dulang (related posting klik sini). Jarak Pulau Tatagan ke Pulau Bohey Dulang tak jauh pun boleh nampak dalam 10minit gitu sahaja. Kalau dari pekan Semporna sebenarnya lalu dulu Pulau Bohey Dulang baru Pulau Tatagan. Keindahan panorama Pulau Bohey Dulang juga memukau. Airnya yang teramat jernih boleh nampak anak-anak ikan halus berkumpulan berenang. Apa yang menarik perhatian Tukang Kebun ialah di sini banyak betul landak laut hitam. Dalam gambar nampak fuzzy ball hitam tu, landak lautlah tu.
 Tukang Kebun kalau nampak landak laut hitam ini mesti teringat masa zaman student dulu di Jepun. Kami ada ikut fieldtrip di Pulau Sado yang adalah salah satu pulau terbesar di Jepun. Ingat masa balik kepenatan beberapa jam kena ronda cari sejenis spesies katak pokok dengan sarangnya yang Jepun panggil katak ini "amagaeru".Lepas berehat dalam makmal tiba-tiba ada beberapa kawan seronok dapat makan isi kuning fresh landak laut hitam masa tu yang dibawa oleh penyelidik marin. Tanya kawan apa bendanya tu, katanya "uni". Uni ini kerap juga di kedai sushi Jepun. Tapi sampai sekarang hati tak pernah terbuka nak rasa mentah. Tapi terkejutlah tengok subur betul membiak landak laut hitam di perairan Semporna ini macam boleh jadi barang dagangan supply kat Jepun.
 Jika anda buat island trip ke Bohey Dulang, jangan lupa bawa kasut untuk trekking. Kalau tak bawa nanti kena paksa sewa di tempat masuk nak trekking ke puncak pulau Bohey Dulang ya. Dari pemerhatian Tukang Kebun lebih selesa jika bawa kasut sendiri. Atas nasihat adik perempuan Tukang Kebun yang lawatannya kali kedua di Bohey Dulang ini memang kami dah siap sedia bawa standby tukar sebelum keluar dari bot pelancong. Hari Raya Aidilfitri ketiga ini memang ramai sibuk beraya di Buhey Dulang ni. Traffic jem jugalah nak trekking ke atas. Sebab kawasan ini adalah antara tarikan pelancong utama, memang ramai pegawai keselamatan menjaga pulau ini dengan senjata.
 Ketinggian puncak Bohey Dulang adalah dalam 300meter sahaja. Tetapi sebab kita bukan naik straight begitu, jalan ada liku-liku sikit jadi dalam jarak 600 meterlah juga berjalan mendaki. Ambil masa dalam 30 minit untuk orang biasa-biasa. Anak-anak lelaki kami memang tak nampak bayang langsung meluru naik mengekor pelancong-pelancong lain. Abby dan Tukang Kebun ketinggalan di belakang dengan papa Abby terpaksa ikut pace kami meneman. Kali ini Abby berjaya juga dipujuk mendaki sendiri tanpa kena dukung dari papa. Abby yang tunggu Mama ada. Dah lama tak mendaki, mula-mula rasa macam pantas sangat overheating badan ni, panasnya semacam badan terkejut gaknya. Badan warming up nya, terlampau panas sangat macam engine kereta berasap. Nampak sangat a lot of excess fat cepat membakar.
 Sampai jugalah akhirnya di atas. Syukur Alhamdulillah cuaca pada hari tersebut sangat baik. Puas mata memandang keindahan sekitar Pulau Bohey Dulang dari puncaknya. Boleh terlupa sekejap kepenatan tenaga yang dipakai seketika. Nampak betullah trip kali ini I'm not fit, kena banyak gerakkan badan bersenam ni. Asyik gerakkan kereta sahaja adalah sekarang ini uruskan 3 permata hati punya persekolahan masa musim sekolah. Duduk dalam kereta, kereta bergerak kita tak bergerak pun lama-lama sakit belakang je. Nampak sangat sampai tak kuasa nak fikir ambil gambar sampai mendaki hehehe....ambil gambar atas puncak dengan bawah puncak je.
 Kasihan Ilhan, Rayyan dan Sumandak yang dah lama tiba di puncak ambil masa menunggu kudapan untuk kasi tenaga semula. Dah dapat makanan masing-masing duduk berkelah macam beraya. Patut bawa kuih raya sekali. Botol-botol dan plastik kosong sila angkut kumpul bawa balik turun ya.
 Pemandangan sungguh indah sekali panoramanya dari puncak Pulau Bohey Dulang (photos did not do any justice). Bila diperhatikan begini bentuk muka bentuk di sini ada mirip dengan kepulauan di Komodo dan Papua New Guinea. Bila pula ada rezeki nak ke sana. Bila dah makin berusia ini terasa pula, larat lagi ke lepas 10 tahun ini nak jalan-jalan tengok alam semulajadi ini di tempat yang lebih mencabar nanti.
 Badan dah rasa penat-penat ini, bestnya kalau dapat berendam dalam air spa serai acheh untuk kasi segar semula. Pokok Serai Acheh juga menghasilkan bunga yang sangat comel seperti gambar di bawah ini. Tadi bercerita pasal binatang iaitu jenis katak tinggal bersarang atas pokok, ini pula tunjuk gambar tumbuhan nama pokok katak puru. Gambar sebelah bahagian depan adalan anak pokok katak puru, manakala bersebelahannya dan memanjang tu adalah pokok serai acheh. Gambar sebelah kiri pula bahagian atas adalah akar serai acheh dan bawah bunga serai acheh.

 Kedua-dua pokok ini daunnya banyak nilai perubatan tradisional.

Info lanjut pokok katak puru dan serai acheh juga boleh rujuk pada posting kami yang lepas (klik sini).

~ 1 anak pokok katak puru RM10.00 ~

~ 1 bekas pokok serai acheh RM7.00 ~

3 ulasan:

  1. cantiknya pemandangan laut..

    BalasPadam
  2. Cantik sangat tempat ni Diana. Air lautnya membiru & jernih. Karang pun boleh tengok dengan mata kasar. Macam dengan satu tempat di Thai kak pernah pergi..Kok Liphe.

    BalasPadam
  3. Salam Bahagia Imm,

    Moganya cantik kekal abadi.

    Masalah plastik la lama nak degrade.

    Salam Bahagia Kak Mala,

    Cuma sekarang ni kalau suhu air laut makin panas juga akan memberikan kesan dengan batu karang.

    Memang cantik pemandangan di sini berbaloi daki.

    BalasPadam