Syukur Alhamdulillah satu impian telah dimakbulkan juga tahun ini. Pada 3 Syawal kami sekeluarga berkesempatan untuk melawat perkampungan air Pulau Tatagan di Semporna. Di sini kita boleh perhatikan cara hidup etnik Bajau Laut yang cukup selesa hidup di atas air.
Semasa tibanya nampak kelibat bot-bot pelancong, begitu laju dan mahirnya kanak-kanak etnik Bajau Laut kemudi sampan-sampan kecil mereka ke bot pelancong. Kalah speed bot gitu. Terpukau melihat begitu mahir kanak-kanak kecil ini kemudi sampan di atas air macam orang kayuh basikal lumba secara professional punya level.
Tidak kira lelaki atau perempuan mereka amat mahir kemudi sampan di atas permukaan air laut ini. Cuba kalau kita.
Cepat kanak-kanak kecil ini kerumun bot-bot pelancong menanti yang pemurah untuk berikan mereka makanan ringan. Kadang-kadang pemandu pelancong juga akan bagi tips kepada kanak-kanak ini untuk beraksi.
Seperti anak-anak kita, mereka juga amat gembira jika ada pelancong-pelancong yang ada bawa gula-gula atau makanan ringan untuk mereka. Memang dalam internary ada juga memo pesanan jika nak boleh bawakan sweets untuk kanak-kanak Bajau Laut yang duduk di Pulau Tatagan ini. Kelihatan Ilhan pun agak terkejut tengok kanak-kanak seusianya kerumun macam semut ke bot dan meminta makanan-makanan dari pelancong. Dunia yang amat berbeza dengan kehidupan hariannya. Kalau ada pengajaran yang dapat di situ kepada Ilhan, Syukur Alhamdulillah.
Kini kanak-kanak Bajau Laut di Pulau Tatagan ini adalah sebahagian produk pelancongan bagi agen pelancongan di Semporna ini. My hope that their innocent will be kept untouched away from greed. But it is not uncommon in Semporna you see young kids sleeping outside shops and asking for money.
The view at Tatagan Island simply take your breath away. Amazingly gorgeous. The trip was worth it. It took us 10 hours drive from Kota Kinabalu to Semporna. Belum lagi campur flight hours dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Nak singkat perjalanan boleh transit naik flight lagi dari Kota Kinabalu ke Tawau. Tawau dan Semporna tak berapa jauh dah lebih kurang sejam drive. Sebab kami travel 7 orang termasuk 2 adik perempuan Tukang Kebun untuk budget kami drive la ikut land. Jimat juga naik four wheel drive guna diesal, ulang alik belanja minyak tak sampai RM200. Kalau kami naik kapal terbang dah beribu. But to find a pure place like this nowadays you certainly have to travel far. Bot dalam sejam dari Semporna ke Tatagan Island. Gambar tidak dapat menunjukkan keindahan sebenar pemandangan kepulauan di sini.
Bila tengok documentary di bawah ini membawa Tukang Kebun teruja nak pergi Semporna dan buat perancangan tahun ini kami island hopping di Semporna. Ada satu tempat impian Tukang Kebun nak pergi iaitu Tawi Tawi Island di negara jiran kita. Tapi untuk keselamatan sekarang nak ke sana tak berapa masa yang bagus lagi. Kali pertama Tukang Kebun dengar mengenai Tawi Tawi Island adalah dari pembentang di sebuah symposium tahun lepas bila dengar pasal berapa banyak species ikan kerapu (grouper) yang mereka ada menambah minat lebih-lebih lagi bila pembentangnya promote sejarah dan keindahan tempat penyelidikan beliau.
Tukang Kebun rasa kalau di rumah atas air cuaca tropika ini juga sesuai untuk menanam pokok herba lasak si Ginseng Jawa di dalam bekas ini. Pokok ginseng jawa ini bukan sahaja nampak macam pokok hiasan tapi ianya juga boleh dibuat sebagai sayur.
Pokok ginseng jawa keperluan airnya tak banyak jika sudah ada akar gemuk di bawah. Akar ini memang power root ya seperti akar ginseng sebab tu ianya juga dikenali sebagai ginseng jawa. Kekadang bila kemarau lama tak disiram, walaupun pokoknya nampak mati tapi bila hujan datang kembali naik pucuk-pucuk baru keluar dari atas akar ini. Yang menarik mengenai pokok ginseng jawa ini adalah kebanyakkan semua bahagian pokoknya adalah ada nilai yang berguna. Tak cemerlang lagi tanam lobak merah, lebih baik untuk novice gardeners kalau tanam ginseng jawa ini dulu cepat dapat tahap cemerlang untuk menambah pengalaman dalam alam kebun.
Info pokok ginseng jawa (klik sini).
~ 1 pot pokok ginseng jawa RM4.00 ~
Memang cantik tempat ni Diana. Pernah tengok dlm documentary tv pasal depa. Budak2 yang di bayar dengan makanan untuk tujuan pelancongan tu yang tak berapa menarik. Takut esuk2 hilang identiti bila mereka di expose begitu.
BalasPadamkanak2 kt bajau laut tu mereka mmg tak bersekolah ke kak? tgk mereka mcm asik ddk di laut je tak ddk kt rumah....
BalasPadampulau nya cantik tp hrpnya jgn la dicacatkan ngn cara kanak2 kt situ, tkt mula2 minta2 duit atau makanan dr pelancong yg dtg, jgn esok2 lain jadinya...
Salam Bahagia Kak Mala,
BalasPadamYa sebab bukan budaya asal meminta-minta ini.
Hilang identiti sebenar mereka apatah lagi dibiasakan dari kecil.
Bawa masalah juga ini sebab packaging tu jadi bersepah-sepah di laut jika kurang kesedaran pembuangan sampah cara yang betul.
Salam Bahagia Dana,
Kak tak pasti la samaada mereka bersekolah atau tidak, sebab waktu memang cuti sekolah masa pergi ini.
Tapi di Semporna memang ada tiap pagi cikgu-cikgu kumpul naik bot untuk ke sekolah yang berada di pulau. Ada port khas dia tempat cikgu berkumpul yang duduk di mainland bukan di pulau. Bot klinik bergerak pun ada Dana , comel botnya macam karektor Thomas Train and friend.
Tapi sayanglah di pekan Semporna tu dah banyak kanak-kanak yang mengemis juga ke sana sini hulur tangan minta duit. Kekadang tido tepi jalan depan kedai.
Suasana nya macam pergi Indonesia pula bila tengok ada segilintir yang begini.