Halaman

Selasa, 29 Ogos 2017

Citrus and Coconut

 Gerangan tumbuhan manakah yang menghasilkan bunga warna putih ini yang semerbak di awal pagi menjadi tarikan si lebah yang rajin kumpulkan makanan? Walaupun setangkai menghasilkan gugusan bunga, kebarangkalian supaya buahnya menjadi besar sepanjang tapak tangan mungkin satu atau dua biji buah limau yang akan terhasil dari gugusan bunga setangkai. Semasa tangkai berbunga ianya masih mampu berdiri tegak, lama kelamaan rantingnya lentur jatuh ke bawah kerana tidak dapat menampung buah yang makin besar dan mengandungi jus berkhasiat tersebut.
 Selalunya ketika mencari buah limau telur buaya yang ranum, Tukang Kebun kena angkat ranting-ranting rimbun. Ini kerana yang bahagian belah bawah pokok biasanya jika buahnya dah mula nak masak akan baring meranum di tanah macam pemberat yang tidak dapat tangkainya menanggung tergantung di udara. Mula-mula Big Boss agak risau anak pokok limau telur buaya yang ditanam bersebelahan pokok kelapa mungkin tak dapat hidup dengan baik (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah kini makin rimbun dan tidak putus-putus menghasilkan buah (related posting klik sini).
 Cemburu agaknya, pokok coconut tersebut pun sekarang dah mula menunjukkan tanda mula nak menghasilkan buah. InsyaAllah akan Tukang Kebun kongsi ceritanya kemudian. Yang berminat untuk tanam pokok limau telur buaya di kebun masing-masing ada stock.

~ 1 tut pokok limau telur buaya RM25.00 ~

~ 1 kilogram buah limau telur buaya RM6.00 (boleh pos laju) ~

~ 8 biji buah kelapa tua RM10.00 (Self-Collect Only) ~

~ 3 biji isi kelapa tua parut RM5.00 (Self-Collect Only) ~

Next Self-Collect Day:

~ 9th/10th September 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (Guthrie Corridor Highway exit Paya Jaras).
 Awal bulan ini Syukur Alhamdulillah Abby dah 5 tahun. Kesian masa birthday Abby , birthday girl tak beberapa sihat on 9th August. Birthday girl demam panas kuat. Nak kasi ceria Mama Abby bergegas juga la singgah beli birthday cake dan pensil warna permintaan dah lama serta buku-buku untuk Abby. Tak larat juga nak belek-belek hadiah, esok baru ada mood lepas nenek bagi mandi pelbagai jenis daun termasuk daun limau.

Isnin, 28 Ogos 2017

Cheeky Cashmere Bouquet

 Kawasan bersebelahan parkir belakang bulan Ramadhan lalu yang subur dengan pembiakan tumbuh anak-anak pokok Cashmere Bouquet dikemaskan. Sambil mencabut keluar pokok-pokok Cashmere Bouquet yang tak makan saman masuk territory pokok-pokok lain. Bila menarik keluar sepokok Cashmere Bouquet terkejut siap ada gugusan bawang-bawang gemuk tertarik bersamanya. Pandai Cashemere Bouquet ini menyisip celah gugusan bawang-bawang ini untuk membiak anak pokok yang baru. 

More info about Cashmere Bouquet (Click Here).
 Baru Tukang Kebun teringat semula yang kawasan ini memang dulu ada tumbuh pokok-pokok amaryllis. Ketika Tukang Kebun cabut rumpai kemaskan kawasan ini, bawang pokok bunga amaryllis warna salmon pink ini yang sedang tidur atau dormant. Banyak sudah bawang-bawang amaryllis membiak di sini dalam diam-diam. Sambil ragut rumpai banyak bawang yang tertarik keluar sekali.
 Apabila musim hujan tiba membasahi bumi yang telah lama kering bangunlah kembali bawang-bawang pokok bunga jenis amaryllis salmon pink ini untuk membuatnya teruja untuk berbunga setelah lama tidur.
 Pokok bunga yang berbawang lebih rajin berbunga pula ialah jenis bunga putih ini yang juga dipanggil Sacred Lily of Incas.
 Yang jenis ini jarang bawangnya duduk tido sentiasa evergreen dan juga tak fussy dengan pencahayaan. Boleh juga ditanam di tempat yang redup untuk pokok bunga Sacred Lily of Incas. Kalau pokok bunga amaryllis pink lebih suka kawasan yang bercahaya untuk berbunga lebih baik.
Special Saving Price for Sambutan Hari Malaysia until 30th September 2017: 
~1 pot Cashmere Bouquet plant for RM5.00 .
~ 4 bawang Amaryllis Salmon Pink for RM10.00 .
~ 4 bawang Sacred Lily of Incas for RM10.00 .

Ahad, 27 Ogos 2017

Tabin White Flower Spiral Ginger

 Antara aktiviti yang digemari oleh pelawat ke Tabin ialah Bird Watching. Jadi elok juga bawa binocular bersama-sama. Jika nak pinjam binocular dari Tabin Wildlife Resort harga sewa ialah RM100. Yang suka ambil gambar ada lens yang boleh zoom jauh la ya. Camera Tukang Kebun pun dah uzur ini belum dapat beli pengganti, gambar jauh yang diambil banyak pun credit dari adik Tukang Kebun la. Lagipun tangan kami ini pun tak handsfree lagi banyak nak kena uruskan anak-anak lagi tiada tangan yang dapat pegang gadget sangat, so just enjoy the view.
  Selain dari duduk atas truck mencari kelibat binatang liar, ada juga tempat singgahan menara tinggi untuk lihat keliling jika bernasib baik ada nampak binatang liar. Sambil duduk di bawah kanopi pokok berteduh.
 Kadangkala jika ada rezeki kelihatan ada sekumpulan burung-burung yang terbang di atas kepala. Beberapa kali juga terserempak jenis burung enggang berterbangan sekawan. Di Tabin ini ada sekurang-kurangnya lapan jenis enggang yang boleh diperhatikan. Syukur Alhamdulillah ada sekurang-kurangnya 3 jenis yang kami bernasib baik dapat lihat dengan mata sendiri. Lapan jenis enggang yang terdapat di Tabin ialah:
  1. Bushy-crested Hornbill
  2. White-Crowned Hornbill
  3. Wrinkled Hornbill
  4. Weathered Hornbill
  5. Asian Black Hornbill
  6. Oriental Pied Hornbill
  7. Rhinoceros Hornbill
  8. Helmeted Hornbill

 Ada jugalah adegan the battle of buaian. Tapi macam tak adil kan berbanding size dan umur.
 Berdekatan pula ada macam sepasang Asian Black Hornbill sedang berdating. Yang betina beak hitam dan jantan beak kuning. 
 Duduk diam tak bergerak-gerak beristirehat di balik rimbunan daun yang seakan warna kulitnya terlindung ada si viper. Buah ficus keluarga fig tu banyak nak meranum jika penggemar tak sedar ada penunggu di situ. Ular ini amat berbisa ya, jadi berhati-hatilah jangan ganggu dia. Biasanya ular tak menyerang kecuali rasa dirinya terancam atau terkejut.
 Tukang Kebun perhatikan di Tabin ini di kawasan yang pernah diterangkan dekat dengan ladang kelapa sawit banyak jenis spiral ginger seperti di bawah ini tumbuh subur liar. Di bawah kanopi pokok dalam teduhan juga banyak. Sekali imbas kelihatan macam pokok setawar putih yang lebih biasa dikenali (related posting klik sini). Tetapi bila diamati dengan lebih dekat, lain banyak juga spiral ginger bunga putih ini. Bentuk kembang bunganya berbeza dan warna sepal/acorn juga berbeza iaitu hijau manakala kalau setawar putih/crepe ginger warnanya merah. Ketinggian size gugusan macam acorn tu juga berbeza. Belum lagi dapat Tukang Kebun pastikan sama ada ini memang native kawasan ini atau dari evolutionary aspect a sister species lah. Ataupun an introduce species dan sudah naturalised di kawasan ini. Tetapi pasti ada jenis burung yang ambil benefit untuk dapat makanan dari dalam kelopak bunga ini ikut bentuk paruh mereka. Sebab biji benihnya bertaburan ada tumbuh pokok ini merata-rata di sepanjang jalan dalam hutan simpan Tabin ini.
 Jenis spiral ginger yang berbunga putih atau dikenali setawar putih di tanah air kita ini yang Kebun Bahagia Bersama bekalkan adalah seperti di bawah.

 Info lanjut Setawar Putih (klik sini).
 Selain dari dapat menikmati bunganya yang indah, bila sudah layu dan kering bahagian sepalnya boleh dijadikan perhiasan dalaman rumah yang menarik.
 Pokok setawar putih ini juga sesuai dijadikan pokok pagar kerana boleh tumbuh lebih tinggi dari tembok pagar rumah seperti gambar di bawah. Di belakang pokok setawar putih itu ialah pokok singkong pulut (related posting klik sini).
 Sempena sambutan bulan Merdeka dan Hari Malaysia, sehingga 30hb September 2017 ada promosi 3 set rhizome setawar putih/crepe ginger for RM10.

Sabtu, 26 Ogos 2017

Bunga Jambu Bol

 Dalam pokok-pokok jambu antara yang paling Tukang Kebun suka tengok bunganya ialah pokok jambu bol. Kebanyakkannya kalau jenis jambu air dan jambu batu bunganya adalah berwarna putih. Begitu juga pokok daun salam yang bunganya juga berwarna putih (klik sini).
 Jika warna merah ini boleh dikategorikan masuk warna fuchsia la kan. Syukur Alhamdulillah makin matang sudah pokoknya dan makin rajin berbunga. Cuma sebab terletak di belakang sekali kekadang terlepas pandang buah-buahnya dah masak dah. Binatang lain pula tak menyabar suka gigit sebelum buahnya dah ranum penuh. 
 Suka juga tengok bunganya yang berguguran tu. Menarik contrast warna kelopak bunganya bersama warna tanah ada iras macam musim luruh pula di negara empat musim. Kadangkala jika cuaca elok bernasib baik belum lagi buah yang ada di pokok ranum semua dah mula ada ranting-ranting pokoknya menghasilkan gugusan putik bunga yang baru. Sekarang ni baru lepas musim bunganya, jika ada rezeki, InsyaAllah lagi sebulan adalah buah yang boleh kami rasa jika tak terlepas pandang lagi.

~ 1anak pokok jambu bol RM25.00 ~
 Syukur Alhamdulillah dah masuk 8 tahun sudah Rayyan Haniel semalam. Awal bulan ini demam ke klinik ukur berat dah 17 kilogram. Hopefully next check up di Hospital Serdang cardiologist puas hati dengan pertumbuhan Rayyan and overall health. Wish that you're always in good health and your dreams come true. 

Selasa, 22 Ogos 2017

Jagung Pulut Kuning Kudat

 Syukur Alhamdulillah perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat dalam bulan ini, bila dah masuk daerah Kudat baru hujan rintik-rintik bermula yang kemudiannya bertukar kepada sangatlah lebat sekali. Sempat la singgah di tepi jalan beli jagung bakar untuk lapik perut dahulu sebelum hujan makin rancak. Biasanya bila masuk daerah Kudat ini antara local delicacies yang popular untuk singgah snacking ialah jagung bakar. Sebab hampir setiap tahun di Kota Marudu ada acara tahunan iaitu Pesta Jagung. Jadi tumbuhan jagung adalah antara sumber penting yang membantu menaikkan sosioekonomi penduduk tempatan di sini.
 Kali ini trip ke Kudat kami bernasib baik ada tiga jenis jagung bakar yang dapat rasa. Biasanya singgah selalu ada jagung manis je yang bukan jagung kampung. Kali ini ada juga ada dua jenis jagung pulut yang isi putih dan isi kuning. Jagung pulut isi putih dia panjang halus, manakala baka yang jagung gemuk pendek macam jagung jenis popcorn. Kalau baka jagung pulut yang isi kuning ditanam di Kudat ini rasanya sangatlah berkanji, lain dari jenis jagung manis biasa. Ada beza rasa jagung pulut isi putih dan isi kuning. Geng mengembara kali ini semua jenis kami beli nak rasa. Semua texture dan rasa lain. Senyum lebar kak yang meniaga jagung bakar ini tengok kami pajak jagung dia. Jagung segar yang dijual pun adalah dari jenis jagung manis sahaja. Memang nak dapat bekalan jagung pulut agar sukar baginya juga. Nasib kali ini ada rezeki kami.

 Teringat betul zaman kanak-kanak dulu memang jenis jagung kampung ini sangat berkanji. Kalau anak-anak sekarang tak pandai makan kut jagung pulut ni dia lebih berlemak rasanya, tak manis sangat tapi isi dia keras lah sikit. Cepat kenyang makan jagung pulut ni, tahan lama sikit rasa laparnya. Good for nak jaga badan atau kuruskan badan kut.
 Ada jugalah dapat bibit jagung pulut yang isi warna kuning dari Kudat ini jika ada yang berminat nak juga tanam. Sekarang ini laku lagi jual jagung kampung cepat habis jualan dari jagung manis. Dah mula semua rindu nak makan semula jagung kampung teringat zaman kanak-kanak kan.

~ Anggaran 50 biji benih 1 pek jagung pulut yang isi warna kuning dari Kudat RM3.00 ~

Isnin, 21 Ogos 2017

Boat Orchid

 Terfikir pula seketika, kalau Tukang Kebun nak masukkan ikut kategori warna bunga untuk pokok orkid ini di manakah patut Tukang Kebun masukkan? Sebab bunga orkid ini dwi-warna. Patutkah masukkan dalam warna bunga kuning (klik sini) ataupun bunga warna merah (klik sini)? Mohon cadangan dan pendapat pembaca-pembaca sekalian. Kekangan masa sekarang yang kurang dapat menulis blog posting, belum sempat lagi Tukang Kebun buat page khas untuk 'Orkid' yang ada kami bekalkan tumbuh dari Kebun Bahagia Bersama. Bulan Ogos 2017 ini, secara rasmi kami turut bekalkan jenis bunga boat orchid ini. Sekarang ada 7 jenis orkid yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Jadi yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama ini dah terdedah dengan dunia luarlah ya sejak kecil bukan duduk dalam greenhouse. Rumah hijau mereka yang asli di bawah teduhan pokok-pokok yang dihuninya.
 Jenis boat orkid ini atau nama saintifik nya Cymbidium finlaysonianum adalah jenis orkid yang memang habitat asalnya adalah negara kita. Jika diletakkan di tempat yang tinggi berjurai panjang tangkai bunganya macam langsir. Boleh diikat di pokok ataupun tanam dalam pasu. Pada setangkai banyak bilangan bunganya lebih dari 10 kuntum.

Info lanjut boleh juga baca di blog lama (klik sini)
~1 moist bare-rooted boat orchid plant (Cymbidium finlaysonianum) RM15.00 ~
Jenis buah pisang organik yang available untuk self-collect Sabtu atau Ahad pagi akan datang ini ialah:

(1) Pisang Kapal yang memang sedap sebagai bahan buat kuih (info lanjut klik sini).

(2) Pisang Nangka juga yang suka rasa masam manisnya buat kerepek atau pengat sedap dan juga kuih muih (info lanjut klik sini).

1 sisir buah pisang organik RM5.00 .

Sabtu, 19 Ogos 2017

Pucuk Singkong Pulut

 Hari ini Tukang Kebun nak buka topik tumbuhan ulam-ulaman kita yang underrated sebagai sumber Kalsium yang kaya. Sebab kalau kita google rich calcium vegetables asyik keluar tumbuh-tumbuhan yang perlukan cuaca yang dingin dari negara kita untuk tumbuh dengan baik. Walhal di keliling kita ni banyak sumber-sumber tumbuhan yang kaya dengan Kalsium. Back to basic, sumber Kalsium asal diserap oleh tumbuhan dari tanah (proses luluhawa pemecahan batu menjadi tanah), kemudian kalsium dalam tumbuhan pula dipindahkan ke binatang apabila tumbuhan dimakan oleh haiwan herbivor/omnivor. Jadi kita manusia ini dapat sumber nutrient kalsium dari pemakanan kita iaitu tumbuhan atau daging/susu haiwan. Lembu pun dapat kalsium dari tumbuhan atau rumput yang diragut olehnya. Oleh itu susunya ada kandungan Kalsium pun lembu dapat dari pemakanannya. Kesimpulannya sumber Kalsium bukan hanya dengan hanya minum susu tetapi dapat diperolehi dari tumbuh-tumbuhan.

(info lanjut boleh baca klik sini)

 Kita boleh juga dapatkan khasiat Kalsium dari pucuk tumbuhan ulam-ulaman tradisional kita sebagai contoh pucuk ubi kayu dan daun kadok (related posting klik sini). Pucuk ubi kayu dan daun kadok juga amat kaya dengan kalsium. Bukan sahaja manusia menghadapi masalah kesihatan jika tak cukup Kalsium. Tumbuhan juga tak nampak sihat jika kekurangan kalsium yang dapat diserap dari tanah ianya menghuni. Antara tanda-tanda sakit yang ketara boleh diperhatikan apabila pokok kekurangan Kalsium adalah pucuk pokoknya jadi kerinting dan tak dapat bentuk dengan baik. Seperti manusia, tumbuh-tumbuhan juga perlukan Kalsium untuk membesar dengan baik, ini ditunjukkan dari pucuknya yang masih muda masih membesar itu. Plant speak to us through their leaves what nutrient they need. Walaupun nenek moyang kita tak de buat kajian scientific, tapi mereka masih ada ilmu yang pucuk-pucuk ulam-ulaman kita juga membekalkan nutrient untuk kesihatan yang baik seperti Kalsium.

 Dua tahun lepas, ada kami buat projek mengemaskan kawasan seperti di atas. Dah rasa malas nak tarik rumpai yang menyakitkan mata ja tumbuh meliar di kawasan ini, jadi lebih baik tanam tumbuhan yang berikan manfaat. Lalu terfikir jika ada tumbuhan daun rimbun yang menghalang pencahayaan di bawah kanopinya memang liatlah rumpai tu nak tumbuh di sini. Lalu timbul idea untuk tanam pokok-pokok singkong di sini. Kami gunakan keratan yang tinggi je tanam ubi kayu sekarang, kalau tidak tak menjadi habis pucuk baru yang tumbuh dimakan oleh unggas.
 Pokok daun kadok yang suka menjalar pula biasanya di tanah, pandai menegak tinggi apabila mencari cahaya. Tak pernah disiram di kawasan ini tetapi daun kadok boleh tumbuh subur sebab akarnya yang tumbuh di celah bawah pasu-pasu yang halang sejatan air yang tinggi, bantu pokok daun kadok hidup kembali meriah lepas musim kemarau yang berpanjangan. Daun Kadok biasanya tak fussy dengan pencahayaan, kawasan kurang cahaya juga ianya boleh tumbuh subur.
 Syukur Alhamdulillah berjaya jugalah projek tanam ubi kayu pulut di sini. Memudahkan nak petik masa musim hujan tak perlu buka pagar ke kebun belakang jika lecek dengan air. Cuma capai dari tembok sebelah tempat letak kereta je pucuknya. Jenis ubi kayu pulut ini daunnya jenis panjang tirus lebih sedap untuk dibuat celur ulam makan dengan sambal tempoyak.
~ 7 keratan ubi kayu pulut RM5.00 ~

~ 7 moist bare-rooted pokok daun kadok RM5.00 ~

Selain dari bibit Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan daun ulam-ulaman segar dengan satu ikat hanya RM1:00 seperti:

~ Pucuk ubi kayu pulut
~ Daun Kadok
~ Pucuk daun assam gelugor
~ Pucuk daun katak puru/nam nam
~ Pucuk daun mata pelandok
~Pucuk daun mulberry

Next Self-Collect Day:

26th/27th August 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Guthrie Corridor Highway exit Paya Jaras).

Jumaat, 18 Ogos 2017

Tabin WildLife Resort

 Syukur Alhamdulillah awal bulan Syawal lalu kami berkesempatan beristirehat di Tabin dalam daerah Lahad Datu. Pakej melawat Tabin WildLife Resort sebenarnya kami dah booking semasa MATTA Fair di PWTC bulan March lalu dengan harga RM550 untuk seorang dewasa. Lepas nego kanak-kanak 3 orang cuma dikira dengan total harga seorang dewasa RM550. Jika kami 5 sekeluarga kira RM1,650. Kemudian adik-adik Tukang Kebun juga diberikan harga sama walaupun booking last minute. Jika kawan-kawan nak ke Tabin WildLife Resort dari Semenanjung boleh fly ke Kota Kinabalu, kemudian naik flight MASWing ke Lahad Datu. Kalau drive dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu pun boleh dalam 8 jam. Tempat pick up ialah tunggu di Lapangan Terbang Lahad Datu, register di office Tabin WildLife Resort di situ. Yang bawa kenderaan boleh parking dekat sebelah lapangan terbang. Kami kali ini datang dari arah Semporna (related posting klik sini). Kemudian sebelum bertolak ke Tabin , naik kenderaan yang disediakan dari Tabin WildLife Resort di Lapangan Terbang Lahad Datu akan di bawa singgah makan tengahari dulu di restoran dalam pekan Lahad Datu (termasuk dalam pakej). Lepas lunch kita akan dibawa dengan kenderaan khusus Tabin WildLife Resort ke resort, jadi semua boleh rehat dalam kenderaan sambil menikmati pemandangan. Perjalanan dalam satu jam setengah dari pekan Lahad Datu.
 Bila tiba di Tabin Wildlife Resort akan diberikan refreshment air sejuk serai rebus sama daun pandan. Tabin WildLife Resort ini sebenarnya bersebelahan juga dengan ladang kelapa sawit tetapi kira entrance hutan simpan. Dahulu adalah bekas kawasan pembalakan yang sekarang telah dibiarkan hidup naik jadi hutan semula. Di Tabin ini sekarang masih ada 2 badak Sumatera yang berkeliaran di sini dalam perlindungan. Orang Utan dari Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok yang sudah dewasa juga dilepaskan di sekitar kawasan hutan Tabin (related posting klik sini).
  Chalet untuk pakej yang diambil ialah jenis 'Tree Lodge' di mana verandah belakangnya ada aliran sungai seperti gambar-gambar di atas. Bekalan air di sini juga adalah dari sumber air sungai berdekatan jadi warna berubah-ubah lah ikut keadaan sungai dalam musim hujan atau kemarau ya.
 Sebelah atas pula berdekatan dengan jambatan gantung pula ialah jenis chalet besar sikit iaitu 'Hill Lodge' yang di hadapannya sungai yang sama dan boleh jadi tapak untuk bermandi-manda di sungai.
 Sebelah awal pagi hari kedua ada dibawa juga ronda-ronda berjalan kaki di sekitar berdekatan dengan chalet. Sayur paku pakis liar di bawah bukan sahaja rusa suka meratah, manusia pun suka betul meratah macam Tukang Kebun. Manis sedap betul sayur paku pakis goreng belacan yang disediakan waktu tengahari.
 Ada juga dewan kecil macam muzium kecil berdekatan entrance Tabin WildLife Resort ada tengkorak anak gajah dan pelbagai rangka haiwan-haiwan lain. Koleksi bekas tapak tangan gunakan lahar lumpur lipad (related posting klik sini) dari orang terkenal yang pernah melawat Tabin WildLife Resort juga ada display di sini. Orang terkenal seperti penulis buku Harry Potter, pelakon wayang Harry Porter seperti Emma Thompson dan Datuk Michelle Yeoh antara yang pernah berkunjung ke sini.
 Ketika morning walk, nampak juga serangga yang bentuk macam zaman dinosaur itu. Beberapa gibbon juga datang singgah awal pagi di resort ini. Ada seorang ibu gibbon macam baru sahaja lahirkan anak masih tak de bulu lagi diribanya. Celah sebelah rimbunan pokok buluh pula ternampak nenas tumbuh liar di tabin ini. Yang bentuk buahnya kecil kecil seperti nenas batu. Halus-halus daunnya, kalau tak berbuah, Tukang Kebun pun tak perasan ini pokok nenas.
 Syukur Alhamdulillah bulan lepas puas kami makan buah nenas madu Sabah di Kebun Bahagia Bersama. Walaupun banyak buah yang tupai dapat dahulu, tapi banyak juga yang ditinggalkan untuk kami. Yang syoknya cuaca tahun ini amat sesuai untuk musim buah. Buah Nenas Madu Sabah yang dituai kali ini banyak saiznya lebih besar dari biasa. Tambahan pula musim kali ini, tak banyak air langsung, tak berair, moist elok sahaja cukup manis sekali rasanya. Tiap-tiap hari ada satu minggu tu, makan buah nenas madu Sabah sahaja. Buah ciku pun untuk bulan lepas, manis betul rasanya kurang berair. Bulan Julai lepas memang musim buah yang enak sekali.
 Sempena bulan Merdeka 2017 ini sahaja sehingga 31hb OGOS 2017, Kebun Bahagia Bersama buat promosi sulur nenas madu Sabah dengan 7 sulur nenas madu Sabah dengan harga RM10.

 Info lanjut Nenas Madu Sabah (klik sini).

Ahad, 13 Ogos 2017

Mexican Turnip Bigger than My Foot

 Assalamualaikum didoakan semua pembaca Kebun Bahagia Bersama dalam keadaan sihat walfiat. Hari ini hanya berkongsi sajian gambar dari mulanya pembentukan buah kacang sengkuang yang hijau keputihan hinggalah menghasilkan biji benih yang matang. Bentuk bunga pokok sengkuang juga mirip sahaja macam kacang pea di Eropah tu dan berwarna lavendar bunganya atau boleh nak masuk kategori warna mauve. Cuma kacang sengkuang ini tak boleh dimakan kerana ianya beracun. Sebab tu ianya salah satu tumbuhan yang mudah nak dibela secara organik kerana jarang sekali ada serangga perosak menyerangnya. Unggas pun tak rajin sentuh pokok sengkuang ini. Bahagian yang boleh dimakan ialah akarnya atau ubinya.
 Cara-cara penanaman sengkuang ini tak berapa sukar. Apa yang penting ialah persiapan tanah untuk menyemai biji-biji benihnya. Untuk percambahan biji benih yang baik, pastikan tanah tersebut berada di posisi yang banyak menerima cahaya matahari secara langsung. Harus diingat bahawa sengkuang ini berasal dari kawasan tropika bermakna ianya sukakan suhu 21 Celsius ke atas untuk bercambah. Malahan ubi sengkuang pun jika dibiarkan dalam tanah yang bawah 15 Celsius boleh reput ubinya. Jadi elakkan ubi sengkuang disimpan dalam peti ais ya. Bagus disimpan di suhu bilik. Jika tanam sendiri lebih baik biar je dalam tanah seperti kunyit, gali yang perlu sahaja keluar.
 Walaupun kelihatan biji benih sengkuang itu keras, ianya tak suka direndam air dengan lama. Reput nanti. Walaupun bercambah, lama-kelamaan akan ada potensi mengalami gejala akar benih yang reput atau tunas batangnya lembik terputus dari biji benih. Sama je bila disemai benihnya di tanah, kita akan siram juga tanah itu terjadi lembap. Jadi memadai air yang terkandung pada tanah tersebut. Elok sebelum menyemai biji benih sengkuang di tanah, gembur-gemburkan tanah tersebut terutamanya pada jenis tanah yang keras. Biji benih sengkuang lebih mudah bercambah pada komposisi tanah yang lebih kepada jenis berpasir. 

 Hasil kajian mini projek yang dijalankan oleh beberapa pelajar yang ramai tidak berpengalaman berkebun berkenaan tekstur tanah dengan mencuba pelbagai jenis tanah untuk lihat perkembangan anak pokok sengkuang yang bercambah ialah lebih cepat membesar dengan jenis tanah yang berpasir (bacaan lebih lanjut klik sini). Hasil kajian jenis gunakan tekstur tanah yang sama tetapi siraman regime air yang berbeza menunjukkan keperluan air sengkuang juga tidak banyak pada awal pertumbuhan, sederhana sahaja (bacaan lebih lanjut klik sini). Awal perkembangan biji benih bercambah juga nampak anak sengkuang ini suka tanah yang pengudaraan yang baik. Bila diperhatikan cara-cara tenaga tangan pelajar yang berbeza lepas semai compress/compact tanah/padat tanah juga memberikan pengaruh peratusan percambahan. Jika tanah yang keras, jangan lepas semai kita tekan-tekan atau compress padat sangat tanah, sukar untuk biji benih tersebut bercambah. Perkara-perkara kecil ini juga adalah faktor yang penting untuk sukses percambahan biji benih sengkuang yang tinggi.

Faktor-faktor yang dapat mempengaruhi percambahan biji benih sengkuang:

  1. Suhu
  2. Penerimaan Cahaya
  3. Jenis tanah - lebih suka tanah yang ke arah berpasir dan mempunyai pengudaraan yang baik
  4. Keperluan air sederhana (jangan rendam biji benih)
  5. Elakkan tanah menjadi mudah padat, kadangkala cara siraman yang ganas juga menyebabkan tanah jadi compress atau compact (Air pancutan dari hose yang kuat dan tempat tinggi, boleh compact tanah). Cara siraman juga menyebabkan biji benih hanyut atau jadi tertimbul ke permukaan tanah.
  6. Lepas semai gently pat pat sahaja tanah ya...jangan tekan kuat sangat.
  7. Semaian biji benih sengkuang dalam kedalaman 2~3cm dari permukaan tanah.
  8. Sebelum semai biji benih gembur-gemburkan tanah dahulu.
  9. Lebih digalakkan direct sowing biji benih dari memindahkan anak pokok kemudian.
  10. pH tanah yang berdekatan lingkungan neutral.


 Buah ubi sengkuang memang boleh hidup dibiarkan bertahun-tahun dalam keadaaan berpasir di cuaca tropika ya dengan pengaliran air yang baik. Ubi sengkuang ini dah berapa kali bekalkan biji-biji benih sengkuang kepada stok segar Kebun Bahagia Bersama. Dah paling kurang 3 tahun hidup di sini (related posting klik sini), dah besar dari tapak kaki Tukang Kebun. Dah tertimbul dari tanah pun unggas tak makan. Ada juga biji benih yang bercambah sendiri berdekatannya. Berapa kali ingat dah mati dah pokoknya sebab tak pernah disiram masa musim kemarau. Tapi bila tiba musim hujan, naik balik tunas dari ubinya cepat naik melilit pokok kemboja. Stok segar biji benih sengkuang ada semula di Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 pek anggaran 30 biji benih sengkuang RM3.00 ~