Halaman

Khamis, 28 Disember 2017

JR Nikko-JR Utsunomiya-JR Sendai

 Syukur Alhamdulillah urusan perjalanan hari ketiga kami di Jepun dipermudahkan. Sebab hari ketiga ini kami tak proper planning dan banyak info yang kami cuba cari sebelum perjalanan tak clear lagi. Hari pertama kami menggunakan JR EAST PASS Tohoku. Tetapi hari kedua kami tak gunakan sebab kami cuma ulang alik satu tempat dan gunakan keretapi biasa jadi tak berbaloi nak gunakan JR East pass biar simpan untuk hari lain. Hari ketiga di Jepun ini kami menginap di bandar Sendai, Miyagi Prefecture. Oleh itu dari Nikko nak ke Sendai ni mana paling mudah dan kami dapat gunakan JR EAST PASS untuk jimat perbelanjaan. The sensible thing to do is pergi JR Nikko station dan tanya
 Perjalanan sebelah pagi hari ketiga kami tiada masalah dari hotel ada bas dari hotel yang boleh bawa ke Nikko Edo Wonderland (related posting klik sini). Bila tiba di Nikko Edo Wonderland, kami bergegas ke perhentian bas di depan Nikko Edo Wonderland nak tengok jadual bas. Syukur Alhamdulillah nampaknya ada free shuttle bus ke JR Nikko station. Kami rancang naik yang pukul 3:55 petang. Bolehlah berjam-jam luangkan masa dengan kawan-kawan Jepun yang datang jumpa kami ni. Mereka pun sanggup tunggu sama-sama dengan kami sehingga bas sampai, takut kalau ada masalah apa-apa. Walaupun banyak kali Tukang Kebun kata tak pe tak perlu tunggu kesian anak-anak kecil semua dah kepenatan ada yang dah tidur, dahlah makin sejuk di luar ni. Tukang Kebun kesian nanti mereka pun nak pandu sejam lebih balik dah nak gelap dah ni. Free shuttle bus ini betul-betul berhenti sebelah JR Nikko station, pemandu bas pun pakai baju zaman Edo ikut tema. Jangan tunggu on time tau, biar dah ada di perhentian bas lima minit sebelum waktu jadual sebab bas bergerak right on time.
Sebaik bas sampai di JR Nikko station, Tukang Kebun bergegas ke counter ticket nak tanya macam mana nak ke Sendai station sementara papa uruskan anak-anak dengan luggage. Syukur Alhamdulillah tak complicated perjalanannya. Reference untuk rakan-rakan lain yang mungkin hadapi situasi sama akan datang- dari JR Nikko naik keretapi ke Utsunomiya (kami nasib baik dapat yang express dia tak stop banyak kali cuma station utama). Dari Utsunomiya kami naik bullet train pukul 5:50 PM dan sampai di Stesen Sendai pukul 7:04PM (Hari Sabtu). Maknanya tak lama lah kami berlegar di JR Nikko dan JR Utsonomiya stesen tetapi cukup masa nak pergi ke tandas dan beli makanan. Perjalanannya pun tak tergesa-gesa, mudah nak uruskan anak-anak sekali.
 Semasa kami melawat Nikko pada hari Khamis ada juga kami berlegar sekejap di Stesen JR Nikko sejurus sampai di Stesen Tobu Nikko (related posting klik sini). Jangan keliru ini adalah stesen keretapi yang berlainan cuma jarak antaranya 5 minit jalan kaki dan management dia syarikat berlainan. Yang nak membasahi tekak di depan stesen JR Nikko ini ada tempat minum air bersih dari pergunungan (don't worry we tested already), boleh isi air botol.
 Di dalam station JR Nikko ada juga locker untuk simpan luggage yang saiz besar.
 Dalam stesen JR Nikko juga ada tourist information center. Tukang Kebun singgah sini nak minta peta tanya macam mana nak pergi Kanmangafuchi Abbyss (related posting klik sini). Macam-macam juga lah ditanya kami ni dari mana, berborak sekejap. Bila dah kami nak beransur, Ilhan pula teringin nak ambil gambar dengan set baju perisai general zaman dulu ni, staf tersebut kejar panggil Tukang Kebun. Syukur Alhamdulillah murah rezeki, macam-macam dikasi untuk Tukang Kebun postcard pemandangan cantik dan Ilhan Rayyan masing-masing dapat set kad koleksi kawasan di Nikko.
 Kenangan anak-anak dah pernah singgah stesen JR Nikko, siap ada tarikh lagi. Lupa pula nak ambil cop stesen JR Nikko. Banyak benda jugalah boleh buat sekitar JR Nikko sementara nak tunggu keretapi sampai.
 Sampai di Stesen Utsonomiya sebelum masuk ke tempat menunggu Bullet Train (Shinkansen), kami singgah beli makanan untuk dinner dalam bullet train.
 Masih ada lagi banyak pilihan makanan tapau express atau bentou ada lagi. Ada juga pilihan yang boleh dimakan oleh Muslim. Pilihan makanan express yang sihat dah siap tapau untuk memudahkan pembeli bawa. Biasanya di stesen keretapi utama ada kedai-kedai jual bentou Jepun ni.
 Di convenient store juga ada pelbagai makanan boleh dibeli juga selain roti seperti onigiri (rice ball). Siap ada tempat nak panaskan lagi disediakan macam ketuhar gelombang. Salah satu cara nak budget travelling for food. 
 Anak-anak ni seronok sebab hari ketiga di Jepun inilah pertama kali mereka dapat rasa naik Bullet Train (shinkansen). Bullet train yang anak-anak pertama kali merasa naik ialah Yamabiko 149. Tukang Kebun pun pertama kali naik yang bulletin train series Yamabiko. Biasa berjalan ke Tohoku dulu naik kereta ja.
 Dah seronok ambil gambar, time to eat. Anak-anak ni kalau travelling dalam keretapi nak makan riceball je.
Syukur Alhamdulillah 3 hari kami dapat banyak kenangan indah di Negeri Tochigi, Jepun:

1st day : Travel to Kinugawa Onsen Station (klik sini)
2nd day: Kinugawa Onsen Station (klik sini)
2nd day: Jambatan Fureai Kinugawa Onsen (klik sini)
2nd day: Jambatan Suci Shinkyo (klik sini)
2nd day: Nikko - Kanmangafuchi Abbyss (klik sini)
2nd day: Pagoda Merah 5 tingkat Nikko Toshogu (klik sini)
2nd day: Kuil Nikko Futarasan (klik sini)
2nd day: Tobu Nikko Station (klik sini)
3rd day: Bus travel from Hotel Kinugawa Onsen Goen to Nikko Edo Wonderland (klik sini)
3rd day: Nikko Edo Wonderland (klik sini)
3rd day: Modern Edo-Tech Musuem (klik sini)
3rd day: JR Nikko Station - JR Utsonomiya (this posting)

 Asyik lupa nak masukkan biji benih Terung Dayak atau Terung Assam Sarawak dalam senarai benihnya yang ada.

Info Terung Dayak/Terung Assam Sarawak (klik sini).

~ 1 pek anggaran 50 biji benih RM3.00 ~

Selagi stok masih ada.

Pesanan email ke (kebunkmg@gmail.com).

2 ulasan:

  1. Saya pernah pegi ke Sendai masa musim bunga 2015. Baca tulisan Tukang Kebun ni teringat trip tu. Tapi masa tu saya pergi kesana buat kerja. Jadi tak sempat la jalan2. Saya menginap di Shangrila Hotel dekat Tokyo Station, jadi tiap2 pagi naik shinkansen ke Sendai. Biasanya tak sampai dua jam dah sampai. Petang balik semula ke Tokyo. Sendai nampak so peaceful and cantik masa tu. Wished I had more time to explore around. Thanks for sharing. Cheers.

    BalasPadam
  2. Salam Bahagia Annie,

    Ya kalau pergi bekerja, terbatas sikit pergerakan kita dan nak fokus sepenuh hati dengan tugasan-tugasan kerja yang telah diamanatkan.
    Takpe dah familiar dengan Sendai bolehlah plan cuti-cuti ke Sendai pula. Lain kali boleh cuci mata di Matsushima Bay.
    Kami pun tak sempat sangat explore kat Sendai, cuma Sendai ni dia central mudah nak travel dan jadikan sebagai tempat penginapan.
    Kami duduk di Sendai tapi explore kat luar bandar Sendai hehehe...

    BalasPadam