Halaman

Rabu, 27 Disember 2017

Modern Edo-Tech Museum

 Dalam Nikko Edo Wonderland, ada mini muzium display koleksi barang-barang ciptaan teknologi zaman Edo yang masih digunakan sehingga sekarang. Di perkarangan depan muzium mini ini ada taman mini design Jepun. Ada ikan kecil berenang-renang dalam miniture sungai ini.
 Sebagai contoh kipas tangan. Kipas tangan yang boleh dilipat-lipat panggil 'Ibasen'. Kipas tangan kalau kat Malaysia ini alat penting untuk control bara api panggang satay. Kekadang alat menyenangkan proses barbecue.
 Permukaan daun sireh yang besar kekadang mengingatkan corak kipas angin tangan. Sesiapa nak buat persiapan persediaan junjung sireh untuk tahun depan bolehlah start menanam pokok daun sireh. Yang jenis ini daunnya ke hijau kekuningan. Hebat memanjat pokok mangga telur. Cantik juga sebagai hiasan menghijaukan laman rumah dan sumber oksigen yang penting. Gardeners yang berminat untuk dapatkan sumber bibit sireh, boleh juga dapatkan dari kami. Jika bernasib baik kekadang dicampur dengan ada yang berakar sekali (tengok keadaan stok terkini).

~ 7 keratan sireh daun hijau kekuningan RM5 (promosi valid until 15th January 2018) ~
 Tukang Kebun pun pertama kali tahu rupanya gelas kaca buat ukiran begini pun ada pada zaman Edo. Selalu biasanya yang cawan atau mangkuk diperbuat dari tanah liat je.
Ketip kuku kalau beli di Jepun biasa tahan lebih lama dan tahan tajam. A good long term investment kalau beli ketip kuku yang kualiti elok di Jepun.
 Pelbagai produk menggunakan buluh. Saja simpan koleksi ini mana tahu jadi ilham pada masa akan datang bila rezeki masa, tenaga dan kesihatan diberikan. Zaman sekarang ni semua plastik kan. 
 Termenung lama sekejap tengok tempat evolusi buatan penyapu di Jepun ini. Tak sangka pula sebelum zaman Edo, penyapu ini bukan sebarang orang boleh milik. Penyapu ini dianggap benda yang suci.
 Macam-macam rekabentuk buatan penyapu dari sumber tanaman untuk memudahkan kerja harian. Di Tamu Sabah kekadang ada menjual penyapu yang bawahnya dibuat dari sabut kelapa. Penyapu dari lidi kayu pelepah pokok kelapa pun zaman sekarang ada yang usahakan sebagai hasil sampingan. Bagus lagi Tukang Kebun bagi sokongan beli penyapu buatan hasil tanaman ni dari yang berus plastik tu. Bangku cuci baju pun sekarang, Tukang Kebun lebih tukar kepada yang jenis kayu lebih stabil dan tahan lama. Ada juga jual di Tamu ni, bangku-bangku duduk dari kayu. Dengan kenaikan berat badan, dah berapa bangku plastik Tukang Kebun yang kasi pecahkan.
 Nampaknya kami pun kena rajinkan diri buat penyapu sendiri lebih tahan untuk bersihkan luar rumah. Sumbernya bukan takde, berlambak. Bosan dengan penyapu pencakar buat dari plastik , giginya mudah patah je. Lebih-lebih lagi kalau anak-anak ni mood main light saber, habislah penyapu zaman sekarang yang buatannya tak lasak. Kalaulah ada kelas buat penyapu, memang Tukang Kebun nak berguru, ini ilmu berguna juga. Suruh anak-anak turut serta sekali.
 Terkebil-kebil jugalah mata-mata orang Malaysia ini bila tengok di tempat beli souvenir Edo Wonderland jual versi mini penyapu dengan harga 330 Japanese Yen. Kemudian yang dah jadi azimat  atau tangkal pula harganya 1190 Japanese Yen. Pelanggan-pelanggan tetap yang dapatkan bekalan buah kelapa tua dari Kebun Bahagia Bersama, jangan lupa ya sabut kelapa tu banyak kegunaannya juga.

~ 7 biji buah kelapa tua RM10.00 ~

2 ulasan:

  1. tak sangka zmn edo pun dh ada cwn ukir2 mcm kristal tu yek... lawo lak tu

    mcm2 bentuk koleksi mcm bakul tuh... lawo lak nengok, jng mcm penampi mcm bakul kck...
    psl penyapu pun ada sejarahnya yek....

    BalasPadam
  2. Salam Bahagia Dana,

    Kak pun tak sangka ada gelas begitu pada zaman Edo juga.

    Tak sangka pelbagai jenis dan saiz penampi ada kan.

    Penyapu pun ada juga sejarah.

    BalasPadam