Halaman

Selasa, 26 Disember 2017

Nikko Edo Wonderland

 Lama kami tak ke Tema Park sejak yang terakhir ke Legoland di Johor tahun lepas (related posting klik sini). Lebih ke arah Nature Theme Park je tahun ini. Untuk rasa kelainan sikit dan supaya anak-anak lebih merasai budaya dan teknologi zaman Edo, Jepun kami bawalah ke Edo Wonderland di Kinugawa Onsen ini.
 Jika di Jepun ini , zaman Edo adalah dari tahun 1603 hingga tahun 1868 di bawah pemerintahan era anak beranak Tokugawa. Zaman era pentadbiran Tokugawa ini adalah zaman aman bagi negara Jepun. Tiada sudah perang saudara macam kurun sebelumnya. Jaminan keamanan menyebabkan banyak teknologi dan seni berkembang pesat pada zaman ini. Zaman ini Jepun mengamalkan dasar tertutup dengan perhubungannya dengan negara luar. Hanya ada beberapa pelabuhan sahaja export dan import dibenarkan. Kuda hanya dibenarkan beri makanan tapi tak dibagi usap-usap ya. Tiga kerat panjang lobak merah 100Japanese Yen. 
Tema Park ini juga kadangkala digunakan sebagai lokasi pengambaran era Edo. Jika tak silap Tukang Kebun di Jepun ini Tema Park era Edo ada empat tempat (website) tapi yang utama besar di Nikko dan Kyoto. Masa kami pergi ini pun ada tempat yang ditutup sementara waktu untuk sesi pengambaraan. 
 Meriah mengejar anak-anak yang hyper semua ni tak boleh duduk diam dengan enam orang dewasa dan tujuh kanak-kanak. Hari kami pergi pengunjung tak padat just nice. Kalau yang ingin cosplay pakai baju kimono, samurai atau shogun boleh sewa di sini sambil ronda-ronda.
 Seronok kalau pergi pada masa tak ramai ambil gambar pun rilex sahaja dan background tak overcrowded. Syukur Alhamdulillah cuaca tak hujan cuma mendung walaupun ramalan hujan kata ada kemungkinan akan hujan. Pokok-pokok dan sekitaran pun masih musim luruh peak lagi di kawasan Nikko Edo Wonderland ni menjadi warna-warni.
 Pengalaman pertama masuk kai kai ninja house ini konsep dia macam mana pelbagai angle kedudukan duduk atau berdiri boleh control brain kita ni. Riuh rendah betul kami di sini. Bukan kanak-kanak sahaja, orang dewasa yang terlebih enjoy.
 Lama juga kami berlegar-legar dalam karakuri ninja maze. Syukur Alhamdulillah dah berjaya keluar juga. Banyak pintu disediakan juga untuk siapa dah berputus asa.
 Rasanya salah satu struktur yang banyak dibina masa era Edo ni ialah jambatan.
 Bila Tukang Kebun belek-belek balik koleksi bergambar, macam banyak betul jambatan di sini pelbagai rekabentuk. Kekadang nampak sama, bila check background lain-lain.
Dalam documentary video bawah ada jawapannya memang era ini boom mula binaan jambatan.

 Betul lah macam di Malaysia masa kita belajar asas geography di sekolah menengah dulu banyak penempatan bermula di sungai, kemudian bila dah makin maju menjadi tumpuan jadi kampung lepas tu jadi pekan. 
 Di negara Jepun pun sama juga konsep perkembangan petempatan awal di tepi sungai, sebab senang nak transport barang menggunakan sungai. Dekat Asia Timur, jenis jambatan lengkuk bulat lebih popular design dia.
 Thearatical performance juga berkembang pesat pada era ini. Era Edo ini juga terkenal dengan pengenalan kawasan 'Yoshiwara'. Ada three fathers rupanya bawah gambar candid ini.Abang Ilhan dan Rayyan tiada geng sebaya, mereka paling tua lain belum sekolah lagi. Abby je la ada kawan sebaya si Toma, asyik nak berkepit mengejar Toma je sepanjang berjumpa.
 Yang menara tinggi ini ialah menara api. Konsep penggunaan menara api ini bukan macam di tepi laut tu bagi signal kapal. Tapi zaman Edo ni kekadang banyak pemberontak cuba kasi hapus penempatan dengan pembakaran. Macam rumah setinggan kalau sebuah rumah terbakar yang lain pun mudah merebak. Untuk elakkan dari kebakaran merebak cepat, ada patrol untuk berjaga-jaga supaya tiada spy pemberontak ada cubaan nak buat pembakaran.
 Moss ball hiasan ini sangat comel. Species lumut juga boleh jadi hiasan yang menarik dengan gunakan kayu-kayu asli sebagai dulang. Lumut juga adalah sumber makanan penting bagi species di hutan untuk bekalkan keperluan mineral. Juga membantu membersihkan udara.
 Papa Abby kelaparan sampai semangat betul nak cuba buat senbei. Pengalaman buat senbei (keropok tradisional dari beras) ini caj 150 Japanese Yen seorang.
 Di sini juga terdapat pelbagai restaurant. Tukang Kebun recommend kalau area ini cuba noodle 'soba'. Area ini juga terkenal dengan 'Yuba' dari kacang soya.
 Banyak jugalah aktiviti dan persembahan yang ada di kawasan ini. Jadi perlukan sekurang-kurangnya setengah hari untuk enjoy di sini. Kami sampai sini pun dah dalam nak dekat pukul 11AM.
 Di sini semua pekerjanya pakai dan bercakap gaya zaman Edo. The children had heaps of fun sebab dapat merasa hands on selama ni di depan kaca mata sahaja kan. Jadi ini adalah satu highlight spot untuk kanak-kanak lah. Ada ninja training juga kena booking in advance dulu.
 Pelbagai aktiviti untuk anak-anak mencuba juga. Video di bawah tak sempat nak ambil kena cut pula, nanti ada yang tak puas hati hehehe...sebenarnya Ilhan baling last try tu kena bulls eye tepat.
 Kebuluran ikan-ikan koi di dalam sungai ini. Boleh diberikan makanan ikan. Neck warmer yang Rayyan main-main pegang terjatuh dalam air sungai. Nasib uncle Kenta cepat-cepat ambil. Itu kenangan neck warmer mama masa zaman selalu main ski tu.
 Gardeners yang menunggu stok semula all time favourite pokok bunga Blue Crossandra ada stocknya semula ya.

Info lanjut Blue Crossandra (klik sini). 
1 pot Blue Crossandra RM7.00.
Pesanan email (kebunkmg@gmail.com).
Boleh Pos Laju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan