Salah satu sebab kami lama masa ambil JR East Pass ticket di Narita Airport ialah nak aturkan perjalanan jika nasib baik dapat booking seat untuk naik keretapi Pokemon (related posting klik sini). Keretapi pokemon ini tak boleh buat reservation dari luar negara. Kawan Jepun Tukang Kebun ada tolong tengokkan tiketnya di counter Midori no Guchi dua minggu sebelum kami tiba tu katanya ada tinggal dua row seats tapi berlainan berasingan masa tu dari arah Ichinoseki ke Kesennuma. Tapi Tukang Kebun kata tak pe la tunggu nanti biar kami cuba nasib sekali lagi. Masa kami tanya staf di Narita Airport katanya yang ke arah Ichinoseki ke Kesennuma macam dah habis. Tapi yang arah return Kesennuma ke Ichinoseki ada juga seat berasingan kena pecah dua team. Tapi Papa Abby pula beriya-iya katanya takpelah duduk berasingan. Maka kami decide program pada 19hb November 2017 pada pukul 2:37PM akan kami naik Pokemon train dari Kesennuma return ke Ichinoseki sampai dalam 4:34PM. Ada 2 jam perjalanan Pokemon train ini. Itupun keretapi ini tak berhenti banyak, beberapa stesen sahaja sepanjang Ofunato JR railway line. Senang je nak tahu mana satu stesen dia berhenti, sebab pasti ada pokemon hiasan di situ juga.
Jika anda memegang ticket JR East Pass Tohoku, tak perlu bayar untuk reservation seat. Tapi memang kena ada seat reservation ticket baru boleh naik. Pergi mana-mana midori no guchi kaunter , tunjuk JR East Pass Tohoku dan buat reservation. Keretapi pokemon ini ada dua gerabak sahaja, jadi seat tak banyak. Sebab satu gerabak tu tempat duduk, lagi satu tu tempat main pokemon gym. Keretapi pokemon ini pun hanya bergerak sehari sekali dia berlepas ke Kesennuma dari Ichinoseki, kemudian dah sampai Kesennuma balik ke Ichinoseki. Keretapi Pokemon ini pun bukan ada setiap hari cuma bila hari sekolah cuti di Jepun, jadinya: Public holiday, Sabtu, Ahad dan cuti semester sekolah. Kena check jadualnya selalu di official website Joyful Pokemon with YOU train (website). Ticket seat reservation pun mula dibuka jualannya bila lagi sebulan hari nak naik. Mula-mula dua bulan sebelum kami ke Jepun ada Tukang Kebun check kalendar keretapi Pokemon tapi macam dia aktif time musim panas sahaja ingat takde rezeki. Sekali tergerak hati sebelum kurang sebulan nak pergi semak semula website dia, ada pula kalendar baru keretapi Pokemon. Mungkin sangat popular jadi management decide untuk teruskan dan bukan sahaja exclusive untuk musim panas. Syukur Alhamdulillah ada rezeki anak-anak nak naik Keretapi Pokemon. Tahun lepas cuti sekolah di Melaka naik beca tema Pokemon (related posting klik sini), kali ini merasa naik keretapi Pokemon di tanahair Pokemon.
15hb Julai 2017 lepas, keretapi pokemon baru kena remodelling dengan warna tema baru iaitu kuning. Keretapi pokemon pertama sebelum ini warna sky blue. Cantik interior dia penuh dengan karakter pokemon pelbagai sahaja. Rezeki anak lagi merasa Keretapi Pokeman yang baru kena renewal launch second version. Ilhan so excited happy dapat naik keretapi Pokemon, hard to take it all at once hehehe....Kenangan no. seat Tukang Kebun dan Ilhan ialah 8-B dan 8-C. Group Papa, Abby dan Rayyan ialah seat no. 12-C dan 12-D.
Kanak-kanak geram tak sabar nak menunggu green light pengumuman dah boleh masuk bermain di pokemon gym. Papa, Abby dan Rayyan duduk sekali tapi mereka sahaja kerusi di situ relax sikit tak rasa menggangu. Tukang Kebun dan Ilhan duduk bersebelahan dengan couple Jepun muda dengan baby. Ada juga pasangan warga emas yang nak merasa naik juga. Jadi tidak kira umur sesiapa boleh merasa naik keretapi pokemon ini. As long as you are young at heart and know how to have fun.
Ada bakul disediakan untuk siapa nak jadi pokemon atau stesen master pokemon. Abby pakai ekor dan telinga pikachu terus perangai hyper macam pikachu dah (pikachu-henshin). Cara pengumuman pun dari suara karektar pokemon. Masuk ke pokemon gym buka kasut ya
Siapa nak berlakon jadi pemandu keretapi pokemon dipersilakan bergilir-gilir.
Cuaca di luar pun makin meriah dengan salji yang turun. Hari ini pun hari pertama kawasan di Ofunato line turun salji untuk musim makin sejuk ni. Rezeki anak-anak nak merasa macam mana salji pertama turun di kawasan ini.
Syukur Alhamdulillah ada rezeki naik keretapi pokemon ini pada 19hb November 2017. Perancangan asal sebenarnya ingat nak melawat Yamadera di Yamaguchi prefecture yang kena banyak daki tangga dan bukit. Dengan salji turun banyak hari ini, it will be a very bad plan dengan anak-anak lagi. Sekurang-kurangnya masa salji tengah lebat di luar ni, kami duduk dalam keretapi sambil monitor anak-anak bermain dalam suhu bilik biasa. Tak sejuk dan tak berangin, Tukang Kebun boleh berangan tengok pemandangan luar bila tak tahan tengok macam teruk gak Pikachu ni kena bully dan dikerjakan. Dari masuk play gym ni sampai nak hampir ke Ichinoseki station, Tukang Kebun tak bergerak dari play gym ni. Salah satu sebab tak mau ganggu couple muda tu sebab anaknya macam meragam awal-awal bagi space untuk mereka, sebab kita pun dah pernah lalu phase tu dulu. Lagipun si Rayyan dan Abby ni tak puas-puas main dalam play gym.
Menarik juga konsep ada gerabak yang bentuk play gym ini. Kalau parents bawa anak-anak jalan naik keretapi pokemon ini tak banyak guna tenaga masa cuti sekolah sambil travelling. Macam kami ni dah lama tak berjalan kaki banyak, bolehlah rehat kaki sambil tengok-tengok anak. Puaslah anak-anak kali ini, di Jepun ini pertama kali mereka berpengalaman naik keretapi dah merasa naik bullet train dan keretapi pokemon.
Untuk kasi menarik lagi aktiviti keretapi Pokemon ini, masa sebelum keretapi bergerak, semua penumpang diberikan beg plastik yang dalamnya ada badge tin pokemon dan stamp card. Setiap stesen yang keretapi pokemon ini berhenti, ada masa penumpang boleh keluar sekejap pergi ambil stamp pokemon di dalam stesen keretapi tersebut. Yang ni Tukang Kebun serahkan kepada Papa Abby dan Ilhan untuk pergi kumpul.
Gardeners yang peminat tegar pokemon boleh juga trim pokok jadikan bentuk karekter pokemon. Yang ni di stesen Orikabe. Terdengar perbualan antara kanak-kanak lain, baru tahu rupa-rupanya pikachu ni ada jantan dan betina ya. Cuma bingung macam mana mereka identify jantan dan betina.
Pokemon besar yang asyik anak-anak ini usang ke sana sini tu berat juga rupanya. Kena kualiti bagus kan kalau tak cepat hancur pula nanti.
Antara tarikan menarik pelancong untuk membantu kawasan yang teruk kena tsunami pada tahun 2011. Juga untuk kembalikan keceriaan kepada kanak-kanak di kawasan yang terlibat Ofunato line. Itulah antara tujuan keretapi pokemon ini diadakan selepas tahun 2011. Sebenarnya untuk Ofunato line ini asalnya lebih panjang lagi landasannya dari Kesennuma. Asalnya Kesennuma bukan stesen stop terakhir di Ofunato line. Masih ada beberapa stesen seterusnya dalam 11 seperti Ofunato station second last dan Sakari station paling terakhir. Akibat kerosakan landasan yang sangat teruk dan sukar dibaiki. Maka dari Kesennuma ke Sakari diorang tukarkan jadi JR Bus line service.
Sepanjang railway keretapi JR Ofunato line ini, ada beberapa stesen dihiasi dengan tema Pokemon. Yang ni di stesen Surisawa.
Syukur Alhamdulillah macam-macam dapat merasa travel hari keempat di kawasan Tohoku, Jepun ini. Banyak kenangan indah bersama keluarga. Sebelah pagi naik bot menikmati nature dan sebelah petang naik keretapi pokemon.
Back in stock Kebun Bahagia Bersama minggu ialah pokok red firecracker fern atau juga dikenali sebagai coral fountain. Pokok sesuai untuk Tahun Baru Cina dengan tema warna merah. Suka banyak matahari dan tahan panas. Juga pokok jimat air dan boleh tanam dalam pasu bergantung juga.
More info on coral fountain plant (click here).
~ 1 pot coral fountain plant/red firecracker plant RM7.00 ~
memang seronok lah anak2 ye dapat pegi tempat2 macam ni.
BalasPadamenjoy sungguh tu.
Bestnya dpt Naik train Pokémon Terasa mcm dlm Taman tema pula
BalasPadamSalam Bahagia Kak Azian,
BalasPadamMemang terlampau seronok anak-anak dapat puas main dalam playgym pokemon bergerak ni.
Tambahan pula kali ni trip ke Jepun first time experience mereka naik train.
Salam Bahagia Sis Diana.
Ya menarik konsep playgym bergerak ni.
Parents pun tak boring sebab di luar tingkap pemandangan berubah-ubah.
Takde nak terlalu alert macam di Malaysia yang banyak kes penculikan.
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Imaginasi dunia pokemon seketika.