Dah dapat merasa naik keretapi Pokemon, on the way balik ke Sendai dari Ichinoseki, anak-anak masih excited lagi sebab kali ini dapat merasa naik bullet train (shinkansen) yang series Hayabusa 106. Dari Ichinoseki bertolak pukul 4:48petang sampai Sendai Station 5:19petang. Yang ni paling tergesa-gesa kami nak kejar masa naik bullet train. Sebab keretapi Pokemon sampai pukul 4:37 petang di stesen Ichinoseki. Pastu platform keretapi biasa dan bullet train biasanya berjauhan. Kami ada dalam 10 minit nak ke platform bullet train, nasib sempat juga. Kalau terlepas kena tunggu lagi sejam lebih untuk next shinkansen. Nasihat Tukang Kebun rancang waktu perjalanan betul-betul, kami memang dah dapatkan semua ticket bullet train sehari sebelum hari kejadian di Sendai Station JR East Pass Information Centre. Jadi dah set masa pukul-pukul berapa naik bullet train dan buat seat reservation.
Bila sudah sampai Stesen Sendai dah malam dah.
Kami singgah ke JR East information centre dalam Stesen Sendai untuk menguruskan perjalanan tiket-tiket bullet train keesokkan hari. Juga mendapatkan maklumat untuk tempat-tempat yang ingin dilawati juga. Kalau lawat Jepun ini terutamanya kawasan bukan bandar besar macam Tokyo, Osaka dan Sendai, nasihat Tukang Kebun bawa cash banyak, jangan bergantung kepada credit card. Walaupun negara Tokyo ini sangat moden, tapi masih banyak kedai hanya terima bayaran tunai sahaja. Begitu juga dengan tempat penginapan, ada yang hanya terima cash sahaja pun ada. Jika yang rasa cash dah tak berapa banyak semasa di Sendai, boleh buat pertukaran di JR East information centre ada ATM sini untuk money changer. Kalau lawat kawasan Nikko di negeri Tochigi (related posting klik sini), bawalah cash yang mencukupi.
Hari kelima di Jepun kami merancang nak melawat kawasan berdekatan JR Railway Senseki Line. Orang Jepun ni kalau buat sesuatu kerja memang bersungguh, ini hasil karya tangan pekerja di JR East information centre ini untuk memudahkan pelancong-pelancong dapat gambaran, tempat-tempat menarik sepanjang JR Senseki Line. Siap bagi printout copy lagi.
Tengok gelagat manusia dalam Stesen Sendai ini Tukang Kebun selalu nampak ada ramai bawa bekas minuman seperti di gambar bawah. Macam popular item betul. Bekasnya simple sahaja tanpa label. Tertanya-tanya juga dalam hati. Apabila singgah di JR East information centre ni barulah jumpa gerai yang jual minuman popular ini yang dipanggil "Zunda Shake".
Apa dia Zunda Shake?
Rupanya Zunda Shake ini adalah gabungan edamame/kacang soya muda dengan dairy milk. Sedap juga, tiap hari di Sendai Tukang Kebun beli. Kalau di Stesen Sendai jangan lupa testing Zunda Shake ya. Di sini pun banyak produk biskut yang dijual dengan perisa 'Zunda' atau 'Edamame'.
Kalau nak rasa betapa sedap manis makan tuaian segar edamame atau kacang bulu kena cuba tanam sendiri barulah merasa ya. Beza sungguh rasa dia banding dengan yang dah siap rebus pusing-pusing atas conveyor kedai sushi. Lagipun cuaca di Malaysia ini sesuai je tanam edamame. Edamame ini pun adik beradik kacang buncis dan kacang panjang sama keluarga. Documentary atas menarik, boleh dapatkan tips cara menanam dari otai.
Pokok kacang bulu atau edamame ni pun renek sahaja, tak perlu pasang pancang. Jika ada yang berminat nak cuba menanam edamame, ada beberapa jenis stok sekarang selagi ada (1 original packet dari Jepun RM18.00)
~Sakenomotosango (total seeds volume 33ml)~
~Aobata (total seeds volume 38ml)~
~Aoshizuku (total seeds volume 30ml)~
Dalam perjalanan balik ke hotel kami singgah tengok department yang berdekatan. Ada sebulan lebih lagi untuk Hari Natal tetapi dah banyak illumination decoration Christmas di Sendai. Hari keempat di Jepun baru terasa nak window shopping.
Tingkat 8 dalam department store PARCO sebelah stesen keretapi (related posting klik sini), ada Pokemon Centre Tohoku. Fan pokemon bolehlah beli cenderamata di sini. Ada karakter yang hanya dijual di Tohoku Pokemon Centre sahaja. Memandangkan Tukang Kebun dah graduate main Pokemon sedekad lalu, tak berapa kenal dan ingat lagi karekternya. Ilhan yang tahu menahu yang mana dia tak pernah nampak, Ilhan tanya mama apa nama karekter ni ma? Tak pun anak-anak ni minta apa-apa, sebab dah baru belanja naik keretapi Pokemon. Window shopping ja mereka faham. Tak sampai hati pula tengok tiga adik beradik ni, jadi mama belanja seorang satu Gacha ball pokemon lah. Itu je lah mampu ikut budget sebab kita masih ada seminggu lagi di bumi Jepun ini. Tengok jenis Gacha harganya dalam 400 ke 200 Japenese Yen. Paling murah pun dah dalam RM8 tu sebiji. Itu sahajalah pengalaman mereka dengan Gacha ball di Jepun.
Selepas melayan anak-anak cuci mata di Pokemon Centre kami berpindah ke department store bangunan sebelah pula tertarik dengan hiasan illumination Christmas. Lagipun teringin tengok kedai Uniqlo di Sendai ini.
Ramai juga pelanggan Jepun membeli belah di Uniqlo ini untuk persediaan musim salji pada hari minggu tersebut. Rasa beli di Uniqlo Jepun ini lagi murah berbanding di Malaysia setelah ambil kira pertukaran wang. Memandangkan kami akan bergerak ke kawasan lebih sejuk lepas ni di kawasan latitud lebih atas, ambil kesempatan untuk belikan Abby fleece jacket warna laut. Jacket yang Abby pakai tu sebenarnya abang Ilhan yang punya masa kami merantau di Adelaide, Australia Selatan. Abang Ilhan pakai masa dia berumur empat tahun dulu sekarang dah 10 tahun umur. Jacket masih elok lagi setelah 6 tahun simpan dalam container. Kalau sejuk sangat Abby masih boleh pakai double jacket dengan yang fleece di dalam. Adelaide dulu tak sesejuk macam kawasan Tohoku. Kalau suhu musim luruh di Tohoku macam musim winter di Adelaide. Adelaide takde salji turun tebal macam di Tohoku, kalau sejuk sangat pun di Adelaide turun ais batu je.
Bila nak dekat tutup, panjang betul orang beratur nak membayar, tak putus-putus panjangnya gini bergerak seorang demi seorang datang beratur lagi. Tukang Kebun ingatkan ada 2 ke tiga kaunter untuk membayar. Bila papa Abby selesai bayar hasil tangkapan katanya sebenarnya jumlah kaunter 13 dan 8 kaunter dibuka. Wow punya ramai pelanggan membayar tak putus-putus. Kalaulah memang ada standby 13 kaunter maknanya ada hari lagi ramailah pelanggannya. Jika keluar dari Stesen Sendai main entrance, department store yang ada Uniqlo adalah menghala sebelah kanan. Manalah tahu ada pakaian yang tak mencukupi boleh singgah sekejap.
Aktiviti hari ke-4 di Jepun:
Sendai Station ke Kesennuma Station dengan JR Ofunato Line (klik sini)
Geibikei Station ke platform naik sampan (klik sini)
Sampan menyusuri Sungai Satetsu di Gaung Geibikei (klik sini)
Kuil Kumano (klik sini)
Keretapi Pokemon (klik sini)
Sendai Window Shopping (This posting)
Seronok mama baca ni Terasa macam Ada bersama pula Di jepun. Seronok nya kt Pokémon centre teringin Pula mama nak minum Sunday shake
BalasPadamSalam Bahagia kak mamapp,
BalasPadamWarga emas di Jepun pun sekarang suka main pokemon go.
Comel-comel merchandise dia.