Halaman

Selasa, 6 Mac 2018

Mansoa alliacea dan Mickey Mouse

 Lepas dah lama tinggalkan kebun apabila berada di tempat lain sekian lama, bila balik kalau pokok garlic vine (Mansoa alliacea) ni sedang meriah peak musim bunganya boleh buat kepala ringan memikirkan banyak kerja mengemas kebun nak kena buat seketika. Walaupun batang pokok garlic vine tidak besar tapi gugusan bunga yang dihasilkan teramat lebat. Pokok garlic vine adalah berasal dari kawasan Amerika Selatan bukan asalnya dari bumi Malaysia ini. Di negara asal pokok garlic vine ini terkenal sebagai magical herb plant. Kerana pokok ini ada nilai banyak dalam pelbagai perubatan. Boleh juga daunnya dibuat rempah masakan. Kemudian daunnya juga boleh direbus dan dijadikan mandian wap untuk mengurangkan demam, selsema, sakit-sakit badan dan lesu. Lain kali nak cuba jugalah spa mandian garlic vine. Dari bila dipangkas-pangkas dibuang daunnya begitu sahaja kan. Dahlah dah penat berkebun mengemas.
 Kalau berborak dengan orang nursery katanya susah mereka nak stock up pokok garlic vine ini kerana susah nak propagate hidup kalau dari keratan. Syukur Alhamdulillah di kebun kami ini banyak pula anak-anak pokoknya atau tunas dari akar bonda garlic vine ini beranak-pinak di bawah bondanya. Pokok garlic vine juga menghasilkan biji benih ya. Kekadang kalau musim yang pollination bagus nampak buahnya yang nipis panjang macam kekacang petai dan dalam benihnya macam kertas sikit (pappery?). Yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama adalah bukan dari keratan. Tukang Kebun korek je perlahan-lahan keluar dari tanah sudah berakar. Kalau kami takde masa, habis anak-anak garlic vine tu kami sorong je mesin rumput di atasnya. Ada juga yang muncul balik keluar. Jika sesiapa nak ambil anak angkat garlic vine ada stok sekarang, bondanya memang duduk tepi pagar depan Kebun Bahagia Bersama depan jalanraya.

More info on Garlic Vine (Click Here).

~ 1 pot pokok Garlic Vine (Mansoa alliacea) RM8.00 ~

 Cuma satu sifat pokok garlic vine dia suka sangat cahaya matahari ya. Boleh ditanam dalam pasu. Cuma kalau nak dia cepat membesar berikan dia banyak cahaya matahari baru dia akan tumbuh dengan cepat dan memberikan performance yang terbaik ya. Tukang Kebun perhatikan pokok Garlic Vine boleh hidup berpasangan bahagia dengan pokok Mickey Mouse. Kalau malas nak pasang pancang kahwinkan mereka duduk bersebelahan ya. Tapi masa mereka sama-sama membesar la kasi pasangan baru adil.
 Pokok Mickey Mouse pun seperti pokok garlic vine boleh ditanam dalam pasu juga. Kekadang ada yang tumbuh sendiri hijack pasu lain tengok dia yang subur membesar dan hasilkan bunga juga. Kalau tumbuh dalam pasu pokok Mickey Mouse ini nampak cantik juga jika di bonsai kan. Takdelah dia membesar tinggi seperti yang tumbuh atas tanah. Pokok Mickey Mouse ni biasanya tak putus-putus menghasilkan bunga. Tambahan pula nampak macam dua warna bunganya . Sebab bunga asal berwarna kuning. Kemudian semasa pembentukan biji benih jadi warna merah. Jadi nampak bunganya dwi-warna mekar serentak.

More info on Mickey Mouse (Click Here).

~ 1 pot Mickey Mouse RM10.00 ~

6 ulasan:

  1. dua2 cantik bunganya... yg nama mickey mouse tu comel betul secomel namanya kak

    BalasPadam
  2. Cantiknya Bunga dia byk betul. Mama mmg suka pokok yg mudah dijaga apt ni sebab mama x pandai bercuti tanam sebenarnya huhu

    BalasPadam
  3. Salam Bahagia Dana,

    Dua-dua penyeri laman kan.

    Salam Bahagia Sis Mamapp,

    Bila sekali mekar serentak memang happy happy tukang kebunnya.

    Salam Bahagia Hans,

    Penyeri rumah.

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Warisan Petani,

    Cantik susunannya nampak berjambak-jambak.

    BalasPadam