Halaman

Isnin, 5 Mac 2018

Sinurambi Tambunan

 Pada hari pertama Tahun Baru Cina 2018, kami bawa anak-anak berjalan ke daerah Tambunan di Negeri Bawah Bayu. Salah satu tempat persinggahan ialah Sinurambi Tambunan yang rasa betul bayunya yang amat nyaman dirasmikan pada Disember 2016. Masih lagi persekitaran kawasan Sinurambi Tambunan ini sedang disiapkan fasa-fasa kemudahan lain walaupun ianya dibuka awal untuk pelancong-pelancong kerana tahun 2017 lepas adalah di Sabah, Tahun Melawat Tambunan 2017.
 Ramai juga pengunjung ke Tambunan Viewing Point ini bersilih ganti yang melawat pada hari sama dengan kami. Ada disediakan buku pengunjung untuk mereka yang ingin rekodkan telah selamat melawat di Sinurambi Tambunan ini. Ada juga yang separuh jalan sahaja naik menara ini kerana gayat. Syukur Alhamdulillah semua ahli kami berkesempatan naik hingga viewing point paling tinggi di Sinurambi Tambunan.
 Jika pelancong dari luar Sabah sudah ke Kundasang. Lain kali datang melancong ke Sabah lagi, lawatlah daerah Tambunan pula. Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu nak ke Kundasang dan Tambunan lebih kurang sama sahaja. Di sini juga pemandangannya setanding dengan Kundasang, nak pergi pun sama je berliku-liku ikut Banjaran Crocker ni cuma arah yang berbeza, the other side of Kinabalu pemandangannya bak kata orang sini. Di mana Kundasang seperti Cameron Highland terkenal dengan tumpuan penanaman sayur-sayuran. Tapi bagi ethnic Dusun-Kadazan, Tambunan ini adalah seperti negeri Kedah iaitu salah satu rice bowl of Sabah. Diversity jenis baka padi kampung Sabah kebanyakkannya berasal atau bibitnya diambil di sini. Kalau Tukang Kebun tanya aunty Tukang Kebun mana dia ambil bibit--bibit padi, biasanya aunty ambil di Tambunan. Due to its unique geographical features, kedua-dua jenis category padi iaitu padi sawah dan padi bukit ditanam di sini. Orang Sabah panggil padi huma ialah padi bukit. Dilaporkan bahawa 80% Tambunan dapat dinikmati di Sinurambi Tambunan ini.

Jenis-jenis padi yang masih ada dalam stok Tukang Kebun (1 pek RM3.00 anggaran 100 biji benih):
Padi Bukit Taragang (Bukit)
Padi Bukit Gonsulak (Bukit)
Padi Bukit Bokilong (Bukit)
Padi Bukit Tomou (Bukit)
Padi Pandasan (Bukit)
Padi Pandasan (Sawah)
Padi Tarab Arab (Sawah)
 Salah satu keunikan Daerah Tambunan ini berbanding dengan kawasan Kundasang ialah terdapat beberapa gunung juga di dalam daerah ini. Sebagai contoh, Gunung kedua tertinggi di Malaysia juga adalah terletak di negeri Sabah iaitu Gunung TrusMadi di Tambunan. Walaupun ketinggian Gunung Trusmadi adalah cuma 2642meter jauh berbeza dengan Kinabalu (4,095m), lebih mencabar untuk panjat Trusmadi. Sebenarnya kami mula-mula dah tak pasti mana nak pergi, ingatkan cuba tengok je lah apa ada di simpang roundabout yang tunjuk ke arah Hutan Simpan Gunung Trusmadi. Sekali ternampak papan tanda Sinurambi Tambunan kami ikut sahajala.
 Mula-mula teragak juga kenapa lepas belok dari simpang utama, masih jalan kampung je ni tak tar. Tapi nasib baik bertembung dengan banyak kereta menambah keyakinan, jalan betul kut. Rasa macam ada 15 minit juga agaknya lepas belok dari simpang utama nak ke viewing point ni sebab bawa kereta perlahan sahaja. Berdekatan dengan Tambunan Viewing Point ini semasa lawatan kami sebuah resort ada feature ala Bali sikit sedang dibina. Jika project resort itu, berjalan lancar sesiapa yang melawat Tambunan bolehlah juga ada pilihan menginap di sana. Cuma agak aneh Tukang Kebun rasa bila nampak berderet pokok kelapa ditanam atas kawasan tinggi ni dalam persediaan landskap project resort tersebut. Pokok kelapa kalau resort pulau macam ngam la, but highland...rasanya another plant selection might be better.
 Lama tak nampak sarang lebah sebesar gini. Sebenarnya bukan satu sahaja sarang lebah ada dua bergayut pada pokok yang sama. Banyak makanan lebah tu agaknya di kawasan ini.
 Penggemar bunga putih wangi. Kebun Bahagia Bersama ada stok anak pokok kemuning semula jika berminat (1 pot RM10.00).

More info Kemuning (Click Here).

6 ulasan:

  1. cantik betul pemandangan kt tmpt viewing point tuh kak.... tak jemu memandang... cumanya msti kene banyak berjln ni kan...

    teringat penah nampak sarang lebah kt kg, 1 pokok sampai 2 sarang lebah nsbla pokok tu jauh n tinggi btl2 jauh dr umah org kampung...

    BalasPadam
  2. wahhh
    cantik lah ambil gambar dari atas

    BalasPadam
  3. Mesti seronok kalau dpt berkunjung ke kebun bersama. Byk betul pokok yg ditanam

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Dana,

    Ok lagi Dana tak perlu jalan banyak sebab menaranya tak tinggi sangat.
    Kedudukan menara tu dah cukup tinggi boleh tengok pemandangan yang luas sekitar Tambunan.
    Kalau tak gayat ok je, tak penat nak naik tangganya.

    Salam Bahagia Hans,

    Puas hati tak perlu pakai drone hehehe....

    Salam Bahagia Sis Mamapp,

    Semuanya atas usaha bonda dan ayahanda sis mamapp yang banyak kumpul pelbagai jenis pokok di kebun kecil ini.

    BalasPadam
  5. Wahhhh...best ni..boleh masukkan dalam list tempat jalan2 di Sabah 😍😍😍😍

    thanks for sharing ya

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Nurhidayu,

    Yang tempat melawat ni best.
    Baik pergi secepat mungkin sebelum jalanraya dah kena simen.
    Sebab sekarang masih free entry ni.
    Diorang tak boleh bagi entree fee lagi sebab jalan merah lagi.

    BalasPadam