Halaman

Selasa, 3 April 2018

Hiraizumi Station

 Kawasan Hiraizumi ni memang pembangunan bandarnya nampak lebih kepada sektor pelancongan. Memandangkan cuaca sejuk pada masa kami lawati bandar Hiraizumi ni setelah sampai ke Stesen Keretapi Hiraizumi kami gunakan perkhidmatan loop line bus pula yang akan berhenti di setiap tempat pelancongan utama. Basnya dipangil 'RUNRUN', bukan 'run-lari' sebutannya tapi sebutan Bahasa Melayu 'Run' macam harta kaRUN. Contoh tempat tunggu busnya adalah seperti di gambar atas. Rayyan sedang posing gambaran depan Stesen Keretapi Hiraizumi.
 Ini Abby pula posing depan pintu masuk Stesen Keretapi Hiraizumi. Ada convenience store juga di Stesen Keretapinya untuk sesiapa nak beli air atau makanan. Peti Surat Pos Jepun di Hiraizumi boleh tahan juga ikut tema pelancongan artifak mereka.
 Yang ingat mendapatkan info tempat-tempat menarik atau peta Hiraizumi boleh singgah tourist information centre yang sebelah kiri selepas keluar dari stesen keretapi Hiraizumi. Di sini pun boleh juga sewa basikal. Tapi musim sejuk dah turun salji ni, Tukang Kebun perhatikan semua pelancong serbu bas je hehehe...Kalau tak silap boleh juga simpan luggage di sini.
 Perkenalkan maskot pelancongan Hiraizumi si katak hijau bernama 'Kero-Hira'. Tukang Kebun dan Ilhan masa dekat Tourist Information Centre ada receptionist dia bagi kami berdua sticker set 'Kero-Hira' ni sorang satu yang kami tampal-tampal di luggage bag Star Wars Ilhan isi masa lapang dalam bullettrain. Abby dan Rayyan dah keluar ikut papa dia tu yang tak dapat, ambil hati dari muka jadi panjang ambillah gambar dengan maskot.
 Sementara tunggu keretapi sampai di Stesen Hiraizumi ni bolehlah ambil-ambil gambar macam papan-papan letak muka ni. Kalau beli ticket bas yang 1 day pass untuk orang dewasa baru harga 400JPY. Kalau sekali naik orang dewasa 150JPY. Dah tiga kali naik sudah 450JPY. Kalau kanak-kanak jika tak naik banyak kali baik jangan belikan mereka day-pass. Sebab kanak-kanak sekali naik baru harga 80JPY.
 Bila dah check waktu keretapi sampai ke Hiraizumi yang berhenti ke Kitakami station nanti tengok ada masa lagi. Kami singgah makan soba di kedai yang dekat dengan tempat naik bas RunRun. Sedap juga soba di sini, patutlah banyak autograph feedback dari celebrity/artis Jepun yang sudah pernah makan di sini penuh di dinding. Pekerja-pekerja restaurant ni pun baik hati tolong jaga masa kami supaya tak teringgal dengan keretapi nanti. Keretapi biasa tak banyak lalu cuma macam sejam sekali, jadi kena jaga masa.
 Kenangan yang tak dapat dilupai masa di Hiraizumi ini, masa kami singgah kedai souvenir lepas lawat Komplek Chusonji tunggu bas nak sampai, anak-anak excited sangat berebut tengok karakter dalam kedai souvenir terlanggar botol sample. Si Rayyan la yang tak sengaja langgar, tak perasan di belakang ada rak juga sebab kedai Jepun kan kecil sempit. Habis jatuh pecah botol sample yang harganya kalau convert duit kita beratus juga lah harga kalau bukan sampel. Biasalah mula rasa geram juga kat Rayyan ni keluar dekat riak wajah mama dia kut. Dah segan dan serba salah kami shopping-shopping beli local product macam kuih dan pelbagai jenis mee soba kering buatan tempatan. Anak-anak semua dah tunggu luar kedai tak berani lagi masuk. Tunggu penjaga kedai mengemas botol yang pecah di lantai. Kemudian masa bayar tangkapan-tangkapan dalam kedai tersebut, boleh lagi Tukang Jaga kedai kata ni dia bagi barang-barang sahaja ni untuk si Rayyan tadi. Alasannya dia bagi untuk Rayyan sebab dah nak expire ni dan dia tengok Rayyan macam asyik duk belek-belek tengok benda ni tadi. Baik hati betul orang ni dahlah langsung dia tak marah, tak cakap apa-apa dan tak minta ganti rugi langsung. Tetapi dia tak mau Rayyan kena marah dan rasa serba salah, nak surutkan amarah maknya tengah simpan lagi ni dengan secara halus dia pula bagi extra gifts belanja Rayyan. Supaya Rayyan tak kena marah. Baiknya hati orang ni, lembut hatinya moga sentiasa dilimpahkan rezeki yang banyak.
 Kami sampai semula ke Kitakami Comfort Hotel macam lagi sejam nak maghriblah. Rancangan petang hari ini memang nak ambil masa shopping grocery tempatan Kitakami ni. Dah enam hari di Jepun, inilah hari pertama kami beli-beli barang makanan untuk dibawa balik. Lepas tanya receptionist mana tempat nak beli groceries, kami tinggalkan anak-anak duduk berehat dalam bilik hotel tengok TV. Tempat pertama kami pergi ialah lintas stesen keretapi Kitakami ikut jalan bawah tanah.Saja-saja nak tengok yang entrance stesen keretapi Kitakami sebelah sana ada apa pula. Tempat ni ada rezeki kami tengok ada stok beras baru baka Iwate yang baru sahaja dituai. Kami beli empat pek 2 kilogram dari 2 jenis beras ni. 
Stok biji benih baka kampung untuk padi sawah yang ditanam di Sabah ada 3 jenis sekarang. 1 pek anggaran 100biji benih RM3 untuk setiap jenis bibit padi sawah (Promosi bulan April 2018: Beli 5 pek padi sawah percuma 3 pek):
Padi Sawah Bubut
Padi Sawah Tarab Arab
Padi Sawah Pandasan
 Lepas shopping di bangunan yang bersambung dengan stesen keretapi, kami kembali ke hotel. Kemudian keluar semula pergi tempat yang receptionist recommend kena 20 minit jalan kaki untuk beli barang-barang dapur juga dengan dinner kami. Wah rambang mata tengok pelbagai jenis makanan laut yang dah siap dipotong macam sashimi tinggal kami cari beli kicap Jepun je. Beli kicap walaupun pakai banyak kali tak habis pun, sempat juga bawa balik ke Malaysia hehehe...
 Cara pemasaran tiram mentah di Jepun packing mereka jual untuk membantu pembeli dan pembekal. Dah siap buka dari cangkerang tiram. Dah lama Tukang Kebun fikir ini dapat membantu nelayan-nelayan kita yang tinggal jauh untuk pasaran di bandar.
 Ubi ni dipanggil 'Daigakuimo' - direct translation ubi Universiti hehehe....penuh satu luggage kami borong stok makanan di Kitakami ni. Bila kami balik hotel tersenyum-senyum receptionist tengok banyaknya tangkapan kami. Dahlah keluar beli barang dua kali trip. 20 kilogram beras Jepun kami bawa balik. Yang tempat shopping kedua ni kami beli 2 pek beras 5 kilogram -baka Iwate 'Hitomebore' dan baka Akita 'komachi'. Terpaksa jugalah dearest Hubby angkat 2 beg 5 kilogram beras dengan barang-barang lain lagi jalan kaki balik hotel, mengimbas kembali zaman student. Penuh beg plastik kami genggam bawa balik barang. Malam tu terus Tukang Kebun packing 1 luggage beg besar barang-barang makanan yang nak di bawa balik, bila esok paginya terus dear hubby bawa ke convenient store 7Eleven untuk dikirim ke Narita Airport. Lagi 6 hari nak balik kami simpan di Narita Airport dah 1 beg besar penuh barang-barang makanan sama beras.

 Esoknya kami akan tinggalkan bumi negeri Iwate ni melawat negeri lain pula.

 Ini adalah ringkasan tempat-tempat yang kami berada di negeri Iwate ini yang mengambil masa 2 hari:

Stesen Keretapi JR Ichinoseki (JR Ofunato Line) - (Click Here)
Stesen Keretapi Geibikei - (Click Here)
Geibikei Gorge - (Click Here)
Kuil Kumano - (Click Here)
Pokemon with YOU Train - (Click Here)
Stesen Keretapi Kitakami- (Click Here)
Kitakami Comfort Hotel - (Click Here)
Stesen Keretapi Hiraizumi - (Posting ini)
Kuil Motsuji - (Click Here)
Kompleks Chusonji - (Click Here)
Golden Hall, Konjikido - (Click Here)

2 ulasan:

  1. Rasa lamanya Diana bercuti di Jepun.

    BalasPadam
  2. Salam Bahagia Kak Mala,

    Jalan-jalan Jepun 2017, kami kat sana 12 hari Kak Mala.
    Yang ni baru selesai buat Travelog hari ke-6. Baru setengah perjalanan hehehe...

    BalasPadam