Halaman

Jumaat, 6 April 2018

Kakunodate Spiritual Society

 Pada hari ketujuh Jalan-Jalan Japan kami bertolak melawat ke Negeri Akita pula, lebih utara dari kawasan Kitakami (related posting klik sini). Makin sejuk cuacanya dan lebih banyak salji. Melawat kawasan pekan Kakunodate yang dulunya adalah bandar kaum kerabat Samurai Jepun belah utara ni tinggal. Pekan Kakunodate ini juga dikenali sebagai  Little Kyoto. 
 Konon-konon main belok je buat short cut sendiri. Rasanya kalau tengok peta yang diberikan dari Senboku Tourist Information Center, yang gambar tu kami terlajak sampai ke Kuil Tenneiji. Antara Kuil Tenneiji dan Kuil Ryusenji, ada kawasan perkuburan komuniti orang pekan Kakunodate ni yang banyak keturunan dari Samurai. 
 Memandangkan jalan short cut ni masih banyak salji terkumpul dan licin nak berjalan, maka patah balik ke jalan utama. Sambil anak-anak berhenti dan layan main salji. Macam datang beraya di kampung orang pula.
 Patah balik rasaya di bawah ni kawasan Kuil Shoanji kalau tengok peta agak-agak.
 Sini berhenti ketika, anak-anak nak rasa main di taman permainan kanak-kanak Jepun masa salji banyak pula.
 Anak tempatan pun tiada keluar main, yang pertama kali dapat rasa snow sebegini banyak asyik bermain.  Sampai stokin basah pun tak kisah. Turun gelungsur menolak-nolak salji ke bawah.
 Dah puas main mesti perut rasa kosongkan. Bila jenguk-jenguk kedai makan yang dalam perjalanan nak ke bekas rumah-rumah Samurai dulu tu, kalau kedai yang display cermin set makanan dengan harga nampak fancy mahal lah pula. 
 Kebetulan masa lalu kedai ni ada papan lunch hour today special ditayangkan. Bila Tukang Kebun tengok set menu lunch hari ni dia rasa amat berbaloi. Satu set pun hanya dengan harga 750Japanese Yen. Dear husband dah ke depan, terpaksa laung stop tengok menu tempat makan ni dulu. Keadaan tingkap semua tertutup tu mula-mula tak perasan yang ni sebenarnya kedai makan. Yalah tertutup tingkap dan pintu sebab cuaca yang sejuk di luar.
 Nasib ada rezeki kami. Tuan kedai kata tinggal 3 set sahaja ada boleh disediakan. Kami kata cukup untuk kami berlima. Kami kongsi-kongsi, lagipun kanak-kanak tak dapat habiskan satu set sendiri. Bolehlah panaskan badan dulu dalam kedai dengan minum teh Jepun panas. Yang terkejut tengok tandasnya, kalah hotel ada 2 version tandas macam-macam dihiasi. Satu untuk lelaki macam perhiasan ala samurai, dan satu tandas untuk perempuan penuh hiasan Hello Kitty. Macam boleh tidur dalam tandasnya dengan carpet tebal segala. Sungguhlah bersih tandasnya, kalah bilik tidur.
 Ini adalah set menu lunch pada hari kami lawat Kakunodate. Sebenarnya ada lagi satu mangkuk soba. Tapi Rayyan dah kelaparan sangat dan dia suka Soba, Tukang Kebun bagilah sebab share dengan dia. Tak sempat nak tunggu Mama sibuk ambil gambar. Syukur Alhamdulillah set menu semua boleh makan, kecuali asalnya soba tu bersama daging itik. Jadi kalau yang Muslim boleh juga request tak gabungkan dengan daging itik jadi kuah soba kosang je lah. Sebab area Kakunodate ni salah satu signature dish ingredient dia adalah daging itik. Jadi kalau pergi restoran mana-mana, ada makanan dengan daging itik lah. Tuan Kedai baik hati yang desert semua dia bagi sorang satu, ambil hati anak-anak. 
  Bila nak dekat selesai makan tu, berboraklah dengan Tuan Kedai sambil menunggu bergilir-gilir ke tandas. Dia tanya di Malaysia sukan kanu (canoe) popular tak. Dia kata anaknya yang usia remaja baru balik dari Eropah wakil Jepun sukan kanu. Syukur mereka menang juara. Katanya dia dulu pun wakil Jepun main ski jump. Agaknya nampak muka kami blur je kut...tersenyum bersambung... dulu badan fit tak macam sekarang ni hehehe...tumpang gembira tengok seorang ayah bangga dengan kejayaan anak-anaknya. Tuan Kedai kata sekarang dia bagi training latihan dekat anak-anak di pekan dia tinggal ni untuk mahir dengan sukan kanu. Aktif sungguh tuan kedai walaupun sudah bersara dari dunia sukan. Siap bagi service tapau hot coffee lagi untuk dear hubby bawa sambil jalan.
  Apabila kami lalu depan pekan ni punya community hall, ternampak terpampang banner besar setinggi dua tingkat dekat bangunan tersebut mengucapkan tahniah kepada wira-wira tempatan menjadi juara dalam acara bersukan kanu wakil Jepun mengharumkan negara dan kebanggaan komuniti di sini. Walaupun zaman moden ini, samurai tiada lagi. Tapi semangat keturunan anak-beranak samurai ni masih tinggi dan berkobar-kobar lagi. Mereka aktif pula dalam dunia sukan membantu mengharumkan negara.

   Apabila dapat rezeki berjalan-jalan ke tempat orang ni, banyak motivasi dan inspirasi dari kisah mereka untuk kita pun berjalan ke hadapan dan sentiasa positif. Tukang Kebun pinjam aura dari Tuan Kedai makanan tu untuk mulakan anak-anak ni pun jadi seorang yang aktif bersukan juga. Bulan lepas mula bagi dorongan untuk Ilhan ceburi larian marathon. Adik Ilhan pula si Rayyan dan Abby bagi rasa fun run pula hujung minggu ini. Oleh itu, hujung minggu ni kami cuti tiada buat self-collect ya. InsyaAllah minggu depan punya hujung minggu ada self-collect seperti biasa. 
 Fresh organic goodies yang bakal ada minggu depan ialah:

~ 1 sisir Pisang Kadau Kuning RM5.00 .
~ 2 kilogram ubi kayu RM5.00 .
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 7 biji buah kelapa tua RM10.00 .
~ Tebu RM5.00 .
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 .

Buah Limau Telur Buaya (sudah dipajak booking)
Buah Canistel/Kuning Telur (sudah dipajak booking)

2 ulasan:

  1. seronok tengok gambar-gambar
    cantik sangat tempat-tempat yang dilawati

    BalasPadam
  2. Salam Bahagia Hans Hanis,

    Kagum dengan negara Jepun walaupun bandar mereka begitu moden, tetapi mereka menjaga asset-asset warisan mereka.
    Begitu juga jaga baik alam persekitaran mereka.

    BalasPadam