Halaman

Ahad, 3 Jun 2018

Rail Run Papar 2018 (Tshirt GiveAway)

 Pantas sungguh masa berlalu, tak sangka sudah sebulan setengah Tukang Kebun dah lama tak upload posting terbaru. Pantasnya macam perkembangan anak-anak tak terkejar Tukang Kebun nak uruskan begitu juga kesuntukan masa. Apatah lagi sekarang, pergi Fun Run pun bukannya seperti kebanyakkan parents lain yang kena tunggu heret anak. Tukang Kebun pula yang mengejar anak dan kadangkala ikut mood mereka nak tunggu atau tidak. Rayyan dan Abby yang tunggu Tukang Kebun, kalau tak mereka lari dulu ke hadapan membiarkan Tukang Kebun melihat kelibat bayangan mereka.
 Seperti gambar No. 2 di atas si Abby bertopi merah sudah jalan ke hadapan meninggalkan Tukang Kebun manakala Rayyan lagi sudah jauh ke hadapan pada 29hb April 2018 lalu. Hujung bulan April adalah kali kedua Rayyan dan Abby join Fun Run sejak semangat sertai pertama kali yang 'Seri Mengasih Spectacular Hero Run' (klik sini). Rayyan pada masa itu kata next dia nak challenge diri dia lari lebih jauh 4 km. Asalnya bila Tukang Kebun check Rail Run Papar 2018 ni jarak fun run 4km. Tetapi akhirnya ada perubahan 5km. Syukur Alhamdulillah laju ja si Rayyan dan Abby untuk sebaya mereka habiskan 5km.
 Kali ini di Rail Run Papar 2018, Ilhan dan papa lari yang jarak 13km. Manakala kononnya Tukang Kebun lari sama-sama dengan Rayyan dan Abby fun run 5km. Akhirnya setengah perjalanan jadi kes mak kejar anak-anak yang dah jauh ke hadapan mencari anaknya. Maknya kena push diri lari cepat sikit cari anak dah tak nampak bayang.
 Siapa sangka cepat sahaja Abby sekarang ni berkembang boleh berdikari lari sendiri habiskan 5km dalam usia 5 tahun. Walhal hujung tahun lepas bila pertama kalinya Abby ke Jepun kena banyak berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat dalam satu hari, puas Papa kena pujuk suruh berjalan sendiri bila Abby sudah penat (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah bulan Ramadhan ini, Abby masih lagi puasa penuh. Begitu juga Rayyan dan Ilhan, susahlah nak skip bila adik perempuan tak ada masalah langsung nak berpuasa. Takde jugalah kami yang suruh Abby puasa. Abby sendiri yang nak puasa, walaupun banyak kali sudah dipesan kalau Abby tak larat buka sajalah puasa. Sehinggakan hari kedua cikgu taska dan daycare Abby kasi confirm dengan mama tanya betul ke Abby berpuasa. Tukang Kebun pesan Abby sendiri nak puasa tapi kalau Abby tak larat takpe biarkan sahaja berbuka sebab kawan-kawan lain ramai tak puasa pun dalam usia taska ni. Tanya cikgu sehingga sekarang memang Abby tak serta makan dengan kawan-kawan. Syukur Alhamdulillah dalam setengah tahun ni banyak milestone achievement Abby. Perangai tak kuat mengalah tu dengan abang-abang Abby hehehe...
 Seronok juga merasa lari atas landasan keretapi ni hehehe.....memandangkan Tukang Kebun pun baru nak mula aktif berlari semula selepas bergelar seorang ibu kira 5km lebih kurang sejam lah nak habiskan. Ini pun first fun run Tukang Kebun hahaha...
 Bagi chance Papa dan Ilhan berlari sama-sama kali ini. Kali ni Papa tak perlu babysit Mama jadi boleh lari nonstop latihan untuk PJ Half Marathon nanti. Gaya lama tak lari jauh kali ni Papa pula sakit kaki, Mama tak sakit kaki kali ni.
 Seronoklah anak-anak dapat kumpul finisher medal bagi suntingan semangat untuk sertai acara larian lagi. Cuma kali ini Tukang Kebun lambat register jadi Tshirt tinggal saiz Small sahaja lagi yang hanya Ilhan dan Rayyan sahaja muat pakai. Kami ada dua Tshirt extra baru belum pakai lagi. Jika ada sesiapa yang ada anak dalam lingkungan usia 9-12 tahun InsyaAllah muat. Jika ada gardeners buat pesanan atau self-collect nak juga Tshirt Rail Run Papar 2018 inform ya selagi ada boleh kami selitkan.
Course Rail Run Papar 2018 jika ada yang berminat nak sertai tahun depan boleh agak-agak. Organizer bagus agak teratur acara dan banyak stesen minuman. Jadi tak perlu bawa air sendiri pun tak pe. Walaupun ada juga Tukang Kebun bawa air just in case anak-anak tiba-tiba dahaga sebab ada event kekadang tak banyak stesen air atau tak cukup airnya. Sebab pertama kali join yang organizer ni jadi tak pasti macammana kecekapannya. 

Self-Collect terakhir untuk bulan Jun ini adalah hujung minggu depan ya pada sebelah pagi 9hb/10hb Jun 2018 jam 9 pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Terima kasih banyak-banyak kepada Puan Z selalu memberi suntingan semangat dan dorongan. Sentiasa seronok mendapat khabar berita melalui email dari beliau mengenai perkembangan taman Puan Z yang dari Kebun Bahagia Bersama. Terima kasih atas perkenalan dan tidak jemu sejak tahun 2016 lagi. Sangat gembira dan terharu mendapat kad Salam Ramadhan dari Puan Z bergambar bunga kemboja Bali Fragrant Merah yang akhirnya kembang bahagia di taman Puan Z. Salam Ramadhan kepada Puan Z dan rakan-rakan gardeners lain serta pembaca-pembaca Blog Kebun Bahagia Bersama.
P.S.: Terbuka hati nak mengarang posting setelah menerima email dari Puan Z.

1 cutting Frangipani Fragrant Bali Blushing Red RM15.00 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan