Halaman

Selasa, 17 Julai 2018

AdventureLand and TomorrowLand Tokyo DisneyLand

 Hari ke-9 melancong ke Jepun tahun lepas kami bawa anak-anak seharian bermain di Tokyo Disneyland (24hb November 2017). Sebelum sebulan countdown hari Natal, sudah banyak perhiasan Xmas di dalam kawasan Disney seperti banyak pusat membeli belah utama lain-lain di Jepun. Lebih meriah sambutan perhiasan Xmas di Jepun berbanding di Malaysia. Walaupun penganut beragama Christian di kalangan orang Jepun tidak seramai seperti di Malaysia. Di Jepun Hari Natal tak cuti am.
 Anak-anak pada awalnya nampak terpinga-pinga macam berada di alam yang lain penuh dengan character Disney. Walaupun kami tiba agak lambat di sebelah pagi masih ramai pengunjung juga yang baru sampai seperti kami membawa anak-anak kecil. Keretapi Disney juga sudah mood Xmas dengan tempat pemegang tangan untuk penumpang yang berdiri juga telah dibalut dengan topi Santa versi  Mickey. 
 Terlalu ramai pengunjung nak ambil gambar nampak pemandangan hiasan hari natal juga tak mudah banyak background kena lindung dengan pelancong-pelancong juga.  Sempat lah dapat Abby rasmi red coat tangkapan di Nippori Textile Town (related posting klik sini), sama tema warna Xmas. Beli baju sejuk anak-anak di Nippori Textile Town jauh lebih jimat dari di Malaysia. Abby punya Red coat dalam sekitar RM70. 
 Tempat pertama yang disinggahi untuk naik attraction ialah Star War tours. Sebab anak-anak laki lebih ramai jadi attraction yang pergi tak girlish sangat hehehe....
Excited sungguh anak-anak ni walaupun berjam-jam beratur. Nasihat Tukang Kebun walaupun ada jual makanan dalam Disney lebih baik bawa juga bekalan makanan banyak. Sebab nak beratur beli makanan pun panjang sangat dalam Disneyland ni masa pengunjung ramai.
Mengejar masa nak naik ride attraction, tak de masa nak jenguk goodies booth pada sebelah siang. Zone Tokyo Disneyland yang banyak kami habiskan masa kali ini adalah di Tomorrowland yang ada Star Tour: The Adventure Continue, Monster, Inc. Ride and Go Seek, dan Space Mountain yang mana citarasa lebih ke arah abang-abang Abby. 

Monster Inc. ride attraction pun mau dua jam beratur menunggu. Semua pengunjung beratur dengan berhemah nak ambil giliran dengan kereta merah ini. 
 Tak sah ke Disneyland kalau tak ambil gambar depan istana Disneyland ni. 
 Sementara papa pergi ronda cari Fast pass ticket booth yang masih available, kami beratur dulu di Haunted Mansion. Dapat jugalah papa dapatkan fast pass ticket booth untuk naik Space Moutain yang masanya sebelah malam nanti.
 Kebetulan masa berdiri menunggu giliran di luar ada parade lalu.
 Nasib baiklah semasa menunggu giliran di luar haunted mansion ni ada hiasan yang menarik hati gardener in heart.
 Kebetulan masa Tukang Kebun perhatikan pokok bunga mawar di kebun mini Haunted mansion ini ianya dalam proses pembentukan benih yang tersimpan dalam kantung benih gemuk-gemuk tengok.
 Di sini kami selitkan iklan untuk maklumkan yang pokok mawar merah separa memanjat sudah ada dalam stok kami kembali yang telah dibiakkan pada minggu pilihanraya lalu.

Info lanjut pokok mawar merah separa memanjat (klik sini). 

~ 1 pot mawar merah separa memanjat RM8.00 ~
 Kali kedua Tukang Kebun ke Tokyo Disneyland ni baru dapat merasa naik Mark Twain Riverboat. Masa pertama kali ke sini dating dengan kekasih lama (now papa Abby). Masa tu pengunjung tak ramai jadi jadual naik bot ni tak banyak dalam sehari.
 Memandangkan terlalu ramai pengunjung pada hari tersebut, maka tak berhenti berehatlah sangat bot ni bawa penumpang.
 Tidak kira umur bila ke Disneyland ni always young at heart. Ramai warga emas melayan cucu dan ambil minat dengan apa cucu minat, join in sekali. Family bonding.
Di waktu nak dekat senja kami sekeluarga menghabiskan masa di zone Adventureland pula. Sambil tunggu show time The Enchanted Tiki Room: Stitch present Aloha E Kamo Mai!, sempat kami duduk berehat sambil makan bekalan riceball (onigiri).
 Kemudian sambil tengok dari jauh acara fireworks di istana Disneyland, kami tunggu giliran naik Western River Railroad.
 Sikit lagi tak perasan yang Pirates of Caribbean macam ala-ala kedai ini sebenarnya dalamnya ada ride attraction menarik juga sesuai untuk seisi keluarga yang ada anak-anak kecil. Mula-mula ingat kedai souvenir sebab berdekatan ada restaurant. 
  Ketiga-tiga yang disebut antara attraction dalam Adventureland ni pun bagi Tukang Kebun kali pertama enjoy juga. Lebih-lebih lagi masa zaman pergi dating dengan papa Abby di sini belum lagi ada attraction Pirates of Carribean dan Stitch tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan