No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 14 Julai 2018

Nippori Textile Town

 Setelah menyusuri kawasan Yanaka Ginza (related posting klik sini), dearest hubby nak jenguk dulu Station Keretapi Nippori untuk semak jadual keretapi dan beli tiket keretapi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita siap-siap untuk balik nanti. Supaya budget kewangan untuk tiket keretapi hari terakhir kami di Jepun pada tahun 2017 tidak terganggu. Bila dah semak perjalanan jalan kaki dari apartment homestay ke stesen keretapi Nippori dalam 15minit sahaja (related posting klik sini), hati rasa lega sebab senang nak urus anak-anak nanti dah agak-agak rancangannya bagaimana. Tidaklah jauh dari tempat penginapan dan jalannya mudah dengan bagasi bersama anak-anak. Di depan Stesen Keretapi Nippori ini ada tugu patung pahlawan pemanah naik kuda atau dikenali sebagai "Ota Dokan Statue".
 Walaupun Nippori Station ini bukan station keretapi yang amat sibuk berbanding dengan stesen-stesen keretapi lain di Tokyo tetapi terdapat banyak juga tempat-tempat menarik di sini. Salah satu tempat yang menarik untuk mereka yang pandai-pandai jahit baju ialah tempat ini juga dikenali sebagai 'Nippori Textile Town' ataupun "Nippori Fabric Town". Bukan sahaja baju malah accessory yang berkaitan dengan hiasan baju. Memang syurga bagi mereka yang suka menjahit. 
Dari Nippori Station boleh juga jalan kaki ke arah Ueno dengan melalui jalan yang dikenali dengan orang tempatan sebagai "Momiji Zaka".
 Makanan halal juga tak sukar nak jumpa berdekatan Nippori Stesen yang ala-ala Mediterannean atau bertemakan Curry. Jika singgah pada waktu lunch banyak juga pilihan dengan harga 800 Japanese yen. Lebih kurang je kalau makan di restoran Jepun harganya di Malaysia.
 Nak lebih budget banyak je kedai-kedai makanan Jepun yang lebih murah berdekatan di kawasan ini seperti mee Udon atau Soba.
 Mula-mula Tukang Kebun ingat bila fikir textile atau fabric tempat jual kain-kain yang belum dijahit macam di Malaysia. Rupa-rupanya kedai baju yang dah siap berjahit pun banyak. Culture shock sekejap sebab harga-harga bajunya ada yang lebih amat murah berbanding dengan jika dibeli di Malaysia. Di tingkat kedua kedai baju di atas ni ada jual banyak koleksi baju undergarment yang amat murah sekali. Quality pun amat bagus. Sebab pengalaman beli undergarment di Jepun ni tahan lama, lebih-lebih lagi kalau orang malas kekadang masuk je dalam washing machine. Memang tahan lasak undergarment beli di Jepun dan tidak mudah lusuh. Begitu juga tak mudah longgar jenis getahnya. Memandangkan Tukang Kebun adik beradik ramai perempuan, beli undergarment dari Jepun pun beberapa helai kasi hadiah mereka dah happy. Dah cantik-cantik dan S?X? syok sendiri. Ada lah sejam lebih je kat sini.
 Lepas dikerah keluar nanti baru satu tempat tak sempat tengok tempat lain. Kemudian jumpa pula cawangan kedai Edwin. Bolehlah Tukang Kebun belanja seluar jeans untuk Papa the Birthday Boy of the day.
Belek-belek seluar jeans Edwin yang tengah sale tengok label ditulis second grade quality kalau di Jepun ni. Tapi bila pegang-pegang quality kain jeans dia jauh lebih baik dari yang dijual di Malaysia. Orang Jepun ni kalau bab kualiti memang diorang jaga. Ini baru second grade, kalau first grade?
Kemudian ada juga tali pinggang kulit sedang sale. Kebetulan style seluar jeans yang papa nak beli ada pula sama dengan boys yang saiz Ilhan. Bolehlah beli untuk Ilhan juga. Memandangkan walaupun Ilhan ni cepat je meninggi, ada si Rayyan yang juga boleh pakai kemudian nampak gaya vintage.
 Sementara tunggu Tukang Jahit di kedai Edwin ni kasi ngam dengan saiz papa Ilhan, maka kami bergeraklah ke kedai lain. Tukang Kebun perhati ramai betul family dengan anak-anak kecil datang ke kedai ni jadi terfikirlah mesti kedai ni harga berpatutan dan digemari ramai. 
 Memang pun terus Tukang Kebun jatuh cinta juga dengan kedai ni. Semua barang untuk anak-anak mengikut musim lengkap dan harga berpatutan. Quality barangannya juga bagus. Yang lagi best harga juga ada yang lebih murah dari harga baju kanak-kanak di Malaysia kalau kita tengok dari segi design dan kualiti kain.
 Kalau kat Malaysia kan baju kanak-kanak yang elok harganya lagi mahal dari nak beli baju orang dewasa. Terkejut tengok baju-baju dalam kedai ni rasa lebih murah beli di Jepun dari di Malaysia dan puas hati. Nasib baiklah bajunya dah kebanyakkan untuk musim sejuk. Kalau datang musim panas memang berbakul-bakul stok baju anak dibeli.
 Lain kali kalau ada rezeki datang Tokyo memang nak pergi sini lagi. Ini pun cuma 3 kedai baju sahaja kami singgah memandangkan papa Abby tak berapa sihat dan dah mula nak senja kami balik ke apartment homestay semula. Belum lagi kami jejak ke kedai baju-baju lain. 
 Nasib baik lah dah beli tiket keretapi dahulu sebelum ke Nippori Textile Town, kalau tak lari lagi budget belanja. Bila dikira-kira duit yang belanja shopping baju dengan bilangan tangkap memang jauh lebih murah berbanding jika budget yang sama digunakan shopping di Malaysia. Sibuk shopping sambil ambil video sahaja untuk bagi gambaran.
 Inilah pemandangan Nippori Station pada waktu senja dengan menara Tokyo Skytree boleh kelihatan di background. Di Nippori Station kita boleh naik keretapi express yang direct ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita iaitu 'Narita Airport Skyliner' dengan Keisei Line. 
Jika awal sikit kami bergerak mungkin sempat tengok matahari terbenam dari tangga masuk Yanaka Ginza ini. Tangga ini juga dikenali sebagai 'Yuyake Dandan' atau Sunset Steps. Sebab tu lebih meriah nampak bayang orang ramai di sebelah petang berbanding dari pagi.
 Sambil nak balik ke apartment homestay, kami mencari makanan untuk makan malam. Hari ini sahaja lah yang kami langsung tidak menggunakan perkhidmatan keretapi. Cuma jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Tambahan pula bila dah awal travelling melawat kawasan yang cuacanya lebih dingin, bila balik Tokyo semua rasa dah tak sejuk sebab dah kena penangan yang lebih sejuk.
 Kebetulan pula hari ini nama panggilan pokok ini pun sejenis textile iaitu Cashmere Boutique. Pokok bunga ini mudah dibela dan amat pantas sekali membiak. Bila pokok Cashmere Boutique yang pernah menghasilkan jambang bunga pink, musim berbunga seterusnya kekadang ianya menghasilkan lebih banyak jambang bunga yang membuatkan tukang kebunnya tersenyum melihatnya. Pokok ini pandai menyesuaikan diri di kawasan yang kurang penerimaan cahaya matahari. Terkejut Tukang Kebun tengok pokok Cashemere Boutique yang Big Boss bawa ke Kota Kinabalu berbunga dengan ketinggian lebih 8 kaki sebab berebut cahaya matahari dengan pokok-pokok lain. Sebab yang di Kebun Sungai Buloh sini pokok-pokoknya tak tinggi, selalu tak lebih 3 kaki. Clever Cashmere Boutique.

Info lanjut pokok Cashmere Boutique (Klik Sini).

~ 1 bekas pokok Cashmere Boutique RM8.00~

Tiada ulasan: