Halaman

Khamis, 19 Julai 2018

Tokyo Disneyland Electrical Parade

 Pada waktu malam hujung bulan November berdekatan kawasan Tokyo Disneyland (related posting klik sini) dah terasa perbezaan suhu dengan siang. Setelah seharian berjalan, berdiri dan beratur umur yang sudah sekian meningkat ini makin rasa sakit pinggang dan kakinya. Terutama sejuk tu dah mula mudah terasa menusuk di tulang ni.
 Kelihatan ramai sudah berkumpul di kawasan depan masuk utama Tokyo Disneyland yang banyak hiasan lampu. Bila semak jadual rupanya tak lama lagi ada acara Tokyo Disneyland Electrical Parade.
 Sementara tunggu masa boleh pakai fast pass ticket untuk attraction ride Space Mountain di Tomorrowland, kami ambil kesempatan cari tempat yang sesuai sambil berehat untuk lihat perhiasan kereta dengan character Disney ini.
 Dapat juga tempat yang betul-betul menghadap pintu utama Tokyo Disneyland memudahkan ambil-ambil gambar.
Masa zaman muda dulu berdating dengan papa Abby tak minat nak tunggu tengok parade, biasa berkejaran masa sedaya upaya nak habiskan naik semua attraction ride kalau boleh. Lagipun masa parade biasanya nak beratur tu makin singkat sebab ramai pergi tengok parade atau show yang lain.
 Sekarang ini zaman dah bersama dengan anak-anak masih peringkat kecil, masa inilah parents dapat ambil nafas sekejap. Pace sudah kena ikut anak-anak, relax takde rushing.
 Jika ada ramai anak perempuan masa perbarisan parade yang Disney princess sudah mula, makin seronoklah mereka kan. Kalau anak lelaki takde respond sangat. Cuma teruja tengok gimmick apa yang ada. 
 Hehehe...pembaca-pembaca pun main teka-teki lah ya dalam gambar-gambar ini Disney movie characters apa. Semua kenal tak?
 Ini Disney Princess character zaman Tukang Kebun kanak-kanak ini.
 Yang ni Disney character zaman anak-anak sendiri dah pula hehehe...
 Bila dah malam baru surut sikit barisan nak beli popcorn di gerai-gerai luar pula. Setiap zone ada special character popcorn bucket dia. Nak belikan sorang satu mahal sangatlah pula kalau dalam duit kita ini. Jadi yang ini Ilhan lah yan pilih.
 Tukang Kebun minat yang type Star Wars R2-D2. Tapi biasalah ikut zaman anak-anak, pilihan yang disukai ialah BB-8. Bawa balik Malaysia bolehlah jadikan simpan mainan-mainan halus si Ilhan ni. Bahan buatan bekas popcorn BB-8 ini jenis tahan lasak jugalah. Cuma nak packing masuk bagasi tu ambil ruang sebab bulat macam bola.
 Lepas persembahan parade selesai dalam sejam kemudian ada persembahan illumination pada istana utama dalam kawasan Disney ini. Yang sempat Tukang Kebun dapat tangkap nampak jelas sikit ialah masa character Frozen yang si Olaf. Masa ini kami dah mula beredar nak keluar dari Disney, khuatir takut terlalu sesak kalau tunggu sampai penutup betul-betul.
 Gambar kenangan anak-anak dengan masing-masing satu souvenir dari trip pertama kali ke Tokyo Disneyland. Anak-anak tak de minta apa-apa pun, cuma maknya rasa tak sampai hati pula. Bolehlah Abby pakai cekak untuk Christmas Party di kindergarten dia kemudian.
 Jika pergi Tokyo Disneyland tak perlu naik pun shuttle keretapi Disney, boleh sahaja berjalan kaki ke stesen Maihama untuk kembali semula ke Tokyo atau destinasi lain. Jimat sikit belanja. Kalau dari DisneySea barulah berbaloi.
 Terima kasih banyak-banyak kepada Sis Z dari Kota Kuala Muda, Kedah mengirimkan kami kad raya. Baru dapat berkongsi di sini. Terhibur hati Tukang Kebun melihat pokok-pokok yellow walking iris yang asalnya dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama dah tumbuh subur dan banyak mekaran bunganya. Tumpang gembira.

More info on yellow walking iris (CliCk Here).

~ 1 pot of yellow walking iris plants RM9.00 ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan