Minggu Syawal kedua berkesempatan juga sertai Fun Run di pantai berdekatan Nexus Resort & Spa Karambunai Sabah. Dari bulan April lagi register masa harga early bird. Kawan mengajak serta dan kali ini cuma Tukang Kebun dan Ilhan je yang join. Yang menjadi tarikan Tukang Kebun ialah ada harga istimewa peserta larian untuk menginap di resort ini dan 50% voucher untuk spa di resort ini. Ambil lah tawaran penginapan satu malam check in pada hari acara kejadian. Masih dapat peluang juga kesempatan voucher harga tawaran istimewa jika nak menginap dalam bulan September 2018 ini.
Kebetulan musim demam bola sepak world cup adalah disediakan untuk yang nak berlatih seperti pemain bola kegemaran mereka. Kali ini Ilhan yang banyak layan bola sepak di kaca televisyen. Musim lepas Ilhan sokong Mexico dan Uruguay, Rayyan sokong France dan Belgium, Abby sokong Iceland dan Croatia (mama bagi seorang pilih 2 team je). Ada juga bowling besar untuk siapa yang berminat, begitu juga permainan catur atas rumput.
Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik disediakan juga untuk anak-anak kecil yang tidak turut serta berlari seperti Abby dan Rayyan. Tukang Kebun pun agak terkejut yang Nexus resort and Spa Karambunai management memang acara charity run dia sangat friendly untuk kanak-kanak very well organized. Terdapat juga tempat santai-santai. Ada rasa nak join lagi sekali tahun depan.
Peserta yang berlari 12km warming up dulu yang instructornya adalah dari gym resort ini juga si Billy. Banyak juga facilities bersukan selain gym macam squash dan pingpong. Tak sempat nak main pingpong dengan anak-anak lagi sebab mereka pun tak puas berendam.
Peserta larian 12km mula dulu setengah jam awal. Kami cuma sertai yang 6km sahaja berlari fun run sepanjang pantai berpasir ini sambil menikmati matahari terbenam. Pertama kali berlari atas pantai berpasir. Jika bersenam sepanjang Teluk Likas atas track bukan atas pasir.
Sementara Tukang Kebun sihatkan diri, kanak-kanak riang mandi dalam kolam renang sambil papa babysit. Ilhan awal-awal nak cepat sampai nak mandi kolam renang juga. Tukang kebun pun dah tak ingat bila kali terakhir kanak-kanak riang ni mandi kolam renang. Macam tahun ini tak de kut. Kali terakhir mandi laut agaknya. Tahun ini berhajat nak masukkan mereka kelas berenang, belum lagi diaturkan.
Kononnya nak tengok game Uruguay lawan Portugal tak larat pejam celik mata. Yang banyaknya tidur memandangkan cuaca pun selepas pukul 7 malam hujan lebat sedap tidur dengan badan yang dah kepenatan. Keesokkan paginya selepas sarapan dalam pukul 10pagi Tukang Kebun pula pergi spa. Sejak bersalinkan Rayyan tak pernah pula manjakan diri di spa. Papa Abby layan kanak-kanak di kolam renang lagi.
Di kawasan Nexus Resort dan Spa Karambunai ini banyak fauna, selain dari Homo Sapien dalam kumpulan mamalia, long tailed macaque banyak juga tu. Jadi jangan lupa tutup tingkap kalau tiada dalam bilik. Tukang Kebun tengok monyet-monyet tu skodeng dalam bilik orang.
Dekat kawasan resort ini pun banyak features dia berbentuk taman-taman air. Oleh itu nampak ketara lebih-lebih awal pagi banyak biawak tersadai tepi kolam.
Tukang Kebun geram betullah tengok tanaman-tanaman air dia pelbagai jenis. Yang dekat belah tempat padang golf sana jenis pokok lotus bunga besar-besar. Manakala gambar di atas pula jenis waterlily pun banyak bunganya. Selain itu terdapat juga tanaman-tanaman air yang lain. Memang gardeners akan geram tengok pokok-pokok di taman-taman dalam kawasan Nexus Resort and Spa Karambunai ini. Tak puas betul tidur semalam. Nak kena rajin tengok harga-harga promosi penginapan. Masih ada peluang sebenarnya kupon penginapan promosi untuk semalam dalam bulan September 2018 adalah RM288 with complementary breakfast bagi peserta larian amal Nexus 2018.
Duduk dalam resort begini kalau ada pokok bunga yang haruman kuat macam bunga Mayang Sari pun rasa rileks. Boleh buat spot relaxation untuk santai di luar malam dalam laman rumah dengan tambahan koleksi pokok mayang sari yang ada stok semula. Batch mayang sari kali ini papa Abby yang propagate beberapa bulan lalu. Pokok mayang sari juga boleh dibela dalam pasu.
More info on Mayang Sari (Click Here).
~ 1 pot pokok Mayang Sari RM10.00 ~
Berlari atas pasir susah sikit kan. Kaki asyik nak terbenam : )
BalasPadamCantik tempat ini.
Salam Bahagia Aunty meintheswim,
BalasPadamHehehe.... ya tengok jenis pasir juga.
Tapi seronok sambil nikmati pemandangan and feeling the sea breeze.
Hilang stress ke laut....hehehe...