Halaman

Ahad, 29 Julai 2018

Martial League Run

 Syukur Alhamdulillah bulan Syawal lepas Ilhan dan Tukang Kebun berkesempatan sertai 2 acara fun run (related posting klik sini). Awal bulan Julai lepas baru-baru ini, Kami sekeluarga sertai acara Martial League Run 2.0 yang diadakan di Tanjung Aru Perdana Park. Sesiapa nak lari pakai baju martial arts uniform pun boleh.
 Pertama kali kami tahu ada tempat Tanjung Aru Perdana Park ini yang dekat pantai Tanjung Aru. Tempat parking kereta sekali masuk hanya RM1.00 . Rupa-rupanya lepas 7 malam sehingga 9 malam setiap setengah jam ada musical fountain rupa-rupanya. Di dalam kawasan ini juga ada trek jogging, kedai makanan dan tempat permainan kanak-kanak. Sangat sesuai dijadikan tempat rekreasi sekeluarga, lain kali bolehlah bawa anak-anak tukar angin bermain di sini.
 Ilhan dan papa masuk acara larian 8km. Kali ini Tukang kebun babysit Rayyan dan Abby untuk acara larian fun run 4km. Lebih ramai masuk acara 8km. Kali ini adalah untuk pengalaman pertama Rayyan dan Abby berlari atas pantai berpasir.
 Mulalah bila awal-awal berlari di pantai jadi bermain-main distraction dengan main pasir. Biasalah the little one usually very curious. Ada tempat-tempat yang macam dah sungai kecil kena lah mama angkut Abby lompat supaya kasutnya tak habis basah. Cantik juga pemandangan di awal pagi berlari di pantai Tanjung Aru, boleh nampak kapal terbang dengan lebih dekat naik dan mendarat di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) yang memang bersebelahan dengan persisiran pantai. Tukang Kebun rasa salah satu pemandangan indah dinikmati dari atas dekat dengan Lapangan Terbang ialah bagi KKIA. Salah satu pemandangan yang Rayyan juga enjoy macam Mama bila sedang naik ke awan atau dah nak dekat mendarat di Kota Kinabalu.
 Mama kali ini malas nak bawa air, water station pertama adalah pada point dalam 3km. Mulalah muka nak menangis Abby ni alasan tiada air. Mama tak layan lari ke hadapan dulu kemudian dah jarak 50 meter dengan Abby berhenti intai untuk Abby datang catch up semula sambil berjalan. Akhirnya kali ini Abby dan Rayyan pula kejar mama, not the other way around macam acara-acara sebelumnya. Abby sudah terkantoi rupa-rupanya masa Quodtro Run Chapter One : Sensation of Colors (klik sini), Abby dapat catch up semula dengan mama sebab Papa dukung atas bahu rupanya. Mama dah agak-agak dah sebab nampak ada beberapa budak pun papanya dukung atas bahu. Jadi terdetik jugalah bila nampak begitu, takkan Abby tak minta manja dengan papa juga kena dukung. Seperti biasa papa Abby cairlah dengan princess papa. Konon-konon rahsia berdua.
 Tak pelah berjaya juga kami bertiga sampai sebelum sejam di garis penamat. Papa dan Ilhan yang lari 8km pun dah lama sampai menunggu kami. 
 Sementara tunggu acara-acara seperti martial arts demostration dan cabutan bertuah, sejuk-sejukkan badan dulu di tepi kolam.
 Pertama kali jugalah kami menunggu sehingga acara semua tamat sebab nak tengok ada nasib atau tidak dengan cabutan bertuah. Syukur Alhamdulillah dapat jugalah kami bawa balik 3 hamper. Banyaklah stok biskut nak cicah dengan air milo. Takdelah anak-anak bertiga ni berebut, angkatlah satu masingg-masing.
 Ini gambar sehari sebelum hari kejadian, ambil race pack untuk jersey dan bib selepas bertandang ke rumah terbuka raya kawan. Ada juga open registration promosi untuk acara-acara sukan larian yang bakal akan datang. Sebagai contoh, ada running events di tempat yang sama pada awal December 2018 bertemakan Humanity Heroes dengan jersey larian untuk lelaki warna biru superman dan wanita jersey merah Wonder Women.
 Berlari-lari dengan tepi pantai ni, terkejut nampak dalam celah semak ada pokok crinum kegemaran Tukang Kebun ini (related posting klik sini). Di Sabah memang jenis crinum ini antara kegemaran pokok hiasan kerana amat mudah dibela. Di Tugu Peringatan Mat Salleh (related posting klik sini) di Tambunan juga ada. Maknanya pokok jenis crinum ini sesuai ditanam di mana-mana dalam kawasan tropika, taman tepi laut juga boleh hidup bahagia. Pokok bunga crinum ini suka pendedahan cahaya matahari yang banyak.

~ 1 bulb pokok bunga crinum RM15 ~
  Jika yang ada berminat untuk sertai acara larian di Tanjung Aru pada cuti sekolah bulan Ogos depan, masih terbuka pendaftaran untuk acara larian 10km hingga hujung bulan Julai ini.
Event Link (Click Here)

3 ulasan:

  1. Seronoknya Diana dapat masuk larian satu famili. Bagus aktiviti begini.

    BalasPadam
  2. salam kak. lama sungguh tak datang sini menjengah. padahal dahulu blog ni antara fav saya yg terpaling. terapi jiwa gitu. tapi sejak ada baby (dah 15bulan pon usia my ameera), blog sendiri pon tak terjengah �� kali ini menjengah kembali. abby sudah tinggi dan manis sekali.

    pokok jambu pink yg sy beli dari kak diana sudah selamat ditebang ayah sebab katanya tak berbuah dah 2-3 tahun. ya tuhannn nak nangis rasanya masa tu. sbb masa tanam sy masih bujang. bila dah kawen ikut suami, pokoknya kekal kat situ. mak sy pon kata ayah awk tebang sebab dia rimas takde buah. kami kata kat ayah “sabarlah sikit lagi mana tau sebulan kemudian dia berbuah ke..” ���� apa pon i love ayah sebab dia suka berkebun ��

    panjangnya komen. i miss blogging kak. wish i had more time n manage it like you but inshaAllah your blog ni will not forgotten sampai bila2 ❤️

    BalasPadam
  3. Salam Bahagia Kak Mala,

    Sementara anak-anak sedang usia begini ambil kesempatan untuk mereka jadi yang biasa bersukan Kak Mala.
    Tak mau cuma fokus akademik sahaja.
    Supaya ada tanam sifat suka bersukan.

    Salam Bahagia Alis,

    Wah dah ada baby girl rupanya.
    Tahniah sudah bergelar seorang ibu.
    Memang cepat sahaja masa berlalu kan lebih-lebih lagi bila tanggungjawab makin bertambah.
    Abby pun tahun depan dah masuk darjah 1.
    Kak pun tenggalam timbul juga dengan nak manage blog ni.
    Buat mana yang terdaya sahaja dulu.
    Juga tak seaktif menulis blog macam dulu. Sebab ada banyak benda lain yang writing skill juga diperlukan nak luangkan masanya fikir.
    Tetapi blog ni membantu juga menghilangkan stress macam kerja dan lain-lain sebab kita boleh lari dari reality kejap.

    Pokok jambu pink tu walaupun telah ditebang ada kemungkinan naik tunas-tunas baru tu dear.
    Cuba tengok-tengok.

    BalasPadam