Halaman

Khamis, 12 Julai 2018

Yanaka Ginza Antara Stesen Nishi Nippori dan Nippori

 Antara kawasan yang mendapat perhatian sebagai tempat pelancongan di Jepun adalah kawasan yang dikenali sebagai Yanaka Ginza untuk melihat suasana normal kehidupan harian kekeluargaan di bandar Tokyo yang padat ini. Cuma kekadang kelihatan pelancong-pelancong tersilap susun aktiviti mereka datang terlalu awal di kawasan ini untuk melancong. Waktu yang sesuai untuk datang melawat kawasan Yanaka Ginza ini nampak meriah lepas pukul 11 pagi dan senja. Sebab kedai kebanyakkannya buka pukul 10 pagi lebih-lebih lagi kedai makanan. Anak-anak hairan kenapa ramai betul orang beratur tunggu giliran masuk kedai makan. Kalau kedai yang terkenal dengan review makanan yang sedap, dari buka kedai dah ramai pelanggan menunggu beratur panjang.
 Kebetulan pula homestay yang disewa berada dalam kawasan Yanaka Ginza tanpa disedari sebelum selidik secara terperinci (related klik sini). Sebab utama pilih homestay di kawasan ini adalah kerana mudah nak ambil keretapi express direct ke lapangan terbang Narita bila nak kembali ke tanahair. Seronok juga tengok hasil laut yang dijual di depan kedai sebagai bahan masakan, cuma kekangan masa tak dapat main masak-masak sangat di homestay. Lagipun kawasan ni mudah untuk mendapatkan pelbagai jenis lauk yang sudah dimasakkan.

 Semasa kami lunch di cafe di Kakunodate (related posting klik sini), pemilik cafe ada juga syorkan kepada kami untuk melawat Yanaka Ginza katanya sesuai untuk dibawa dengan anak-anak sambil mereka perhatikan suasana kehidupan di Tokyo macammana. Di depan pintu gerbang tengah-tengah pertembungan kawasan Yanaka Ginza ni ada kedai murah berkhemah merah di bawah ini jual pelbagai jenis lauk yang kami tapau untuk makan malam masa perjalanan balik ke homestay. Boleh juga beli bungkus nasi kosong ada dibagi servis percuma sebiji telur rebus lagi. Oh ya dekat gerbang ni berhadapan dengan drug store juga ni teringat sedang tunggu papa Rayyan beli ubat sebab dia tak berapa sihat pula pagi tu.
 Yanaka Ginza ini juga dikenali dengan pekan peminat kucing. Dulu-dulu kononnya kawasan ini banyak kucing. Cuma masa Tukang Kebun pergi seekor pun takde. Yang banyak patung dan goodies kucing. Khusyuk betul Papa Abby tengok banner ada banyak kucing ini, rupanya menghafal nama-nama kucing katanya senang nak bagi nama kucing nanti. Bulan Ramadhan masa cuti lama dari rumah ada kucing si Masjid bersalin dalam bilik, lepas tu kasi sorok anaknya. Dah boleh jalan-jalan sendiri dah anaknya tapi jadi kucing liar dengan manusia. Cepat je lari dari orang, lantas namanya papa Abby kasi nama 'Fast' dekat dengan bunyi abangnya yang bernama 'Tas' lahir lain bapa.
 Jika dalam tengahari masih kira tak sesak lagi la lorong Yanaka Ginza ni, tunggu dah petang sikit lagi sesak dengan orang. Bukan dengan pelancong luar negara, orang tempatan juga ramai.
 Ada juga kedai yang dihiasi dengan tumbuhan hidup nampak menarik sekali.
 Nampak mana makanan yang boleh dimakan teringin juga mencuba. Disebabkan pekan kecil Yanaka Ginza ini dah maskotnya kucing maka banyak juga jenis makanan yang dimasak ada kaitan dengan kucing. Donut pun tak dibuat bentuk bulat tapi diambil ilham jadikan bentuk ekor kucing.
 Biasanya salah satu kuih tradisional di Jepun ini kira standard kat Malaysia macam boleh beli di gerai kecil tepi jalan macam apam balik atau goreng pisang ialah yang mereka panggil 'TaiYaki". Kebiasannya "TaiYaki" ni bentuk ikan macam kuih bahulu cuma berkali ganda besar dan dalamnya ada isi macam pes kacang merah. Di sini "TaiYaki" tak bentuk ikan tapi dibuat dalam acuan berbentuk kucing. Ada beberapa pilihan nak isi dalamnya apa.
 Di dinding kedai penuh dengan tandatangan dari ramai celebriti terkenal di Jepun yang pernah singgah makan di kedai ini.
 Untuk kenangan siapa nak buat cop sendiri juga boleh.
 Ada juga kedai yang menjual perkakas atau alatan berkebun yang menarik. Geram saja tengok rasa nak beli juga bawa balik.
 Di sini juga ada beberapa saloon untuk sesiapa nak potong rambut. Ikut generasi juga jenis lain-lain saloon ni. Kisah lucu Tukang Kebun termasuk kedai saloon untuk generasi warga emas disyorkan pergi ke generasi lebih muda yang saloon berdekatan. Khuatir nanti style rambut tak moden ikut fashion terkini.
 Di depan kedai saloon rambut ni pun ada ahlinya yang ambil kesempatan masa yang ada untuk bercucuk tanam juga. Ada keladi juga ditanam dalam batas mini depan kedai. Depan kedai yang saloon untuk warga emas Tukang Kebun singgah tu pun ada pokok-pokok cili yang sedang banyak ranum buahnya. Itu menjadi topik perbualan kami jadikan makcik tersipu-sipu kemudian suruh Tukang Kebun cuba potong rambut di kedai lain.
 Yanaka Ginza ini sebenarnya terletak di antara dua JR station iaitu Nippori atau Nishi Nippori. Jika nak melawat tempat ni tak kisah nak berhenti mana-mana antara stesen keretapi JR ini. Sama sahaja lebih kurang jaraknya. Jika turun di Nippori station terkejar masa nak tengok matahari terbenam di spot terkenal atas tangga matahari turun Yanaka Ginza lebih dekat.
 Rambang mata nak pilih keropok beras pelbagai perisa.
 Back by demand, stok pokok blue twinkle ada semula.
 Ini antara bekalan yang permintaan banyak di Kebun Bahagia Bersama.

More info on blue twinkle plant (CLICK HERE).

~ 1 pot pokok blue twinkle RM7 ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan