Halaman

Ahad, 5 Ogos 2018

Pasar Tsukiji

 Pada hari ke-10 di Jepun kami punya fokus utama adalah melawat Pasar Tsukiji. Pasar Tsukiji tidak lama lagi akan dipindahkan ke tempat lain pada bulan Oktober 2018 akan datang ini. Walaupun terdapat pelbagai jenis bantahan akan pemindahannya termasuklah dari segi pencemaran alam sekitar mengakibatkan beberapa kali sudah ditangguhkan pemindahannya ke tempat baru. So we wait and see kali ini ada penangguhan lagi atau tidak. Sebelum dipindahkan kami ambil kesempatanlah lawat dulu sebab tak pernah kami melawat Tsukiji market ini.
 Masa zaman student manalah minat melawat market kan. Sekarang ni jadi hobi pula kalau travel teringin tengok local market nak jamu mata dan selera.
 Di tepi jalan raya besar ada taman mini banyak bunga hiasan untuk cantikkan pemandangan pada plot tanah kecil yang dari terbiar. Geram tengok warna vibrant French Marigold pelbagai jenis. Yang bunga berwarna pinkish kelopak tepi macam kena carik-carik di tepi itu adalah pokok bunga dianthus, termasuk dengan keluarga carnation juga. Cuma pokok bunga dianthus ini biasanya lebih renek berbanding pokok bunga carnation. Yang berminat untuk menghiasi laman rumahnya dengan bunga renek terang benderang pelbagai jenis French Marigold ada stok ya. Pokok bunga French Marigold ini amat sesuai ditanam dalam container garden.

~ 1 Original Packaging from Japan French Marigold Mixed RM15 (More than 50 seeds) for RM18.00 ~
 Apabila turun subway paling terdekat dengan Pasar Tsukiji, antara tempat yang architecture menarik terlihat adalah Kuil Tsukiji Hoganji. Kuil Hoganji pada mulanya berasal di kawasan Asakusa terbakar, kemudian pengikut ajaran Buddha mazhab seorang pendeta telah mendirikannya di kawasan Tsukiji.
 Jika di tengah-tengah tokyo dibandingkan dengan kuil-kuil Buddha yang lain rekaan bangunannya menarik kerana lebih kepada negara India. 
 Di Pasar Tsukiji kami cuma jalan-jalan di bahagian pasar luar. Itu pun sesak dengan orang. Makin tengahari makin sesak. Jadi elok datang awal sikitlah. Ada juga pelancong yang nak tengok Tuna Auction dah menunggu seawal 4 pagi. Tapi yang itu kanak-kanak tak dibenarkan. Jadi kami memang cuma rancang jalan-jalan cari makan je belah pagi merangkap sarapan. Si Rayyyan ni khusyuk agaknya fikir macam mana ikan tuna disiang licin begini.
 Ada juga bahagian yang menjual sayur-sayuran di pasar luar ini. Antara menarik mata Tukang Kebun adalah pelbagai jenis warna lobak. Kalau di Malaysia kita biasa tengok carrot berwarna oren sahaja kan. Di Jepun ini ada pelbagai rona warna. Ada yang oren pekat, ada ungu dan ada juga carrot yang kekuningan. Tukang Kebun ada dapatkan baka carrot yang berwarna kuning asal dari Pulau Okinawa. Pulau Okinawa adalah kawasan Jepun yang cuacanya adalah Sub-Tropical. Tukang Kebun pun belum pernah jejak kawasan Okinawa ini sebab negeri paling hujung sebelah barat daya sana. Moga baka jenis sub-tropical ini lebih mudah tumbuh lah untuk gardeners mana yang teringin nak cuba dan nak cuba lobak selain warna jingga.

~ Anggaran 100 biji benih 1 pek yellow Okinawa Island Carrot RM3.00 ~
 Pelbagai jenis produk segar dari laut ada dibekalkan di sini.
 Tukang Kebun pun tak sangka yang di Japun pun ada banyak jenis makanan laut bercangkerang. Padat nampak isi tiram dalam cangkerangnya.
 Kami sekeluarga memang penggemar makan street food. Memang simpan budget banyak nak cuba pelbagai jenis makanan di sini. Berebut makan ichigo mochi (strawberry rice cake) ni, siap beli 1 pack lagi tapau bawa balik utk desert malam nanti. Mula-mula beli 2 batang gitu dulu bagi anak-anak rasa yang makanan laut panggang, bila masuk tekak mereka baru tambah beli lagi. Dulu tak pandai makan akar pokok teratai (lotus), bila duduk lama-lama kat Jepun makin suka. Macam-macam sayuran dan makanan laut dijadikan fish cake goreng. Tukang Kebun dan Papa Abby masing-masing cuba tiram mentah.
 Anak-anak sangat suka dengan corn croquettes ni. Maknya pun asyik lupa nak buatkan bila kat Sabah hehehe sebab sumber-sumber lebih mudah didapat dengan murah. Bila menulis posting ni baru teringat akan kegemaran mereka ni.
 Dalam kawasan jual-jual street food ni jika bersama anak-anak takde tempat sesuai nak menjamah makanan yang dibeli. Jadi biasanya parents yang ada anak-anak akan bergilir-gilir, seorang jaga anak di jalan berdekatan yang tak sesak dan seorang pergi tengok-tengok dan beli. Bertembung dengan pelancong Melayu dari Malaysia yang anaknya pakai sehelai jacket yang sama...hahaha...sama-samalah membeli di kedai mothercare ni. Kami yang tak perasan mulanya, terdengar anak report kat mak, eh baju saya sama dengan budak tu.
 Kami tunggu di tempat tiada menjual berhadapan dengan kuil ini sambil makan-makan berdiri. Tempat yang berdekatan dengan jual strawberry rice cake. Nasib ada Ilhan yang makin meninggi dah ni, belum lagi lepas tinggi Tukang Kebun tapi saiz kasutnya sekarang 1 saiz lebih besar dari mak nya. Ilhan yang mengekor mama atau papa yang pergi beli jadi ada extra hands untuk pegang barang. Sementara mama atau papa meneman adik-adik di depan kuil ini.
 Ada juga jual makanan kering macam kekacang. Kami ni puas testing almond panggang hehehe...belilah juga 2 pek untuk cenderahati.
 Makanan buah kering-kering jual dekat kedai yang berhadapan dengan tourist information centre. Yang nak rasa telur fluffy macam di kedai sushi juga di lorong bawah gambar ini. Tapi kalau beratur panjang semata-mata nak rasa telur tu, boleh je dapat di dalam bentou yang department Mitsukoshi jual di Ginza. Banyak juga bahan-bahan makanan yang dijual di department store Mitsukoshi foodcourt groundfloor tu dari Pasar Tsukiji ini pun. 
Pasar Tsukiji bukan setiap hari dibuka kena check calendar. Begitu juga dia tutup awal bukan sampai lewat petang ya.

2 ulasan:

  1. seronoknya dapat berjalan ke negara orang, tengok realiti kehidupan diorang. kalau saya, saya akan pergi ke kawasan kampung kampung diorang. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 290

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Aisyah Elsa,

    Syukur Alhamduillah ada rezeki masa dan kesihatan sampai juga kat sini. Ya menarik tengok budaya dan kehidupan di kawasan kampung-kampung.
    Terima kasih menjenguk blog ini.

    BalasPadam