Halaman

Selasa, 7 Ogos 2018

30th PJ Half Marathon 2018

 Pada pertengahan bulan Julai 2018 lalu, Papa Abby cabar diri sendiri cuba larian yang lebih jauh iaitu 21km.

 Syukur Alhamdulillah Papa Abby dapat habiskan larian 21km sebelum cut off time. Kali ini papa seorang je sertai event ini. Kami bagi sokongan cheerleaders sajalah.
 Dapatlah papa medal dan tshirt finisher 21km. Pertama kali Papa Abby masuk yang catagory men veteran yang lepas-lepas men open. Moga tahun depan Papa Abby dapat habiskan 21km dalam 1 jam lah ya macam pro-runners.
 Hari sebelum acara larian selepas Papa Abby ambil race pack untuk marathon ini berkesempatan pergi rumah terbuka geng-geng merantau belajar di Niigata university dulu. Badan senior-senior Tukang Kebun ni masih maintain lagi.
 Pokok kembang bugang selesa juga tumbuh sendiri di bawah pokok durian merata-rata berjalan sukeralawan. Pokok kembang bugang ni wangi waktu malam juga sesuai tumbuh dalam pasu dan kawasan kurang bercahaya matahari. Cuma jangan terlalu panik masa baru pindahkan memang dia nampak macam layu ke bawah daunnya tapi dalam seminggu lebih akan segar semula dan akan mula keluarkan tunas baru. Pokok kembang bugang ni akarnya jenis lasak. Selagi akarnya tu hidup, walaupun tiada daun pada batang akan keluar tunas-tunas baru. Kena bersabar. Jangan bagi apa-apa baja sampai tunas dah membesar semula. Lepas dia dah selesa, lasak pokok ini dan tak kuat sangat keperluan air.

More info on pokok kembang bugang (click here).

~ 1 bekas kembang bugang RM7.00 ~

4 ulasan:

  1. wah tahniah sebab berjaya tamatkan cabaran 21km. fit nya. idola nihh

    BalasPadam
  2. Cantik bunganya
    macam tak pernah nampak lagi.

    BalasPadam
  3. Salam puan, anak pokok kembang bugang ada lagi? Saya berminat nak beli 1

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Aisyah Elsa,

    Harapnya ada progress makin singkat masa nak tamatkan lain kali.

    Salam Bahagia Warisan Petani,

    Bila keluar bergugusan jadi makin nampak meriah dan indah.

    Salam Bahagia.

    Anak pokok kembang bugang ada stok.

    BalasPadam