Halaman

Ahad, 12 Ogos 2018

Kopu Sarung Kelupis

 Masa makin cepat betul terasa berlalu tahun ini, baru nak tunjuk salah satu hidangan raya Aidilfitri yang Big Boss buat tahun ini. Raya Haji pun bakal muncul tak lama lagi kan.
 Jika di Semananjung Malaysia masa musim raya ada ketupat dan palas yang bahan asas beras dimasak dalam sarung anyaman daun kelapa muda. Di Sabah pula ada kelupis yang beras pulut dimasak dengan santan dibungkus dengan daun ikut daerah ada panggil daun kopu, ada daun nyirik dan ada juga daun lerek.
Kebetulan seminggu sebelum Big Boss nak buat kuih kelupis di Kota Kinabalu, ada balik Sungai Buloh. Jadi sebelum berlepas balik ke Kota Kinabalu semula, ada lebih kurang 100 helai daun kopu ini dipetik dari pokok-pokok kopu tumbuh di Sungai Buloh. Setelah dipetik, daun-daun kopu ini disimpan dalam kertas surat khabar elok-elok. Setelah sampai di Kota Kinabalu disimpan dalam peti sejuk sehingga nak buat kuih kelupis. Masih kelihatan segar walaupun setelah seminggu dipetik dan disimpan dalam peti sejuk.
Hasil Seni balut kelupis 3 orang hehehe....yang sebelah kiri sekali adik Tati, sebelah atas sekali Big Boss dan sebelah kanan Tukang Kebun. Berbeza-beza bentuk yang disukai oleh 3 orang.
 Rendang ayam tahun ini agak hancur sebab walaupun dikatakan ayam tua masih terlerai isinya lepas masak lama. Sambil-sambil buat kelupis dah makan bersama dengan rendang ayam baru selesai masak.
 More info on daun kopu (Click Here).

~ 3 rhizome daun kopu/ daun nyirik/ daun lerek RM10.00 ~

~ 1 set (10 helai) daun kopu/ daun nyirik/ daun lerek RM1.00 ~

2 ulasan:

  1. Daun lereh ni tanaman hiasan dan lanscape tu ke Diana.

    BalasPadam
  2. Salam Bahagia Kak Mala,

    Ada beberapa jenis juga ni Kak Mala, kekadang nampak mirip tapi bukan.

    BalasPadam