Halaman

Selasa, 29 Januari 2019

Kiulu Adventure Challenge 2018

 Seminggu selepas cuti akhir semester tahun 2018 bermula, Tukang Kebun, Big Boss dan papa Abby sertai Kiulu Adventure Challenge 2018. Ilhan kali ini tidak dapat serta sekali sebab tidak sampai seminggu baru lepas berkhatan. Jadi Ilhan dan adik-adiknya yang masih tidur lena di Teratak Kiulu Lodge 2 sementara parents sedang mula keluarkan peluh sudah merentas desa. Dari garisan permulaan boleh kelihatan kelibat puncak Gunung Kinabalu pada awal pagi. Acara berbasikal bermula dahulu kemudian diikuti dengan larian 13 km dan seterusnya Fun Run 5km. 
 Ini kali pertama nenek Abby (Big Boss) sertai acara ultra trail sejak lahir yang kini sudah lebih dari 60 tahun umurnya. Jadi nampak dari riak wajah agak nervous masa nak tunggu acara bermula. Biasalah tu Tukang Kebun pun masa awal-awal libatkan diri acara sebegini pun memang rasa nervous juga. 
 Cuma pada mulanya adik lelaki Tukang Kebun agak risau samaada nenek Abby mampu ke tidak nak habiskan trail ini jadi sebagai percubaan memberikan cadangan masuk 5km Fun Run sahaja dulu. Tetapi memandangkan Tukang Kebun pun akan teman ikut pace nenek Abby maka kita masuk lah acara 13km lagipun ni kawasan kampung nenek Abby masa dia kecik macam Abby biasa juga berjalan-jalan kawasan trail begini. Cuma semua bergantung kepada stamina dan level fitness. Cuma yang challenging-nya cut off time nak complete trail 13km diorang setting macam dalam 3 jam. 
 Cantik pemandangan di kawasan Kampung Ranau Ranau dengan bendang padi sawah yang padi dalam fasa sedang membesar. Ada juga Tukang Kebun perhatikan ada bendang padi sawah yang juga dah mula keluarkan buah. Seronok juga santai-santai teman mak buat ultra trail ini sambil dengar tempat-tempat yang dilalui mak bawa trip to memory lane. Macam ada kawasan perkuburan Kampung Ranau Ranau ni dulu tanah berhadapannya atuk nenek Tukang Kebun pernah usahakan buat sawah padi pada masa tu belum lagi ada geran-geran tanah ni masih consider hutan.
 Bukan sahaja lalu jambatan gantung panjang tetapi ada juga melalui titi dari bahan asli seperti buluh. Masa zaman sekolah rendah kan ada kita belajar kegunaan pokok buluh dan pokok kelapa. Susah dah budak zaman sekarang nak bayangkan pokok buluh boleh buat jambatan kan. Elok juga bawa anak-anak sertai aktiviti seperti begini jadi mereka boleh menambahkan pengalaman melalui kaca mata sendiri. Yang gambar atas lepas lintas titi tu bukan pokok lalang ya. Tapi bendang sawah padi yang sumber airnya adalah dari air hujan.
 Dalam 3km nak sampai kaki mak mula cramping pula. Sebelum mula run ada Tukang Kebun hulurkan gula-gula garam tak mau pula, ingatkan bagi gula-gula untuk suka-suka makan pula. Terlampau nervous tak ada mood nak makan-makan. Masa tu tak faham lagi kenapa Tukang Kebun dok menghisap-hisap gula-gula garam awal-awal lagi nak elakkan perkara begini berlaku. Lepas ni mak dah faham dah tips persediaan nak elakkan cramp kaki. Syukur Alhamdulillah kami sampai jugalah sebelum Cut Off Time 3 jam. 
 Selamat sampai ambil gambar kenangan mak dengan childhood friends mak bersama anak-anak mereka. Nenak Abby pun dah seronok nak cuba lagi aktiviti lasak sebegini. Next, Nenek Abby akan bersama-sama juga sertai Borneo Ultra Trail Marathon 2019 pada awal bulan Mac di Kiulu juga dengan jarak 9km. Jika dibandingkan trail route Borneo Ultra Trail Marathon 2018 (BUTM 2018) dengan Kiulu Adventure Challenge 2018, BUTM 2018 dua kali ganda lebih lagi susah itu sebab cut off time dia pun 6 jam. Teratak Kiulu Lodge 1 dan Teratak Kiulu Lodge 2 kedua-dua tempat semua bilik dah kena booking penuh pada minggu Borneo Ultra Trail Marathon 2019. Kecuali kalau sesiapa nak gunakan khemah. Sesiapa yang ada rancangan untuk bercuti di Kiulu, Sabah pada cuti sekolah semester pertama akhir bulan Mac masih lagi ada bilik/rumah yang kosong untuk penginapan di Teratak Kiulu Lodge.
 Mandian rebusan herba Serai Acheh dapat menyegarkan badan yang lesu. Senang sahaja seluruh pokoknya boleh direbus untuk buat home-made Spa Serai Acheh dan banyak manafaatnya.

  Sempena musim perayaan bulan February ini, Kebun Bahagia Bersama tawarkan harga pokok serai acheh dengan 5 pokok untuk RM10.00 (valid only for February 2019).

Info lanjut Serai Acheh (klik sini).

~ 5 moist bare-rooted Serai Acheh RM10.00 ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan