Halaman

Rabu, 8 Mei 2019

Borneo Ultra Trail Marathon 2019

 Syukur Alhamdulillah kali kedua menyertai Borneo Ultra-Trail Marathon 2019 (BUTM 2019), makin ramai ahli keluarga ikut serta sekali. Kali pertama penyertaan nenek Abby, adik perempuan Tukang Kebun dan si Rayyan. Ini kali pertama si Rayyan sertai Ultra-Trail dan ini juga rekod acara larian paling jauh Rayyan pernah sertai. Rayyan ikut serta jarak larian 9km ditemani Tukang Kebun.


 Kali ini abang Ilhan pula cuba ultra-trail jarak 32km. Ada peningkatan kerana biasa dia masuk beginner level kan. Jadi papa Abby teman Ilhan sertai acara larian ultra-trail 32km. Ilhan peserta paling muda sertai acara larian jarak 32km BUTM 2019. Sepatutnya syarat untuk penyertaan BUTM ultra-trail jarak 32km adalah berumur 15 tahun ke atas. Setelah menulis email kepada pihak penganjur dan hantar rekod masa yang dipegang oleh Ilhan untuk acara larian 12km TMBT 2018 (related posting klik sini) memohon untuk diberikan peluang. Syukur alhamdulillah ada rezeki Ilhan dapat sertai yang jarak 32km dengan syarat ada penjaga lari bersama. Siap berlari kena lalu sebelah tempat penginapan Teratak Kiulu Lodge 2 lagi setelah berlari jarak 12km lebih. Papa Abby dan Ilhan berhenti selfie. 
 Acara larian BUTM 2019 ni ada kategori larian 9km, 32km, 50km dan 100km. Kategori paling popular untuk BUTM 2019 tahun ini ialah kategori 32km iaitu seramai 623 orang peserta. Walaupun Ilhan berumur 11 tahun kena lah masukkan kategori Men Open. Syukur Alhamdulillah tak sangka anak mama pertama kali masuk 32km, boleh selesaikan tak sampai 8 jam dan orang ke-167 sampai. Itupun Ilhan delay sekejap sebab asyik kena tunggu papa Ilhan yang tersakit kaki kejang setelah selesai separuh perjalanan. Terpaksa dilepaskan dan Ilhan gagahkan pandai bawa diri ekor kumpulan pelari lain tinggalkan papa dia (kes terbaliklah pula). 
 Sekadar kongsi pengalaman untuk anak yang lahir dengan jantung tak sempurna seperti Rayyan. Setakat ini nampak Rayyan mampu cuma biarkan dia ikut pace dia sendiri. Kalau semasa mendaki bukit nampak kepenatan juga lah dengan rasa jantung kencang, biasa Rayyan akan ke belakang cuma Tukang Kebun kawal sikit pace supaya tak terlalu kena Rayyan tinggal ke belakang. Sebab Rayyan akan cuba cepat juga khuatir kena tinggal. Tapi kalau naik bukit nenek Rayyan pun sama pace juga jadi kami semua balance out. Kalau beginnners memang begini, Tukang Kebun pun sama juga tahun lepas, sekarang dah ok jantung tak sakit. Cuma bila lama tak gerak pergi hiking kalau tekanan darah rendah jadi kurang oksigen mula asyik menguap-nguap sambil mendaki. Elok join acara begini nak kurangkan masalah penyakit jantung (kardiovaskular). Tidak terlambat untuk mula tidak kira usia. Tukang Kebun pun kira lambat jugalah baru nak cuba berlari ultra-marathon ni. Kekadang tak termampu nak mengekor peserta yang lebih veteran dari kita pun yang dah lama berusaha.
 Bila mula menurun bukit pula, yang ni Nenek Rayyan dan Rayyan laju badan ringan dua-dua. Tukang Kebun pula kena tinggal. Sebab dengan badan saiz sekarang ni kalau laju sangat Tukang Kebun takut salah pijak kaki terseliuh pula nanti. Masa menurun atau jalan kampung landai ok je Rayyan cuma kaki pendek je lah lagi sekarang. Cuma bila mendaki bukit je Rayyan ada rehat-rehat kasi perlahan jantung dulu, kalau menurun atau landai langsung tak ada berehat pun. Bagus juga bagi Rayyan training untuk physically strong dan supaya bila besar sentiasa amalan aktif untuk elakkan penyakit jantung ni. Bak kata pepatah orang putih Preventation is Better than Cure. Sudahlah jantung memang semulajadi lahir tak sempurna, lebih mudah nak dapat penyakit jantung, bagus latih masa kecil lagi dengan amalan sihat. Lagipun tak perlu stress, group yang belakang ni semua santai-santai berjalan je sambil menikmati pemandangan kampung dan hirup udara yang segar.
 Sekarang ni tibanya bulan Ramadhan, kita berehat sekejap dari aktiviti larian. InsyaAllah bulan Syawal kami rancang sertai acara larian Super Kerbau di Tambunan, Sabah. Teringin nak kononnya berlari dekat area Tambunan belum pernah. Yang acara larian The Most Beautiful Trail 2019 (TMBT 2019), belum pasti lagi samaada nak join ke tidak sebab dekat dengan tarikh si Ilhan nak duduki peperiksaan UPSR.

Yang berminat sulur pisang mas batang merah ada stok.

More info (Click Here).

~ 1 sulur pisang mas batang merah RM10.00 ~

4 ulasan:

  1. Kagum dengan TK n keluarga kerana berjaya dalam larian yang begitu jauh. Tahniah n syabas.

    BalasPadam
  2. Tahniah dan syabas..running mmg best, bukan sekadar senaman tpi dh mnjadi lifestyle masa kini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Cikguzim,

      Kalau dah daftar masuk acara running ni, takde alasan kena pergi juga hehehe...
      Cara nak paksa diri bersenam.

      Padam
  3. Anak2 la makin maju ke depan jarak berlari. Tukang Kebun tak naik2 sebab tak berlatih up and down je stamina.

    BalasPadam