Salah satu tempat yang Tukang Kebun jatuh cinta pandang pertama masa melawat Herzegovina ialah bandar bersejarah lama yang dikenali sebagai Pocitelj. Perjalanan ke Pocitelj dari Mostar tidak beberapa jauh (related posting klik sini), jadi jika kesempatan ke Mostar jangan lupa masukkan program ke Pocitelj juga. Lama tak rasa debaran jantung yang berdebar-debar macam orang sedang jatuh cinta apabila pemandangan bandar Pocitelj makin kelihatan.
Sebelum mula meneroka bandar lama bersejarah yang dijadikan open air museum ini, Camil ajak singgah ke gerai jual hasil pertanian tempatan. Banyak diajak kami rasa samples. Yang Tukang Kebun suka kaedah pertanian di Bosnia ini adalah mereka mengamalkan penanaman organik 100 peratus. Memang rasa hasilnya sangat flavorful teringat kebun Mediteranean Tukang Kebun punya fresh organic produce dulu. Kalau Tukang Kebun bawa heroes ikut sekali takpe banyak tangan dan luggage space boleh bawa. Kalau ikutkan hati banyak juga Tukang Kebun rasa nak bawa balik fresh produce dari kawasan ini nak bagi love ones di Malaysia rasa. Masa musim awal luruh ini memang terdapat banyak jenis hasil tanaman pertanian. Jangan lupa rasa beli makan puas-puas jenis limau mandarin di sini. Antara banyak negara Tukang Kebun pernah pergi merasa buah mandarin macam Turkey, Jepun dan lain-lain, Tukang Kebun rasa buah mandarin di kawasan pertanian sini menghasilkan buah limau mandarin yang paling manis dan full of flavor. Rasanya takkan ku lupa rasa buah limau mandarin di sini, jika ada peluang lagi pasti datang makan puas-puas lagi.
Lihatlah pokok buah kiwi yang sarat berbuah di perkarangan kereta depan pintu rumah orang. Secara semulajadi dijadikan rimbunan dahan dan daun pokok kiwi ini jadi atap tempat letak kereta depan rumah. Teringin juga nak rasa tapi belum musim masaknya lagi. Apa agaknya rasanya kan, kalau limau mandarin pun tak rasa masam langsung, apatah lagi agaknya buah kiwi ni manis kut tak masam kut terbayang-bayang Tukang Kebun. Sebab cuaca di Mediteranean sini walaupun mereka hujan tak banyak seperti di tanah air kita, tapi matahari yang diterima banyak membantu memberikan kemanisan kepada buah-buahan mereka. Air pun juga tak berapa masalah sebab mereka banyak sumber air sungai yang bersih untuk irigasi (irrigation).
Ada juga rombongan sekolah yang datang ketika kami di sini. Tukang Kebun lihat ada juga ramai pelajar yang membeli buah tin kering dari gerai-gerai sini untuk bekalan atau buah tangan. Di gerai sini boleh dibayar menggunakan currency Croatia, Euro atau Bosnian Mark. Jika sebelum tu pergi Croatia nak habiskan duit balance yang kecil bolehlah gunakan di sini. Penjual gerai ini tak lokek dengan senyuman juga tak lokek memanggil pelancong untuk mencuba sample. Biasanya Tukang Kebun ni jenis tak suka makan dried fruit, tapi sedap pula dried fig penjual ni bagi cuba. Patutlah ramai pelajar-pelajar pun beli sebelum naik bas. Memandangkan dried fruit ringan nak bawa, Tukang Kebun pun beli juga untuk souvenir nenek Abby. Murah harganya mampu milik dengan tight budget travel.
Bila meneroka perkampungan di kawasan bandar bersejarah ini, Tukang Kebun terpegun betul punyalah mana-mana banyak pokok-pokok liar buah delima tumbuh merata-rata di celah-celah tanah atau antara rock crack mana-mana. Pokok bunga liar dari jenis bebawang pun tumbuh mekar sahaja di celah-celah batuan.
Di mana-mana ada hutan kecil pokok-pokok buah delima. Sambil mencari jalan macam mana nak ke menara di gambar bawah ini. Perlukan badan fit jugalah nak meneroka ke kawasan ni kalau nak bagi puas hati sebab mendaki juga. Elok pakai kasut sukan. Kalau yang kepenatan lenguh kaki boleh juga tunggu kawan-kawan lain yang mampu meneroka ke tempat yang lebih tinggi di kawasan masjid. Boleh singgah solat di masjid dan berdekatannya boleh cuci mata ada menjual souvenir. Cenderahati di sini harganya lebih murahlah kalau nak bandingkan di bandar Sarajevo.
Masih ada penghuni-penghuni yang telah kembali selepas perang Bosnia duduk di rumah-rumah ini walaupun kekadang nampak sunyi. Ada juga penduduk tempatan menjual jus buah delima sejuk berdekatan lorong-lorong jalan kaki yang kerap pelancong datang lalu untuk meneroka kawasan museum terbuka ni.
Memandangkan teman mengembara kali ini dah lenguh kaki sebab banyak berjalan hari sebelumnya kami ke Old City Wall, Dubronik, Croatia (related posting klik sini), teman Tukang Kebun berhenti solat di masjid dalam kawasan open air museum ini. Tukang Kebun mencari-cari lorong yang betul nak ke menara kawalan di gambar bawah ini. Berdebar-debar hati macam kembali ke zaman kanak-kanak ada peluang meneroka mencari jalan di tempat ini, a kid fantasy.
Bandar Bersejarah lama ini seperti di Mostar ianya juga bersebelahan Sungai Neretva. Bandar lama bersejerah ini telah dibuka sebelum zaman medieval lagi ketika diperintah oleh Bosnian king kindom, kemudian beralih tangan kepada empayar Ottoman, kemudian bertukar tangan lagi ke zaman pemerintahan lain. Ada juga bangunan di sini yang mempunyai ciri-ciri Ottoman juga.
Tersilap jalan juga ni kena patah balik cari lorong lain nak ke menara kawalan. By the time Tukang Kebun sampai ke dalam kawasan menara kawalan sudah tiada pelancong-pelancong lain jadi keseorangan menjelajah tempat ini.
Bila berada di dalam menara kawalan rasa gayat juga tengok tangga nak naik ke kawasan tinggi. Yang lagi bikin takut masa nak turun rasa gayat betul. Kalau tersilap langkah bahaya juga.
Lepas gagahkan diri juga perlahan-lahan naik ke tempat paling tinggi memang amat berbaloi dengan sajian panorama indah di keliling menara kawalan ini. Buat beranikan diri jugalah duduk di tepi tingkap jangan terjatuh sudah dengan batu-batu pun tak stabil. Dari sini boleh kelihatan dome masjid dan menara jam juga bangunan yang lain.
Boleh kelihatan di bawah sekali yang banyak atap bulat-bulat itu adalah dulu dijadikan tempat persinggahan caravan untuk berhenti rehat atau penginapan. Yang ada menara di sebelah tu masjid. Yang bawa lagi tu baru tempat persinggahan caravan. Tukang Kebun rasa tak puas melepak di sini disebabkan kekangan masa nak lawat tempat lain dan juga kena jaga masa nak naik keretapi dari Mostar ke Sarajevo pula. Kubu pertahanan yang bertentangan dengan menara kawalan ni pun tak sempat Tukang Kebun nak pergi explore jalan ke situ. Masa yang diperuntukkan hampir dua jam bagi Tukang Kebun rasa tak puas nak meneroka kawasan bersejara Pocitelj ni. Terasa sangat nak datang lagi.
Tukang Kebun rasa terkejut pula baru semai bawang gladiolus dalam 4 hari dah tersembul keluar tunas dari tanah. Walhal masa tanam belum ada tanda-tanda bertunas langsung bawangnya. Cuma tukang kebun tanam dalam kedalaman 5 cm ditimbus tanah bawangnya. Kemudian tiap hari si Rayyan tolong siramkan waktu pagi. Cepat betul bertunas bawang gladiolus ni.
Yang masih berminat untuk menanam pokok bunga gladiolus masih ada limited stok lagi.
Info lanjut (Klik Sini).
Ada juga stok tanah bakar untuk yang berminat , 1 beg tanah bakar RM5.00 .
Self-Collect Day:
18th, 19th, 20th, 25th, 26th of May 2018 between 9:00am~9:30am in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.
Seronoknya dapat melancong
BalasPadamIndah sangat tempatnya
Syukur Alhamdulillah ada rezeki nak melawat. Memang indah sungguh tempat ini.
PadamProduct pertanian selalu menarik minat kita bila melancung.
BalasPadamYa yang menariknya cara penanaman di sini organik. Rasa makanannya jadi so flavorful and tasty
PadamBestlah dpt jln2 d negara org... 😅
BalasPadamSyukur Alhamdulillah ada rezeki melawat sini sambil bekerja.
Padamsalam cik mcm mn nk hubungi tuan..saya nk beli sayur dan anak pokok dgn Tuan
BalasPadamSalam Bahagia.
PadamBoleh contact wassup Nizam 0192931340 untuk maklumat lanjut.