Halaman

Isnin, 14 September 2020

Dragon Pearl Beach Resort Kota Belud Green House Room

Pada cuti Tahun Baru Cina 2020 ini, kami menginap di Dragon Pearl Beach Resort semalam je saja bawa anak-anak beriadah dan memandangkan ini kali pertama Abang Ilhan yang duduk masuk asrama Tingakatan 1 dapat balik rumah meluangkan masa dengan adik-adiknya. Kami memilih tempat ini antara sebabnya nak elakkan dari tempat yang ramai orang sebab kami dah mula berhati-hati apabila dengar khabar berita merebaknya virus Covid-19 di negara China. Tambahan pula penerbangan dari negara China ketika itu masih kerap seperti biasa ke Sabah dan Sabah ini memang ramai dengan pelancong-pelancong dari negara yang mempunyai banyak kes jangkitan Covid-19 ketika itu. Ini juga pemilihan tempat last minute juga, syukur ada kekosongan bilik di Dragon Pearl Beach Resort ini. Dalam aplikasi Agoda booking blue house tapi dapat green house. Green house ni ok juga sebab unitnya dibahagikan kepada 2 bahagian dengan pintu masing-masing. 1 bilik ada 3 tilam berkelambu atas lereng bukit jadi total 6 tilam. Boleh bawa 2 keluarga. Ada verandah dan tempat jemur baju dan meja di luar sesuai untuk buat makan-makan barbecue. Cuma green house ni jauh sikit dari pantai berbanding dengan unit bilik lain dan kena naik tangga, tapi kelebihannya ada privacy sambil menikmati angin dari arah laut.
Tapi ok juga lah sebab lokasi green house ini jarak dari bilik-bilik lain dan di bahagian sini kami sekeluarga sahaja jadi tak perlu kongsi bilik air yang terletaknya di bahagian luar. Lagipun facilities di luar rumah hijau ini di luar memudahkan untuk aktiviti barbecue. Kami sampai pun terus mulakan acara barbecue masing-masing belum isi perut lagi sebab sebelum bergerak sibuk siapkan bahan-bahan masakan. Sebelah siang kami bakar seafood dahulu, manakala belah malam kami bakar daging ayam. Kebetulan hari sebelum papa Abby dapat rezeki beli tuka segar direct dari nelayan. Cuma kalau ada makanan simpan dalam bilik kena letak elok-elok sebab kucing boleh selit masuk antara celahan kayu di rumah ini kerana terkejut kami naik balik dari pantai ada kucing dalam bilik budak-budak ni.
Di Dragon Pearl Beach Resort ini juga boleh bawa khemah sendiri ada tempat perkhemahan. Selain itu ada juga sebuah bilik tidur tree house untuk maksimum 2 orang dan jenis-jenis bentuk bilik lain ikut budget masing-masing. Di sini juga ada bilik berbentuk hostel dalam konsep rumah panjang. Ada juga restoran di kawasan ini dan juga kedai runcit yang ada menyediakan keperluan asas untuk masakan serta lain-lain. Tempat barbecue ini kami sewa sahaja dari resort ini. Keadaan persekitaran kemas kerana ada sahaja pekerja mereka memastikan kawasan bersih. Semasa kami di sini ada beberapa juga group pelancong yang lain dan managemant sangat bagus organise yang masing-masing kumpulan pelancong ada space sendiri jadi tak mengganggu orang lain dah macam mula jaga SOP.
Cuma dari segi kekurangan di sini adalah mungkin kalau banyak review diterima ialah dari jalan utama masuk simpang sini jalan tak berapa baik. Kalau kami ni yang memang dah biasa jalan keluar masuk kawasan pedalaman tanah merah tiada gravel mungkin dah jadi kebiasaan. Tapi kalau yang tak biasa driving dengan keadan jalan begitu mungkin cabaran sikit kalau kereta rendah kerana nak naik turun bukit berlubang. Kemudian di sini masalah bekalan air tawar lah, air di sini agak masin dan kekuningan di bilik airnya. Reception ada juga maklum kepada kami masa check in keadaan air di sini dan Tukang Kebun pun dah tahu lepas baca-baca reviews sudah bawa air minuman siap-siap dari rumah. Jadi Tukang Kebun mengakulah hubby dan TK tak mandi hahaha kat bilik air sini sebab kami tak berendam dalam air laut tengok keadaan kualiti airnya masin. Lagipun kami tiada rancangan nak singgah mana-mana dalam perjalanan balik yang cuma ambil 1 jam lebih. Cuma anak-anak je lah kami bilas mandikan dulu sebab diorang ni memang berendam habis kalau dah dapat masuk air laut, kami ini meneman sahaja. Tambahan pula papa baru belanja anak-anaknya snorkelling set untuk berlatih menyelam memang berendamlah.
Dari Dragon Pearl Beach Resort ini boleh kelihatan Pulau Pandan Pandan yang mula popular antara salah satu tempat untuk snorkelling atau diving di daerah Kota Belud selain Pulau Mantanani. Semasa kami berada di sini ombaknya tak kuat cuma kawasan ini kena berhati-hati sedikit dengan obor-obor lah. Ada juga kami jumpa obor-obor kecil seekor masa berjalan dalam air sambil tengok anak-anak ikan berenang antara rumpai laut. Di sini banyak jenis rumpai laut kelihatan dalam air jernihnya tempat hidupan mikro marin berlindung, kalau tak snorkelling pun boleh menikmatinya semasa air sedang surut.
Jika yang berminat untuk aktiviti snorkelling dan diving juga ada pakej yang disediakan di sini bawa ke Pulau Pandan Pandan. Selain itu boleh juga naik kayak atau banana boat. Minggu ini juga Tukang Kebun ada kongsi satu tempat penginapan yang buat juga pakej ke Pulau Pandan Pandan iaitu Usukan Cove Lodge (KLIK SINI) kalau nak make up mind nak duduk di tempat penginapan mana satu untuk pergi snorkelling ke Pulau Pandan Pandan boleh baca posting tersebut. Yang Dragon Pearl Beach Resort lebih dekat dari KK kerana simpang masuk adalah sebelum beberapa kilometer sampai roundabout ke pekan Kota Belud. Manakala kalau Usukan Cove Lodge simpang masuk adalah belok belah kiri bila sampai roundabout ke pekan Kota Belud cuma bukan ke arah pekan tapi ke arah roundabout lagi satu nak ke arah jetty Kuala Abai. Masing-masing ada keistimewaannya lah. Di Usukan Cove Lodge jalannya lebih baik dan masa kami di sana tiada masalah kualiti air untuk mandi. Kami ada rasa nak pergi lagi sekali tidur ke Dragon Pearl Beach Resort sebab hari tu menginap 1 malam sahaja jadi tak sempat explore sangat, nak cuba 2 malam pula biar puas sikit sebab hari tu Ilhan saja pergi test snorkelling persisiran pantai sana sambil kami perhati dari jauh. Dari segi keselesaan mungkin di Usukan Cove Lodge, jika based on free outdoor activity mungkin Dragon Pearl Beach Resort.
Sambil berjalan berendam kaki je, terjumpa pula lionfish dekat tempat cetek ni. Seronok mengekor lionfish ni kemudian terkejut dari arah belakang seekor ketam besar melimpas kami. Papa Abby lah dok mengejar ketam tu mencari sebalik rumpai laut. Puas hati papa Abby dapat juga dia tangkap beberapa ekor ketam yang dijadikan lauk kami bawa balik untuk masak makan tengahari. Check out pukul 12 tengahari, perjalanan dalam sejam lebih ngam balik terus masak fresh. Ini sebenarnya sebab utama kami nak duduk sini lagi nak tangkap ketam hahaha.....cuma kesilapan kami tak tahu yang sini banyak ketam boleh cari tangkap begitu, kalau tahu awal pagi air baru tengah nak surut dah turun terus mencari. 
Memang sini bila jalan depan kawasan perkampungan bersebelahan resort ini adalah tempat nursery breeding ketam. Banyak jenis ketam pelbagai jenis. Sekumpulan kerbau pun ambil peluang ketika air surut ini berjalan-jalan melintas. 
 
Kami banyak habiskan masa pagi itu explore tempat air surut banyak benda boleh explore dan cari binatang bercangkerang. Video link di bawah ini kami share pengalaman dan aktiviti semasa kami menginap 1 malam di Dragon Pearl Beach Resort pada awal tahun 2020 ini sebelum kita kena stay at home.
Day trip pun boleh juga di Dragon Pearl Beach Resort dengan bayaran entrance fee kalau nak beriadah di sini.  Jika ada yang nak mencari tempat pelancongan untuk meluangkan masa pada hari Malaysia akan datang ini di tempat yang tidak sesak dan boleh jaga social distancing.

Hujung minggu Hari Malaysia tiada self-collect ya, kami bercuti.
Yang mencari-cari pokok garlic vine Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan dengan harga 1 pot RM8.00.

16 ulasan:

  1. seronoknya bercuti..salam kenal
    follow here #306

    BalasPadam
  2. bestnya nengok akak bercuti tuh... paling best dapat ke pantai, air nya pun jernih je... tak sangka lionfish memang ada di air cetak yek... memang besar ketam nya tu.... fresh betul tuh kak tangkap terus bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Dana,

      Itu la tak sangka lionfish ada kat air cetek pastu besar pula tu. Bila balik check info dalam buku anak memang lionfish suka tempat air cetek. Nikmat makan ketam fresh.

      Padam
  3. bestnya kak.... jernih betul air tuh sampai bole nampak ikan tu....

    ketam tu memang besar, puasla makan fresh betul tu

    BalasPadam
  4. Menarik juga banyak aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Berkhemah pun best juga. Tapi untuk family memang sesuai lah stay kat green house macam akak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      Bila ada peluang dah bukan musim hujan kalau ada rezeki teringin juga nak mencuba berkhemah.

      Padam
  5. Best nya. Nice video. Pemandangan sangat cantik. Saya pun amat suka pantai dan laut tetapi pantai ditempat kami tak seindah ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Aunty meintheswim,

      Ni baru belajar nak buat video belajar dengan anak remaja, ni try buat video ke 2 Terkial-kial masa tu.

      Padam
  6. Salam Bahagia Diana,

    Banyak lagi tempat potensi untuk buka tempat2 pelancongan di Sabah ni masalah infrastructure macam jalanraya jadi limit kepada perkembangan aktiviti pelancongan di sini.

    BalasPadam
  7. Seronoknya dapat bakar makanan di tepi laut. Tidak dapat barang makan sambil tengok pemandangan. Ia buatkan saya rasa gembira.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia NA,

      Selera sungguh makan bila puas main di pantai.

      Padam
  8. jernih air laut..bestnya dapat tangkap ketam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Nohas,

      Syok dapat ketam besar kenyang makan ada isi.

      Padam
  9. Gang kaki jalan kami sudah plan nak ke Kudat, Pitas, Kota Belud dan Kota Marudu cuti Depavaali nanti. Sayangnya covid-19 makin mengganas di LD, jadi zon merah. Kita hanya mampu merancang. Ada rezeki Allah izinkan, dapatlah jalan ke sana. Kalau sebaliknya, duduk berkuarantin sajalah di LD jaga keselamatan masing-masing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,

      Moga masa Deepavali nanti keadaan sudah makin baik di Lahad Datu. Lama lagi bulan November.

      Padam