Halaman

Sabtu, 12 September 2020

Malaysia Action Asia 50

 Hampir terlupa dah ada join event larian Malaysia Action Asia 50 ini pada October 2019 tahun lepas. Kali ini hanya Tukang kebun dan hubby je yang sertai acara larian ultra event ini, anak-anak duduk dengan nenek dan atuk. Ini acara larian ultra-trail pertama kali papa Abby cuba larian 50 km sebab selalu ni kena teman berlari bersama Ilhan sebagai penjaga semasa acara larian ultra-trail untuk tahun 2019.
Acara larian ini bermula masih dalam keadaan gelap lagi. Tak ingat dah pukul berapa antara pukul 5 ke 6 pagi agaknya. Yang ingat Tukang Kebun kami bertolak dari Sungai Buloh ke Janda Baik dalam pukul 4 pagi rasanya sebab papa Abby estimate sampai dalam 1 jam begitu dengan kurang kenderaan di jalanraya. Ini pertama kali kami jejak kaki di Janda Baik. Tempat starting point di sebuah tempat penginapan (sampai dah lupa) dah fully booked masa tu jadi kena bergerak awallah dari rumah. Tak terfikir pula nak cari accomodation lain pula di Janda Baik, nampak sangat kami ini tak biasa area sini kan hehehe...
Tukang Kebun sertai yang jarak 10km je tu sempat tidur dalam kereta nak tunggu larian 10km bermula dalam pukul 7 pagi rasanya. Ada perasaan lonely sikit sebab biasanya berteman kali ini keseorangan hehehe...cuak juga sebab tak pernah lalui kawasan Janda Baik takut kena tinggal nanti sesat pula. Nak tak nak kena think positive dan cuba sedaya upaya. Lagipun Tukang Kebun yang beriya-iya cari acara larian ultra-trail yang fit dengan schedule bulan Oktober Tukang Kebun masa tu. Ini nasib baik dengan keadaan last minute dapat sertai acara larian ultra-trail ini sebab mungkin ada beberapa event ultra-trail yang overlap dengan tarikh ini di tempat lain buat ada slot kosong lagi.
Payah juga nak berjalan laju-laju apatah lagi yang berlari kat area ni tak tersangkut ke kaki mereka ni. Tukang Kebun yang jalan santai pun tersangkut kaki beberapa kali dekat area atas ini dengan pokok yang serabut merayap atas tanah ni. Kawasan janda baik certain areas waktu awal pagi boleh kedengaran bunyi keluarga monyet. Mula-mula kat sini masih keseorangan lagi, lepas area ni berdekatan next check point dekat kebun pokok getah ada buat 2 kawan kami sesama pace. Seorang kakak tu sebenarnya dia sesat mulanya dan baru patah balik mengejar, jika tidak lama dah yang di group hadapan. Kakak tu ada lebih stamina dari Tukang Kebun bagi semangat sama-sama kami jalan sampai hampir finishing point. Yang lagi seorang adik lelaki dia baru lepas lari 50km di acara lain jadi fahamlah kaki masih lenguh lagi, dia masuk acara ni pun untuk temankan bapanya. Bapanya pun dah dia pastikan dah jalan limpas dia. Kami bertiga sama-sama form satu kumpulan bergerak sama-sama supaya tak sesat sebab yang adik lelaki tu dah pernah pengalaman ikut acara larian ni dulu.
Bersembang sambil berjalan, Adik lelaki ni pula kata dia tahun 2019 tu ada join juga acara larian yang Gopeng Ultra Marathon tu dan di depan mata dia sendiri nampak runner A tu hilang. Adik tu pun hanya takat tu je cerita macam tersekat, Tukang Kebun  dan kakak runner pun tak nak la tanya lebih sebab kita pun dalam kawasan yang tak sesuai nak diskusi perkara begini. Bila dah mula sampai trail route area suasana kampung barulah Tukang Kebun faham kenapa ramai suka beriadah ke kawasan Janda Baik ni. Macam-macam resort ada dan dengan taman-taman yang indah. Bila sampai yang medal acara larian 10km habis pula sobsobsob.....lepas bagi macam harrassment, penganjur bagi medal je tapi tali dia takde, nanti dipos katanya.
 Tahniah kepada papa Abby berjaya menghabiskan 50km sebelum cut off time dan kali ini dah join group men veteran ya. Berjam jugalah Tukang Kebun tunggu tepi swimming pool melangguk, nak tidur dalam kereta panas sangat pula. Mula-mula Tukang Kebun nak join tak berapa semangat papa nak sertai acara ini, bila dah dapat habis 50km dia pula jadi semangat lebih. Padahal dia yang berat hati nak join event ni, kena puas dipujuk dan merajuk kihkihkih...
Macam Tukang Kebun, papa pun berlari buat 2 kawan motivate sesama untuk meneruskan perjuangan habiskan 50km. 
Balik singgah ada satu gerai kampung berdekatan satu simpang di Janda Baik untuk mengisi perut. Sedap betul tengok lauk pauknya selera kampung. Tukang Kebun ambil lauk gulai ikan patin masak tempoyak dan paru daging masak berlada dengan sayur, hubby order sup tulang (yang memori ni masih fresh pula) . Puas hati betul makan memang sedap sampai kami rasa lain kali nak ke Janda Baik semata nak makan di gerai ini je lagi hehehe...pastu kami sesat sekali nak keluar ke lebuhraya balik Sungai Buloh dan terpaksa berhenti di Genting Sempah sebab papa Abby mata dah kuyu sangat nak kena tidur. Tukang Kebun pula tak yakin nak bawa kereta di area ni sebab dah macam rush hour orang turun balik ke KL, tunggulah papa Abby berehat dulu. Ini acara larian terakhir kami sertai untuk tahun 2019. Bulan lain kemudian masa tu macam takde acara larian yang menarik minat papa Abby (semua susulan cadangan rejected).


September 2020 Sale untuk Serai Acheh, 3 bare-rooted Serai Acheh plants for RM10.00 (valid from today till 30th September 2020).

Antara penggunaan manafaat Serai Acheh bacaan lanjut boleh refer posting dahulu (KLIK SINI).

14 ulasan:

  1. Tahniah dapat menyertai acara melarikan diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Warisan Petani,

      Hehehe lari dari kesibukan hal lain2.

      Padam
  2. Boleh tahan, dpt selesai 10km. Kalau saya ni, jgnkan 10km, lari 100m pun semput. Hihihi.... Btw, tali medal sdh sampai ka sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Zurainny Ismail,

      Saya pun Jalan je ni, part jumlah lari tak sampai pun 500 meter. Saya pun terkejut sampai juga walaupun dah lupa lepas tu. Siap medal dipos sekali.

      Padam
  3. kena ready stamina msk acara ni..time skolah dulu boleh la saya ni..skg allahhh ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Shida,

      Betul tu kena ready stamina dulu nak masuk acara ni dengan tahan panas.

      Padam
  4. Hebat boleh join aktiviti macam ni. Kena stamina kuat.
    First time tengok serai acheh tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      Tukang Kebun makin malas bersukan terpaksa masuk acara begini kalau tak pergi rugi sebab dah berbayar hehehe...

      Padam
  5. 50km..huhu..dgr je dah seriau..hihi..
    bagus, minat yg sama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Nohas,

      Tukang Kebun sejak dah 3 tahun join acara begini masih 10 km je sanggup, orang lain dah makin advance setiap tahun.

      Padam
  6. Trail sangat mencabar TK berjaya ke finish line, tahniah.
    Mengapa melangguk kat swimming pool , terjun lah tentu akan hilang lenguh kaki tu ha ha
    Lepas aktiviti lasak makan mesti sedap kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Aunty meintheswim,

      Teringin gak masuk kaki selam swimming pool tu, tapi tengok Budak2 je seronok dalam pool hehehe... Lepas aktiviti begini memang selera naik, pastu bukan badan makin ringan, makin naik je sejak join aktiviti ini. Badan rasa sedap, tidur pun lena.

      Padam
  7. Tahniah! Larian sejauh itu!
    Saya hanya mampu antara 5-6km saja. Itu pun dah taubat, tak mahu ikut lagi dah...ahaks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,

      Kalau sebulan sekali ada buat juga takpe. Ini saya boleh kira berapa kali buat jarak ni dal setahun, bangun esok pagi dah macam ketam berjalan.

      Padam