Halaman

Ahad, 18 Oktober 2020

Air Terjun Fukuroda, Ibaraki

 Semasa Jalan Jalan Jepun 2019 setelah selesai urusan kerja di Tokyo, ada saki baki 3 hari lagi boleh bersiar-siar di Jepun sementara tunggu penerbangan kembali ke tanahair. Bagi manfaat masa tu, kami cadang jalan-jalan negeri yang tak jauh dari Lapangan Terbang Narita yang berada di dalam negeri Chiba. Kami ambil keputusan untuk pusing dalam kawasan sekitar Kanto yang termasuk Tokyo dan 6 negeri lain iaitu Kanagawa, Gunma, Saitama, Tochigi, Ibaraki dan Chiba. Kali ini Jalan Jalan Jepun 2019 dalam kawasan Kanto tak jejak negeri Gunma sahaja yang lain ada kami rentas. Negeri Kanagawa hari pertama lagi kami singgah melancong sebaik mendarat di Lapangan Terbang Narita. 
  
  Sebaik keluar dari Tokyo dengan kereta sewa Mazda Demio kami merentas negeri Saitama dahulu. Mula-mula ingat nak singgah melancong negeri Saitama tapi bila tengok internery macam jarak detour tak berbaloi kerana tarikan utama nak singgah ialah kawasan Nikko di bahagian Tasik Chuzenji (related posting klik sini) yang kemudiannya berhenti menginap di resort penginapan hot spring, Yunishigawa (related posting klik sini) yang kedua-duanya masih dalam negeri Tochigi. 
Keesokkan harinya kami bergerak merentas negeri Ibaraki pula nak melawat air terjun Fukuroda. Hari ini lawat air terjun Fukuroda yang semalam pula melawat air terjun Kegon (related posting klik sini). Di Jepun mereka suka bagi ranking 3 TOP....apa-apa. Kalau Top 3 air terjun paling popular di Jepun adalah air terjun Kegon di negeri Tochigi, air terjun Nachi di negeri Wakayama dan air terjun Fukuroda di negeri Ibaraki. Macam tema air terjun pula Jalan Jalan Jepun 2019 , cuma kali ini air terjun Nachi tidak dilawati sebab terletak jauh dari perancangan kali ini.
Air sungai yang mengalir dari air terjun Fukuroda sangat jernih airnya walaupun cetek kita boleh lihat bayangan hiasan koi nobori yang tergantung banyak sepanjang sungai ini bersebelahan tempat letak kereta dan deretan kedai-kedai menjual cenderahati. Berdekatan dengan air terjun Ibaraki ada juga kebun teh kecil di lereng bukit ini bersebelahan sebuah kuil jika ada yang teringin nak lihat lebih dekat pokok-pokok teh di Jepun. Tetapi tidaklah seperti di negeri Shizuoka yang memang pengeluar besar teh di Jepun dengan pemandangan luas kebun teh nampak macam sawah padi pula dari jauh (related posting klik sini).
Jika diikutkan gambar yang diambil dalam papan tanda ini di sekitar kawasan Fukuroda pada musim sejuk di antara musim luruh dan musim sejuk mereka adalah tempat menghasilkan buah epal dan dari cara ikan tu naik lawan arus mungkin banyak ikan salmon untuk dipancing pada musim sejuk. Masa musim luruh macam sangat indah tempat ini dengan daun warna musim luruh yang bagi gambaran pemandangan bukit bukau kemerahan dan kekuningan.
Bagi melihat air terjun Fukuroda dengan lebih dekat dan dari paras tinggi yang berlainan kita akan melalui terowong. Siap ada lif lagi dalam terowong ini. Ada caj bayaran masuk untuk melawat air terjun Fukuroda ini.
Salah satu cara untuk menaikkan tarikan air terjun Fukuroda dari pelancong bukan sahaja dari tempatan tapi dari antarabangsa, ada yang kata ada love power spot di sini. Nak tarik orang-orang muda couple datang driving dating melawat sini.
Air terjun Fukuroda ini empat tingkat. Semasa kami lawat sini airnya tidaklah berapa banyak mengalir dan masih terdapat ketulan ais batu di beberapa tempat. Jika musim sejuk memang air akan membeku dan ada aktiviti mendaki air terjun ini panjat ais batu menggunakan peralatan yang memastikan keselamatan pendaki seperti ala-ala rock climbing bagi yang meminati aktiviti lasak.
Bagi menaikkan tarikan air terjun Fukuroda yang sekaligus menaikkan sumber pendapatan dari sektor pelancongan untuk penduduk sini, pembikinan lift tu yang memainkan peranan penting dalam menarik pelancong-pelancong ke sini. Bukan banyak tempat ya yang di kawasan air terjun di Jepun ada lift nak tengok dekat-dekat. Biasanya air terjun yang dalam kategori top 3 ni je ada lift. Tempat masuk dan tempat keluar dari tempat platform melihat air terjun berbeza. Bila nak balik kita akan exit melalui jambatan gantung. 
Pada hujung bulan Mac 2019, pokok-pokok bunga sakura dah mula berkembang di kawasan air terjun Fukuroda, Ibaraki.
Ada pelbagai warna bunga cherry blosson yang dapat diamati seperti warna merah jambu dan juga warna putih.
Tempat letak kereta awam yang di bawah pentadbiran air terjun Fukuroda kena jalan ada lebih 500 meter jaraknya yang tidak perlu dibayar. Ada juga disediakan kemudahan tandas awam di situ. Tempat letak kereta yang berada dekat dengan pintu masuk air terjun Fukuroda ada juga tapi di situ kena bayar dalam lingkungan 500 ke 1000 Japanese Yen.
Di antara perjalanan dari tempat letak kereta awam percuma hingga ke pintu masuk air terjun Fukuroda terdapat beberapa kedai menarik juga dan restoran. Ada satu restoran ini terdapat pelbagai patung dan haiwan awet yang dihiasi di depan kedai yang menarik perhatian anak-anak lelaki. Nasib baik anak-anak lelaki ini tak pandai baca bahasa Jepun lagi, kedai yang diorang khusyuk tengok perhiasan di luar tu adalah restoran makanan yang menjual daging exotic atau wild game seperti rusa/kijang, babi hutan, dan lain-lain. Ada juga yang menyediakan sajian makanan tumbuhan yang dipetik dari hutan. Selain dari itu ada restoran-restoran lain yang menyajikan mee soba.
Hiasan di atas kedai di gambar atas ini kalau malam-malam mengerikan macam rumah hantu pula. Hiasan di bawah ini kalau buat background atau template macam photobook atau powerpoint slide menarik pula bagi Tukang Kebun.
STAY SAFE.

17 ulasan:

  1. Bestnya bila berada di luar negara dan tahu nama-nama negeri. Dapatlah saya berkongsi nama negeri Kanagawa, Gunma, Saitama, Tochigi, Ibaraki dan Chiba di Jepun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,

      Tokyo, Kanagawa, Gunma, Saitama, Tochigi, Ibaraki dan China kemudiannya di kelompok kan dalam kawasan Kanto (Kanto region) Kak.

      Padam
  2. Balasan
    1. Salam Bahagia Warisan Petani,

      Pemandangan yang melupakan perkara duniawi. Memikirkan yang Maha Pencipta memberikan keindahan kepada kita.

      Padam
  3. Seronok jalan-jalan tepi air terjun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis NA,

      Kalau tak hujan tak sejuk boleh nikmati lama-lama.

      Padam
  4. cantiknya narita.. selalu i turun haneda ja... next time nak try narita la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Atie,

      Saya pula belum pernah naik flight dari Haneda lagi.

      Padam
  5. masya allah..cantik sungguh pemandangan tu.. air terjun..bunga2 tu memnang memnarik :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis HAYATI,

      Terkejut masa tu di area sana Bunga sakura dah mula musim. Ada rezeki nak tengok.

      Padam
  6. Balasan
    1. Salam Bahagia Tokay Kantin,

      Mereka pandai menghargai peluang yang diberikan untuk naikkan ekonomi kawasan mereka. Produk pelancongan kena jaga sebab kebersihan point pertama pelancong akan ambil tahu.

      Padam
  7. Uniknya air terjun tu. Terowong tu macam jauh je perjalanan dia. Cantiknya sakura putih, jarang nampak warna putih.

    Haa topeng hantu tu menakutkan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      Ya dalam juga terowong tu nak Jalan. Siang siang pun nampak scary topeng tu kat bawah bumbung kedai, kalau malam tak tau lah tahap scary nya, lagi ni kawasan kira Kampung.

      Padam
  8. Salam Bahagia Diana,

    Diorang biar di luar je begitu. Ya kan tak terfikir lak Tukang Kebun tiada pula yang pergi ambil malam2. Banyak juga kedai lain decoration luar macam2 pun begitu tapi takde kena vandalism kat area sana. Mungkin ada CCTV kut.

    BalasPadam
  9. Tengok pemandangan kat sana boleh sebagai terapi mata..indah sekali!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Shida,

      Benar therapy mata yang baik.

      Padam