Salah satu planning yang mesti ada semasa Jalan Jalan Japan adalah mesti ada paling kurang pun dapat 1 malam tidur di tempat penginapan yang mempunyai kemudahan mandi hot spring tersendiri. Puaslah Tukang Kebun survey harga ingatkan kali ini nak merasa rendam hot spring menghadap Gunung Fuji ataupun di mana-mana kawasan keliling Gunung Fuji tetapi kebanyakkannya ketika itu terlebih-lebih over dari budget kami (nak kira 5 orang kan). Kemudian pilihan lain Tukang Kebun fikir tempat-tempat yang nak dilawat lepas habis program di Tokyo (related posting klik sini). Trip lepas selesai kerja di Tokyo sambung jalan-jalan sebenarnya berkisar dengan mana dapat tempat penginapan hot spring yang masuk budget.
Akhirnya menerusi laman sesawang Rakuten Japan (versi Jepun), Tukang Kebun terserempak dengan pakej penginapan hot spring di suatu kawasan boleh kira pendalaman dalam pergunungan di Jepun dengan harga sangat murah jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain yang semuanya lebih 2 kali ganda jumlahnya. Sampai resitnya Tukang Kebun simpan sebagai kenangan seperti gambar di atas. Kalau harga begini biasanya baru dapat jumlah untuk 2 pax atau kalau luxury resort harga untuk seorang ni. Tak sangka pula semurah ini dari kebiasaan, sampai Tukang Kebun mula-mula ingat nak tidur 2 malam. Tetapi kalau 2 malam harga jadi dua kali ganda lebih pula lagi satu malam kalau booking antara Jumaat ke Ahad. Jika check in hari Isnin ke hari Khamis dapat harga murah sebegini. Tips bagi nak buat perancangan tidur hot spring harga budget pilih yang check in pada hari kerja keesokkan harinya. Lagipun kali ini pergerakkan dengan kereta sewa jadi tiada masalah nak ke kawasan pedalaman dalam lembah pergunungan. Ada juga tempat penginapan yang ambil pelawat di stesen keretapi terdekat mengikut jadual waktu yang disediakan.
Selepas bersiar-siar di sekitar kawasan Tasik Chuzenji , Nikko (related posting klik sini), kami bergerak ke kawasan Yunishigawa untuk ke penginapan hot spring ini yang berdekatan "Heike no sato" masih di dalam negeri Tochigi. Kawasan Yunishigawa ini memang kalau di Jepun dah dianggap pendalaman terceruk dalam kawasan gunung-ganang. Kawasan ini pun dah berapa kali kena gampa bumi. Penempatan ini berkembang pun sejarahnya hubungkait dengan keluarga samurai mereka lari dari kena bunuh dan sorok di tempat yang sukar bagi musuh mereka untuk masuk ke kawasan ini. Generasi moden bangunkan tempat ini jadi tempat pelancongan hot spring resort. Selain dari hot spring resort ini, ada juga beberapa resort di kawasan ini. Gambar pertama di atas tu yang macam motif rama-rama itu kiranya signature kerabat samurai (samurai clan) itu dahulu lah. Pakaian ala yukata yang disediakan tu di belah belakang vest ada cop mohor kaum kerabat diorang lah. Pintu gerbang masuk diorang pun gempak, jadi anak-anak excited sungguh masa sampai.
Hiasan rekaan biliknya pun unsur tradisional, siap rak kasut pun style authentic gerobok zaman dahulu di ruang masuk. Terkejut masuk bilik terus ada hiasan kimono tergantung dalam bilik merah menyala. Jarang pula nampak bilik penginapan begini berani hias benda yang harga mahal. Bilik kami tiada tandas atau bilik mandi tetapi ada sinki air untuk berus gigi atau basuh tangan. Tandas konsep berkongsi ada di korridor jalan berdekatan sahaja, manakala kalau nak mandi kena pergi tempat khas mandi berdekatan kolam air mata panas.
Decor tempat ni memang banyak barangan antik dengan harga tak hairan berjuta-juta keseluruhan jumlahnya. Di kawasan reception gambar ketiga di atas ini pun penuh dengan hiasan antik. Siap ada pameran pakaian perang samurai yang original lagi dalam peti kaca dari nek moyang mereka.
Gambar-gambar menggapit perenggan ini pun kawasan lepak-lepak minum kopi pun penuh dengan hiasan ukiran kayu yang harganya pun pasti boleh beli satu kereta kecil paling kurang. Kawasan korridor kedengaran alunan muzik ala-ala ghibli studio buatkan rasa seperti berada di dalam taman tema.
Bagi peminat animasi Ghibli Studio pasti tau rasa feeling apa yang dikaitkan bila ada cerita lokasinya di resort penginapan tradisional air panas. Peminat mesti teringat movie animasi "Sen to Chihiro no Kamikakushi" (Spirted Away). Di mana dalam animasi tersebut seorang kanak-kanak perempuan termasuk ke dalam alam bunian dan terpaksa bekerja di resort air panas. Tempat mandi air panas dipisahkan lelaki dan perempuan dan dengan warna tirainya berbeza iaitu merah-perempuan dan biru-lelaki. Boleh juga sewa khas bilik mandi sendiri dengan pondok-pondok asing di laman luar untuk privacy bersama keluarga.
Bila jalan ke tingkat-tingkat lain macam sepi sahaja kecuali bunyi alunan muzik. Rupa-rupanya ramai juga pelawat Jepun lain sehinggakan restoran semua meja makan penuh. Decor di tingkat lain siap di tepi pintu masuk ada almari style Jepun tengok harga pun boleh tahan nilai dia ni. Ada juga tempat lokasi untuk siapa nak main ping pong atau karoake.
Sungai Yunushi yang mengalir di belakang ryokan ini di mana kita boleh amati pemandangannya sambil berendam air panas di kolam luar. Kalau dah berendam air panas lama bolehlah tahan cuaca sejuk di luar ambil angin segar sekejap sebelum makan malam sebab badan dah dipanaskan terlebih dahulu. Kawasan ini memang salji tebal kalau musim sejuk dan boleh rasa perbezaan suhu yang besar pada waktu siang dan malam.
Makan malam style buffet dan banyak betul pemilihannya tersusun dalam mangkuk-mangkuk kecil tersedia. Kebanyakkannya adalah makanan tradisional kawasan Yunishigawa ikut musim. Banyak pilihan sayuran kampung atau tumbuhan hutan bersama campuran tauhu atau kulit tauhu bahan dari kacang soya. Lagipun salah satu makanan tempatan kawasan Nikko pun kebanyakkannya dari kacang soya macam "Yuba" yang sedap juga kita masukkan dalam makanan kuah kuning lodeh tu kan. Papa ambil kesempatan makan beberapa ekor ikan sungai panggang dengan kayu arang yang biasa dijual kat tempat pelancongan nama ikan ayu tu (related posting klik sini). Dia kata makan puas-puas sebab seekor pun biasa 500 yen (RM20). Anak-anak memang ambil kesempatan makan kuih tradistional mochi habis-habisan yang disusun macam dango, entah berapa cucuk seorang makan agaknya. Ada pelbagai jenis sayur jeruk juga , salah satunya sayur labu berbentuk air labu sayung tu tapi kecil tak sampai 5cm panjang pun dijerukkan. Berbaloilah makan malam dia banyak yang kita boleh makan.
Hiasan di restoran pun menarik siap ada patung beruang awet. Bukan itu sahaja ada beberapa ekor jugalah patung beruang awet di lokasi-lokasi lain. Banyak barang-barang heirloom dari berapa generasi moyang kumpul agaknya.
Selepas makan bila masuk bilik tidur sudah siap terhampar tilam untuk tidur. Anak-anak ni suka juga melayan tengok channel TV local Jepun. Awal pagi lagi sebelum anak-anak bangun kami pergi mandi air panas lagi. Papa Abby di penginapan hot spring kali ini sempat juga buat kawan Jepun yang masih lagi dia message di facebook dia. Pasangan cikgu suami isteri Jepun yang suaminya mengajar Bahasa Inggeris dan mereka jenis suka travelling luar negara. Suaminya yang menyapa papa Abby dulu masa berendam dalam kolam air panas, curious agaknya pelancong Mat Melayu sesat di sini sebab semua pelawat-pelawat masa kami di sini adalah orang tempatan macam mana boleh tau resort ni. Tempat ini pula tak mudah pergi kalau dengan public transport. Papa ceritalah macam mana mama Abby yang cari tempat ni dengan harga murah sebegini. Patutlah penuh juga resort ini sebab orang Jepun pun kata murah dari biasa. Pasangan suami isteri ni memang peramah, sebab kebetulan belah Tukang Kebun pula isterinya yang menyapa juga, kami pun duduk borak-borak. Masa tu mereka baru seorang anak lelaki umur setahun lebih sama-sama mandi dengan maknya, baru-baru ini mereka dikurniakan sepasang kembar lelaki dan perempuan, bestnya.
Dah hampir waktu sarapan barulah kejutkan anak-anak bangun. Semasa sarapan pun banyak pilihan yang boleh dimakan. Kalau biasa pergi Sushi King atau Zanmai biasa dalam menu ada "Agedashi Tofu" kan ni kegemaran Tukang Kebun. Banyak menu sayur-sayuran atau plant-based. Telur rebus dalam hotspring "Onsen Tamago" pun ada ni pun kegemaran Tukang Kebun dia rasa masin-masin sikit. Kalau anak-anak ambil kesempatan meratah seaweed kering sebab kalau di Malaysia mahal. Kenyang sangat makan.
Jika ada pembaca yang ingin melawat Jepun suatu hari dan buat perancangan sendiri bolehlah datang menginap di sini dan di bawah ini Tukang Kebun sertakan link website dia untuk tengok-tengok kemudahan resort penginapan hot spring ini.
Official Website tempat penginapan: https://agehanoyado.jp/
Jika yang bercadang untuk naik public transport melawat kawasan Nikko boleh juga menginap di kawasan Kunigawa Onsen boleh naik keretapi dan bas awam juga ada (related posting klik sini). Kawasan Kunigawa ini pun banyak penginapan resort hot spring (related posting klik sini).
Bestnya melancong ke Jepun
BalasPadamSalam Bahagia Warisan Petani.
PadamAsyik rasa nak mencari rezeki dapat pergi ke Jepun lagi. Memang seronok ke sana.
Seronok baca post Tukang Kebun ni. Buat saya teringat masa saya bercutí dengan orang tersayang di Kinosaki Onsen di penghujung tahun 2015, kali terakhir saya diJepun. Kinosaki tu pekan hot spring kecil ditepi laut Jepun dalam sejam setengah naik train dari Kyoto. Best jalan2 dentengok gan orang yang tersayang sambil singgah berendam kat onsen-onsen disitu. Kat pekan tu siap ada kabel car naik atas bukit untuk pemandangan yang cantik. Seafood, especially ketam kat situ pun best sangat. Really miss all that.
BalasPadamSalam Bahagia Annie,
PadamKinosaki ni memang dah berkurun tempat popular destinasi pelancongan hot spring kan. Saya pun belum berkesempatan ke Kinosaki. Moga ada rezeki juga suatu hari nanti.
Happy to know yang Annie enjoy baca posting ini boleh imbas memory bersama orang tersayang.
telur rendam dalam onsen..bestnya banyak makanan yg boleh kita makan..
BalasPadamSalam Bahagia Sis Nohas,
PadamNasib baik juga banyak makanan pilihan yang kita boleh makan. Nasi pun macam2 jenis mereka tanak dengan bahan-bahan lain. Ada tanak dengan Kacang merah, ada juga dengan Sayur bermusim.
wah bestnyaa melancong ke jepun..iena tak pernah ke Jepun lagi..teringin nak pergi sana :D
BalasPadamSalam Bahagia Iena,
PadamInsyaAllah suatu hari nanti ada rezeki lawat Jepun.
Menariknya saya tgk TK dan family bercuti di sana..
BalasPadamteringin nk melancong..ke sana :)
menarik sgt tempat2 TK lawati..
Salam Bahagia Shida,
PadamBerbulan juga planning ni sebab bukan guna guide, puas mencari harga mampu. Banyak sahaja tempat yang boleh dilawati tanpa gunakan banyak kos.
Best ni menginap sekali ada hot spring. Tak payah ketempat lain dah. Suka tengok barang antik. Barang antik tak ada yang murah murah. Semua mahal mahal. Lagilah kat jepun tu. Super mahal. mampu tengok je lah :)
BalasPadamSalam Bahagia Sis Azhafizah,
PadamBetul tu kekadang ada juga yang kita boleh pergi bayar untuk mandi sahaja. Tapi kalau dah senja, dah penat berjalan tambahan pula cuaca sejuk menjadikan malas nak keluar travel ke tempat lain.