Our last stop semasa Jalan Jalan Jepun 2019 ialah di Hitachi Seaside Park yang terletak di negeri Ibaraki. Tukang Kebun teringin nak melawat taman yang luas beratus hektar ini yang terkenal dengan pelbagai koleksi bunga kembang indah setiap musim yang berlainan. Tukang Kebun check calendar musim bunga Hitachi Seaside Park ini masa hujung bulan March dan awal bulan April ialah musim bunga Daffodil. Masa Jalan Jalan Jepun 2017 ada Tukang Kebun kira-kira ingat nak ke sini tapi masa tu dah seperti habis musim pokok kochia yang bertukar warna dari hijau ke merah apabila tiba musim luruh. Musim luruh ramai pelawat datang ke Hitachi Seaside Park untuk melihat keindahan pokok kochia bertukar merah menyala dan juga pokok bunga cosmos mekar meriah di kawasan luas bersebelahannya.
Seronoknya lah melihat kawasan pokok daffodil sedang hampir mekar serentak kesemuanya yang luas pemandangan. Macam masuk ke hutan pari-pari.
Kebiasaannya pokok daffodil berwarna kuning terang tetapi sekarang ni terdapat banyak kacukan baka moden baru yang ronanya dari warna krim, warna jingga dan bi-warna. Kalau anak-anak Tukang Kebun panggil bunga mulut itik hehehe...
Pelbagai jenis baka yang jarang dilihat boleh dinikmati di koleksi taman daffodil di Hitachi Seaside Park ini. Biasanya musim pokok daffodil akan berbunga dahulu dan tidak lama disusuli dengan musim pokok bunga sakura.
Pokok di bawah ini Tukang Kurang kurang pasti jenis apa tapi macam pokok bunga narcissus kerana ia mirip bunga daffodil. Cuma perbezaannya ialah pokok bunga daffodil setangkai cuma keluar satu bunga dan pokok bunga narcissus pula dia satu tangkai ada beberapa kuntuman bunga. Kedua-duanya daffodil dan narcissus adalah dari jenis pokok bunga yang tumbuh dari bibit bentuk bawang. Bibit bawang daffodil adalah lebih besar dari bibit bawang narcissus. Kalau pokok daffodil yang matang sudah beberapa tahun berbunga biasanya bibit bawangnya tu lebih besar dari bawang besar yang kita masak di dapur. Walaupun tidak kelihatan bawangnya tu yang tersorak di bawah tanah. Semasa musim sejuk daun pokok daffodil akan layu dan kering, nanti bila tiba semula penghujung musim sejuk akan tumbuh keluar pucuk daun baru dari tanah.
Pokok bunga yang tumbuh dari bibit bawang sebenarnya sangat mudah untuk dijaga. Kitaran hidupnya amat mudah ikut peredaran musim. Bila keluar pucuk semula dari bawang yang tidur di dalam tanah, nanti dia berbunga, apabila bunga dah layu, daun akan kumpul tenaga semula, kemudian dekat musim sejuk akan layu dan kering, dah nak habis musim sejuk bangunlah ia semula. Anak-anak pun dah kepuasan jadi model untuk maknya ambil gambar bersama bunga duduk rehat dulu sementara maknya masih pusing-pusing belek bunga.
Gambar di bawah ini macam buah anggur purple keluar dari tanah pun jenis pokok bunga dari bibit bawang iaitu kekadang panggil pokok bunga muscari atau grape hyacinth.
Di dalam Hitachi Seaside Park ini ada juga kawasan rumah-rumah traditional di mana terdapat juga disediakan permainan tradisional Jepun untuk bagi generasi muda merasa cara mainan zaman kanak-kanak orang dahulu. Kawasan di sini luas boleh juga sewa basikal untuk ronda-ronda dalam taman ini.
Ada juga bidang tanah di dalam ini ditanam khusus untuk sejenis herba yang asalnya dari China iaitu Chinese milkvetch (Astragalus sinicus) yang digunakan untuk suburkan tanah sebagai green manure.
Musim bunga yang terkenal juga di kawasan ini ialah bila tibanya musim bunga nemophila berwarna pastel blue ini pada bulan Mei setiap tahun. Banyak iklan buat pengambaran berlatarbelakangkan bidang tanah pokok nemophila ini sedang berbunga.
Pokok bunga nemophila ini kecil sahaja saiz pokoknya macam rumpai sahaja kalau tak berbunga, tetapi bila bunga serentak dengan banyak padat tentu sahaja kelihatan menawan. Sebelum tiba musim bunganya cuma kelihatan menghijau seperti gambar di bawah.
Ada juga kawasan mini taman botani dalam Hitachi Seaside Park ini dan kali ini yang menarik perhatian Tukang Kebun ialah jenis pokok yang ditulis di situ adik beradik keluarga limau/citrus (mikan kalau Jepun adik beradik limau mandarin tu). Kemudian nama pokok ini yang tertera adalah "Miyamashikimi". Bergugusan cantik pula bunga yang masuk dalam keluarga citrus ini. Bila Tukang Kebun google buahnya tak besar, kecil macam guli warna merah apabila ranum.
Of course masa ini pun dah mula pokok-pokok bunga sakura di Hitachi Seaside Park dah kembang mekar. Cuma kekadang kesian kat pokok bunga daffodil ini jadi overshadow dengan popularity pokok bunga sakura oleh pelawat antarabangsa sebab musim kembang mekar daffodil tu tak berapa jauh susulannya dengan pokok bunga sakura. Daffodil kalau tumbuh luas seperti itu pun dazzling juga kan.
cantiknya kak... ralit nengok bunga nya, serata je semua
BalasPadambunga yang pepel tu pun aduhai comel sangat...
Salam Bahagia Dana,
PadamMemang ralit Dana susah nak bergerak hehehe...
kali pertama tengok anggur purple yang keluar dari tanah..Suka tengok bunga2 tu..canti sngat2
BalasPadamSalam Bahagia Andaiannya,
PadamMemang kalau tak berbunga tak perasan purple hyacinth tu tumbuh kat padang rumput tu.
Next trip nak pergi Ibaraki la.. sbb cantik gila...
BalasPadamSalam Bahagia Atie,
PadamIbaraki pun banyak tempat2 menarik kalau Atie biasa travel nak masuk summer season. Lagi dekat dengan Narita airport sebelah negeri Chiba je.
Cantiknya pemandangan! Mula-mula pandang seperti taman bunga tulip, bila tengok dekat-dekat baru ada rupa daffodil. Maklumlah... mata dah enam hahaaa.!
BalasPadamSalam Bahagia Kak Amie,
PadamKalau dari jauh mungkin teringat taman tulip seperti di Holland. Bunga tulip season dia lambat sikit. Macam sebulan selepas musim sakura.
Indahnya taman bunga tu tukang kebun :)
BalasPadamSalam Bahagia Shida,
PadamMacam di alam fairy hehehe...
sukanya taman bunga macam ni..ala2 kt Holland..
BalasPadamSalam Bahagia Sis Nohas,
PadamSetanding dengan kat taman di Holland kan.
Kalau nak rasa pengalaman musim bulan kena datang hujung bulan March dan awal bulan April lah kan. Cantik sangat kalau dipenuhi dengan bunga-bungaan. Sebut Mikan teringat mikan dalam JKK kampung kalut tu.
BalasPadamSalam Bahagia Sis Azhafizah,
PadamKalau musim Bunga daffodil dan sakura, hujung2 bulan March dan awal bulan April,
Kalau Nemophila yang kebiruan tu bulan May.
Salam Bahagia Diana,
BalasPadamBiasa kalau Bunga camni diorang tak potong terus hias dengan Bawang nya lagi tahan lama dan segar.
Banyak nya bunga2, melaut kekuningan. Tentu lah seronok berada ditempat tu .
BalasPadamSalam Bahagia Aunty meintheswim,
BalasPadamAsyik tengok sakura je masa time ni, nasib ada rezeki juga nak nikmati pokok-pokok Bunga lain. Jarang juga nak dapat lautan kuning.