Sekarang ini memang 100% kepastian sejak mula PKPB kami mesti makan sayur petola segi. Ini adalah hasil petak sayur baru yang atuk Rayyan usahakan pada mulanya fasa pemulihan PKPP. Kali ini Tukang Kebun tukang petik sayur je takde sumbangan apa-apa dengan pembukaan petak sayur ini. Petak sayur ini memang projek yang diberikan oleh nenek Rayyan kepada atuk Rayyan yang memang dah sepenuh masa di rumah lepas tamat kontrak kerja setelah berumur 70 tahun. Atuk Rayyan memang boleh dikatakan masih level beginnerlah dalam menanam sayuran ni (sebab selama ni mak yang berkebun sepenuh masa).
Kebetulan terjumpa pula video yang Tukang Kebun rakam kenangan tengok atuk Rayyan buat batas ini masa kami datang melawat lepas dah boleh bergerak dalam fasa pemulihan. Tidak sangka pula sekarang batas sayur atuk Rayyan ini pula sumber sayuran kami masa PKPB ini. Masa Tukang Kebun datang lawat atuk Rayyan sedang proses gembur-gemburkan tanah batasnya. Mula-mula Tukang Kebun terkejut tengok, adakah gali tanah ke gali batu. Besar-besar batu yang dikorek keluar dari tanah macam isipadunya lebih dari tanah digemburkan pula.
Video link : (https://youtu.be/1epF4FcGhd8)
Tukang Kebun nak bagi motivasi kepada teman-teman yang rasa down sikit sebab di kawasan perumahan selalu rasa tanahnya keras dan berbatu berstruktur tanah liat merah. InsyaAllah kalau perlahan-lahan diusahakan kita korek tanah dan keluarkan batu, campur bahan organik di dalamnya sambil gembur tanah makin lama makin subur. Tanah kalau tiada bahan organik untuk makanan mikroorganisma memang susah nak jadi subur kalau dibiarkan sahaja. Don't strive for perfection sebab gardening secara organik memang tak akan sempurna rupa wajah hasilnya. Tapi selamat nak dimakan walaupun sayur-sayuran tu dah berapa kali kena kissmark. Dalam petak sayur atuk Rayyan ni Tukang Kebun tengok main tanam je apa yang boleh hidup sendiri dengan jayanya. Dalam batas sayur ini ada petola, cili burung, kacang panjang, dan kunyit yang dah berikan hasil dalam keadaan macam mini hutan tu setelah 3 bulan petak sayur ini mula diusahakan.
Tak juga semua buah petola yang banyak berbuah tu dapat dimakan sebab jadi buruk terbantut kena tebuk banyak kali, tapi masih cukup ada habuan kami walaupun dibiarkan sahaja. Kekadang tak perasan atau teringat nak ambil jadi keras tua. Jika berminat bolehlah tonton video (2:35 minit di atas).
Kalau kebun sayur atuk Rayyan ini kena tutup keliling dengan pagar nanti habis pokoknya terkeluar dari tanah pula akibat ayam-ayam kais tanah. Batu-batu besar yang dikorek keluar tu bolehlah jadi penahan pagar keliling petak sayur ini. Ayam-ayam ni pula bukan musim bertelur pula sekarang ni. Kalau musim bertelur sampai tak termakan.
mesti seronok dpt mkn masak sayuran hasil tanaman sendiri kan :)
BalasPadamSalam Bahagia Sis Shida,
PadamPetola segar bila terus masak bau Harum bangkit selera.
bestnya ada kebun sendiri, tanaman sendiri
BalasPadamSalam Bahagia Atie,
PadamSyukur Alhamdulillah boleh usaha dapat tanaman sendiri.
sayur petola ni masak air manis je...
BalasPadamkebun banyak batu2 besar, Alhamdulillah, tanaman semua menjadi..
Salam Bahagia Sis Nohas,
PadamYa manis jadi kuahnya bila ada Petola.
Syukur Alhamdulillah batu2 besar tak jadi halangan untuk dapatkan hasil tanaman.
Sayur petola masak tumis air campur suhun sedap tu. Lagi sedap makan petola fresh tanam sendiri. Berbudi pada tanah, dapat hasilnya memang puas hati 😊
BalasPadamSalam Bahagia Sis Azhafizah,
PadamYa masak dengan suhun sedap kan.
Memang puas hati segar dan selamat di makan.
Aku belum pernah coba sayur petola :) Senangnya punya kebun sendiri :)
BalasPadamSalam Bahagia Dunia kecil Indi,
PadamInsyaAllah suatu hari nanti ada peluang rasanya Petola.
Hebat you bercucuk tanam ��
BalasPadamSedap petila ni, baru haritu buat masak lemak ��
Salam Bahagia Syaz,
PadamBercucuk tanam ni bagus hilang kan stress. Saya pun tak sangka terjebak dalam Bercucuk tanam.
Masak lemak pun sedap kan. Sayur ni pun tak ambil masa nak masak.
Salam Bahagia Sis Diana,
BalasPadamAyam yang nampak Gebu warna coklat dalam gambar tu yang baka jenis ayam telur. Ayam telur memang rangka begitu.
InsyaAllah lama2 kalau dah selalu meneman dalam kebun mereka dah jadi lali dengan serangga. Mudah nak mohon bantuan bahan tak cukup atau terlupa ambil semasa masak.
Teringat dulu-dulu waktu kecil, ikut emak pungut sayur-sayuran di batas sayur. Ada kacang panjang, cili padi, kacang botol, petola dan lain-lain. Memasak sayur yang baru dipetik dari pokok memang aromanya sungguh menyegarkan dan terasa manisnya!
BalasPadamSeronok tengok suasana kebun dlm video tu , seronok dapat memetik hasil tanaman.
BalasPadamRumput dan tumbuhan liar senang pula hidup di tanah keras dan berbatu batu . . .
Salam Bahagia Aunty meintheswim,
PadamKalau ada tumbuh rumput dan tumbuhan liar, InsyaAllah there is still some hope with some work to get some fresh produce from the soil.