Dua hari terakhir untuk Jalan-jalan Jepun bagi memudahkan episode merakam kenangan hari ini, kita mulakan dengan tempat pertama persinggahan selepas check out dari tempat penginapan hot spring di Yunishigawa iaitu Agehanoyado (related posting klik sini). Tempat pertama persinggahan ialah di tempat berehat di tepi jalan iaitu Yunishigawa Mizunosato tertarik dengan kecantikan jambatan gantungnya dan di sini ada kolam air panas untuk rendam kaki yang percuma di luar bangunan sambil menikmati pemandangan. Yang ingin melihat apalagi yang menarik di Yunishigawa Mizunosato roadside rest area boleh juga lawati laman sesawang mereka seperti di bawah.
Yunishigawa Mizunosato Website Link ( https://yunishigawa-mizunosato.jp/)
Kemudian perjalanan yang diteruskan telah direkodkan pada posting sebelum ini untuk pemandangan menarik dari Yunishigawa hinggalah hampir ke kawasan Nasushiobara pula (related posting klik sini).
Bila masuk berdekatan kawasan Nasushiobara yang masih dalam negeri Tochigi cuaca sudah mula mendung dan hujan ketika itu menyebabkan cuaca makin sejuk apabila mengikuti Route 400 dalam peta Jepun. Tiba-tiba kami rasa tertarik nak berhenti di suatu perhentian sebelah apabila perhati banyak kenderaan masuk berhenti ke sini. Tarikan utama pelawat ketika itu ialah terpesona melihat tempat letak kenderaan berderet dengan pokok sakura yang sedang mekar penuh.
Dalam keadaan sejuk di luar, keindahan mekar deretan panjang pokok sakura ini memang ada kuasa memanggil-manggil travellers yang sudah bosan di dalam kenderaan untuk berhenti dan buat senaman ringan di luar sambil menikmati bunga sakura yang menceriakan suasana mendung. Apalagi dengan warna bunga sakura di sini agak kelainan warnanya dari biasa yang dilihat di dalam bandar seperti Tokyo.
Memang cuaca di kawasan pedalaman Jepun ini sejuk, sebab hari ini je anak-anak pakai sarung tangan kalau tengok dalam archives gambar untuk lawatan Jalan Jalan Jepun 2019. Anak-anak pun dah kepuasan dalam kereta, sejuk pun nak bermain sekejap di luar. Perjalanan dalam 100 kilometer lebih sahaja dari Yunishigawa ke Air Terjun Fukuroda jika tengok peta dan jalan tak banyak kereta lalu kawasan kampung. Tapi mengambil masa lama kerana jalan berliku-liku lalu kawasan pergunungan.
Di hadapan tempat letak kereta ada kebun strawberry jika ada pelawat nak beli atau petik sambil makan dalam kawasan kebun. Harga petik sendiri sambil makan dah tak berapa ingat harga masuknya, rasanya lebih 1000 Japanese Yen untuk seorang. Tukang Kebun tak masuk terlebih budget jadi beratus-ratus Ringgit Malaysia kalau kami sekeluarga. Lagipun anak-anak dah rasa makan strawberry masa Tukang Kebun belikan di supermarket kawasan Asakusa bawa balik hotel. Negeri Tochigi ini memang terkenal dengan antara pengeluar terbesar strawberry di Jepun.
Bersebelahan dengan kebun strawberry ini rupa-rupanya adalah tempat rehat tepi jalan macam R&R lah iaitu Yunoka Shiobara. Dalam kawasan ini boleh panaskan badan sambil melihat produk tempatan. Tukang Kebun pun borong banyak cenderahati yang dah siap wrap dalam kotak nampak cantik local delicacies. Berkotak-kotak beli untuk diagih-agihkan kepada cikgu kelas anak-anak di Sekolah Kebangsaan dan KAFA hehehe...ambil hati cikgu sebab anak-anak ada kami awalkan cuti sekolah beberapa hari sebelum bermula cuti semester. Senang sebab boleh berikan 1 kotak masing-masing ada dijual sini yang kotak saiz kecil (20 X 15cm) dan cukup kuantiti untuk cikgu kongsi sekeluarga dengan harga amat berpatutan. Papa Abby pun tambah lagi tumpang beberapa kotak untuk kawan-kawan kerja. Kalau jenis yang kuih mochi dengan inti buah tempatan bermusim tu adalah sekurang-kurangnya 6 ketul sekotak. Kalau baca bahan-bahannya banyak yang jenis boleh dimakan.
Sebenarnya seronok berhenti sekejap berehat di tempat roadside rest area di Jepun sebab di sini kita boleh tengok produk segar tempatan. Tambahan pula harganya juga murah dari biasa dan segar. Tukang kebun pun ada juga singgah beberapa tempat R&R sepanjang Jalan Jalan Jepun 2019. Tukang Kebun dapati produk di roadside rest area adalah amat menarik kita tak dapat di tempat lain dan harganya lebih murah. Kalau singgah roadside rest area yang ada market local product memang susah resist dari nak membeli. Ada juga restoran di Yunoka Shiobara ini macam mee soba untuk pelawat nak alas perut. Selain itu ada juga bakeri dan makanan snack pelbagai pilihan. Memandangkan Jepun ini negara 4 musim, untuk memudahkan kita rancang perjalanan dan mengetahui produk yang ada dikeluarkan pada ketika itu, boleh check website Yunoka Shiobara dahulu. Walaupun tak reti baca Jepun tapi tengok gambar pun kita boleh agak-agak juga.
Yunoka Shiobara Website : http://agripal-shiobara.com/
Cantik hiasan dalam tempat rehat ini dan Tukang Kebun pun dah lupa panggil apa nama hiasan tergantung ini dengan pelbagai jenis hiasan. Ada juga musician sukeralawan entertain pelawat semasa kami di situ, siap nyanyi lagu evergreen omputih welcome international tourist, a very warm welcome. Antara aktiviti seronok semasa travel driving sendiri dalam Negeri Tochigi adalah persinggahan di Roadside Rest Area. Di Jepun Roadside Rest Area ini dipanggil Michi-no-Eki (Michi = jalanraya, Eki = stesen), literal translation Stesen Jalanraya. Senarai Michi-no-Eki di Negeri Tochigi boleh check out website ini (CLICK SINI). Yang menariknya ada beberapa tempat R&R dalam negeri Tochigi ini ada kemudahan hotspring.
Kemudian kami meneruskan perjalanan dan ternampak pula banyak kereta berhenti singgah di sebuah tempat kawasan penternakan lembu. Tempat parking dia sangat cantik berderet pokok besar tinggi jenis cedar. Lalu singgahlah sekejap teringin pula nak minum susu lembu segar. Di sini pun terdapat pelbagai produk tenusu seperti cheese dan lain-lain. Apa yang menarik lagi ialah ada restoran yang tempat boleh makan yakiniku atau daging lembu slice panggang atas hotplate. Jika yang bukan muslim bolehlah mencuba aroma sangat memikat. Tempat ini namanya Senbonmatsu Farm ada pelbagai aktiviti lain boleh enjoy di sini. Luas kawasannya tetapi masa tidak berapa mengizinkan dan kami cuma singgah kedai dan tandas sahaja. Yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai Senbonmatsu Farm boleh check website mereka (KLIK SINI).
Seperti De javu pula rasa lalu kawasan Shiobara route 400 ni macam kawasan Gunung Fuji antara pekan Fuji hingga negeri Yamanashi. Di mana adanya kawasan ladang-ladang lembu (related posting klik sini) dan sama jenis buah-buahan banyak yang terdapat di Yamanashi. Mungkin sebab dua kawasan ini memang betul-betul dalam kawasan lembah pergunungan dan seperti negeri Yamanashi, negeri Tochigi pun tiada sempadan dengan laut. Betul-betul di tengah daratan pulau besar Jepun ni. Bentuk permukaan landscape geologi mereka mirip kemungkinan menjadikan jenis produk pertanian pun sama. Jika teman-teman tak cukup masa nak ke Gunung Fuji, di dalam negeri Tochigi ini pun banyak tempat lebih kurang sama produk-produk pelancongan dengan area kawasan Gunung Fuji. Negeri Tochigi ini memang banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Jika ada rezeki masa, InsyaAllah nak cuba juga fokus buat satu posting compile pasal tempat-tempat menarik di Tochigi.
Apabila dah merentas negeri dari Tochigi ke Ibaraki pula, Tukang Kebun perasan sudah banyak tempat sepanjang perjalanan ke air terjun Fukuroda yang mempunyai kebun teh (related posting klik sini). Terdapat juga kedai-kedai yang khusus menjual produk teh di dalam negeri Ibaraki ini di tepi jalan. Siap ada satu tempat persinggahan ini ada kincir angin berdekatan dengan tandas awam dan kedai menjual teh berdekatan. Tukang Kebun tak ingat tempat ini dipanggil apa cuma landmark tepi jalannya seperti patung di atas.
Bila lalu tempat ini lagi buat Tukang Kebun rasa dejavu macam lalu di kawasan dekat Fujinomiya, negeri Shizuoka yang nampak Gunung Fuji dengan kebun teh yang luas mata memandang (related posting klik sini). Cuma di kawasan ini kebun teh taklah seluas seperti yang dilihat di Shizuoka.
Yang ni menarik, kebun teh yang Tukang Kebun nampak bersebelahan dengan rumah tuan tanah dengan pokok sakura mekar indah di tempat kuburan keluarganya.
Hutan Conifer yang menarik seperti di Eropah tapi uniknya di Jepun ada rumpunan pokok-pokok buluh di depan.
Manis tidak strawberi di sana?
BalasPadamSalam Bahagia Sis NA,
PadamTengok jenis juga.
Yang masam diorang suka celup dengan susu pekat.
cantiknya sakura... i pergi always dah dekat nak masok summer.. so no more sakura :(
BalasPadamSalam Bahagia Atie,
PadamDah dekat summer boleh tengok bunga lain macam sunflowers. Kekadang transition spring summer musim pokok Bunga iris.
Teringin duduk santai di bawah pohhon sakura sambil menikmati kelopak-kelopak merah jambu berguguran ke bumi!
BalasPadamSalam Bahagia Kak Amie,
PadamSeronok juga tengok dia berguguran kelopaknya kecuali kalau mendung nak hujan tu sejuk gak Kak Amie cuaca.
cantiknya warna bunga sakura bila close up. In real apatah lagi kan cantiknya. R&R jepun dan Korea memang best kan. Ada macam macam aktiviti boleh dibuat bila rehat selain foodcourt. saya pun tertarik dengan kebun teh mini dengan pokok sakura tu.
BalasPadamSalam Bahagia Sis Azhafizah,
PadamMacam poetic tengok bunga sakura tu redup kat kubur keluarga.
Subhanallah..Jepun antara negara yang SA nak sangat teroka...entah bila la impian jadi kenyataan...
BalasPadamSalam Bahagia Suria Amanda,
PadamInsyaAllah impian jadi kenyataan. Kami ni pun tak puas teroka Jepun.
mesti anak2 happy dapat ke sana :)
BalasPadamSalam Bahagia Shida,
PadamSyukur Alhamdulillah happy sangat2.
Perhatian saya tertarik kepada gambar hutan conifer mereka. Teratur pokok pokok nya.
BalasPadamSalam Bahagia Aunty meintheswim,
PadamLike giant green soldiers from far away.