Halaman

Khamis, 19 November 2020

PKPB Musim Bunga dan Buah Sayur Manis

Bulan November ni belek-belek pokok sayur manis terperasan pula di celah bawah tangkai daun ada pembentukan bunga sayur manis. Kuntuman bunganya berwarna hijau terlebih dahulu kemudian bertukar kepada warna krim kemerahan. Semasa keadaan PKPB ini nak elakkan keluar dari rumah untuk dapatkan bekalan sayur, salah satu sayur sentiada ada untuk dituai ialah sayur manis. Pokok sayur manis boleh tumbuh tinggi sekurang-kurangnya 2 mater dan biasa kami letak bersebelahan pagar. Kekadang pun boleh lupa yang ada pokok-pokok sayur manis di tepi pagar rumah. Pokok sayur manis tumbuh tinggi elok sahaja walaupun tanah merah kurang subur. Salah satu tindakbalas rangsangan pokok sayur manis dengan perubahan masa setiap hari ialah, bila dekat senja daunnya kelihatan seperti mengucup ke bawah dan bila matahari dah siang daunnya kembang lebar semula macam ada jam semulajadi (boleh tonton perbezaan di video link yang disediakan di bawah posting ini).
Selepas berbunga, pokok sayur manis juga menghasilkan buah yang bentuknya seperti buah manggis. Tetapi malangnya bahagian isi dia teramat nipis dan hampir keselurahan buahnya dipenuhi dengan biji benih.
Jika rakan-rakan suka makan masakan sayur manis yang bagaimana? Boleh kongsikan link resepi di komen ya. 



Biasanya Tukang Kebun suka mohon anak-anak yang sediakan sayur manis ini sebelum dimasak, bolehlah tengok macammana kids tuai sayur manis ini lepas mandi sungai di link video atas.

29 ulasan:

  1. Selalu jumpa sayur manis ni di Sabah Chicken Rice. Sedap makan panas-panas. Simple jew diorang masak. Hanya guna bawang putih, goreng kilas dan bubuh sos tiram serta pekatkan kuah dengan bancuhan air tepung jagung. Siap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,

      Wah best simple but delicious!

      Padam
  2. Oh, apa ya nama buah sayur manis kalau di Indonesia ...
    Tapi ngomong-ngomong kuperhatikan fotonya, baru kali ini aku lihat buah ini :).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Mas Himawan Sant,

      Macam buah manggis lepas masak tapi kecil sahaja, sedikit besar dari guli.

      Padam
  3. Dulu masa kecik selalu mak masak pucuk manis ni sebab tanam tepi rumah. nak tanam pun senang cucuk je batang dia tu kan. Biasanya masak tumis goreng pedas. atau masak lemak putih santan campur keledek manis. Sayur ni sedap, favourite saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      Benar mudah saja nak tanam boleh guna keratan nya. Hari tu ada ke keledek lupa nak campur sekali. Thanks Dear sharing.

      Padam
  4. sedap sayur manis ni kalau kak ana suka masak lemak dengan ubi keledek TK.

    BalasPadam
  5. Pucuk manis lebih lembut yang masih muda
    Untuk daatkan pucuk muda, pokoknya kena selalu dipangkas supaya tidak meninggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Pak Warisan Petani,

      Benar kena rajin pangkas supaya bercabang-cabang dan mudah dapat banyak pucuk manis.

      Padam
  6. dulu masa kecik dana suka kutip buah dia tu buat main... sebab cantik buah dia geram nengok

    mak suka masak tumis air, tumis pedas dan masak lemak putih dengan pucuk manis nih...
    dulu masa kecik kalau mak suruh petik memang suka tp lepas terjumpa ulat jengka kat pokok tu terus tak suka petik hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Dana,

      Terus traumatised ya nampak ulat jengka tu.

      Padam
  7. Balasan
    1. Salam Bahagia Pak Kang Latep,

      Makan raw pun sedap gaknya tu siput suka hehehe...

      Padam
  8. Kak suka sayur manis dengan ubi atau masak lemak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Kak Mala,

      Harap2 keledek yang kami tanam kena tinggal selamat lepas balik.

      Padam
  9. Di kampung asal saya dulu sayur ini popular juga. Kami buat masak lemak putih. Rebus ubi keledek dalam santan sederhana pekat campur daun sayur manis taruh sedikit bawang merah cili merah potong dan garam itu saja. Tetapi menu mesti ada ikan goreng sekali. Makan nasi mesti bertambah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Aunty meintheswim,

      Ngam makanan berkuah dan goreng. Yummy.

      Padam
  10. kecik2 dah rajin dan pandai pulak tu, bagus nya ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Syaz,

      Kalau nak pujuk mak nya rajin masak makanan kegemaran kena lah rajin tolong hahaha...

      Padam
  11. tak pernah makan dan tak pernah dgr pun nama ni... and and rajin nya diaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Atie,

      Ada panggil cekur manis atau asin asin.

      Padam
  12. Balasan
    1. Salam Sis Sophea,

      Salah satu jenis Sayur yang kekadang ada untuk pilihan dengan nasi campur.

      Padam
  13. suka masak lemak putih letak ubi keledek atau masak bening..manis je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Nohas,

      Wah ramai peminat Sayur Manis campur ubi keledek. Kena rajin buat juga ni bila ada stok ubi.

      Padam
  14. Salam Bahagia Diana.

    Oh ya kan boleh juga saya cuba nanti dengan baby potatoes tanam area tanah tinggi Ranau.

    BalasPadam
  15. Kalau kat taiping ni kak..tiap2 ptg atau mlm mesti hujan, tumbuhan hidup subur..lega xyah selalu nk siram hahahaa ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Shida,

      Tahun ni musim tengkujuh macam 1 Malaysia hujan lebat kan setiap hari.

      Padam