Halaman

Ahad, 8 November 2020

Restoran Warisan dan Pulau Pom Pom, Semporna

     Selepas check out dari Kawag Rainforest Lodge di Kawag, Lembah Danum (Posting Related -Klik Sini), kami bergerak ke Semporna. Malam pertama di Semporna, suami Tukang Kebun berikan cadangan untuk cuba sajian di restoran yang belum pernah pergi. Maka setelah check reviews kami bergerak ke Restoran Warisan. Restoran Warisan ini tidak terletak di dalam pekan Semporna tetapi pinggiran pekan Semporna dan jalanraya agak gelap. Restoran Warisan ini terapung di atas air laut dan bersambung dengan chalet yang baru sahaja siap dibangunkan ketika itu. Ada masjid berhampiran untuk menunaikan solat. Tetapi tempat letak kenderaan agak terhad, jadi ada juga penduduk kampung akan beri isyarat untuk masuk ke laman kawasan mereka dengan mengenakan yuran sewa parking.
Di tempat masuk restoran warisan ada sangkar-sangkar ikan. Tetapi pilihan makanan laut di sini tidak banyak berbanding tempat lain. Pada masa itu hanya ada 2 jenis pilihan ikan dan tidak ada pilihan untuk jenis makanan laut bercengkarang kecuali udang. Agak terkejut juga dengar pilihan ikan tak banyak bila memandangkan ikan-ikan yang berenang di depan restoran. Kami cuma buat pesanan 4 jenis juadah seperti di bawah ini. Kalau ikut tekak kami mungkin rasanya below average. Anak-anak ni tak laju makan walaupun ada juadah kegemaran mereka.
Hari berikutnya, kami buat aktiviti islands hopping, Pulau pertama yang dibawa oleh guide ialah di Pulau Pom Pom.
Anak-anak memang dah tak sabar nak mandi air laut. Pelancong-pelancong lain sibuk ambil gambar. Rayyan dan Abby dah masuk air dan explore marin life. Pelancong-pelancong dibawa ke Pulau Pom Pom untuk ambil gambar-gambar sebelum persalinan baju mandi untuk aktiviti seterusnya iaitu snorkelling.
Berapa kali nak kenq panggil Rayyan dan Abby masuk balik ke dalam bot untuk pergi snorkelling berdekatan Pulau Pom Pom ini juga. Di Pulau Pom Pom pun banyak penyu berenang berdekatan pantainya. Selepas selesai snorkelling, pelancong dibawa semula ke daratan Pulau Pom Pom untuk makan tengahari.
Selepas mengisi perut, kami dibawa snorkelling ke Pulau Mataking Kecil (Posting Related-Klik Sini) dan Pulau Timba-Timba (Posting Related-Klik Sini).
Kebiasaannya ada beberapa set pakej islands hopping di Semporna, biasanya pakej islands hopping Pulau Pom Pom, Pulau Timba Timba dan Pulau Mataking jadi set pakej sama sebab kedudukan pulau ini berdekatan jaraknya antara satu sama lain. Pulau Mataking dia arah berbeza dengan Pulau Sipadan dan Pulau Mabul.

20 ulasan:

  1. bestnya.. sy sendiri orang sabah nda pernah lagi sampai kesana
    patutnya september itu hari sy kesana, tiket pun sudah booking sekali terpaksa cancel sbb cuti kena frozen then akak tempat book tiket tu suruh postpone ke bulan ni malang sungguh nda bole rentas daerah pulak..covid punya pasal huhu
    sedihh betull..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Litah.,

      Kami pun ingat mau pergi Semporna juga masa bulan Oktober nasib baik belum tempah apa2 lagi. Kita doa kan di Sabah ni keadaan makin baik lah. Tapi macam ramai2 juga orang di Pekan macam kebiasaannya. Bila Litah boleh pergi melancong sana kemudian mungkin nda ramai orang jadi lebih selesa.

      Padam
  2. Sekarang masa nak buat tb sebab tak boleh berjalan2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Nasa Mulia,

      Sebelum mula PKP tiada masa nak buat posting. Sekarang ni baru ada masa dengan buat throwback hehehe...

      Padam
  3. menarik island hopping di Sabah..byk pulau2 yg cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Nohas,

      Semporna banyak pilihan pulau2 nak pergi. Setakat ni 3 kali pergi sana, pergi bukan pulau yang dah pernah pergi.

      Padam
  4. wak belum pernah sampai ke Sabah lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Wak,

      InsyaAllah bila keadaan dah bebas Covid19, Boleh datang ke Sabah.

      Padam
  5. wow jernih kebiruaan nampak ikan-ikan berenang di situ, sedapnya menu-menu pilihan TK tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Ana Jingga,

      Airnya jernih boleh nampak jelas ikan2 dalam sangkar.

      Padam
  6. wanna be there one day in semporna ! sbb cantik gila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Atie,

      Nanti Semporna dah takde kes COVID19 bolehlah ke Semporna.

      Padam
  7. Tempat2 yang sama kita pernah jejaki, namun kita ditakdirkan bertemu di alam maya ya Tukang Kebun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,

      InsyaAllah ada rezeki suatu hari nanti jumpa Kak Amie di mana2 selain alam maya.

      Padam
  8. Saya pun expect kat sini banyak pilihan makanan seafood. rupanya tidak ye. Barangkali masa tu tak ada stok seafood fresh agaknya. Masakan pulak tak menepati citarasa. Takpelah kak, at least pernah rasa makanan kat situ. Cantik jernih air laut kat Pulau Pom Pom ni. seronok kalau ke sini. Memang nak berlamaan, pastu kena panggil balik juga. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      Mungkin Tukang Masak nya yang biasa cuti kut menyebabkan limited pilihan. Stok seafood patutnya banyak kat Semporna sini mewah sumber Laut. Betul2 sekurangnya dah jejak ke sini.

      Padam
  9. Allah menunya..memikat kak TK..kalau husben shida mmg suka la..pergi tempat mcm ni..tenang..tgk air laut yg jernih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Shida,

      Memang pemandangan Laut di sini tenang dan memukau.

      Padam
  10. First dgr nama Pulau ni. Cantik betul Pulau pompom

    BalasPadam
  11. Salam Bahagia Sis Mamapp,

    Mungkin sebab banyak lain Pulau yang lebih dikenali atau di sebut di Semporna jadi kurang dengar mengenai Pulau Pom Pom yang cantik ni.

    BalasPadam