Di Jepun ada satu jambatan gantung yang sangat terkenal yang diberikan nama naga di mana terletak 100 meter tinggi dari tanah di bawahnya. Rekaan bentuknya dikatakan inspirasi dari naga air yang kononnya penghuni sungai yang mengalir di bawahnya. Di tengah jambatan ini boleh kelihatan pemandangan sebuah empangan terletak di atas sungai yang mengalir di bawah jambatan ini. Nak lintas jambatan ini ada yuran dikenakan.
Musim terkenal melawat tempat pelancongan ini ialah paling sibuk ketika musim luruh bila pemandangan dah berubah dengan daun sudah menjadi warna merah. Sehinggakan terdapat beberapa tempat letak khas untuk kenderaan besar seperti bas. Juga section tempat lain parking berbeza di lereng bukit hampiri puncak kawasan ini menandakan masa musim tertentu memang sesak di atas ini. Salah satu aktiviti pelancongan di sini ialah bungee-jumping bagi yang berminat dengan aktiviti lasak. Pada ketika ini, di sini adalah tempat kedua tertinggi aktiviti lasak bungee-jamping di Jepun.
Masa merantau di Jepun tengok rancangan TV selalu tempat ini terkenal orang-orang celebriti datang untuk rakaman pengambaraan yang jenis genre komedi. Biasanya tempat diorang buat cabaran untuk mereka yang kalah betting apa-apa untuk pelawak atau idol. Alang-alang dah jalan-jalan di negeri Ibaraki teringin pula singgah lawat tempat pelancongan ini. Kami selepas lawat Air Terjun Fukuroda (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini) singgah sebentar di Ryujin Suspension Bridge ini seketika sahaja. Ada juga kemudahan tandas awam. Kemudian bergerak ke ibu negeri Ibaraki iaitu, bandar Mito.
Wah seronoknya... teringin juga nak travel tempat-tempat yang menarik di luar negara. tapi belum berkesempatan. selalu juga ke luar negeri dulu2, tapi cuma dapat pi negara2 yang dhaif dalam misi-misi kemanusiaan. tapi sekarang ni, hold dulu ke luar negeri sebab pandemik. insyaAllah moga ia segera berakhir dan kita semua dapat menjalani kehidupan sepeti biasa.
BalasPadamSalam Bahagia Ustaz Abuikhwan,
PadamBoleh merentas Laut China Selatan ke Sabah Sarawak dulu ustaz. InsyaAllah akan ada akhirnya dan dapat menjalani kehidupan seperti kebiasaannya.
Cantiknya jambatan tu, warna dia striking, menarik!
BalasPadamSalam Bahagia Sis Syaz,
PadamIkut warna naga air kut tema biru muda atau awan sky blue.
Bestnya dapat pergi ke tempat peranginan seperti di Japan tu. Eza memang ada cita-cita jugak nak ke sana suatu hari nanti. Orang kata bila kita pergi ke negara orang ni, banyak yang kita belajar. Jauh perjalanan luas pengalaman.
BalasPadamSalam Bahagia Sis Eza Boom Boom,
PadamInsyaAllah ada rezeki nanti ke Jepun.
Benar jauh perjalanan luas pemandangan.
jambatan yang sejuk, tetapi kadang-kadang jika anda melihat ketinggian walaupun menarik, ia kelihatan menyeramkan
BalasPadamSalam Bahagia Sis Intan Sudibjo,
PadamYa boleh gayat nak tengok ke bawah.
amazing view ni! cantik gila bila pergi time spring kan, or winter... huaaaa rindu
BalasPadamSalam Bahagia Atie,
PadamNature lover pasti suka view dia.
Jauh perjalanan luas pandangan
BalasPadamSalam Bahagia Pak Warisan Petani,
PadamSementara masih berdaya ada tenaga nak tengok tempat orang. Nasib baik sempat sebelum COVID-19. Lama lagi nak berani travel jauh.
Cantik tempatnya dan cantik seni binaan jambatan. Mural pun cantik. Tinggi betul jambatan tu. Mahu gayat tetiba kalau kat tengah tu tengok bawah.
BalasPadamSalam Bahagia Sis Azhafizah,
PadamKena Jalan Perlahan-lahan supaya tak gayat agaknya.
Tumbuhan berdaun rimbun warna-warni itu sungguh menarik pandangan!
BalasPadamSalam Bahagia Kak Amie,
PadamWarna warni kanvas pemandangan sini.
wow jambatan tu ..scary pula tgk..gayat tgk bawah ^_^
BalasPadamSalam Bahagia Shida,
PadamTinggi memang mencabar kalau gayat