Sejak PKPB bermula setiap kali papa Tukang Kebun turun pekan Tuaran mesti ada beli sotong katak. Ini bermula apabila masa kenduri kahwin kecil kecil aja lepas adik Tukang Kebun selamat ijabkabul awal bulan Oktober. Bila ramai termasuk mak jadi suka pula masakan sotong katak panggang bbq salut dengan sambal merah atau sambal kicap (Posting Berkait- Baca Klik Sini). Bila isteri nampak berselera makan sotong katak ni, papa jadi rutin membeli sotong katak pula. Sebenarnya kami selama ini tak pernah beli atau tak biasa makan sotong katak ini. Bermulanya bila keluarga angkat mak tahun lepas datang ke Sabah, mak cari bahan seafood barbecue yang penjual syorkan antara jenis-jenis sotong, sotong kataklah yang paling sesuai katanya untuk buat panggang. Mak pula sebab keluarga angkatnya memang jenis mahir memasak terus yakin sahaja beli sebab bukan mak yang akan masak nanti sedia bahan sahaja. Dari situlah mak mula suka sotong katak panggang. Ambil kesempatan sebab kami yang selalu buat barbecue, mengidam nak makan sotong katak agaknya pesan kat papa beli sotong katak untuk kenduri kahwin kecilan adik Tukang Kebun sebab Tukang Panggang (Hubby & Tukang Kebun) dah balik kampung. Sotong Katak ni kalau seekor yang jenis saiz besar dah cecah 1 kg lebih. Jika yang saiz kecil pula dalam 15 ekor pun dah 1 kilogram. Sotong Katak ni isinya tebal berbeza dengan sotong pensel. Tapi sotong katak bila dipanggang jadi lembut isinya.
Kalau kami malas panggang di arang jika tak banyak yang lauk nak dipanggang, kami panggang atas frying/saucepan je. Kalau pan tak elok kami alas dengan daun pisang dahulu. Elok juga alas dengan daun pisang kalau ragu-ragu bahan untuk buat peralatan masak tu boleh bagi penyakit kronik atau tidak. Tambahan mudah lagi nak cuci sebab tak melekat dekat pan. Yang jenis besar masa panggang dah nak masak nanti dearest hubby potong-potong untuk memudahkan makan. Sejak PKPB ni pun dah masuk 3 kali Tukang Kebun buat stok sambal kicap, walaupun sekali buat dah lebih 500ml. Nasib jugalah bahan seperti cili burung dan buah limau kasturi masih ada stok berterusan dari kebun Teratak Kiulu Lodge.
Tukang Kebun nak tanya biasanya kawan-kawan masak lauk apa dengan sotong katak? kongsilah dengan kami ya di ruang komen.
Salah satu aktiviti sungai yang anak-anak suka sekarang ialah mencari udang di celah batu. Ada jugalah dapat udang. Yang kami terkejut ialah jenis macam udang kara atau udang galah je ni tengok sepitnya tu. Masa zaman kanak-kanak Tukang Kebun cuma biasa jumpa jenis udang biasa. Hairan pula tengok belah sungai anak-anak main ni bukan udang biasa-biasa ni. Cepat juga membesar anak bela bawa balik anak udang ni. Jika nak tengok jenis anak udang yang ditangkap di sungai Kiulu boleh tonton video di bawah.
Video Link : ( https://youtu.be/dqniPkDt13w)
bestnya kak besar betul...
BalasPadammak di kampung kalau beli sotong katak yang saiz biasa suka masak kicap... kalau tak masak kicap mak masak sambal je... macam sotong biasa cuma masak lama sikit...
Salam Bahagia Dana,
PadamKalau saiz besar tu memang puas makan seekor beberapa orang kongsi. Terima Kasih kongsi idea Dana.
Wuaaaah .. sedapnya...
BalasPadamAku langsung lapar lihat cumi sebesar itu.
Kebayang sedapnya makan cumi goreng ditemani nasi panas dan sambal ..., dua porsi pun tak akan cukup cukup 😊
Salam Bahagia Pak Himawan,
PadamCumi Sotong ya biasa dipanggil.
Lebih-lebih lagi Sotong segar pasti nikmat terus dimasak.
Nama sotong katak tu first time baca. Kurang tahu jenis sotong ni, sebab husband allergic sotong. Eza jenis boleh makan je tolak kayu dan batu. Hehe.
BalasPadamSalam Bahagia Eza,
PadamDekat Sarawak takde ke Eza?
Kak pun dekat bahagian pasar Tuaran selalu jumpa masa di Semenanjung tak berapa perasan sangat Sotong Katak ni.
terus ke link you tube tu nak tgk udang :)
BalasPadamSalam Bahagia Atie,
PadamAnak-anak ni la excited first time dapat tangkap anak udang.
Saya tak pernah makan sotong katak. Kalau sotong biasa tu, saya suka masak hitam. Ink sotong tu sendiri, tak dibuang. Cuma tulang sotong saja remove. Goreng-goreng, tambah air asam jawa. Letak perasa.
BalasPadamSalam Bahagia Kak IamaSlowRunner,
PadamYa ink tu sedap kan saya pun suka kalau sebolehnya simpan. Ink tu suka campur dengan pasta.
Sotong katak pun dah mahal sekarang.
BalasPadammasa duduk tengganu muda2 dulu, sotong katak ni tak laku kat sana.
Salam Bahagia Pak Warisan Petani,
PadamOrang Terengganu tak berapa guna Sotong Katak agaknya. Saya perhati mak mertua guna Sotong pensel kalau buat Sotong sumbat. Baru perasan kut Sotong Katak lebih sedap buat panggang tu harganya melonjak naik.
Saya tak makan sotong katak. Mungkin sebab ada perkataan katak tu. Fobia dengan katak terus rasa tak termakan. Jadi, tak ada idea masak apa kak. ampunnn
BalasPadamSalam Bahagia Sis Azhafizah,
PadamOh ya Fiza komen hari tu fobia dengan katak.
Jarang jumpa sotong katak di LD. Dulu, emak selalu masak kicap atau tumis bubuh hirisan bawang besar dengan cili besar. Sedap sangat! Masa kecik2 dulu Kak Amie suka kumpul tulang belakang sotong katak!
BalasPadamSalam Bahagia Kak Amie,
PadamOh di Lahad Datu jarang ada Sotong Katak ya Kak. Saya biasa tengok Sotong Katak di Tuaran dan Kudat ada. Ya Tulang Sotong Katak ni keras kan tulang belakang mudah sikit nak siang tengok suami buat. Terima Kasih kongsi idea Kak Amie.
shida bukan pemakan sotong ^_^
BalasPadamalergik kak TK..mampu tgk jela..
Salam Bahagia Shida,
PadamOh Shida allergic makan Sotong ya.