Halaman

Selasa, 8 Disember 2020

Pumpkin Galore Bosnia I Herzegovina Autumn

Semasa buka balik gambar simpanan pergi ke Bosnia I Herzegovina terjumpa folder Tukang Kebun mohon guide singgah di tepi jalan dalam perjalanan balik dari Travnik (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini) ke tempat penginapan sebab geram tengok labu-labu pelbagai jenis di tepi jalan untuk jualan. Guide yang bawa kami ni pun kaum hawa dah 45 tahun lebih usianya lah Tukang Kebun agak-agak je. Sebab guide ni masa Perang Bosnia pada tahun awal 1990-an dari cara dia kongsi cerita masa zaman tu dia kira young adults. Bijak jugalah syarikat pelancongan tu pilih guide untuk kami kasi gandingkan dengan wanita rasa lebih selesa dengan kami pun 2 orang sahaja. Mungkin dah agak yang dari Malaysia ni wanita muslim. Kalau dengan kaum Adam kena fikir juga batas dan kelakuan. Tour package kami booking secara online sahaja sebelum berlepas ke Bosnia I Herzegovina dan guide ambil di tempat penginapan dengan kereta sedan. Tukang Kebun geram betul tengok replica kincir angin tu comel sangat.
Masa belek-belek gambar archives ni baru Tukang Kebun perhati betapa kreatif mereka buat bangku dan rak display dari pohon kayu. Comel pula rasa bangku kayu punya kaki tu dibuat susunan stack 3 kayu berlainan saiz dari besar ke kecil. Kemudian pelantar untuk duduk tu pula macam sebatang kayu dibelah dua disusun bersebelahan. Rak kayu tu pun terus sebatang pohon besar dipotong-potong jadi penahan penjuru. Terasa teruja mana tahu suatu hari bila ada rezeki masa teringin buat perabot sendiri macam ni. DIY Project KIV.
Yang ni pula macam projek adhoc buat rak kayu kecil untuk memudahkan labu disusun atas meja ni. Kayu kecil tu macam diambil dari potongan kayu-kayu kecil yang digantung di kedai untuk dijual jadi bahan bakar stove kecil di rumah ketika musim sejuk.
Banyak kayu-kayu kecil dalam plastik merah untuk sumber bahan bakar stove kecil bagi memanaskan suhu dalam rumah semasa musim sejuk. Di satu sudut ini dilonggokkan jenis labu yang rupa begini pula.
Geram lagi tengok periuk ni yang tahan untuk digunakan masakan yang pakai bara atau unggun kayu api. Kalau berjalan-jalan dengan dearest hubby pasti dah ada percubaan memujuk untuk bawa balik Malaysia semua yang geram-geram tu. Ni bila sorang-sorang berat luggage pun terhad kan. Cantik juga raga yang tersusun tu untuk dibawa tuai hasil dari kebun.
Ada juga kedai macam workshop di situ yang penuh dengan pelbagai jenis barangan logam. Geram juga Tukang Kebun tengok tapi harganya boleh tahan. Cuci mata sahajalah. Dinding ala workshop ni pun menarik bukan macam papan-papan dah kena ketam bertindih antara satu sama lain tapi pohon kayu terus potong-potong sahaja di mana masih bentuk lekuk bulat semula jadi. Memang so real cottage style.
Selain dari jenis-jenis labu saiz yang besar boleh guna oleh Fairy godmother untuk jadikan coach pengangkutan Cinderella, ada juga labu yang memang jenis saiz comel seperti gambar di atas. Tidak pernah Tukang Kebun pergi ke satu kedai terdapat banyak jenis bilangan variety labu seperti di sini. Mungkin disebabkan Bosnia I Herzegovina ni sepanjang sejarahnya memang selalu bertukar pemerintah empayer berlainan menyebabkan banyak jenis labu dibawa masuk ke kawasannya. Masa di kedai ini Tukang Kebun tak nampak jenis labu yang dipanggil Turk's Turban Pumpkin tetapi semasa menghadiri persidangan ada di pameran (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini) Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan. Siap setelah selesai persidangan yang jaga booth bagi sebuah labu kat Tukang Kebun.
Semasa Tukang Kebun masuk ke dalam kedai memborong bibit-bibit yang menarik, guide pun sempat beli 3 buah labu besar di atas. Katanya nanti dia nak buat pumpkin soup, pumpkin pie dan lain-lain. Guide sangat sporting kalau kita yang ambil private tour nak singgah kedai di tepi jalan sebab mereka pun boleh berkesempatan beli ole-ole macam makanan untuk bawa balik nikmati bersama keluarga. Murah sangat agaknya harga labu besar tu sebab sampai 3 dirembatnya masuk dalam booth kereta.
Ketika masuk musim luruh kebiasaannya di mana mana kawasan cuaca continental atau 4 musim memang akan jadi musim harvest labu. Puaslah nak buat ukiran senyuman pumpkin halloween dengan stok labu banyak sebegini. Sebab tu Hari Halloween yang disambut sesetengah tempat pumpkin jadi prop hiasan utama sebab terikh peristiwa masa musim luruh ketika musim tuaian labu banyak.
 

20 ulasan:

  1. Seronoknya kalau dapat travel lagi ke negara cantik ini! Nak makan cevapcici dan minum kopi Bosnia!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,

      Tukang Kebun pun rindu nak makan cevapcici.

      Padam
  2. Banyaknya jenis labu... warna warni pulak tu... geram ja tengok... guide pun sampai 3 ketul beli utk bawa balik.. sedap betul tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Mell,

      Banyak ideas guide nak masak dengan labu-labu ni.

      Padam
  3. tengok labu labu ni kan ,teringin nak craft Halloween punya pumkin tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Atie,

      Kan seronok tengok rasa nak cuba buat ukiran di pumpkin.

      Padam
  4. Labu pelbagai jenis....seronok tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Andaiannya,

      Jadi hiasan di dapur pun nampak berseri.

      Padam
  5. Wah, pelbagai rupa labu ada. Bawak balik sebiji, buat masak lemak, sedap juga. Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis iamaSlowRunner,

      Ya kan masak lemak pun sedap dengan labu.

      Padam
  6. Menarik betul banyak jenis labu ada. Murah juga kan labu tu sampai beli 3 terus. Saya pun geram tengok meja kayu tu kak. Ada kayu cantik seronok dapat DIY apa yang patut. Kincir angin tu memang comel. Barangan logam tu pun cantik. kalau mahal mampu tengok je lah kan. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      Kan kalau ada kayu2 cantik seronok nak buat meja sendiri.

      Padam
  7. Subhanallah cantiknya labu-labu tu. Pelbagai rupa & bentuk. Teringin juga, nak melancong ke negara-negara Balkan. Khabarnya cantik belaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Puan Hazel,

      Tukang Kebun kalau ada rezeki lagi teringat nak lawat negara balkan lain. Memang indah macam dalam cerita dongeng.

      Padam
  8. gemuk2 semuanya, selalu dapat tengok dalam tv je macam ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Syaz,

      Nasib labu-labu tu besar tak muat dalam luggage hehehe...

      Padam
  9. Bestnya gi bosnia..gebus gebas labu dia..kak TK :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Shida,

      Itu la geram Kak tengok labu-labu tu.

      Padam
  10. Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Mamapp,

      Boleh buat lauk kenduri dengan 1 biji besar tu dah.

      Padam