Halaman

Khamis, 5 Disember 2013

Rare Kacang Tanah Kampung 'BATIK'

 Tukang kebun bila teringatkan Kacang Tanah 'Batik' tersenyum teringatkan pertama kali Papa bawa balik baka tanah kacang tanah ini yang kedua ibubapa tukang kebun terjumpa di salah satu tamu bulanan di Sabah. Sama hari di mana mama dan papa juga dapatkan benih kampung kacang hitam untuk tukang kebun. Jarang-jarang nampak papa cerita dengan semangat mengenai terjumpa kacang tanah kampung di tamu sebab rare dan first time untuk mereka juga melihatnya. Sebab mama panggil ni Kacang Tanah Batik, jadi untuk mudah kita panggillah Kacang Tanah Batik (harap semua setuju, angkat tangan).  Kacang Tanah Batik di tapak tangan tukang kebun bersama Kacang Tanah Tadong untuk perbandingan, Kacang Tanah Batik warna dasarnya adalah lebih lighter dengan dihiasi jaluran atau belang-belang hitam. Rasanya macam jenis ini evolve dari kacang tanah hitam atau vice versa. Probability alelle akan mendapat kesemunya hitam juga ada kemungkinan percentage rendah . Tukang kebun ada tanam Kacang Tanah Hitam dan biji benih yang bercambah pucuknya boleh nampak berbeza warnanya sedikit dari  Kacang Tanah Tadong atau Taragang. Terlebih dahulu tukang kebun meminta maaf batch Kacang Tanah Batik atau Kacang Tanah hitam yang ditawarkan hari ini, tidak dapat tukang kebun simpankan untuk anjakkan delivery. Pesanan dibuat, tukang kebun akan deliver terus minggu depan. Siapa cepat dia dapat dulu ikut shipment mana transaction complete dulu (biasa hujung bulan baru tukang kebun hantar invoice, tapi kali ini hanya untuk pesanan kacang tanah ini tukang kebun akan email invoice ASAP). 11hb Disember, Selangor cuti kan dan kekasih tukang kebun kena habiskan cuti kalau ada masa  sudah selesai projek menebas nak tanam balance stok kacang tanah "Batik" atau "Hitam". Biji benih kacang tanah "Batik" dan "Hitam" tukang kebun tiada banyak stok very limited. Bunga Kacang Tanah berwarna kuning.

~ Kacang Tanah Batik ~
Anggaran 10 biji benih se-pek (RM3.00).

~ Kacang Tanah Hitam ~
Anggaran 5 biji benih se-pek (RM3.00).

6 ulasan:

  1. Salam Diana ,

    Saya nak satu pek kacang tanah batik dan kacang tanah hitam.

    BalasPadam
  2. First time tgk kacang tanah batik....rasa dia sama tak dgn kcg tanah biasa tu Diana?

    BalasPadam
  3. salam Diana, boleh kDibah pun nak jugak sepaket kacang tanah batik da kacang tanah hitam, tqvm dear

    BalasPadam
  4. Salam Cikgu,

    Sudah saya reserved dan email.

    Lynna ~ Tercampur-campur hari tu tak dapat pula buat testing.

    Madam Chik Chick ~ Salam KakDibah,

    Special Delivery boleh direct to your house.

    BalasPadam
  5. salam.. nak tanya la.. kacang tanah saya pokoknya cantik sejak ditanam 28 jan lepas.. sekarang ni baru nak masuk 2 bulan dah kuning pulak warna daunya... kenapa ye? huhuhu.. saya siram macam biasa 2kali sehari and kalau hujan, saya tak siram. baru minggu lepas dibaja dengan palet tahi ayam.

    BalasPadam
  6. Salam Juliana,
    Pokok kacang tanah tu dah pernah berbunga tak dan membentuk sulur?
    Seeloknya tak gunakan baja tahi ayam untuk kacang tanah sebab ianya tumbuhan nitrogen fixer.

    BalasPadam