Halaman

Khamis, 30 Januari 2014

Halia Bara Membara-Bara

 Batch pertama menanam halia bara dah lebih kurang 8 bulan usianya dan perasaan tukang kebun dah membara-bara rasa nak tuai sikit serta tengok hasilnya. Kebetulan pula sekarang ni musim anak-anak bila malam tidur asyik batuk-batuk je dan papanya pun dah mula batuk-batuk juga. Jadi semalam tukang kebun pilih pokok halia bara yang paling besar dan rimbun untuk gali sedikit portion yang nak dipakai untuk dinner malam semalam. Tak perlu tuai semua, kalau ada pucuk-pucuk muda tak payah usik biar membesar ambil yang perlu sahaja. Beza merah warna yang amat ketara bila dituai segar dari kebun sendiri, lain dari yang dijual di Tamu. Boleh juga nak tanam di dalam pasu untuk mereka yang ada limited space dan juga di ala-ala kitchen garden. Untuk tukang kebun, perasan syok sendiri macam ada my own natural pharmacy at my own backyard. 
 Lokasi halia bara batch pertama mendapat banyak cahaya matahari dan tanah berpasir (petak No.4). Tidak pernah diberi baja sepanjang pertumbuhannya memadai dengan tanah digembur dengan baja kambing sebelum rizom ditanam dan rezeki dari hujan (siraman terdesak boleh kira dengan jari). Good plant for busy gardeners. Khasiat halia bara ada notanya dikongsi posting lama (klik sini). Bagi mereka yang belum biasa lihat halia bara ataupun dikenali sebagai halia merah, rizomnya tak sebesar halia masak, less half the size. Walaupun rizom lebih kecil dari halia masak, rasanya lagi kuat dan pedas berbanding halia masak. Ya, boleh nak dipakaikan sebagai perencah masakkan. Kalau biasa resepi tu pakai seinci ruas rizom halia masak, halia merah pakai 1/4 inci kalau suka ada rasa pedas-pedas.
 Tuaian semalam untuk pilihan bahan-bahan menu dinner. Tukang kebun fikir-fikir kalau nak anak-anak  minum teh halia macam dapat 1001 soalan sebelum mereka rela minum, lebih-lebih lagi dari Ilhan. Jadi tukang kebun rasa buat sup ayam tak pening nak fikir jawapan. So main-main masaklah tukang kebun semalam, tumis bawang putih dan merah dengan minyak zaitun, pastu tambah air, ketuk-ketuk rizom halia merah masukkan. Air mendidih masukkkan ayam. Mudah. Bila tukang kebun tasting rasa pedas halia sikit jadi cepat-cepat camouflage dengan satu kiub stock ayam (Over-letak halia merah sebab habiskan semua). Tukang kebun pesan dekat anak-anak supaya habiskan a bowl of chicken soup untuk cepat baik batuk, bagus tiada bantahan dan pertanyaan sebab memang dah rasa macam chicken herb soup. Abby pun sengih-sengih je minum happy happy. Beloved hubby kata rasa macam chicken herbal soup dekat Exclusif Chinese Restaurant. Berbaloi licin chicken soup semalam, selalunya airnya tak luak bila buat sup biasa-biasa tapi berebut pula this simple batuk kahak remedy soup, Syukur Alhamdulillah my experiment in kitchen menjadi. Syukur Alhamdulillah juga malam semalam anak-anak tak de bunyi batuk sleep soundly. 

 Limited stock: Pokok Halia Merah (RM7.00 1 pot).
 Inilah dinner simple kami semalam dari tuaian hasil berbakti dengan tanah makan dengan beras wangi dari Lawas, Sarawak. Serai tu bahan standby tak dipakai, tukang kebun silap main tarik tercabut sebahagian dari rumpunan pokok. Tak pelah rezeki untuk babysitter Rayyan hari ini. Kacang botor, bendi dan cili tapurak masak kicap dengan ikan bilis.
 Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Bunga lotus kebetulan pula mula berbunga hari ini, setiap kali sambutan Tahun Baru Cina mesti ada bunganya yang kembang. Terbahak-bahak bila teringat jenaka Gardener William bila membalas kata-kata tukang kebun tak berapa mahir dalam mechanical stuff harapkan hubby je 'We men are the heavy and handy work HORSE' (kehkehkeh sebab kebetulah hubby lahir tahun kuda).
 Ini pula tuaian untuk bahan-bahan makan besar kami sekeluarga hari ini: Mini Pamelo, Serala, Mulberry, Tampaka, Halia merah, Remayung merah, Katak puru, Komatsuna, Cili burung. Buah mahkota dewa yang tergolek-golek kat tanah (big boss je yang selalu ambil). Dinner malam ini pun sama je macam semalam campak-campak juga tapi pakai bebola daging pula dengan tambahan tampaka, remayung, dan sawi. Tema warna soup akan menjadi warna merah sama dengan perayaan Tahun Baru Cina. Warna emas pun ada juga cuma tak sempat snap gambar Terung Susu Kambing dan Pisang Lemak Manis...hehehe....

Selamat Tahun Baru Cina!
Happy Holidays!

Nanti tukang kebun catch up with replying emails dan comments. 
Sorry for the long wait ;) .

23 ulasan:

  1. Tukang kebun
    apa beza halia bara dgn halia biasa..panas membara agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Halia bara lebih sesuai digunakan sebagai ubat manakala halia biasa untuk masak Sudais.

      Padam
  2. Diana....saya pernah beli rizom kat KBB halia merah dari Pasar Tamparuli...itu dikira halia bara ke? ada sepasu kat rumah ni....tak pasti bila boleh dituai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Halia merah dan halia bara sama je Awin. Nama lain halia udang. ...ingat samar-samar je. Kalau dah 8 bulan biasanya dah bole nak tuai.

      Padam
  3. Salam Diana...sy pun belum sempat bertanya psl rizom yg awk bg ms beli benih aritu. Halia bara jg ke? :) Alhamdulillah pokoknya subur benar dlm pasu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Gina.
      Tak ingat pula rizom mana satu.
      Nak kena tengok gambar kut.

      Padam
  4. Tetiber terasa nak menanam halia bara pulak. Teruja dengan cerita diana....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Marilah kita tanam ubat sendiri di rumah Ima. Banyak kegunaannya.

      Padam
  5. Rizom baru bangun tidur Nadia setelah lama kemarau dan hujan bertandang.

    BalasPadam
  6. Kalo nk halia bara blh jual x?? Saya tgh cari halia bara utk brubat adik saya..

    BalasPadam
  7. Salam Bahagia i. azswein.

    Hanya ada anak pokok sahaja dalam stok terkini.

    BalasPadam
  8. Salam Bahagia Bahrin Neg.

    Anak pokok sepot RM7.

    BalasPadam
  9. salam...mcmna nk contact kalau nk beli benih ye...jual benih je ke..kalau nk beli halia bara bole ke...

    BalasPadam
  10. Salam Bahagia Rene Abby.

    Kami cuma ada anak pokok sahaja ready stock sekarang.
    Further details email to (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam
  11. Salam kak..buah mahkota dewa tu ada tak?nak beli

    BalasPadam
  12. Salam Bahagia Ieza.

    Nanti kami check ada buah yang dah masak ke belum.
    Nanti email ke (kebunkmg@gmail.com) as reminder.

    BalasPadam
  13. Sy nak beli benih halia bara ni, ada lagi take?

    BalasPadam
  14. Salam Bahagia Rajaruzita.

    Further details mengenai purchase halia bara boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam
  15. Salam....sya perlu kn halia bara ni...kat mna location kebun ni nanti sya dtng nk beli...juga jika.ada kunyit terus dn lampuyang....plsss urgent ni nk buat berubat

    BalasPadam
  16. hi tukang kebun...mana nk cari benih halia bara yer

    BalasPadam