No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 4 Jun 2013

Halia Merah

Halia Merah

Halia merah banyak khasiatnya boleh dibuat natural remedy atau sebagai ubat tradisional untuk membantu memulihkan beberapa masalah kesihatan dan tukang kebun anak-beranak pun dah mencuba untuk melihat hasilnya sendiri. Berbeza dengan rizom pokok halia yang dibuat untuk masakan, saiz rizom halia merah adalah amat kecil berbanding dengan jenis halia digunakan untuk masakan. Kulit bagi halia merah yang muda berwarna pinkish manakala yang sudah tua red-brownish. Walaupun isinya berwarna sama dengan isi halia masakan, tetapi bila isinya direbus, air rebusan menjadi warna kemerah-merahan. Duduk di kampung beberapa hari di mana tiada klinik 24hours macam di bandar telah menyemarakkan semangat tukang kebun untuk mempelajari tanaman dikeliling rumah yang dapat dijadikan ubat untuk kami sekeluarga. Nenek dan atuk tukang kebun dahulu walaupun mereka buta huruf tapi mereka mempunyai banyak ilmu mengenai jenis-jenis pokok yang dapat dijadikan ubat. Zaman dahulu perjalanan ke hospital memang tak mudah, pergi pun bila dah kritikal. Jadi penduduk kampung dahulu banyak bantu-membantu berkongsi pengalaman mereka mengenai tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan ubat. Disebabkan zaman dahulu ilmu perubatan tradisional diturunkan secara lisan, banyak yang tidak tersampai ke generasi seterusnya. Kali ini setiap kali tukang kebun singgah pajak halia merah, pasti tukang kebun akan menemuramah pekebun tersebut minta berkongsi ilmu mengenai penanaman, khasiat, cara persediaan dan lain-lain.
Halia Merah akar

Jangan dibuang akar rizom halia merah. Akarnya juga boleh digunakan sebagai ubat. Tukang kebun dan mama mula-mula hairan biasanya pekebun hanya menjual rizom halia merah sahaja tetapi bukan akar. Kebetulan kami singgah ke Tamu Tamparuli sebelum bertolak balik ke rumah berdekatan dengan Kota Kinabalu. Papa tukang kebun pun dah seminggu ditinggalkan oleh mama duduk bersama kami di kampung. Kebetulan papa pun tak beberapa sihat demam dan batuk-batuk jadi mama pun beli juga akar pokok halia merah sebab penjual tersebut kata air rebusan akar tersebut boleh membantu menghilangkan demam dan angin di badan. Sampai sahaja di rumah berdekatan bandaraya Kota Kinabalu, agaknya angin di kampung lain dengan bandar si Abby dan Rayyan mula demam. Syukur alhamdulillah, air rebusan akar halia merah yang nenek buat untuk papa, Abby dan Rayyan minum nampak mereka cepat reda panas badannya (tiada rasa pahit air rebusannya, sebab budak-budak minum tanpa bantahan). Beberapa hari mama tukang kebun asyik cakap menyesal tak beli semua yang ada dengan pekebun tu. Sebab dia beli hanyalah setompok bagi tujuan untuk cuba-cuba. Yang setompok akar rizom halia dibeli tu bolehlah kami rebus 3 kali dan warna air rebusannya bertukar menjadi merah.

Ada beberapa cara persediaan untuk berubat boleh dicuba dengan halia merah setelah tukang kebun interview beberapa pekebun:

~ Menyediakan segelas air halia merah untuk minum dengan memotong seulas kecil rizom halia merah. Kemudian ketuk-ketuk isinya dan masukkan ke dalam air panas yang disediakan di dalam gelas. Lepas tu perah jus limau nipis ke dalamnya. Kacau biarkan seketika dan minum. Tukang kebun dan hubby sebelum bertolak ke Kota Kinabalu dah mula rasa sakit-sakit tekak dan batuk berkahak. Selepas mengamalkan ini tekak rasa clear dengan masalah kahak. Bantu mencairkan kahak di tekak. Salah seorang pekebun kata ini dapat membantu anak-anak kecil juga yang masih belum pandai mengeluarkan kahak sendiri. Cuma untuk kanak-kanak potong sikit sahaja agak-agak dahulu sebab takut rasa pedas bagi mereka. Tapi tukang kebun minum tak rasa pedas pula berbanding dengan teh halia di Kuala Lumpur tu. Mungkin sebab halia merah yang digunakan masih segar baru sahaja dituai lagi. Sama seperti jika tukang kebun baru tuai halia biasa untuk masakan tak rasa pedas sebab masih fresh. Itulah nikmat tanam halia sendiri, tak rasa pedas. Kalau masak ayam masak halia masakan yang segar memang best boleh juga ratah halia-halia yang dicincang.

Disebabkan berkesannya membantu mengeluarkan kahak, tukang kebun sudah rajin amalkan ini dan selalu stock up halia merah di rumah. Tidaklah anak-anak susah kami nak ajar dan kasi faham buang kahak di tekak macam mana.

~ Ada juga pekebun kata tumbuk-tumbuk isi halia merah dan letak dalam air panas. Minuman itu dapat membantu mengurangkan masalah kesakitan arthritis atau sengal-sengal sendi. Membantu juga menghilangkan angin di badan

~ Air mandian yang dicampurkan tumbukkan rizom halia merah dapat membantu membuang angin di badan.

~Isi rizom halia merah yang ditumbuk-tumbuk dan dicampurkan dengan minyak untuk urut badan hilangkan angin.
Halia Merah Rizom

Halia merah mengambil masa antara 7 bulan ke 12 bulan untuk tuai rizomnya bergantung kepada medium jenis tanah yang pokok halia merah tumbuh. Tanah tidak boleh terlampau jenis berpasir ataupun jenis yang keras untuk menanam halia merah. Tukang kebun berhajat hendak bawa halia merah segar dari Sabah untuk tanam dan stok buat minuman halia merah. Sekarang ni musim peak halia merah dituai sebab last trip tukang kebun balik tidak beberapa ada. Kali ini tak sesusah macam last trip dulu nak mencari. Mama tukang kebun kata ni mesti ada juga cara sistem pekebun tanam ikut musim macam padi juga bagaimana mereka sediakan tanah berperingkat.

34 ulasan:

Awin berkata...

saya nk 2 set. satu set utk tanam...satu set nk buat ubat

Tanpa Nama berkata...

1 set dear, linna_linn@yahoo.com
nak tanya halia ni pun bleh buat rencah masakan ke?

Ibu Qistina berkata...

saya pun nk 2. sama mcm awin satu untuk tanam satu untuk buat ubat.

Avia Mishat berkata...

avia nak 2 set diana.thanks

yus razali berkata...

Di....halia merah nih ke yg jepun guna buat jeruk halia kat kedai shushi tu ek?

Gardener Ayu berkata...

Assalam Diana. Saya nak halia merah ni dua set. Saya ada order benih lain juga dan telah emel senarai, termasuk halia merah ni dan greenfeast pea tempoh hari. Thanks.

Tiny garden berkata...

Nak satu set utk tanam. Pesanan benih yg dibuat sebelum ni ialah purple carrot, dill, rainbow chard.

aida_aminshah berkata...

Diana...aida pun nak cuba tanam..nak dua set ye..satu untuk tanam..and satu untuk ubat..thanks diana!

NarsHiFa berkata...

Salam Diana,
saya nak book untuk tanam,dan hantar sama2 dgn order saya yang lain nanti akhir bulan.tq :)

olive berkata...

Sth new for me!

Tanpa Nama berkata...

salam, saya nak dua, nak tanam..
maisarah_nb@yahoo.com.sg

Kak Zie berkata...

Saya nak nak 2set untuk ditanam...emel sy kakzie79@gmail.com...tk

Kak Zie berkata...

Kakzie79@gmail.com....sori tk lengkap emelnya

Bib Mohamed berkata...

nak 1 set

TukangKebun berkata...

Linna yang ini halia pedas sikit kalau nak buat rencah banding dengan yang biasa di kedai.

Yus yang ni tak sama dengan jeruk halia jepun tu. Rizom yang ini pun sangat kecil banding dengan halia masak.

Tukang kebun ada hantar email untuk pesanan halia merah di komen-komen atas tersebut. Please check your email.

Nor berkata...

Mak saya ada tanam dan sekarang sedang berbunga....cantik bunganya, merah as opposed to white for the regular ginger. Now, thanks to your entry, I know what to do with them...before this, takde sapa ambil sbb tak tau gune. My mum saja suka2 tanam, somebody gave her katanya...

TukangKebun berkata...

Nor, Saya belum nampak bunga halia merah in reality, mesti sangat cantik.my mum pun selalu tanam suka-suka tapi tak tau but just in case it might be handy.

Tanpa Nama berkata...

bulan apa lagi nak jual halia merah...

TukangKebun berkata...

Kami ada stok pokok halia merah sekarang.

Julie M berkata...

Nak tanya, stok halia merah masih ada?

TukangKebun berkata...

Masih ada stoknya Julie

Tanpa Nama berkata...

saya nk order 2tuk tanam...2tuk mkn...bagaimana cara seterusnya?...

TukangKebun berkata...

Stok untuk tanam ada tapi yang untuk makan out of stock. Further enquiries (kebunkmg@gmail.com) .

AIRWALK berkata...

As salam.tukang kebun ada no fon tak..nk order..sy perlukan sangat2 halia merah ni

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia AIRWALK.

Halia merah cuma ada anak benih sahaja dalam ready stock.

Tanpa Nama berkata...

Still available x ?

Tanpa Nama berkata...

How to order ?

Tanpa Nama berkata...

Still available x ? Cam na nk order ?

farhani berkata...

Assalamulalikm..

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya...beli halia merah mck mna cara

nurul berkata...

Mcm mna cara nk.beli halia merha

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam.

Halia Merah tiada ready stock sekarang.
Further details (kebunkmg@gmail.com).

Aien berkata...

Nak beli boleh?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Aien.

Jika serius nak, boleh buat reservation (email kebunkmg@gmail.com),
InsyaAllah pertengahan April depan ada boleh dipos.