Cepatnya tahun 2014 berlalu, dah setengah tahun kita masuk dan bulan Ramadhan pun dah hampir tiba. Bagi yang muslim Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa. Posting hari ini, tukang kebun suka-suka buat analysis item apa yang panas-panas buat tukang kebun sibuk nak pastikan bekalannya dari Kebun Bahagia Bersama berterusan sepanjang tahun 2014 ini. Analysis yang tukang kebun buat untuk tumbuhan-tumbuhan yang Kebun Bahagia Bersama bekalkan secara "live plant" yang baru sahaja diperkenalkan dalam senarai KBB tahun 2014. Kiranya 5 Top Best Selling NewComer Year 2014 dari Kebun Bahagia Bersama. Sebelum itu, tukang kebun rasa bersyukur yang NewComer tersebut memang asalnya semua dari Kebun Bahagia Bersama bukan dari kebun lain dapat kami bekalkan secara terus kepada pesanan yang diterima. Terima kasih banyak-banyak di atas sokongan, bimbingan dan dorongan yang diterima kepada semua.
1st Ranking: Serai Acheh (info klik di sini)
Syukur Alhamdulillah herba yang kurang dikenali ini sekarang makin ramai sudah mengenalinya dan mula manfaat daripadanya. Pokok Serai Acheh ini bila dipangkas, kalau dah banyak rizomnya menjalar-jalar di bawah nanti naik pucuk baru. Pokoknya nampak lebih ornamental berbanding dengan pokok serai buat masak tu. Bunganya pun sangat comel-comel. Serai Acheh hampir setiap minggu pesanan diterima. Untuk Sabah/Sarawak, Kebun Bahagia Bersama boleh hantar secara moist bare-rooted plant.
2nd Ranking: Jambu Mawar (info klik di sini)
Jambu mawar ini jarang-jarang tukang kebun dapat nikmati buahnya sebab peminatnya begitu ramai. Tukang kebun merungut-rungut berebut dengan peminatnya tetapi bila difikirkan hasil kongsi rezeki dengan mereka, rezeki lain yang datang kepada tukang kebun. Pokok jambu mawar permintaan banyak, tukang kebun pun tak terkejar sebenarnya dengan permintaan-permintaan yang diterima. Kalau permintaan 1~2 pokok in steady pace boleh diuruskan. Tetapi kebiasaan permintaannya dalam kuantiti yang banyak. Kadang kala terpaksa tukang kebun keluarkan dari senarai KBB sebab banyak pesanan yang tertunda nak dilangsaikan dahulu. Ahem nursery-nursery yang tengah nak get ready untuk MAHA, kena beritahu awal-awal ya, tak sempat tukang kebun nak prepare anak-anak pokok saiz 1 kaki lebih untuk order ready stock MAHA ya kalau last minute.
3rd Ranking : Costus Green Mountain (info klik sini).
Costus Green Mountain kadangkala tukang kebun terpaksa supply dalam bentuk rizom. Belum sempat yang baru tukang kebun sedia dalam bekas-bekas keluar pucuknya meninggi pesanan diterima. Bukan kudup bunga yang kembang untuk enjoy makan. Tapi yang masih belum mekar bunganya seperti yang ditunjukkan dengan anak panah di dalam gambar di atas. Rasanya sweet and sour kadangkala teringatkan daun asam gelugor. Tetapi ada rasa manis-manis. Elok makan segar, mix dalam salad atau sambal begitu sahaja lepas dicuci. Sebenarnya tukang kebun ada cuba campak dalam nasi goreng sekejap je dah jadi lembik layu. Bila masak cuma lembik layu cepat. Rasa cooking intensify flavor dia. Untuk Sabah/Sarawak pesanan Costus Green Mountain, KBB bekalkan dalam bentuk rizom.
4th Ranking : Pink Guava (info klik di sini).
Tukang kebun ingin mengucapkan infinity terima kasih sudi menanam baka pink guava dari Kebun Bahagia Bersama. Baka pink guava ini pada kami banyak sentimental value. Manalah tahu kalau suatu hari nanti pupus dari KBB, bolehlah kami tracking balik mencari baka ini.
5th Ranking : Setawar Putih (info klik sini)
Sejak Setawar Putih membesar balik lepas dipangkas oleh Big Boss, tak putus-putus berbunga hingga sekarang. Penyeri ketika musim kemarau. Setawar putih elok dijadikan hijab tanam di luar pagar rumah di tepi longkang. Tukang kebun tengah kumpul flower bract yang warna merah tu bila dah kering nampak macam Acorn. Kalau dikilatkan nanti nampak menarik macam hiasan.
Soalan tukang kebun : Antara 5 newcomer ni, yang mana paling menjadi kegemaran?
suka pink guava....sentimental value zaman kanak2. panjat pokok jambu, terus makan atas pokok. ...susah nak dpt sekarang ini...
BalasPadam4th n 5th ranking
BalasPadamNostalgia pink guava pnjat pokok tepi parit
setawar putih cntik sgt
saya baru ja tahu blog ni. bestnya.. pokok pink guava..
BalasPadamJambu mawar. Rasa last sekali jumpa jambu mawar ni was like more than 20 years ago..
BalasPadamSalam Bahagia Radziah AR.
BalasPadamSama-samalah kita banyak kenangan panjat pokok pink guava. Memang jarang dapat tengok pokoknya sekarang.
Salam Bahagia Sud@is,
Setawar putih sebelah parit menjadikan kawasannya lebih cantik.
Salam Bahagia ColourFulsara,
Terima kasih singgah ke sini.
Salam Bahagia Shas,
Lama juga tu tak berjumpa dengannya. Mungkin boleh request dengan management kawasan kondo you tanam sepokok di sekitarnya.
Nampak ada neigbor tanam setawar tu. Cantik rimbun. Sekarang baru tahu nama dia. Thanks.
BalasPadamPokok setawar putih ini memang menarik digunakan dalam landscape Abuya Hayat.
BalasPadam