Pokok kuinin adalah buah nadir tanahair kita yang jarang-jarang kelihatan di pasar tempatan kita sekarang. Oleh itu, ramai generasi Y tidak mengenali buah ini. Terutamanya sekarang ni asyik banjir mangga dari negara jiran. Kerana rupanya yang mirip kepada buah mangga maka ramai membuat kesilapan mengingatkan buah kuinin adalah buah mangga. Tetapi kuinin yang ranum mempunyai baunya yang tersendiri. Tapi takdelah sekuat bau buah binjai. Sambal belacan kuinin lagi kick oooo dari sambal belacan mangga.
Syukur Alhamdulillah usaha Big Boss dan Tuan Tanah Kebun Bahagia Bersama yang suka kumpulkan buah-buah nadir maka adalah pokok kuini juga duduk bahagia dalam kebun. Tahun 2014 ini genap Kebun Bahagia Bersama umurnya 20 tahun sejak kami berpindah dari Seksyen 11, Shah Alam. Jadi umur pokok-pokok dalam Kebun Bahagia Bersama semua di bawah 20 tahun. Sekarang dah banyak pokok-pokok yang matang menghasilkan buah dari love labour big boss dan tuan tanah tanpa mengambil pekerja sambilan menjaga seekar tanah. Sekarang ni sebab big boss dan tuan tanah dah berhijrah (big boss balik kampung) ke Sabah atas kerja terpaksalah kami pula ambil alih buat love labour ever weekend kat Kebun Bahagia Bersama ini. Tapi kasih sayang tukang kebun tak delah sepakar big boss ya living things di Kebun Bahagia Bersama so please bear with us until we gain more experience, InsyaAllah.
Ada satu projek lagi yang tak mampu tukang-tukang kebun sini nak mulakan lagi tapi nawaitu sudah ada. Sebenarnya tuan tanah ada lagi seekar tanah di lorong yang lain purchase beberapa minggu sebelum me & hubby akad nikah sebab ada orang offer dan di situ ada beberapa pintu rumah untuk disewa. Dalam masa 8 tahun harga tanah tersebut dah 4 kali ganda ikut harga pasaran sekarang. Rumah-rumah yang belum disewa itu rancangannya untuk tempat pihak pengantin lelaki nanti duduk berehat dan tido. Sekarang ni pun lebih dari 2/3 ekar di situ terbiar tidak diusahakan. Tuan tanah dah bagi green light kalau nak jadikan dusun di situ. Big boss pun dah cakap sana lagi sesuai nak tanam durian dan dah suruh campak kelapa -kelapa yang dah bertunas di sana sekurang-kurangnya in the future adalah juga hasil dari terbiar kosong.
Eloklah tu adik lelaki tukang kebun balik dari beraya di Sabah diberinya biji-biji durian kampung yang arwah atuk sana tanam sedang lebat musim buahnya sekarang. Selalu passing tukang kebun biji macam-macam buah pun tak de. Nak tunggu tukang kebun ada cucu gaknya baru merasa. Tapi arwah atuk yang tanam sendiri pun tak dapat merasa, sebab dia pergi awal tukang kebun pun belum lahir lagi. Hasil dusun buah-buahan sekarang puas anak-anak dan cucu-cucu makan walaupun dusunnya nampak terbiar. Big boss mungkin rindu arwah ayahnya jadi selalu baka buah dusun dari kampungnya dibawa balik ke Sungai Buloh ini. Jadi setiap pokok dalam Kebun Bahagia Bersama ada sejarah mereka tersendiri. Dah selamat dah tukang kebun semai biji-biji durian tersebut semalam.
Sejak tukang kebun kembali ke tanahair pertama kali pokok kuinin berbunga untuk tukang kebun pada musim kemarau panjang tahun ini pada bulan February ianya mula berbunga (gambar No.2). Lama merajuk kut sebab tuan betul dia dah tinggal di tempat lain. Masa tu tukang kebun sendiri tak berapa pasti ianya jenis mangga apa, sebab tengok macam pokok mangga tapi nampak lain sikit. Dari pokoknya mula berbunga hinggalah buahnya masak ambil masa lebih kurang 3 bulan.
Untuk stok pokok kuinin tukang kebun manalah tahu tiba-tiba dah ada masa, tenaga dan budget boleh menanam di bakal kebun lagi satu tu adalah stok-stok pilihan menjadi back up dengan cuaca yang tak menentu ini. Just for fun tukang kebun semailah biji-biji kuinin dan mudah sahaja percambahannya. Dalam pemerhatian tukang kebun semua biji yang disemai satu biji akan menghasilkan beberapa baby (polyembryonic) atau lebih dari 1 anak pokok. Bila 1 biji mengeluarkan banyak baby bermakna biji tersebut kebarangkalian adalah sama jenis pokok asalnya which is good.
Sama juga pemerhatian yang tukang kebun nampak dengan biji-biji yang bercambah sendiri bertaburan di bawah pokok kuinin yang disantap selain dari Homo sapien juga adalah polyembryonic (gambar bawah). Yang mengejutkan tukang kebun ialah musim-musim kemarau tanpa air pun biji-biji buah kuinin bertaburan dekat belakang kebun tu boleh cambah sendiri. Penghujung bulan June tahun ini memang musim percambahan biji-biji buah kuinin serentak dengan yang tukang kebun semai siram dan yang muncul sendiri di bekalang kebun.
Buah kuinin bila masak masih maintain warna hijau, tapi isi yang masak berwarna kekuningan. Abby suka sangat kuinin masak, gelojoh makan siap mata tengok orang lain makan takut habis ditelan-telannya nak ambik lagi sebelum orang lain. Syukur Alhamdulillah permata-permata hati kami semua dah merasa buah kuinin. Kemanisan lemak buah kuinin takde rasa cepat muak kalau asyik makan je macam buah mangga yang berlambak di pasar.
Pokok kuinin pertumbuhannya sungguh pesat baru sebulan dah tinggi macam ni. Kalau dibelai banyak lagilah cepat kot. Untuk pokok kuinin mungkin kena self-collect sebab pokoknya belum masuk 2 bulan dah tinggi. Kalau via Pos Laju stock sekarang kena pakai Prepaid Box Large Size. Sabtu ini (16hb Ogos 2014) kami open untuk self-collect pokok-pokok, biji benih dan tanah (info klik sini) bolehlah ambil kesempatan nak tambah koleksi pokok kuinin di kebun masing-masing. Yang berminat untuk dapatkan pokok mempelam telur/pauh ringan juga boleh ambil kesempatan sebab ada stok yang ketinggian pun dah anggaran 1 meter (klik sini). Begitu juga yang minat Frangipani Fragrant Yellow Picotee Bali pun kalau self-collect Sabtu ini ada rooted-stock dalam polybeg ketinggian anggaran 50cm for RM10 (klik sini).
~ Pokok kuinin ~
1 bekas harga RM10.00 (kebunkmg@gmail.com) .
sedapnya kuinin makan dengan pulut itu tradisi family bila musim kuinin kena tanak pulut makan ramai2...tp baru ini blik kmapung musim kuinin dah lepas, suma dapt merasa durian, rambutan, tarap, manggis dan salak...
BalasPadamDear Nasa Mulia.
PadamTarap tu paling rindu nak makan. Tukang kebun belum cuba lagi tank dengan pulut. Sebab perut tukang kebun senang masuk angin.
ooo kalau org utagha sebut kuinin...
BalasPadamDear @NA.
PadamOrg utagha panggil kuinin nooo. ..
Buat sambal belacan sedap.. makan nasi berselera sangat.
BalasPadamDear Shasrine.
PadamSelera bertambah-tambah
Kt sini panggilan kuinin!
BalasPadamDear Nadia.
PadamDekat Kemaman panggil kuinin ya
Rumah jiran kat kampung dulu ada tanam pokok ni,....suka sangat buat sambal belacan masuk buah kuinin..
BalasPadamDear Sud@is.
PadamMerapatkan hubungan sesama jiran dapat nikmati hasil pokok kuinin bersama-sama.
kuinin muda pun sedap buat colek...
BalasPadamDear Seri7ujuh.
PadamMuda punya belum try. Sedap ya buat colek.
Pos Laju sudah sampai Diana.... Tq for the cotton seeds
BalasPadamDear Sharien.
PadamSyukur Alhamdulillah Selamat terima water plants. Hope your pond in Kudat will be flowing with flowers.
sedapnya buah kuini.susah nak cari kat pasar..
BalasPadamDear Kakyon
PadamMemang jarang jumpa kuinin di pasar sekarang kan. Banyak pelam dari negara jiran je
Kak panggil kuinin.Campur dalam sambal belacan sedap.
BalasPadamDi rumah mak di Sungai Petani, setiap kali buah konen nak masak, baunya harum sampai ke dalam rumah. Memang suka makan buah konen.
BalasPadamSambal belacan kuinin mmg betul lg kick!! (Sambil tbayang2 di kepala ni dpt mkn ngn nasi panas2+ikan goreng, mmmmmmmm…)
BalasPadamkami panggil kuinin, bau dia harum menusuk kalbu..sedap dari mangga bagi ana lah..
BalasPadamDear Kak Mala,
BalasPadamKuinin memang ngam sambal belacan. Terliur-liur kalau teringat.
Dear Awin,
Betul tak yah masak lauk susah-susah nasi panas + ikan goreng + sambal belacan kuini dah selera sangatkan.
Dear Anajingga,
Yang jarang-jarang dapat sekarang nilah sebenarnya lagi sedapkan.
Best la kuini.. Feveret
BalasPadamDekat sini pun feverat juga.
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamNak tanya. Pokok Kuinin berbuah sulung pada tahun yang keberapa ya?
Saya baru berjinak2 menanam kuinin. Baru tumbuh anak pokok.
Saya tiada ilmu langsung menanam apa apa pun sepanjang hayat.
Tetapi rezeki cubaan menanam beberapa biji kuinin berhasil bercambah beberapa anak pokok.
Apa yang perlu saya lakukan untuk memastikan ia membesar dengan baik ya..?
Waalaikumsalam Marissaislam,
BalasPadamIkut penjagaan dan persekitaran dalam 5~8tahun.
Penjagaannya sama sahaja macam bela pokok mangga.
Cuma kuinin perlukan perubahan cuaca musim kemarau ketara baru teruja berbunga.
Terima kasih balas pertanyaan saya.
PadamAlhamdulillah anak pokok dah besar. Ada dua anak pokok satu masa tumbuh dulu saya perasan ada dua batang bercantum dan satu lagi anak pokok tumbuh sebatang saja.
Saya hanya boleh pilih satu sahaja nak dipindahkan ke tanah memandangkan tanah sangat terhad..
Mana satu saya nak pilih ya..?
Dan lagi berapa kaki saya kena jarakkan daripada pagar tembok supaya ia dapat tumbuj dengan baik dan selesa..?
Terima kasih jawab soalan2 saya.. :)
Salam Bahagia.
BalasPadamKalau ruang terhad yang satu biji mengeluarkan beberapa anak pokok adalah lebih baik sebab ada big possibility ianya akan sama baka/clone dengan buah asal. Sekurang-kurangnya baik jarakkan lebih 1 meter dari tembok.
Saya berminat nak beli pokok kuini boleh macam mana saya dapat hubungi tuan ini h/p saya 012-3362256
BalasPadamBoleh hubungi saya...berminat utk membeli benih kuinin. Tolong hubungi saya di 019-2226580
BalasPadam