Sebelum membuat nota progress Petak E yang dikemaskan sedikit Ahad lepas, kesimpulan kenangan tuaian pada hari Ahad lepas seperti gambar atas. Syukur Alhamdulillah telur dapat dikutip juga untuk bekalan dapur. Musim buah limau kasturi juga dah bermula sekarang seperti estimation yang dibuat semasa melihat pokoknya berbunga pada bulan Julai lepas (klik sini). Elok lepas dah 2 bulan pokoknya dapat memberikan bekalan buah untuk dapur kami sekali lagi. Rumput sekarang cepatnya panjang sampai kekadang buah markisa jatuh pun tak perasan tersorok dalam rumput. Jadi kadang kala yang agak dah masak tukang kebun tuai je dan peram. Kacang panjang sekarang walaupun berbuah, banyak tupai yang makan yang buah pertama memang semua mereka rasmi dulu. Barulah dapat nak merasa batch pertama tuaian dari kacang panjang renek.
Mari kita intai progress perkembangan Petak E yang pada bulan Julai lepas ditanam anak pokok nanas dan bawang serai. Perbandingan gambar lepas (klik sini). Nampaknya ada perkembangan dan bibit bawang serai yang diselitkan ke tanah tumbuh dengan suburnya tanpa dibelai. Ahad lepas sebenarnya tukang kebun nak pindahkan anak-anak roselle. Tukang kebun ada pindahkan anak-anak pokok roselle di Petak C, D dan E. Ada 4 pokok anak roselle tukang kebun pindahkan yang nampak layu di gambar atas baru sahaja dipindahkan. Konon-kononnya nak guna sepenuhnya ruang yang ada di Petak E ini, jadi tengok lokasi ini sesuai ke tidak dengan musim sekarang untuk roselle. Sambil-sambil tu merumput di Petak E tapi bukan semua cuma tempat yang nak pindahkan roselle. Dapatlah juga tuai akar ginseng jawa untuk dearest husband sambil merumput di Petak E yang hari ini menolong isi-isi tanah dalam polibeg untuk kemudahan tukang kebun nak sedia anak-anak pokok baru.
Semasa menonton anime Jepun episode 21 Psycho Pass, ada satu babak yang menarik perhatian tukang kebun. Betapa ketika itu, terasa diri ini kurang membaca dan kurang pengetahuan. Sedangkan penulis cerita yang berasal dari Jepun ini mesti banyak pelbagai bacaan dibuat mengenali pelbagai agama dan fahaman. Ironic juga yang episode ini juga adalah mengenai bagaimaan penjahat tersebut mendapat idea untuk melumpuhkan sesuatu kerajaan yang tidak bergantung kepada negara lain sumber makanannya dengan mencipta makanan yang virus resistance dengan bermain dengan genetik tanaman seperti gandum. Jadi penjahat tersebut berniat untuk menukarkan program code genetik tanaman tersebut untuk menjadikan ianya lemah kepada serangan virus supaya negara tersebut huru hara dan menggulingkan kerajaan sekarang kerana kekurangan bekalan makanan akibat tanaman semuanya tidak menjadi. Secara message tersirat seakan penulis juga hints on masalah "GMO" Genetically Modified Organism.
Bulan ini tak habis-habis merumput, jadi teringat hadis Nabi Isa yang pertama kali tukang kebun tahu bila tengok cerita ini. Sambil-sambil cabut "weed" bolehlah buat self-reflecting.
The Parable of the Weeds
Jesus told them another parable: " The kingdom of heaven is like a man who sowed good seed in his field. But while everyone was sleeping, his enemy came and sowed weeds among the wheat, and went away. When the wheat sprouted and formed heads, then the weeds also appeared.
"The owner's servants came to him and said, ' Sir, didn't you sow good seed in your field? Where then did the weeds come from?'
" An enemy did this,' he replied.
"The servants asked him, ' Do you want us to go and pull them up?'
"No,' he answered, ' because while you are pulling the weeds, you may uproot the wheat with them. Let both grow together until the harvest. At that time I will tell the harvesters: First collect the weeds and tie them in bundles to be burned; then gather the wheat and bring it into my barn."
The Parable of the Weeds Explained:
Then he left the crowd and went into the house. His disciples came to him and said, "Explain to us the parable of the weeds in the field."
He answered, "The one who sowed the good seed is the Son of Man. The field is the world, and the good seed stands for the people of the kingdom. The weeds are the people of the evil one, and the enemy who sows them is the devil. The harvest is the end of the age, and the harvesters are angels.
"As the weeds are pulled up and burned in the fire, so it will be at the end of the age. The Son of Man will send out his angels, and they will weed out of his kingdom everything that causes sin and all who do evil. They will throw them into the blazing furnace, where there will be weeping snd gnashing of teeth. Then the righteous will shine like the sun in the kingdom of their Father. Whoever has ears, let them hear.
kesedaran kita ttg ancaman GMO ni tersangat lah rendah kan diana...
BalasPadamDulu kak kalau jumpa sayuran atau bijirin yang gemuk dan besar daripada sayuran local, dipasaraya selalunya, mulalah geram nak membeli. Manalah nak tahu dan ingat pasal GMO ni....sekarang tidak lagi, agak hati2 dah.
BalasPadamPTG tertarik dgn ginseng tu❤️❤️❤️
BalasPadamSalam Bahagia @na,
BalasPadamYa ramai tak sedar dengan banyak makanan utama sekarang adalah produk GMO. Kalau semuanya bertukar ke GMO mengundang pelbagai masalah.
Salam Bahagia Kak Mala.
Syukur Alhamdulillah ada juga insan yang mengambil masa untuk menyedarkan kita tentang GMO ni. Biasalah yang diluar nampaknya cantik macam sayur kena racun pun tidak semestinya baik. Macam manusia lebih baik isinya baik dari luaran sahaja nampak baik.
Salam Bahagia AMIIZAA,
Ginseng jawa ni mudah je hidup. Lebih lagi kalau dah berbunga nanti meletup benihnya banyak anak-anak pokok keluar.
Dalam gambar tu ada pisang warna merah, pisang udang ke? Ada anak pokoknya tak?
BalasPadamSalam Bahagia.
BalasPadamYang dalam gambar bukan pisang udang.
Belum lagi kami bekalkan anak pokoknya.