No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 18 Julai 2014

Musim Bunga dan Musim Buah Kasturi

 Pada cuti am Nuzul Al-Quran baru-baru ini, sambil menunggu untuk berbuka puasa setelah siap masak lauk untuk berbuka, kami suami isteri dating sekejap di kebun. Tengok-tengok apa yang boleh dituai. Tak sangka pula minggu ini memang musim lumayan buah limau kasturi menjadi rezeki. Ada beberapa pokok yang boleh dijadikan bekalan berterusan buah limau kasturi bulan Julai ini.
 Yang bonusnya baru musim peak buah limau kasturi dah mula musim bunga limau kasturi adalah serentak pada waktu yang sama. Belum selesai menuai kesemua buah limau kasturi yang masih dalam stage membesar, pokoknya dah mula berbunga kembali. Wangi sungguh bau bunganya. Semerbak baunya apabila duduk hampir dengan pokok limau kasturi yang sedang merimbun berbunga. Banyak lagi kudup-kudup bunga membesar untuk kembang minggu ini. Inilah rezeki mengharungi 2 kali musim kemarau tahun ini menyebabkan banyak pokok-pokok mula teruja berbunga lagi sekali walaupun cycle belum complete. Jika bunganya berjaya ke stage berbuah dengan hujan mula juga bertandang sekali-sekala, InsyaAllah kemungkinan bulan September musim buah limau kasturi di Kebun Bahagia Bersama.
 Yang paling tukang kebun terkejut pada hari Nuzul Al-Quran lepas ialah rupa-rupanya ada buah jering yang dah sepatutnya dituai. Terpaksalah dearest Husband jadi Spiderman kejap panjat pokok jering yang tinggi itu. Disebabkan tidak sedar pokok jering berbuah, kebanyakkan buahnya telah dimakan oleh makhluk ciptaan Allah yang lain. Tukang kebun sebenarnya terkejut tak sangka yang ada juga gemar nikmati isi-isi buah jering selain dari Homo Sapien. Buah cempedak pula banyak yang jatuh tukang kebun tak sedar bukan bahagian bawah je lebat berbuah tapi ada juga yang menyelit di dahan bahagian tinggi unnoticed. 
 Tukang kebun sebenarnya baru nak belajar makan jering bulan puasa ini baru dapat masuk tekak. Selalunya hanya Tuan Tanah orang Negeri seorang sahaja yang makan jering dalam rumah ini. Biasanya tiap tahun di bazaar Tuan Tanah beli sedikit sahaja lauk gulai jering sebab dia tahu dia seorang je yang makan, lain tak layan. Awal puasa hari itu, adalah tukang kebun rasa-rasa sikit sebab sayang tengok membazir akhirnya tekak dah boleh terima. Dalam memory tukang kebun macam tak ada pernah tengok big boss yang berbangsa Dusun-Kadazan masak jering pula. Kalau ada pun mungkin jarang dan tukang kebun tak perasan atau tak de di rumah. Jadi bila dah ada jering dari kebun teringin pula nak mencuba. 

Boleh tak beri cadangan dekat tukang kebun macam mana nak sediakan juadah jering for beginners?

13 ulasan:

Shas berkata...

Banyaknya hasil tuaian.. best tengok.

Tak reti makan jering so x dpt nak bg cadangan cara memasaknya.

raiyan jazlan berkata...

ZINNIA CACTUS
JERING SEDAP,,SAYA SUKA MKN BUAT SAMBAL GORENG JERING..BAIK UTK KESIHATAN JUGA TU...TAPI SAYANGNYA KEBUN BAPA TAKDA POKOK JERING..

Tanpa Nama berkata...

Salam Diana,

Kak ros pun tak makan jering ni, tapi pernah tengok mak sedara masak buat sambal macam sambal petai tu, jering di hiris agak-agak setebal 1/2 cm, celur sekejap dam masukkan dalam sambal.

Kak Ros Jasin

nasa mulia berkata...

Salam, saya pun tak boleh terima lagi jering....kalau petai tu dah suka lama..di Sabah ada buah ini tapi x ramai yang makan...saya tengok orang masak jering selalu buat sambal macam sambal petai campur ikan bilis atau udang....klau yang muda dibuat ulam dengan budu atau sambal belacan, klau MIL saya buat sambal kering2 camtu......

Marriatyi Morsin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Marriatyi Morsin berkata...

Salam Tukang Kebun

Saya sudah terima bungkusan saya. Terima kasih banyak2. Cuma keratan pokok tu pokok apa ya? Saya rendam dalam air dulu sebab layu sangat. Macamana nak tanam keratan tu? Boleh cucuk di tanah saja atau kena semai sampai keluar akar dulu?

P/s :: rasa nak lompat bintang bila bungkusan sampai tadi. Happy sangat

GINSENG JAWA

Seri7ujuh berkata...

Jering boleh dibuat masak macam2...gulai lemak, rendang, sambal etc. Tp yg 'laris' kat rumah saya, buat mcm ni: Hiris jering, rebus. goreng garing ikan bilis n jering tadi. tumbuk bwg putih n cili padi kasar2, tumis, masuk bwg merah potong, bhn digoreng tadi,asam keping, garam n gula. jering masak style ini kurang berbau n rasa macam kacang.

lite n easy berkata...

Salam kak D,
Sy pnh tgk org masuk jering ni dlm sambal lada. Bau nye je mmg da kecur liur tp sy x pndai mkn , haha... Sambal nye sy bole la layan tp buahnye tu x bole lg terima dek tekak ni. Sama gak la dgn petai.. :D

Tanpa Nama berkata...

Salam diana-
Hahha..eila sejak kawin br pndai mkn jering,petai.kalau utk beginner, diana buat mcm yg komen2 kat atas, tp kalau eila, kopek, tiap biji tu dibelah 2,rebus, tumbuk satu2 dlm lesung agak2 pecah2 jgn sampai hancur br disambal dgn ikan bilis,
Reason tumbuk tu sbb jering isinye tebal berkanji.so bila tumbuk tu agak lembut utk dikunyah dan lebih serasi rasa sambal dgn jering.bila sambal sejuk pon x keras..

Kalu bosan sambal, jering yg da direbus dan tumbuk tu diana wat masak lomak cili padi nogori sembilan. Jering tumbuk tu akan wat kuah lemak jd pekat..mmg sodap..hahah

nUrieM nUr berkata...

-Crinum-
tngk resepi yg dicadangkan kat atas ada jugak rasa tringin nk cbe. Tp takot pasal ayh prnh msuk wad gara2 mkn jering.. org pntai tmur pggl 'kena kepit jering' tp lau tak silap N tu lau mkn jering mentah dlm kuantiti yg bnyk. Psl ayh N dlu over sngt mkn jering. Favourite ktekan. So pesanan bt smua, better mkn dlm kuantiti sderhana & jarang2, yg pnting dimasak dlu...

gina marna berkata...

Jering rebus cicah kelapa parut...perghhh..sedapnye..lama x mkn tuuu..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Shas,

Makan petai dah lama pass. Ni baru tahun ni tekak dah mula nak terima jering hehehe...

Salam Bahagia Raiyan Jazlan,

Jering ni senang tumbuh. Nanti mintalah bapa tanam di kebun. Pucuknya cantik warna merah menyala.

Salam Bahagia Kak Ros,

Baru tahu rupanya kena celur atau rebus dulu jering ni. Ingatkan boleh ratah macam makan petai.

Salam Bahagia Nasa Mulia,

Orang Sabah pun dulu tak pandai makan petai. Sebab sekarang dah famous dengan khasiatnya maka bertambah ramailah orang suka makan petai. Kalau tak dulu dekat hutan banyak pun orang tak rajin ambil. Kalaulah jering ini dah dikaji khasiatnya, InsyaAllah popular macam petai nanti. Lepas tu harga makin naik hehehe...

Salam Bahagia Marriatyi Morsin,

Syukur Alhamdulillah sudah terima pesanan. Keratan pokok tersebut adalah Ginseng Jawa sama dengan nama ID yang ditulis dalam token. Tak perlu rendam dalam air pun tidak mengapa. Terus je cacak dalam tanah dan siram setiap hari, InsyaAllah cepatlah akarnya tumbuh. Kalau rendam dalam air takut lama-lama nanti batang tersebut mereput jadi lembik. Daun yang layu-layu di keratan tersebut tak mengapa kasi buka sahaja nanti tumbuh pucuk baru.

Salam Bahagia Seri7ujuh,

Terima kasih kongsi cara nak masak. Kalau macam ni mudah sedia tukang kebun rajin sikit hehehe...batch dalam gambar ada pembantu tolong buatkan ala-ala rendang.

Salam Bahagia Atie,

Jering ni memang famous masak sambal lada ya terutamanya untuk beginner hehehe...Oh Atie tak pass makan petai lagi ya...tak pe perlahan-lahan. Mungkin tukang kebun Kak D dah makin tua ni taste lidah dah berubah hehehe...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Eila,

Samalah kita lepas kahwin baru pandai nak makan petai, ni baru pandai makan jering hehehe...Oh kalau tumbuh pecah-pecah jadi berkanji pekat kuah ya.
Selama ni belum pernah nampak yang jenis sambal berlado selalu nampak tuan tanah beli yang masak lomak cili padi atau ala-ala rendang. Masa panas-panaskan lauk jering lebihan beli dari bazar Ramadhan untuk sahur rasa sayang pula tiada siapa makan, pastu tuan tanah pula dah balik Sabah. Jadi cuba-cubalah makan, masuk pula tekak kali ini hehehe...kira baru pass lah makan jering.

Salam Bahagia Nuriem,

Meh kita cuba-cuba sama-sama.
Oh jering mentah tak leh makan banyak ya, elok masak dululah kan.

Salam Bahagia Gina,

Wah first time dengar jering rebus cicah kelapa parut.